koleksi peribadi dikongsi bersama insan2 disayangi

kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (212) suara hatiku (198) nikmat Allah (140) Alhamdulillah (129) cinta....kasih..sayang...hubbyku (127) ilmu (103) belajar (87) CHAPTER HIDUPKU..... (80) Puisi/Sajak/Gurindam (72) memori oh memori (72) kerjayaku (69) D'Perantauan (65) cabar minda (63) nasihat (58) keluargaku (42) Chef Shikin...cooking skill (39) berita (39) kerjayaku...kemahiran (39) cabar diri... (37) Pergilah bercuti (35) 1 entri 2 stories (34) dari seorang sahabatku (32) Mari Melancong (30) Usahawan (29) dugaan..ujian hidup (29) Siapa kau...dihatiku? (24) resepi aku (24) ESQ165 (23) My Dreams Come True (21) pengalaman (21) Motivasi diri (19) sunnah (17) lucu... (16) teratak aish (15) Travel logku (13) tin@teratak aish (13) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Premium Beautiful (11) Tazkirah (11) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) USAHAWATI UTARA. (10) Harilahirku....Shikin Sayang (9) PENTING (8) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) Terapi (7) berkebun (7) hobi (7) imotivasi.com (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) kemahiran belajar. (6) program (6) EID MUBARAK (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Joke of the day (5) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (5) Pengumuman (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) cinta....kasihsayang... (5) dari blog MITI's (5) lucu (5) Falsafah...fail sampah (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) Istikharahku (4) LEGASI (4) Musibah (4) Datuk Maznah Hamid (3) Fig Colector (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BUKU (2) CAT WORLD (2) Doaku (2) FAKTA VS AOTA (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Majlis Perkahwinan (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) my video (2) Aku Adalah Aku (1) BAHAYA.... (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) DAO (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IABU (1) Jadilah Diri Sendiri (1) Kedah Negeriku (1) MAS (1) Pekeliling oh pekeliling (1) Penulisan (1) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) SELAMAT HARI GURU (1) T (1) UB (1) al (1) pohon syurga (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, August 31, 2010

53 Tahun ....Malaysia Merdeka

Add caption

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

What is love....?Love...love..love

Love is like magic
And it always will be.
For love still remains
Life's sweet mystery!!
Love works in ways
That are wondrous and strange
And there's nothing in life
That love cannot change!!
Love can transform
The most commonplace
Into beauty and splendor
And sweetness and grace.
Love is unselfish,
Understanding and kind,
For it sees with its heart
And not with its mind!!
Love is the answer
That everyone seeks...
Love is the language,
That every heart speaks.
Love can't be bought,
It is priceless and free,
Love, like pure magic,
Is life's sweet mystery!!

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Monday, August 30, 2010

CINTA???? Apa itu cinta?

Apa maknanya Cinta...tiba-tiba je terfikir apa itu sebenarnya CINTA...adakah cinta yang aku faham selama ini hanyalah untuk Allah, Rasul dan dri sendiri..Kenapa manusia senang melafazkan cinta tetapi hakikat sebenarnya tak faham pun apakah pengertian cinta yang sebenarnya...perasaan yang dianugerahkan Allah dalam setiap hati insan yang sangat indah dan hanya Allah yang selayaknya menerima Cinta itu dan bukannya sewenang-wenangnya kita memberikan cinta kita kepada manusia...Tahukah para remaja pa itu cinta? Mungkin sebenarnya ramai yang tak tahu tentang cinta....nanti kita kupaskan bersama..
Menurut hadis Nabi SAW, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata Nabi SAW, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai'an fa huwa `abduhu).
Kata Nabi SAW juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.
Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur'an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya..nanti kita sambung kemudian..apa ya..8 pengertian tu..tungguuuuuuuuu
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Sunday, August 29, 2010

Terkenang semasa dulu.......Ahmad daud bakar bauhulu...

Guli..memang best..main sampai lupa nak makan...
Kejab je masa berlalu....tiba-tiba je teringat zaman kecik-kecik dulu bila aku terbelek majalah Going Place Ogos..Macam-macam permainan semsa kecil yang kini mungkin agak jarang dimainkan oleh kanak-kanak zaman sekarang.. Aku memang kanak-kanak nakal masa kecil jadi memang semua permainan aku memang dah main termasuklah main guli..hampir satu tin milo 1kg aku ada guli yang mana aku menang waktu main guli..akhirnya guli tu aku tanam  masa nak pindah dari jalan Pegawai ke Mergong...
Congkak...congkak aku dari tempurung ditanam dalam tanah je...

