Hari ini aku pergi ziarah Kak Yati isteri B...sedih aku tengok dia sebab mengenangkan apa yang emak aku alami 18 tahun yang lalu. Cabaran hidup sebagai seorang surirumah sepenuh masa yang tidak penah hidup berdikari dan bergantung sepenuhnya kepada suami. Bila orang insan yang kita bergantung peri meninggalkan selamanya memang kita akan mengalami trauma dan kesedihan yang teramat sangat tetapi apa yang penting adalah sokongan dari insan -insan yang kita sayang dan kita kenal disekeliling kita.
Sedih dan simpati tetapi apa yang sewajarnya adalah empati sahaja yang sangat diperlukan oleh seseorang apabila ia mennghadapi situasi kritikal ini. Sekarang aku sangat empati dengan keadaan Kak Yati sekarang kerana aku sebagai seorang yang pernah hidup bersaama ibu aku. Ibu aku berhadapan dengan pelbagai masalah sangat kritikal dan aku sangat memahami bagaimana perasaan Kak Yati bila B meninggal. Mak pernah alami hidup yang sangat kritikal dan trauma akibat tekanan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling dan juga saudara mara yang tidak faham akan masalah yang dihadapi.
Sudahlah kehilangan insanyang tercinta di tambah dengan sikap mengambil kesempatan dan Alhamdulilah dalam masa yang sama ada ramai yang sudi menolong dan membantu untuk memudahkan segala urusan yang tidak tertanggung oleh seorang balu yang terlalu asing dalam segala urusan seperti ini. Aku kagum melihat rakan-rakan sekerja di IPDA yang sentiasa berusaha untuk membantu dan mempertahankan kebajikan keluarga Allahyarham B InsyaAllah B..kami akan membatu sedaya upaya untuk membela nasib isterii dan anak-anakmu.
Ketika ini aku hanya memberikan kekuatan kepada Kak Yati dalam bentuk sokongan dan keyakinan diri kepada Kak Yati untuk bertindak dalam menguruskan diri mereka. Kak Yati perlu bangun memperjuangkan nasib anak-anak dan kekuatan diri beliau sangat perlu. Aku akan berkonsi dengan Kak Yati dan membantu Kak Yati menguruskan tekanan yang dia alami sekarang. Bukan aku nak memandai-mandai tetapi aku memang terasa apa yang Kak yati alami sebab mak alai benda yang sama. Aku nak beri sokongan yang termampu sementara aku masih berada di IPDA. Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku untuk menghulurkan bantuan kerana aku tak punya duit ringgit untuk membantu. Semoga Allah berikan kekuatan kepada kami semua Amin.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment
Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!
PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.
Note: Only a member of this blog may post a comment.