kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) BUKU (23) ESQ165 (23) Penulisan (23) pengalaman (22) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (13) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) Bookreview (3) HANDMADE. (3) Hari Rayaku. (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) SELAMAT CURTAIN KEDAH (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) Karya Kreatif (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SELAMAT HARI GURU (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Langsir (1) MAS (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) perniagaan (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, December 7, 2012

Aku Terima Nikahnya.......


Ijab Kabul Terima Tanggungjawab Berat. Oleh : Ahmad Baei Jaafar “Aku terima nikah Aminah binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM300 tunai." Demikian jawab pengantin lelaki sebaik-baik sahaja bapa pengantin perempuan melafazkan ijab,“Aku nikahkan dikau dengan anakku, Aminah binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM300 tunai.” Lafaz sebegini pada sesetengah orang, boleh dilakukan dengan sekali lafaz sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat juga pada sesetengah tempat, saksi mahu lafaz itu diulangi sehingga tiga kali walaupun pada dasarnya ia sudah boleh diterima. Ada saja kesalahan yang dicari walaupun amat remeh temeh. Pada pandangan mereka, cara itu adalah untuk mendapat pahala sunat tiga kali. Benarlah, dalam Islam tiga kali itu sunat, tetapi tidak semua perkara perlu diulang sebanyak tiga kali. Sebenarnya dalam soal ijab kabul ini banyak bergantung kepada kuasa dan ilmu penolong pendaftar nikah yang dilantik kerajaan, atau wali yang menikahkan anaknya itu. Ini kerana dia yang menerima ucapan atau lafaz balas menerima perkahwinan itu, tentulah dia yang mendengarnya secara langsung. Maka dia yang boleh menentukan sama ada lafaz itu terpakai atau tidak. Saksi yang diminta hadir ke dalam majlis itu bukan bertujuan mengesahkan lafaz ijab kabul perkahwinan itu tetapi untuk menjadi saksi kewujudan majlis akad pada hari itu. Boleh jadi tanpa saksi, wali dan pengantin boleh menyembunyikan keadaan sebenar. Dan, boleh jadi tidak wujud majlis akad nikah pun. Berdasarkan itu, saksi tidak perlu membantah jika wali telah menerimanya sebagai sah kecuali jika memang ternyata salah yang tidak disedari walinya. Dalam keadaan itu, wali perlu akur dengan pandangan saksi. Kesan Ijab Kabul Apabila seseorang lelaki berjaya melafazkan ijab kabul, semua orang berasa lega dan gembira terutama pengantin lelaki. Mereka gembira kerana penantian pasangan tersebut untuk disatukan sudah tamat. Pastinya pengantin yang terbabit lebih berasa lega kerana segala pantang larang selama ini sudah tamat dan kini mereka bebas sebagai pasangan suami dan isteri. Tetapi persoalannya, tahukah pengantin lelaki itu akan mesej yang terkandung dalam lafaz ijab kabul itu? Saya percaya kalau pengantin lelaki itu faham tentu dia hanya akan gembira sedikit kerana mengenangkan tanggungjawabnya yang besar selepas itu. Mengapa tidak? Bapa mentuanya telah melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuannya kepada menantunya. Maknanya dia mahu anaknya dijaga seperti dia menjaganya. Dia mahu anaknya dididik dengan iman dan takwa, mana-mana yang tidak sempat dididik semasa di tangannya. Selain itu sedarkah dia bahawa segala kesalahan dan dosa isteri, dia perlu ambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya? Dosa yang lalu memanglah tertanggung pada bahu masing-masing, tetapi selepas berkahwin, suami perlu bertanggungjawab membendungnya. Dalam keadaan ini kalau dia membiarkan sahaja segala perlakuan si isteri tanpa tunjuk ajar yang betul, maka dia turut berdosa seperti pengamalnya juga. Menyedari keadaan itu, suami perlulah lebih serius dalam mengurus dan mentadbir rumah tangga sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu, suami perlu lebih tahu tentang ilmu agama khususnya dalam soal hukum-hukum yang berkaitan hal rumah tangga. Suami juga perlu lebih kuat iman dan takwa terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Suami yang cukup ilmu pengetahuan agama dan ditambahkan dengan iman dan takwa pasti mampu membawa isterinya ke jalan syurga dengan mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Pada masa yang sama dia akan mengelak dari jalan-jalan ke neraka bagi menyelamatkan diri dan isterinya. Sejauh Mana Suami Faham? Walaupun pengantin lelaki dan perempuan diingatkan oleh imam nikah dalam khutbah nikahnya tentang tanggungjawab dan kewajiban suami dan isteri, mereka yang sedang dalam keadaan teruja dan terlalu gembira itu begitu mudah melupai pesanan itu. Buktinya, apabila kenduri kahwin diadakan, pengantin