Guli juga digunakan untuk main congkak...aku memang suka main congkak ini. tapi congkak aku taklah macam dalam gambar tu..selalunya kami guna tempurung dan tanam dalam tanah untuk dijadikan lubang dan guna guli sebagai buah nya dan kaddang kala musim buah getah kalau balik kampung aku akan kutip buah getah untuk main congkak dan juga  pertandingan ketuk buahgetah..macam-macam permainan yang kami main...
Batu tujuh@batu seremban...selalu main dengan mak
Kalau musim hujan tak boleh main kat luar rumahdan selalunya permainan dalam rumah adalah guna alat-alat kecil je...kadang-kadang main waktu rehat kat sekolah...jadi batu tujuh memang permainan kegemaran kami tapi tak boleh main dekat dengan adik kecik ...silap haribulan dia telan batu dan benjol kepada kena batu..ha..ha...kalau dah main selalunya lupa dirilah..selalu juga mak join main sama sebab boring..tapi mak selalu menang sebab mak terror 'pakok'..nak tau apa tu pakok..kena mai belajar kat akulah..
Wau...orang utara tak panggil layang-layang...main musim angin bendang kuat
Kalau musim menuai padi selalunya permainan wau akan menjadi permainan yang sangat populor jadi masa kecik kami buat wau sendiri ...jarang nak belli ..cari buluh...raut buluh..buat rangka..lekatbadan yangsiap dilukis atau kadang-kadang tu pakai surat khabar je. Ada modal lebih baru beli kertas minyakAtau tasing paper sebab ringan. Talli pula siap dimodifide dengan kaca..supaya tali kita lebih kuat dari orang lain..kalau lag dengan orang lain alamatnya putuslah wau mereka.. bestnyabila main wau dan  ligan 'wau buih'; atau wau putus...memang trail mainan zaman kanak-kanak ni..
Main gasing...macam budak jantan
Masa aku kecil semua permainan yang aku main macam budak lelaki..tak kiralah apa orang nak kata..tomboy?..memang pun sebab masa mak ngandung kat aku memang mak nak sangat anak lelaki..alih-alih dapat aku..jadi memang lasak aku macam budak lelakilah..pakai seluar pendek je...main gasing..rambut pun pendek jadi orang ingat budak lelakilah...memang perminan zaman kanak-kanak sangat menyeronokkan.....kadang-kadang tu aku pun main sepak takraw macam budak lelaki...ha..ha..ha.itulah aku budak nakal masa kecik-kecik dulu...
Kadang-kadang tu sampai nak bertumbuk macam budak lelaki..kalau main dengan budak lelaki tak bertumbuk kira tak sahlah..tapi aku tak pernah bertumbuk sebab selalu ada body guard masa kecik ...tapi ingat llagi masa kecik aku kena langgar basikal dengan Shaizat ( nama musuh ketat) sebab tak puas hati waktu mengaji quran..tu masa kami kecil tapi bila besar jumpa dia..memang kelakar..Zaman kanak-kanak zaman yang membahagiakan dan tak ada apa yang perlu kita risaukan.....cuma mak  ngan ayah je yang selalu risaukan kita... nasib baiklah aku kecik-kecik dulu nakal jadi rasa taklah menyesal ...jadi budak baik..ha..ha..


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Friday, August 27, 2010

GRADUATION...OH...KONVOKESYEN ....INDAHNYA


Kali ini rasa teringat sangat masa konvokesyen...Alhamdulillah sepanjang hidup ini baru tiga kali aku berpeluang untuk menaiki pentas menerima Sijil, Ijazah dan Sarjana. Memandangkan sekarang aku berada di Kolej Matrikulasi Labuan aku ingin berkongsi dengan  girls and boys kat kolej ini. Mereka semua budak pintar dan adalah pelajar yang terpilih kerana SPM cemerlang berbanding dengan aku hanyalah pelajar biasa dan bukanlah pelajar yang popular dalam akademik...kecuali masa sekolah rendah sahaja setiap semester dapat nombor 1, 2 dan ataupun selalu merangkul habis subjek terbaik kira tak kasi canlah kat orang lain. Tapi masa sekolah menengah aku hilang mood untuk belajar dan lebih fokus pada bidang sukan jadi bila sekolah menengah kalau naik pentas pun sebab terima anugerah Olahragawati Terbaik setiap tahun..masa tu apa yg aku fikir  glamour dan sering menjadi tumpuan semua. Alhamdulillah siapa sangka pelajar yang gila glamour ni sebenarnya bertuah dan akhirnya boleh berjaya..remaja yang tak nak bersekolah akhirnya menjadi pegawai kerajaan.. Alhamduilillah..
Sijil Perguruan Asas PSR/PM : Cemerlang tahun 1990-1992
Semasa aku di Tingkatan 6 di S M Dato Syed Omar, AS, aku memang dah nekad nak belajar bersungguh-sungguh nak jadi akauntan sebenarnya kerana aku beralih dari kelas sains tulen dan mengambil perakaunan...mungkin inilah cita-cita aku yang sangat aku suka sebab mengira duit je....tapi Allah menakdirkan aku menerima tawaran sebagai guru melalui program Sijil Perguruan di IPSI, Tanjung Malim..masa tu aku tak nak terima tapi memandangkan harapan ayah dan mak jadi aku teruskan juga  untuk mengikuti bidang yang paling aku tak ada minat atau tersenarai dalam cita-cita aku....Aku dilahirkan untuk menjadi GURU.Alhamdulillah .
Bacelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling: Kepujian Kelas Dua Tinggi 1996-1999
Perjalanan  aku dalam dunia akademik tidak pernah berhenti sebab mengangkan amanat ayah  agar aku meneruskan pengajian hingga ke tahap tertinggi. Akhirnya Jun 1996 aku mendapat tawaran belajar walaupun sebenarnya aku tidak berminat dengan bidang ini tapi inilah takdirku..Pada tahun 1996 aku menerima tawaran untuk menyambung pelajar di Jepun dalam bidang Bahasa Jepun  dan juga menerima tawaran temuduga untuk belajar Bahasa Perancis di perancis tapi semuanya terkubur bila dalam masa yang sama aku mendapat tawaran belajar di UPM Terengganu...kata mak" Belajarlah di Malaysia sebab mak tak sanggup berjauhan dengan anak -anak mak lagi..kerana tiga tahun adik Yati belajar kat UK menyebabkan dia serik..jadi sebab sayangkan mak aku menerima tawaran di UPM Terengganu dalam bidang Bimbingan dan kaunseling walaupun ianya adalah pilihan aku yang keempat sahaja masa mengisi borang. Inilah takdirku menjadi seorang  guru bimbingan dan kaunseling dan akhirnya kau mengambil lesen Kaunselor dan dapat bergelar Kaunselor..Alhamdulillah sepanjang di UPMT aku dapat empat kali Sijil Dekan.
Sijil Dekan..bangga nya empat kali berpeluang naik pentas terima dari Dekan Fakulti sastera Ikhtisas Prof. Sulaiman Yassin
Percaturanku tidak  terhenti di sini sahaja..sebaik  sahaja aku dapat posting balik ke Alor Setar aku mendaftar di UUM dalam bidang Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan sebab ini saja  yang boleh aku pohon dengan tanpa syarat dan akhirnya aku mendaftar secara separuh masa dan berjaya bergraduat dengan pointer yang memuaskan iaitu 3.43 dan akhirnya pada tahun 2003 aku berjaya dianugerahkan Sarjana.
Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan 2003 dari DYTM Sultan Kedah.
UPMT 1999
Sepanjang  perjalanan hidup ini aku bertuah walaupun tidak  memiliki apa yang aku impikan tapi Allah memberikan yang terbaik untuk diriku. Sebagai hambanya aku bersyukur dengan nikmat yang diberikan....siapa sangka budak nakal yang protes tak nak belajar dan banyak kontroversi akhirnya menjadi Kaunselor atau Pegawai Kaunseling...
UUM 2003

Apa yang membahagiakan aku setiap kali melihat wajah mak bangga melihat aku menerima anugerah dan mak berpeluang untuk melihat aku konvo semasa Ijazah dan Sarjana manakala semasa  IPSI ayah baru meninggal dunia dan hanya impian ayah sahaja yang aku penuhi untuk menjadi seorang guru.."Ayah kata: ayah teringin nak lihat anak ayah jadi cikgu.."
UUM 2003


Semua ini adalah anugerah dari Allah SWT walaupun apa yang kita rancang adalah lain tapi sebenarnya Allah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk kita.Sebagai manusia biasa kita perlu berusaha dan biarlah Allah yang menentukan yang terbaik dengan kita..hanya Allah yang mengetahui setiap perjalan hidup kita ini.


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Thursday, August 26, 2010

cubalah.....fahami

Manusia ni tak pernah lari dari kesunyian.......dalam hidup ini
Bukanlah niat ingin hidup sendiri tapi setia menanti.....tapi tak kanlah sampai tahap ini?

