KHAS BUATMU

Thursday, April 21, 2011

PENJAWAT AWAN YANG PERNAH DITANGKAP KHALWAT DAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH SYARIAH LAYAKKAH MEMEGANG JAWATAN TERTINGGI DALAM SESEBUAH ORGANISASI PENDIDIKAN??????

 Ha........tengok  ke tajuk  memang  sangat  mencabar....minda  untuk  berfikir..sekarang ini  tengah  cari  maklumat  untuk  dikarang  sebagai  panduan  kepada  semua  geng  penjawat  awam...
Perintah Am Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 

4.(2) Seseorang pegawai tidak boleh -
(d) Berkelakuan dengan cara yang
boleh memburukkan /mencemar
nama baik perkhidmatan awam”

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4(2)(d)
Terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Berjudi di pejabat/waktu bertugas.
Disabitkan kesalahan jenayah/ mahkamah syariah.
Kesusahan berat kerana hutang.
Menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi.
Melakukan gangguan seksual
Kalau  rajin  baca  link  ini  sebab  semua  Penjawat  Awam  kena  ambil  tahu......
http://www.mod.gov.my/phocadownload/ptk/nota_ptk/PERATURAN%20PEGAWAI%20AWAM%201993%20%28EN.AZLAN%29.pdf
 Tindakan yang  boleh  dikenakan:
PENGANTUNGAN KERJA
Satu Perintah Yang Dibuat Oleh Pihak
Berkuasa Tatatertib Berkenaan Untuk
Menghalang Seseorang Pegawai
Daripada Menjalankan Tugas Apabila
Pegawai Itu Disabitkan Oleh Mahkamah
Atas Kesalahan Jenayah Atau Dikenakan
Perintah Tahanan/sekatan
( Peraturan 45) ( Peraturan 45)


PERATURAN 43
TAHAN KERJA BAGI MAKSUD PENYIASATAN
# JIKA SEMUNASABAHNYA DISYAKI MELAKUKAN:
i. - KESALAHAN JENAYAH ; ATAU
ii.- KESALAHAN TATATERTIB YANG SERIUS
# FAKTOR DI AMBIL KIRA :
i. - BERKAITAN DENGAN TUGAS RASMI ; DAN
ii.- KEHADIRAN MENGENDALAKAN SIASATAN
Tapi  kalau  Hakim  Mahkamah  syariah pun kena cekup  khalwat...apa  ke  kesahnya.....heheheheh
 perrrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhhh

Hakim Syariah Di Tangkap Khalwat



Hakim Syariah Bersekedudukan

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu.
Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.
“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota.

“Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu.
Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya.

Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat.

Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.

“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.
sumber: metro

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.