KHAS BUATMU

Saturday, June 30, 2018

Aku Adalah Aku: Jadilah Diri Sendiri (Aplikasi Ilmu Kaunseling Dalam Kehidupan)



Buku ini adalah kompilasi pengalamanku selama 25 tahun sebagai kaunselor, cikgu, pensyarah, penceramah, motivator, coach, trainer, entreprenuer dan juga pelajar. Selain pengalaman aku terlibat dalam pembinaan modul-modul peringkat kebangsaan semasa bekerja di bawah Bahagian Psikologi dan Kaunseling selama enam tahun sejak 2006 sehingga 2012. Ianya adalah juga dari hasil penulisan di dalam blog aku dan juga nota kuliah dan aku susun agar menjadi satu bahan bacaan yang lebih santai dan lebih dekat dengan diri Anda.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, June 1, 2018

AKU ADALAH AKU: JADILAH DIRI SENDIRI (Aplikasi Ilmu Kaunseling Dalam Kehidupan)

SEKALUNG BUDI

Alhamdulillaahirabbil ‘Aalamin dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan hidayahNya jualah saya dapat menyelesaikan penulisan buku ini. Selawat dan salam juga diaturkan kepada Nabi Muhammad SAW . Seinfiniti terima kasih aku ucapkan kepada semua pihak terlibat dalam penerbitan buku Aku Adalah Aku; Jadilah Diri Sendiri (Aplikasi Ilmu Kaunseling Dalam Kehidupan) ini. Buat seluruh keluarga yang tercinta, aku dedikasikan buku ini buat mak dan ayah ku Hjh Siti Esah Binti Mohamad dan Hj Shahrom Bin Rahim. Buku ini juga aku dedikasikan khusus buat suamiku yang tercinta Muhammad Rahim Bin Mohamad Yousoff. Aku mahu mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang ikhlas adik beradik dan ipar; kakak Normishah & Abu Bakar dan adik-adik aku Noorhayati & Padil, Shahnon & Rohani, Shahril & Noor Aziah dan Shahrizal & Rahayusniza atas kasih sayang ,bimbingan, tunjuk ajar, kritik dan kesabaran serta pengertian mereka dalam menggalakkan aku sepanjang penyelesaian projek buku ini. Terima kasih juga dirakamkan kepada anak-anak buah Muhammad Shahir Firdaus, Nur Afiqah Shahirah, Siti Aisyah Humaira’, Nur Izzati Nazirah, Nur llyana Syuhada, Muhammad Alif Haikal, Muhammad Shahriz Aiman, Nur Shamimi Balqis, Nur Atikah Shuhada, Nur Syahida Safiyya, Shahriz Ridzwan, Nur Anis Sofia, Muhammad Aniq Aisy, Nur Aisyah Syafiah, Muhammad Aqil Danish dan anakanda bonda Abdullah Abbas yang menjadi sumber inspirasi penulisan buku ini.  
Terima kasih kepada mentor-mentor kekayaanku Almarhumah Datuk Wira Dr Maznah Hamid yang selalu menggalakkan aku dalam bidang penulisan sepanjang hayatnya. Tidak lupa buat Irfan Khairi, Dr Azizan Osman, Aaishah Latif, dan juga rakan yang sentiasa menjadi pemangkin motivasi diri. Terima kasih buat semua bekas pensyarah, guru-guru dan anak didik aku yang banyak memberikan motivasi sepanjang kita bersama dari sekolah rendah hinggalah sekarang di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang tak dapat disebutkan namanya satu persatu. Sekalung budi kepada semua rakan-rakan penyumbang ruangan SUCCESS STORIES FROM MY FRIENDS yang sudi berkongsi kisah kejayaan mereka.
Ucapan penghargaan ini juga aku tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang aku telah alpa. Rakan-rakan Kaunselor, Guru dan Pensyarah sepanjang perkhidmatan 25 tahun ini. Mereka membantu aku dengan menjawab setiap pertanyaan yang aku utarakan kepada mereka.  Akhir madah, aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam penulisan buku AKU ADALAH AKU: JADILAH DIRI SENDIRI (Aplikasi Ilmu Kaunseling Dalam Kehidupan) ini.
Sekalung kasih buat Anda yang membeli dan sudi membaca buku ini dan semoga Anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Terima kasih dari Shikin Sayang.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku