KHAS BUATMU

Tuesday, June 8, 2010

Buat B yang kembali kepada Kekasih Sejati

BUATMU B...yang aku kenali

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabat, saudaraku, kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kami pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu

B..semoga keluargamu tabah meneruskan perjuangan hidup yang fana ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi mereka
Tapi percayalah Allah akan menjaga mereka
Meneruskan perjuangan hidup ini
Perjuangan hidup kami yang tinggal masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

B..pergimu sudah pasti
Perginya dirimu pada Allah dengan senyuman terukir
Senyuman diwajahmu mengiringi jenazahmu semasa kau dkafankan
Sedih rasa hati ini mengenangkan senyuman diwajahmu
Semoga senyuman itu disambut para Malaikat yang menanti
Senyuman kepada Kekasih Sejati yang kepada Dia kita kembali
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Shooaibi sahabatku mengadaplah Kekasih Sejati yang abadi.
B...Semoga kau beroleh syurga Allah SWT. Amin





p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...:Shikin :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.