KHAS BUATMU

Wednesday, September 15, 2010

Bekerja semasa cuti...emmmh..

Inilah nasib kami yang bekerja semasa orang lain cuti...dan cuti masa orang lain bekerja... Aku dah mula kerja pada hari raya yang ke empat sebab dah tak ada siapa lagi yang aku nak pergi mengunjung...baik datang kerja dan setiap hari aku dan Aisyah datang seawal pagi 7.30 pagi dan balik selewatnya 5.30 petang..kira-kira rajin jugalah tu.

Hari raya kedua kami pergi rumah Hj Hamka.Kaunselor JPWP dan separuh hari kami beraya di sana..sampai naik boring jugalah Hj Hamka dan keluarga melayan kami..tapi kira terubat jugalah hati ni ..sembang punya sembang alih-alih jadi jejak kasih sebab  bertemu saudara jauh ..tapi buka akulah..Aisyah dah jumpa keluarga dia yang kat Labuan...baguslah sekurang-kurangnya taklah terasa sangat bila kita duduk di perantauan ni.

Petang raya kedua penuhi jemputan rumah terbuka Kak Lia Cik Halim KML jadi sepanjang petang tu asyik menjamu selera...malam.duk kat rumah mengadap dinding..kabel laptop tak sampai lagi dari  KL.Punyalah terseksa kena order dari KUL..silap hari bulan aku balik Kedah ni je lah beli.

Hari Raya Ketiga aku berhari raya kat rumah Aisyah je..aku  masak lodeh dan kami berhari raya kat rumah mengadap Astro sampai ke malam...Raya keempat mula masuk kerja ..dan pergi buat medical check-up. Pergi makan tengahari kat KFC......petangnya beraya sambil tengok movie kat Astro..Raya ke lima pun sama je ....petang balik dari kerja aku masak rendang special mak (nanti tulis resepi), sayur lemak dan  Aisyah masak nasi ..katanya nak buat nasi beriani simple alih-alih jadi nasi Mandi Arab ...sedap killerlah  kami makan sambil tengok Astro kat rumah dia...jam 11 malam aku balik terus tidur ....mengadap dinding je...rumah kosong

Hari Raya keenam kami mula berpuasa sebab dah tak tau nak buat apa lagi...malam ni nak makan apa belum pasti lagi..rasanya aku makan roti ajelah sebab aku dah beli stok seminggu..aku ni hantu roti..jadi makan roti tiap haripun tak pe...nasi seminggu tak makan pun boleh tahan tapi roti...alahai macam kemaruk kalau tak jumpa...Ni tengah kat pejabat buka blogger sambil buat  soalan kajian dan kertas kerja...kejab lagi nak tulis resepi rendang..sedap..cubalah.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.