Kadangt-kdang dalam hidup kita kena keluar dari kotak kehidupan kita...lakukan sesuatu yang berani...tapi tak perlu lari..just tunggu dan lihat...APA MACAM ? ADA BERANI?

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Tuesday, August 24, 2010

Apabila Islam Bersatu......الله اكبر الله اكبر

Mengejutkan dunia
Tempat: Iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: Masjid al-Qaid Ibrahim Hayyu Syatibi Mahattah Raml.Jumlah : 1 juta pesolat


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

WHAT IF.................................???????????


Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?
What if we carried it around wherever we went?
What if we flipped through it several time a day?
What if we turned back to go get it if we forgot it?
What if we used it to receive messages from the text?
What if we treated it like we couldn't live without it?
What if we gave it to Kids as gifts?
What if we used it when we travelled?
What if we used it in case of emergency?
This is something to make you go....hmm...where is my Quran?
Oh, and one more thing.
Unlike our cell  phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the  bill.
Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls! 



 :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Monday, August 23, 2010

KEMISKINAN

Meniti jalan masuk ke rumah satu hamba Allah ini membuatkan aku tertanya-tanya siapakah mereka....dari jauh aku menyunting gambar ini kerana sangkaan ku ianya reban ayam..
Bila semakin hampir aku lihat ada beranda dan ianya sudah dipenghujung jalan yang kami lalui...MasyaAllah rupanya ini adalah rumah insan yang malang dibuang keluarga...
Dalam meniti hari tua pak cik ini yang sudah berusia 65 tahun tinggal dalam rumah yang asalnya reban ayam dan hanya menerima wang kebajikan RM300 sebulan dari kebajikan masyarakat.
menitis air mata kami melihat dalam kehidupan masyakat Malaysia yang semakin maju masih ada orang yang tinggal dalam reban ayam..Di manakah nilai keinsafan....manusia disekeliling...dengan kemewahan yang  melimpah ruah tapi rupanya manusia disekeliling masih miskin... Salah siapa?
 
 Alhamdulillah Ya Allah kerana Kau mengurniakan kami keluarga yang memiliki kasih sayang dan keprihatinan dalam hati-hati kami. Ya Allah jika ini wujud 30 tahun yang lalu aku mungkin tidak terkejut tetapi bila ianya masih wujud sekarang..aku berasa sangat bersyukur kerana ayah dan emak ku memberikan didikan yang sangat sempurna buat kami sekeluarga dan kami bebas dari kemiskinan ini. Ya Allah aku bersyukur kerana ada mak dan ayah  yang membesar dan mendidik aku ..Pesa ayah " hanya ilmulah harta yang ayah tinggalkan.Kalau hendak dunia carilah ilmu..kalau nak akhirat carilah ilmu..Alhamdulillah didikan ayah dan mak menjadikan kami insan berilmu dan berhati mulia...Ya Allah sesungguhnya tidak Kau uji manusia itu seandainya mereka tidak Kau bekalkan kekuatan..Ya Allah jadikanlah kami hamba-hambaMu yang bersyukur kepadaMu dan sentiasa mensyukuri nikmat yang Kau kurniakan..Amin.Tetapkanlah iman kami...hidupkanlah kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam yang sejati..Amin

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Menjejak kasih...akhirnya..Alhamdulillah

Alhamdulillah akhirnya Shikn dapat juga berhubung kembali dengan abang angkat Shikin yang terjalin sejak Shikin tingkatan dua tahun 1985.Kadang-kadang memang tanpa kita duga kita akan bertemu kembali nsan yang pernah kita sayang satu ketika dulu tanpa kia duga. Entah kenapa kelmarin rasa teringat sangat  raya terakhir dengan ayah dan tahun ini jga merupakan kali terakhir Shikin berhari raya dengan abang angkat Shikin ni.

Bila tringat tu apa lagi try je taip kat Facebook dan tanpa Shikin duga malam ni bila buk FB alih-alih nampak ada add friend dan msg dari insan bernama Nasaruddin Othman ni dan Alhmdulillah akhirnya Shikin dapat jumpa balik dalam Facebook...itulah teknologi.

Teringat zaman remaja 20 tahun yang lalu...masa Form 1 Shikin memang aktif dalam sukandan paling aktif ketika tingkatan 2 dan hinggalah masuk keInstiut PerguruanSultan Idris...sukan tu dah jadi macam darah daging..Shikin minat sukan masa tu keanadua sebab ...satu kerana sokongan yang sangat padu dari ayah dan mak dan kedua kerana abang angkat Shikin ni...abang Nasha.

