KHAS BUATMU

Tuesday, December 21, 2010

CITA-CITA ??? IMPIAN????KENYATAAN......

Berimajinasilah dan fokuskan pemikiran kepada kata hati anda...
 Kata Buya Hamka::::lemparkanlah cita-citamu ke langit tinggi..kalau jatuh tersaangkut di awan..jangan kau buangkan cita-citamu di darat andai ia jatuh terus mengalir ke laut.....
berjuanglah mencapai apa yang anda impikan dalam hidup..yakinlah

Harapan ..mengharapkan sesuatu yang pasti dan percayalah kata hatimu....

Jangan batasi pikiran dengan kata-kata negatif dalam dirimu...

Kecemerlangan....hanya kita tahu apabila kita telah melalui.....jadi yakinlah pada dirimu dan kemampuan dirimu..BOLEH>>BOLEH >>BOLEH
Hari ini shikin berhadapan dengan para pelajar yang rata-ratanya masih keliru dan juga tidak mempunyai keyakinan dan hala tuju diri ..memandangkan sekarang mereka terpaksa membuat pilihan dan juga mengenal pasti kursus atau bidang yang sesuai..ramai yang masih terkapai-kapai..tapi sayangnya kebanyakan mereka yang membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada  orang yang lebih berpengalaman dan juga berkemahiran...

Kesilapan dan kekesalan membuatkan pilihan akan terjadi bila mana kita memilih kursus yang tidak sesuai dan tidak layak...masalah akan timbul kalau kita dapat setakat cukup makan ..maknanya 3 pointer ke bawah...masing-masing yang datang agak kabur dengan pilihan kursus...ada yang ikut kawan..ada yang  ikut pilihan mak bapak..ada yang pilih ikut nasib...tapi apa yang penting adalah membuat pilihan yang sesuai dan peluang mendapatkan tempat bagi kursus atau pengajian yang menjadi impian.


Pelajar yang excellent  yg skor PGNK 3.8  to 4.0 mungkin tak timbul sebarang masalah sebab boleh memilih  kursus yang mereka impikan..tapi terdapat juga pelajar 4.o yang tak tau nak jadi apa..yang dia tahu hanya dapat 4.0 dan kira nasib...macam tu pun ada...masalah ini timbul bila cita-cita keluarga dengan cita-cita sendiri bertentangan dan akhirnya tak tahu nak pilih kursus..jadi penyelesaian UJIAN SDS Holland lah yang akan digunakan untuk membantu pelajar ni.

Sedihnya yang dapat 2.5 ke bawah...pakai hentam saja dan tak ada semangat...nak pilih kursus..jadi apa yang Shiki buat hari ini printkan maklumat kerjaya yang di bawah SPA dan pendapatan supaya pelajar boleh tengok apa yang mereka tahu tentang kerjaya diluar sana...
Apayg menyedihkan lagi para kaunselor semua bercuti dan ada urusan..akhir tahun..jadi tarikh tutup 13 Januari 2011 harap-harap mereka yang  datang sebelum kaunselor bercuti tu dapatlah mengenal pasti pilihan mereka..dan bagi yang tak sempat jumpa dan memang tak nak jumpa pegawai kaunseling..jumpalah mentor anda..dan kalau tak juga..pandai-pandailah buat keputusan...jangan pakai hentam kromo je....


Shikin ada tinggalkan no email dan alamat blog di pintu pejabat jadi kalau mereka nak minta tolong Shikin ..INSYAALLAH shikin akan bantu..itupun kalau mereka nak minta tolonglah...kan kerja Shikin tolong orang..itukan profesion yang dipilih jadi kenalah rela hati menolong....walaupun ini bukanlah profesion yang diimpikan dalam hidup dan pilihan ke 8 masa isi borang UPU dulu..inilah yang dikatakan TAKDIR....sebab itu cita-cita itu perlu dan perlu clearserta  maklumat yang lengkap supaya kita tidak membuat kesilapan...Shikin bersyukur kerana ditakdirkan menjadi kaunselor...walaupun tak minat dulu tapi bila dah 10tahun dalam bidang nimemang rasa cinta akan profession ini dan yang pasti dulu Shikin selalu berdoa agar menjadi orang yang berjasa dan berguna serta membantu orang lain ..jadi betullah Allah bagi jadi kaunselor dan cikgu sebab  memenuhi doa Shikin selama ini...Alhamdulillah....
dah ngantuklah..nanti esok ada lapang nak tulis tentang cara buat pilihan kat universiti supaya pelajar yg terbuka blog ni boleh dapat maklumat... ok jumpa lagi..kalau ada pesanan tinggalkan di shouter box...
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.