Sebenarnya inilah perjalanan dan saat-saat sedih yang sangat menyayat hatiku kerana aku terpaksa meninggal negeri yang sangat aku cintai dan demi sebuah kehidupan yang belum pasti.... hari ini memang hari air mata sebab dari pagi aku menangis mengenangkan diriku dan aku bertawakkal kepada Allah untuk setiap perjalanan penghijarahan ku ini. Aku lakukan hanya kerana Allah SWT. aku tak punya sesiapa melainkan Allah SWT. Aku sedar setiap perancangan itu ketentuannya hanya dari Allah SWT.
Terima kasih kak Not,Abang Burn, Yati ,Dat, Adik Mat, Ani, Shahril , Aziah dan Shahrizal kerana memberi sokongan buat diriku dan juga sentiasa memberi semangat buat aku melalui semua ini. Aku tahu kalian sedih dan sangat kehilangan aku sebab aku seperti mana juga aku yang tak pernah jauh dari adik beradikku....dan tanah kelahiranku...aku tahu ini hanyalah satu permulaan.
Aku sedih sebab meninggalkan adik aku Shahrizal yang dah 23 tahun aku jaga dan sekarang adik perlu berdikari dan hidup sendiri kerana aku terpaksa pergi meninggalkan dia.Begitu juga adik beradik lain. Aku pergi bukan kerana aku tak sayang pada keluargaku dan seluruh sahabat-sahabat serta saudaraku tapi demi sebuah hijrah kehidupanku hanya kerana Alla SWT...Semoga Allah menjaga adik-adikku dan kakakku serta keluarga mereka serta saudara n sahabatku.
Aku bersyukur kepada Allah kerana aku ada adik beradik yang terlalu mengambil berat tentang aku...sekarang aku tahu mereka sangat risaukan aku tapi aku tahu mereka tak tunjukkan sebab mereka takut aku tak kuat. Aku memang dah lama dah menangis mengenangkan semua ini tapi aku terima semua ini sebagai satu pengorbanan dan penghijrahan ke jalan Allah.
Aku berhijrah hanya kerana Allah....mungkin orang melihat aku seorang yang kuat dan tabah tapi sebenarnya aku sangat lemah dan sangat takut tetapi aku percaya Allah SWT itu Maha Esa dan Dia Maha Mengetahui setiap satu ketentuan dalam hidupku.ku redha dan aku terima semua takdir Allah buat diriku. Alhamdulillah.Semoga perjalanan untuk penghijrahanku ini adalah sesuatu yang diberkati Allah SWT dan aku yakinn setiap takdir Allah untuk aku adalah yang terbaik dan aku bersyukur dengan setiap yang aku terima dan lalui dalam hidup ku ini. Alhamdulillah.
p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment
Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!
PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.
Note: Only a member of this blog may post a comment.