koleksi peribadi dikongsi bersama insan2 disayangi

kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (208) suara hatiku (197) nikmat Allah (139) cinta....kasih..sayang...hubbyku (125) Alhamdulillah (116) ilmu (100) belajar (87) CHAPTER HIDUPKU..... (79) memori oh memori (72) Puisi/Sajak/Gurindam (71) kerjayaku (69) D'Perantauan (65) cabar minda (63) nasihat (54) keluargaku (42) Chef Shikin...cooking skill (39) berita (38) cabar diri... (37) Pergilah bercuti (35) kerjayaku...kemahiran (34) Mari Melancong (30) dari seorang sahabatku (30) Usahawan (28) 1 entri 2 stories (27) Siapa kau...dihatiku? (24) resepi aku (24) ESQ165 (23) dugaan..ujian hidup (23) My Dreams Come True (21) pengalaman (21) Motivasi diri (18) sunnah (17) lucu... (16) teratak aish (15) Travel logku (13) tin@teratak aish (13) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Premium Beautiful (11) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) USAHAWATI UTARA. (10) Harilahirku....Shikin Sayang (9) CONTEST D'moontest (7) PENTING (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) Terapi (7) berkebun (7) hobi (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) PETUA TO' NENEK (6) Yuniarko Sukendro (6) kemahiran belajar. (6) program (6) I AM AGEL (5) Joke of the day (5) Pengumuman (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) Tazkirah (5) cinta....kasihsayang... (5) dari blog MITI's (5) imotivasi.com (5) lucu (5) EID MUBARAK (4) Falsafah...fail sampah (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) UCAPAN (4) Datuk Maznah Hamid (3) Fig Colector (3) HANDMADE. (3) IAB (3) KENDURI KAHWIN (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Mutiara kata.... (3) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) CAT WORLD (2) FAKTA VS AOTA (2) Hari Rayaku. (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Istikharahku (2) Majlis Perkahwinan (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) my video (2) BAHAYA.... (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) DAO (1) Doaku (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) Kedah Negeriku (1) MAS (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) T (1) UB (1) al (1) pohon syurga (1)
Semoga Bahagia Selalu Ameen....

Monday, February 16, 2015

HAPPY BIRTHDAY FOR MY LILTLE SISTER NOORHAYATI SHAHROM

Buat adikku sayang Noorhayati Hj Shahrom
 Jika kata yang terucap
Dari bibir ini kedengaran kasar
Maka lembutkanlah dengan senyumanmu

Hari ulang tahun kelahiranmu kali ini
Menanarkan pandang indah masa lampau
Yang dulu keras menyapa
Yang kini lembut dibelai masa

Helai-helai yang memudar putih
Kau ubah menjadi indah
Dalam bayang jajar lilin yang enggan terbilang
Kusajikan dengan semanis rindu

Di atas lembaran kertas berwarna
Berhias bunga-bunga  rasa
Sebagai ucapan tulus apa adanya

Kuikatkan harapan pada bungkusan doa
Semoga sihat dan panjang umur
Tak lupa kuselipkan ucapan pula
Untukmu yang dihatiku teristimewa
Selamat hari lahir untukmu adikku
Dalam perjalanan hayat
ada cahaya dan ada selaput gelita
ada ria dan ada lara
menang dan kecundang
tenang dan walang
Semua itu sunatullah
bukan malang yang ditempah
tetapi peneguh lafaz syahadah
tentang kudrah dan iradah
semuanya dalam ilmu Allah
pasrah menyerah
kepada-Nya bergantung rahmah
daripada-Nya kita harapkan hikmah
mengenal hakikat dunia dan akhirah
menimbang dalam menentukan arah
semoga jalan yang lurus menjadi anugerah
semoga perjalanan hayatmu dipayungi barakah
kepada-Nya dikau akan berpulang menyembah.


