koleksi peribadi dikongsi bersama insan2 disayangi

kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (206) suara hatiku (197) nikmat Allah (137) cinta....kasih..sayang...hubbyku (125) Alhamdulillah (107) ilmu (97) belajar (87) CHAPTER HIDUPKU..... (77) memori oh memori (71) Puisi/Sajak/Gurindam (70) kerjayaku (68) D'Perantauan (65) cabar minda (63) nasihat (53) keluargaku (42) Chef Shikin...cooking skill (39) berita (37) cabar diri... (36) Pergilah bercuti (35) kerjayaku...kemahiran (32) Mari Melancong (30) Usahawan (28) dari seorang sahabatku (27) 1 entri 2 stories (25) Siapa kau...dihatiku? (24) resepi aku (24) ESQ165 (23) dugaan..ujian hidup (22) My Dreams Come True (21) pengalaman (20) sunnah (17) Motivasi diri (16) lucu... (16) teratak aish (15) Travel logku (13) tin@teratak aish (12) HOMEMADE SOAP (11) Premium Beautiful (11) art theraphy (11) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) USAHAWATI UTARA. (10) Harilahirku....Shikin Sayang (9) PENTING (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) berkebun (7) santapan telinga (7) CONTEST D'moontest (6) DOA TERAKHIR 39 (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) hobi (6) program (6) I AM AGEL (5) Joke of the day (5) Pengumuman (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) Tazkirah (5) cinta....kasihsayang... (5) dari blog MITI's (5) kemahiran belajar. (5) lucu (5) EID MUBARAK (4) Falsafah...fail sampah (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) Terapi (4) UCAPAN (4) Datuk Maznah Hamid (3) Fig Colector (3) HANDMADE. (3) IAB (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Mutiara kata.... (3) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) imotivasi.com (3) CAT WORLD (2) FAKTA VS AOTA (2) Hari Rayaku. (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Majlis Perkahwinan (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Video ku (2) my video (2) BAHAYA.... (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) DAO (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) Kedah Negeriku (1) MAS (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (1) Tinteratakaish (1) UB (1) al (1) pohon syurga (1)
Semoga Bahagia Selalu Ameen....

Tuesday, September 28, 2010

Balik kampung...ye..ye.. balik kampung

 Balik kampung bermula petang jumaat 24 hb September hingga  tjam 1.00 petang  3 Oktober 2010 aku berada kat kampung aku...kat ruma h aku kat Tertak A'ish , No 1, Taman Desa Bukit Tinggi...rindunya...balik rumah..rindu kat rumah..rindu kat semua...
Alahai...rindu-rindu..rindu...
Ni kat  Jabatan Kaunseling IPDA  mai jumpa kawan-kawan ..lepas juga rindu...
Hari Sabtu ni jemputlah mai rumah ..terutama kengkawan kat utara..
Jemputlah ke rumah terbuka Shikin kat Tertak A'ish, No 1, Taman Desa Bukit Tinggi, Kepala BAtas , Kedah..
Mailah makan kuih-kiuh kering yang masih ada ...sudi-sudikanlah  ke teratak Shikin.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Thursday, September 23, 2010

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KML@KPM: JAMUAN HARI RAYA STAF & PENGURUSAN KML

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KML@KPM: JAMUAN HARI RAYA STAF & PENGURUSAN KML: "HARI INI BARU 14 SYAWAL jadi susana raya masih lagi terasa dan macam biasalah pihak staf sokongan dan pengurusan menganjurkan majlis hari r..."

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KML@KPM: TAKLIMAT PROMOSI BMKPM KOLEJ MATRIKULASI LABUAN DI...

UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING KML@KPM: TAKLIMAT PROMOSI BMKPM KOLEJ MATRIKULASI LABUAN DI...: "SENYUM...membawa misi KML ke MIRI untuk mempromosikan KML dan BMKPM Pesawat MAS Wing ke Miri Thanks Aisyah kerana tolong berikan m..."

p/s: Semua bahan yang diterbitkan adalah untuk perkongsian minda sahaja tidak boleh digunakan untuk tindakan mahkamah.Terima kasih

Tuesday, September 21, 2010

Gangguan Jin

Sejak kebelakangan ini aku sering kena ganggu dengan makhluk ini jadi sekarang aku ingi berkongsi dengan semua apa yang aku perolehi dari  web tentang gangguan makhluk ini sebab terlalu sibuk hingga tak sempat nak baca surat Al Maksurat ,Doa Haekal dan juga doa lain..asal letih je terus tertidur...

1. Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan    Jin.

- Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
- Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"
- Membaca Ayat2 Ruqyah :
Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

2.Cara selepas Zaman Rasullulah SAW.
a. Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.
b. Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

c. Hal dalam menangani gangguan Jin.
- Langkah-langkah Pencegahan
  Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.
Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb
- Langkah-langkah Bertahan/Defensif

Berdo'a:

Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."
Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

- Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif

Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan.
- Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.
- Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia
Jenis-jenis Gangguan

1. Gangguan  Pengasihan

Tempat gangguan -> Saraf betis kanan mengeras (Lelaki)
Saraf betis kiri mengeras (Wanita)

2. Tekanan Mental
Tempat gangguan -> di terapi pula dgn ubat2-an medic.

3. Tekanan Fikiran
Tempat gangguan -> Saraf otak kecil bahagian belakang

4. Mengelamun panjang.
Tempat gangguan -> Saraf otak kecil bahagian depan

5. Sihir
Tempat gangguan -> Saraf yang berhubungan dgn mata, telinga dan hidung. Seluruh tempat gangguan diatas harus diurut agar aliran darah kembali lancar dgn konsisten. Kemudian terus membaca do'a ruqyah yang diajarkan Rasulullah SAW tanpa berpaling sedikitpun dgn mengabaikan seluruh permintaan Jin kepada kita serta tetap dalam keberanian penuh sesuai keyakinan kita kepada kekuatan Allah SWT.
" Sesungguhnya tipu daya setan sangat lemah".

6. Gangguan di rumah
Membaca Surat Al-Baqarah + tanamkan keberanian.
Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW.

7. Keluar ke tempat yang ada suasana bersih & Suci.
Datangi tempat tersebut dan lakukan perlawanan dengan Jin
tersebut. (Dianjurkan mengikuti pelatihan terapi terlebih dahulu).
Pertanyaan

1. Bagaimana membezakan orang sakit karena medic dengan orang sakit karena non-medic.
Sebab non-medic atau Gangguan jin
- Malas
- Semangat yang hilang.
- Mudah Marah
- Suka & selalu tidur
- Sering Panas tetapi Dingin
- Leher / Punggung sering terasa berat.
- Rasa kesal dan benci kepada orang tanpa alasan yg rasional.
- Rasa sakit pada tubuh yang tidak terbukti secara medic.
Sebab medical
- Penyakit dapat dikesan dengan rawatan moden.
- Penyakit dapat dirawat melalui rawatan moden.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Aidilfitri bersama Ahli Parlimen Labuan..Datuk Hj Yusoff Bin hj Mahal

Inilah kalau dah di perantauan ..ada orang jemput je mesti ikut je... Kali ini Alhamdulillah aku berpeluang berhari raya dengan Ahli Parlimen lagi.. walaupun tak boleh berhari raya dengan Tok Tengku (DYTM Sultan Kedah) dan Che' Det jadi beraya dengan ahli parlimen pun kira oklah kan....Terima kasih En Ismail kerana bawa kami ke sana...
Background stage utama rumah terbuka YB
Ucapan Selamat hari Raya oleh YB Datuk..terima kasih kerana menjemput kami...
Bergambar dengan Datin...

En Ismail..terima kasih lah bawa kami bersam berhari raya... dapat duduk di meja VIP lagi tu...
Macam selalulah aku dengan Aisyah join aje...
Inilah rezeki orang beraya di Perantauan..terubat juga rindu nak raya kat rumah..
Berlatarbelakangkan suasana hari raya dlam dewan mesra Labuan
jangan jealous yek...satu meja ngan pengarah lagi tu..
Tuan..senyum meleret je...
Alhamdulillah rezeki kami..tak perlu berebut di rumah terbuka sebab semua dihidangkan dan dilayan oleh  pramusaji.
Alhamdulillah walaupun hati ini masih rindukan  rumah tapi terubat juga rindu di hati bila sibukkan diri dengan agenda-agenda yang tak terancang ni..asal ada  jemputan je..sampailah kami..
Buku program...padat dengan pelbagai aktiviti tapi kami tak duduk lamalah sebab dah lewat ..tak sesuai balik lewat sangat...

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Monday, September 20, 2010

Rumah Terbuka Aidilfitri @1 KML

berlatarbelakangkan suasana rumah terbuka D'Perantauan
Alhamdulillah  pada 18 September KML telah mencatat satu sejarah lagi iaitu mengadakan  rumah terbuka untuk perayaan dan konsepnya sangat unit. Walaupun sebelum ini aku selalu juga menganajurkan majlis Aidilfitri tetapi keunikan yang ada di KML adala  pelajar yang pelbagai kaum yang menguruskan rumah terbuka.

