Dah masuk hari ke 10 aku berada di Kolej Matrikulasi Labuan.. sejak hari pertama aku tiba masalah yang paling ketara adalah masalah air di catu. Kesian kat aku yang memang perlukan banyak air ni. Alahai setiap hari kena simpan air sebab kalau silap haribulan memang tak baik kena guna tisujelah...ha..ha..ha ambik ko Shikin .
Teringat aku masa pergi Shenzhen beberapa waktu lepas..sentiasa bekal air dalam beg sandang untuk ke toilet dan siap tisu basah banyak-banyak. Alamatnya masa kat labuan kalau waktu pejabat kena bawalah macam kat Shenzhen juga sebab mengelakkan aku terpaksa berlari balik ke rumah setiap hari jam pukul 10.30 pagi..hai perut nak kena ajar disiplin baru kat Labuan ni.
Sebelum ni kalau kat kedah aku memang disiplinkan diri untuk ke sungai kecil atau besar (bersopan sikit) setiap empat jam tapi sekarang bulan puasa sistem ni dah berubah sikit jadi alamatnya aku kena reframing balik. ...aduh susahnya kalau tak ade air...silap aku juga makan pedas sangat masa sahur tadi jadi perutni pun memang meragamlah....sabar..sabar.. reframe...reframe.
Semasa aku meninjau kawasan Labuan aku tengok setiap rumah mesti ada tangki air besar dan kat apartment kami pun ramai letak tangki air extra rupa-rupanya masalah dicatu air. air kat Labuan ni di bawa masuk dari Sabah gunakan feri..wah..dasyat sungguh..Inilah pengalaman hidup yang tidak boleh aku bayar dengan duit ringgit.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment
Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!
PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.
Note: Only a member of this blog may post a comment.