Adikku sayang
Noorhayati Shahrom
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, February 10, 2015

Happy Birthday to ME Again......44



Selamat Harijadi Buat Diriku
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! Haaaaa jangan tanjat ye boboy dan gegurl semua... Bonda memang suka nyanyi lagu harijadi untuk diri sendiri.. Bukanlah niat nak perasan ke apa cuma nak sedarkan...diri dah semalin  bertambah remaja



Setiap tahun....nyanyi sendirilahkan....


hehehehe......
sweet.....
cool
awaresome
Alhamdulillah

Alhamdulillah

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ وَنَسْتَوْدِعُكَ (سبوتكن نام اورغ يغدراعيكن) وَدِيْنَنَا وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَنَا وَأَهْلَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَأَمْوَالَنَا وَبِلاَدَنَا وَدِيَارَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَعِيَاذِكَ وَجِوَارِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ وَذِى عَيْنٍ وَذِى بَغْىٍ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى شَرٍِّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اَللّهُمَّ حِطْنَا بِالتَّقْوَى وَالإِسْتِقَامَةِ وَأَعِذْنَا مِنْ مُوْجِبَاتِ النَّدَامَةِ فِي الْحَالِ وَالْمَألِ إِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَآءِ. اَللّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الأُمُوْرِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْىِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الأخِرَةِ.

  اَللّهُمَّ أَيِّدْ وَمَتِّعْ وَاهْدِ وَوَفِّقْ وَاحْفَظْ وَارْعَ (hjh noor ashikin bt hj shahrom )  وَانْشَأْهَا نَشْأَةً صَالِحَةً وانْبِتْهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَأَتِهَا رُشْدَهَا وتَقْوَاهَا فِي الدَّارَيْنِ. اَللّهُمَّ أَصْلِحْ شَأْنَهَا وَأَحْسِنْ أَخْلاَقَهَا وَزَيِّنْ نَفْسَهَا بِنُوْرِ الإِيْمَانِ وَامْلأْ قَلْبَهَا بِالتَّقْوَى وَالإِسْتِقَامَةِ وَاجْعَلْهَا بَارًّا لِوَالِدَيْهَا غَيْرَ عَآقٍّ لَهُمَا وَاجْعَلْهَا مِنَ الصَّالِحاَتَِ وَاكْفِهَا شَرَّ الْحَاسِدِيْنَ.
اَللّهُمَّ اَتِ نُفُوْسَنَا وَإِيَّاهُ تَقْوَاهَا وَزَكِّهِ وَأَنْتَ خَيْرَ مَنْ زَكَّاهُ، أَنْتَ وَلِيَّهُ وَمَوْلاَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْخَيْرَ وَاجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْرِ وَأَنْ تُعَامِلَنَا مُعَامَلَتَكَ ِلأَهْلِ الْخَيْرِ وَأَنْ تَحْفَظَنَا وَتَحْفَظَ (سبوتكن نام اورغ يغ دراعيكن) مِنْ كُلِّ سُوْءٍ وَمِحْنَةٍ وَفِتْنَةٍ وَضَيْرٍ، إِنَّكَ وَلِىُّ كُلِّ خَيْرٍ وَمُتَفَضِّلٌ بِكُلِّ خَيْرٍ وَمُعْطِى كُلَّ خَيْرٍ، اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوْبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
رَبِّ أَوْزِعْنَا أَنْ نَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيْنَا وَعَلَى وَالِدِيْنَا وَأَنْ نَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنَا بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا، رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءَ، رَبَّنَا اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ.
رَبَّنَا أتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Ertinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami mohon pemeliharaanMu dan penjagaanMu.... .BUAT  HJH NOOR ASHIKIN BT HJ SHAHROM , terhadap agama kami, keimanan kami, diri kami, ahli-ahli keluarga kami, anak-anak kami, harta-benda kami, negeri kami dan kediaman kami  serta segala sesuatu yang Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, mohon jadikan kami dan segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam kawalanMu, di dalam keamananMu, di dalam dampinganMu dan di dalam lindunganMu daripada syaitan yang derhaka lagi degil itu dan daripada bencana �ain (tikaman pandangan mata yang merbahaya) dan daripada yang mempunyai kezaliman serta daripada kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, mohon teguhkan kami dengan ketakwaan dan kekuatan pendirian di jalan yang lurus dan mohon lindungi kami daripada yang membawa kepada penyesalan di dunia dan di akhirat bahawa sesungguhnya Engkau adalah Maha memperkenankan segala doa. Ya Allah, perbaikilah hasil urusan kami dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah, bantulah, panjangkanlah umur, berikanlah petunjuk serta peliharakanlah dari perkara yang haram....(BUAT  HJH NOOR ASHIKIN BT HJ SHAHROM) dan bentuklah ia dengan perkembangan yang sihat dan suburkanlah ia dengan kehidupan yang baik dan berikan padanya petunjuk dan ketaqwaan di dunia dan akhirat. Ya Allah, perbaikilah dirinya dan akhlaknya, hiasilah jiwanya dengan cahaya keimanan dan penuhi hatinya dengan ketaqwaan serta berpendirian teguh. Dan jadikan  ia seorang yang berbakti kepada kedua ibubapanya bukan seorang yang derhaka terhadap keduanya, dan jadikannya dari kalangan orang-orang yang salih. Dan hindari ia dari orang-orang yang berhasad dengki.
Ya Allah berikan pada jiwa-jiwa kami ketaqwaan kepadaMu dan sucikannya, Engkaulah sebaik-baik Zat Yang Menyucikan jiwa. Engkaulah Pelindung dan Penolongnya,, Wahai Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.
Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang baik, dan Engkau berurusanlah dengan kami seperti Engkau berurusan dengan orang-orang yang baik, dan Engkau peliharalah kami dan ia.....BUAT  HJH NOOR ASHIKIN BT HJ SHAHROM daripada segala keburukan, ujian, fitnah dan kemudharatan. Ya Allah berkatilah bagi kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri-isteri kami, zuriat keturunan kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhan kami, ilhamkan kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan pada kami dan kepada kedua ibubapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai. Dan masukkan kami dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan orang-orang yang salih. Ya Tuhan kami kurniakanlah kami dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami yang menyenangkan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Wahai Tuhan, jadikan aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
Ya Tuhan kami, mohon kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon selamatkan kami daripada azab api neraka.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam. 
AAMEEN YA RABBAL ALAMEEN
 
