KHAS BUATMU

Sunday, May 29, 2011

21 tahun yang lalu............Dalam Chapter Hidupku

Ini gambar 21 tahun  yang  lampau....yg  tudung putih  gambar  masa Ujian Kelayakan Guru(UKEP), tudung  birumasa Temuduga Guru, yang kat  atas  tu  masa duk  kat IPSI  dan yg  tak  pakai  tudung  tu  masa  posting  kat Langkawi..20  thn  yg lampau..
 
11  Jun 1990....aku  bergelar  seorang  guru.....pada  hari  ini(29 Mei 1990)   aku   menerima surat  tawaran  menjadi  guru 21 tahun yang  lalu.....
Inilah  takdirku  seorang guru..

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

GURU O GURU
USMAN AWANG
1979  (masa  ni  umur  baru  lapan tahun)

Cikgu,pensyarah  dan tutor...... terima kasih kerana telah mendidik ku menjadi seorang guru........yang tahu menulis, tahu membaca, tahu mengira dan yang paling penting, tahu bagaimana menjadi seorang insan yang berguna. Terimakasih kepada  semua yang pernah mengajarku. Jasa cikgu,pensyarah  dan tutor  semua tetap akan dikenang sehingga akhir hayat. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa dan pengorbanan mu wahai guru. 

Terima Kasih kerana mendidik  aku  sebagai seorang GURU.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

2 comments:

  1. salam...

    tanpa guru...siapalah kita...

    ReplyDelete
  2. Akhirnya kita ditakdirkan menjadi seorang guru juga.....heehehehe

    ReplyDelete

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.