perempuan akan bertukar wajah, pakaian sopan semasa akad nikah di masjid itu hilang serta-merta dang berganti dengan berbagai-bagai persalinan yang tidak menitikberatkan soal syariat. Pendedahan aurat berlaku tanpa menghormati hukum Islam lagi. Alasan biasa yang diberi, kehendak mak andam atau ibu bapa, maka mereka tidak boleh buat apa-apa. Sesungguhnya perempuan yang kuat iman dan takwanya pasti mampu menolak. Hal ini kerana masa untuk memilih pakaian telah dilakukan sebelum majlis itu diadakan lagi. Selain itu pengantin lelaki yang kini berjawat tanggungjawab seorang suami juga tidak boleh bersuara, apa yang berlaku terpaksa diterima. Namun sebagai suami tanggungan hukum sudah berada di atas bahunya selepas diijab kabulkan. Ketika itu dia sudah wajib melarang isterinya mendedahkan aurat. Maka secara sedar dia turut berdosa atas perbuatan isterinya itu jika tidak melakukan apa-apa untuk menegahnya. Kemudian pada hari-hari berikutnya, kehidupan rumah tangga berjalan seperti lazimnya. Rasa bahagia dan kasih sayang dapat dilihat pada wajah mereka berdua. Namun ketika itu kesalahan isteri akan dibiarkan begitu atas dasar sayang dan cinta. Mungkin juga atas rasa masih awal untuk menegur kesalahannya. Tetapi akhirnya kesalahan itu menjadi kebiasaan yang kemudiannya sukar ditegur lagi. Ketika itu teguran suami akan ditentang lalu dengan itu sukar baginya bertindak sebagai suami. Bayangkan berapa banyak dosa sebagai suami yang harus dipikul selain dosanya sendiri. Inilah kesan daripada kejahilan mereka tentang hukum Allah. Semuanya berpunca daripada kecuaian dalam mendalami ilmu agama sebelum berkahwin dan semasa melayari bahtera rumah tangga. Memang sebelum berkahwin setiap pasangan menghadiri kursus pra perkahwinan. Tetapi kursus selama dua hari itu tidak cukup untuk mematangkan ilmu agama mereka. Banyak lagi ilmu yang mereka perlu tahu termasuk ilmu pentadbiran dan pengurusan rumah tangga. Tanggungjawab Utama Menerima ijab kabul bererti seorang suami menerima amanah ibu bapa isterinya dan Allah. Maka dengan sebab itu dia tidak harus ada alasan untuk mengelak daripada amanah itu. Dalam ruangan yang ada ini, mari kita selongkar amanah yang tersirat dalam ijab dan kabul itu. Amanah dalam Lafaz Ijab Kabul Amanah Allah. Suami wajib menjadi khalifah Allah atau dalam bahasa mudah menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak. Sebagai pemimpin suami ada dua peranan iaitu memastikan isteri dan anak-anak mematuhi perintah Allah. Pastikan mereka melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji. Pastikan mereka sentiasa jauh daripada melakukan dosa walaupun dosa kecil. Peranan kedua, mengurus rumah tangga dan menyediakan keperluan hidup agar isteri dan anak tidak kebuluran. Oleh sebab itu suami perlu bekerja bagi mendapat upah yang selayaknya untuk menyara isteri dan anak-anak. Suami perlu menyediakan keperluan hidup mengikut kemampuan, maka kalau sedikit rezekinya, itulah yang harus diberikan kepada mereka. Dan kalau banyak jangan pula sampai membazir kerana pembaziran adalah amalan syaitan. · Amanah ibu bapa mertua. Menantu diberi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi oleh mertua dalam menjaga anaknya. Maka sebagai suami dia wajib menjaga keperluan isterinya zahir dan batin. Suami tidak boleh menyakiti hati isterinya kerana dengan itu akan terguris hati ibu bapanya. Maka dengan sebab itu kalaulah berlaku krisis rumah tangga, selesaikan dengan baik secepat mungkin. Kecuaian suami dalam menjaga keperluan ini mengakibatkan krisis yang sedikit akan membesar dan akhirnya membawa kepada perceraian. Ini tidak seharusnya berlaku dalam rumah tangga. Oleh sebab itu bendunglah krisis itu dengan sebaik-baiknya dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjadi punca berlaku krisis. Dan jika ia terjadi juga, duduklah berbincang dan hindari sikap saling salah menyalahkan. Masing-masing pihak perlu melapangkan dada dan sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan matlamat, apa jua tindakan yang dilakukan adalah demi mendapatkan keredaan Allah SWT. Jika perlu mintalah bantuan pakar bagi menyelamatkan keadaan. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk meminta khidmat nasihat ibu bapa masing-masing. Mungkin dengan itu mereka dapat menyumbang petua yang baik untuk memulihkan keadaan. Cuma dalam hal ini, ibu bapa jangan sesekali menyalahkan menantu kerana kesannya bukan merawat tetapi hanya meruntuhkan kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Saya percaya jika suami dapat memelihara amanah Allah dan amanah ibu bapa ini dengan sebaik-baiknya, akan tercapaikan apa yang dikatakan rumah tangga bahagia, yang di dalamnya wujud rasa mawaddah dan rahmah, ada rasa kasih sayang dan saling mencintai kerana Allah. k