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, February 8, 2015

CABARAN JOM SIHAT & SEXY 2015................kurangkan berat badan?????????


Ramainya yang duk komplen pasai berat badan......mhmmmmm Shikin ni malas nak layan
kalau nak ikutkan memang nak turunkan kepada berat badan yang ideal tp asyik gagal je plan yang dibuat.

Diet ATKIN'S cuba setakat 1 bulan saja...memang drastik turun berat tp bila dah tahan kemaruk makan nasi n roti badan naik semulalah.....peringkat awal memang seronok diet tp last bila dah makan hilang semua yang dah turun naik mendadak semula.

Lepas tu trylah ambil produk Advance Slim pula....makan sampai 3 kotak mmmmhhmmmmm result nya turun 3kg je lepas tu berhenti makan naik balik...juga

 
 Lagi dua hari dah nak masuk umur 44 tahun....rasanya dah malas nak fikir tentang berat badan. .....apa yang penting sihat dan boleh beribad dengan sempurna....kalau berat turun sikit senang sikit nak beribadat. In sha Allah  berat akan turun dengan sendirinya bila hati bahagia......

Semoga Allah bahagiakan hati ini ...hanya bahagia akan menurunkan berat badan dengan sendirinya.
SEKARANG NAK JAWAB SOALAN KEVIN ZAHRI
1. MOTIVASI SAYA  : IBADAH DENGAN MUDAH
2. 3 KG SEBULAN
3. CONTROL DIET SEIMBANG DAN  EXERCISE 
4. KONGSI DENGAN MEMBER DAN PEMBACA
5. CABARAN JOM SIHAT & SEXY 2015
  6. DAH ADA DAHHHHHHHHHHHH...TAK DIGUNAKAN SAJA
7. PERLU KOSONGKAN DAPURKU SEGERA
8. BERMULA DARI AWAL TAHUN  DAH......
1 JANUARY 2015
.......HARI NI DAH TURUN 3 KG @ 
8 FEBRUARI 2015

 85 KG
1.1.2016
####MASA NI BERAT HANYA 90KG SAHAJA @ 9.9.2009



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, February 1, 2015

CHAPTER OF MY LIFE 2015.......MENGHITUNG HARI

 HARI NI DAH 1 FEBRUARI 2015....
SUDAH 43 TAHUN CHAPTER KEHIDUPAN INI KU LALUI
 NEXT CHAPTER.....44 years young......
 Aku adalah aku seperti hari ini yang punya kisah semalam ..
Hakikat sebuah kehidupan.......

Kehidupan perlu diteruskan....
nantilah ada kelapangan bolehlah menulis...mood menulis belum kembali lagi.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in