Apa yang istimewanya masa zaman tu kalau ada abang angkat tu kira normallah dan Shikin memang kenalkan dan beritahu mak dan ayah siapa abang angkat Shikin dan ayah memang akan benarkan ada abang angkat dengan syarat aah mesti kenal dulu..kira macam restu jugalah..Ayah selalu kata kalau abang angkat maknanya jadi anak dia juga jadi ayah nak tahu latar belakanglah...

Teringat lagi masa di padang Kolej Sultan Abdul Hamid berlatih sukan dan ayah ngan mak setiap petang akan datang untuk lihat aku training. Kadang-kadang tinggal di asrama sukan tetapi setiap hari ayah ngan mak mesti datang melawat kalau tak aku memang tak akan ada semangat untuk berlatih atau bermain. dan masa nilah aku akan beritahu ayah siapa abang angkat dan ayah selalu pesan abang angkat tu macam abang juga jadi tak boleh jatuh hati atau bercinta...jadi memang aku ingat pesan ayah yang aku tak akan jatuh hati dengan mana-mana lelaki yang telah aku ishtiharkan sebagai abang angkat.



Hubungan kami sangat baik sebab aku memang tak ada abang dan cuma ada seorang kakak. Lagipun aku memang agak beruntung sebab masa sekolah menengah agak glamour sebab wakil sekolah sampai peringkat MSSM jadi kira berbakat jugalah...Acara?....apa lagi .yang sesuai dengan budak tembam macam aku ni... Cakera..lembing..peluru..tapi apa yang penting aku ingat lagi akan pecahkan rekod setiap kali bermain...nombor 1 tu yang penting. Kalau ada abang angkat..biasalah mesti ramailah kakak-kakak kat sekolah kita yang nak baik dengan kita..itu normallah juga..indahnya zaman sekolah dulu...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Dari pejabat Kaunseling.....dekat je..


Pemandangan ni aku rakamkan pada petang hujan renyai-renyai..cantikya pelangi yang merentangi langi KML..gambar ni dari pejabat ..Yang besar tu masjid Atau surau KML .Bangunan apartment tu adalah kediaman baru aku..
Bangunan yang nampakjauh tu adalah kediman aku..11B-2.1 maknanya blok 11B tingkat 2 dan rumah nombor 1. Walaupun nampak jauh sbnrnya tak sampai 5 minit berjalan kaki ke tempat tumb print. Jadi kalau terlewat tu lari pecut 3 minit pun sempat sampai.
Specialnya sepanjang jalan ada gajah menyusur  ...jadi kalau hujan danpanas tu taklah terasalah sangat sebab ada peneduhnya.Angin pula kuat kat sini jadi kalau panasp[un rasa sejuk je. Alhamdulillah nikmat Allah.

Bazar Ramdhan...bawahpejabat je...depan kaki lima pejabat..nak makan tak yah masak kalau malas dan boleh beli saja semua ada... dan kalau tak nak beli pergi berbuka kat surau free je..tapi sepanjang kat KML ni baru dua kali pergi bazar dan makan berbuka kat surau sekali je.Apapun semua ni kemudahan yang Allah berikan pada hambanya yang lemah ini.Alhamdulillah
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Saturday, August 21, 2010

Konvoi Masih Ada Yang Sayang KML..Alhamdulillah

Pengarah En Sawang@Rizal bin Amit menyampaikan sumbangan
Rumah Nuraini dan Abang Ngah _Autisme tabahnya ibu ini menjaga anak-anak yang cacat


Adik Husna yg berusia 20 tahun dan cacat semasa usia 13 tahun
Tiga beradik buta dan dijaga oleh ibu tua yang telah uzur
Hati tersentuh mengenangkan seorang ibu tua yg menjaga anak-anaknya.
Rumah yang didirikan dari reban ayam..kisah duka seorang lelaki tuang yang dibuang keluarga

Mata aku pun dah tak dapat menahan melihat penderitaan orang lain

Ya Allah kau berilah kekuatan buat hambaMu mengharungi hidup ini. Betapa aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan..hanya kau Maha Mengetahui lagi Maha Adil..
 Allah memberikan manusia kekuatan dan ujian mengikut kemampuan seseorang hamba itu. Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat yang Kau kurniakan padaku....hidupkanlah dalam iman dan ehsan yang mensyukuri nikmatMu...Ya Allah Kau tetapkanlah imam kami dan berikanlah kejayaan dan kemengan buat kami umat Islam..Amin
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in