Setiap pelajar mempunyai kumpulan metor sendiri dan mereka diletakkan dibwah mentor dan diuruskan oleh ketua Unit. Inilah keistimewaannya ,di mana  Ketua Unit menguruskan rumah masing-masing. Semuanya ada 10 kumpulan rumah untuk 2500++  pelajar dan  pensyarah.
SOTO SABAH..jamuan istimewa dari Shikin n Aisyah
Kui Raya tajaan Pengarah dan Timbalan ..untuk meja pengurusan
Sempat lagi berposing..potong tembikai..mee n bubur tajaan  En Osman
Inilah kalau buat kerjapun nak berposing...ha..ha.. raya D'Perantauan lah katakan..pengalaman pertama hidupku
Ucapan Perasmian Rumah Terbuka 1 KML..selamat hari raya dari pengarah untuk semua...
Walaupun terpaksa berhujan ..mereka tetap bersemangat menghias rumah terbuka masing-masing
Wajah-wajah warga KML..pensyarah  kat depan
Alamak..besarnya aku...bergambar kenangan dengan Pengarah dan Timbalan
Ini Pengerusi Program dengan Setiausaha Program...ehem..ehem..jangan gossib bah..
Cerianya pelajar.....berhari raya..pakai baju barulah tu..
Ini..lah barisan kuat pembantu rumah pengurusan
Kanak-kanak yang paling seronok berhari raya
Josh...cayalah..pengurus yang cekap
Kesian..kena latu sampai jam 3 petang
Barisan Pengadil...berbelah bahagi nak bagi kumpulan mana menang
Hadiah..lumayan juga..disediakan oleh KML
Juara keseluruhan
Rumah Mesra
Rumah Jamuan Terbaik
Nasrul..jangan makan sorang-sorang tau
Selamat Hari Raya..En Osman, Tuan Pengarah, Tuan Timbalan dan En. Mt Azar
Senyum kerana selesai satu program.....lega.Alhamdulillah..

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Friday, September 17, 2010

Berkelah di Hari Raya ke tujuh..PANTAI MANJA RASA

16 September adalah cuti umum untuk Malaysia sempena Hari Malaysia jadi kamipun bercuti...satu pakatan untuk berkelah di hari raya..siap meeting lagi nak buat event berkelah ini. diputuskan jam 8.30 pagi berkumpul di pantai..Destinasi dituju  Pantai Manja Rasa...Labuan
Pantai dekat Manja Rasa jadi aku letak nama pantai manja Rasa  berhampiran dengan  bandar.
Kami orang yg kedua sampai  dan tepat jam 8.45 pagi .Kak Siti lagi awal sampai  diikuti dengan Aini
Dah boring menunggu kami pun buka tikar dan turunkan bekalan yang di masak...
Dasyatkan..masakan orang bujang.....bukan rebus telur masin je..atau kacang goreng je...
Ini menu Aisyah..nasi beriyani dengan ayam masak madu....sedap..tapi bermadu...he..he..he..belum tentu manis lagi..
Ini masakan Chef Shikin lah...Lodeh ngan nasi impit dan sambal tumis ayam
Aduh..dah 1 jam setengah tunggu hanya kami tiga  keluarga je.....wktu ni dah rami sampai  jam 9.45 pagi..Lapor  perutttt dah..
Ini tambahan hidangan yang dah sampai...yang banyak lagi belum sampai sebab  boss yang masak..Chef IDAMAN..Kak Ida ngan En. Osman
Ha..ni tengah siapkan api nak bakar satey...nyam..nyam...nyam
Satey..memang tak sah kalau tak de...rsepi rahsia kata Kak Ida..nak menuntut kena bawa  ayam golek 10 ekor
Sedappppppppppp
Sempat lagi nak berposing...nak makan satey...
Majlis perasmian....sedap bihun dan mee yang Kak Lia masak tak kalah juga mee Mariah
Ini kenalan-kenalan baru..Mariah, Kak Siti dan Kak Aini
Paling bahagia menjadi kana-kanak...basah lencun pun boleh makan..tapi tak sempat nak pergi tangkap gambar mereka berenang sebab panas...sun burned!!!!!!!!!
Pulun..pulun jangan tak pulun..kaum bapa menjamu selera
Habis makan apa lagi ..bersembang sambil mengimbau memori ..memori..lama
Ira..isteri Saiful ..ibu muda usia 22 tahun
Pose maut...boleh ke aku kembalikan saiz masa umur 22 tahun dulu!!!
Cute tak..ini anak Aini
Tak de anak sendiri jaditumpang anak orang je lah...
Comel nye..hairan dia tengok  aku..
Amboi Kak Ida  ngan Aisyah macam dua beradik..bersimpuh ayu lagi tu....
Akhirnya ...tangkap gambar sendiri juga......mengadap laut...berakhirlah perkelahan kami jam 2.30 petang..berkemas dan balik nak solat zohor....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in