:)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, December 1, 2012

01/12/2012......Anniversary 20 Thn CIKGU SHIKIN SAYANG


20 tahun yang lalu, Shikin melapor diri di SEKOLAH KEBANGSAAN KUAH, 07000 LANGKAWI ,KEDAH...
sekejab je masa berlalu. Sudah 20 tahun secara rasminya bergelar seorang guru sekara tetap dengan kerajaan Malayisa....KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA...

Rasa macam baru semalam berlalu...masih terbayang di mata macam mana di hantar ke Langkawi oleh Pak Chak Osman dan Mak Chak Zauyah...menumpang di rumah Kak Shimah dan Abg Halim....subhanallah sekejab saja masa berlalu.

Alhamdulillah ....itu sahaja yg dapat Shikin lafazkan kerana Allah mengangkat darjatku menjadi seorang guru. walaupun pelbagai dugaan dlm membentuk diriku Shikin bersyukur kerana kerjaya mulia ini adalah takdir hidup Shikin. Jatuh bangun dlm bergelar seorang guru hanya Allah yg Maha Mengetahui.


Terima kasih buat anak didikku di SK KUAH yang banayk mengajar aku mengenal erti sebuah kasih sayang, harapan, kerinduan dan kesetiaan. Buat semua anak muridku masih terngiang suara manja kalian dan gelak tawa...tangis sendu semasa kita bersama.
Terima kasih rakan rakan seperjuanganku yg sama sama melapor diri pada tahun 1992... Ustaz Zaaim, Arwah Al Latif, Zuraimi, Abg Latiff, Siti Razana, Azimah, Rokkah ,Yusri dan Kak Rosmah.  Semoga Allah kurniakan kebaghagiaan buat semua.  Shikin bangga mengenali kalian dlm hidup ini...semoga Allah berkati hidup kita di dunia dan akhirat. aamin.....Al Fatihah buat Al Latif @Yang Chik yg telah kembali buat selamaya. Semoga Allah rahmati Yang Chik dan tempatkan Yang Chik dikalangan hambaNya yg diredhai. Aamin
:)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in