KHAS BUATMU

Tuesday, May 3, 2011

TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM

a) Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar.
b) Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu:
Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.
JadualTaksonomi Kognitif Bloom (1956)
TAHAP  ISTILAH / KATA TUGAS DALAM SOALAN
Pengetahuan
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi,
teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada
pembelajaran lepas
nyatakan,
terangkan,
namakan,
labelkan
Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam
ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada
konsep dan menterjemah draf.
pilih,
terangkan,
tulis semula
Penggunaan / Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru,
termasuk menyelesaikan masalah menggunakan
prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf
daripada data dll.
selesaikan,
ramalkan,
cari,
kesilapan,
bina alat.
Analisis
Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil,
bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara
bahagian, kenali struktur organisasi.
bezakan,
pasti,
pilih
Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha
tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan,
membuat klasifikasi.
bina,
hasilkan,
susun,
kembangkan
Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional,
atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan
mengkritik
pilih,
berikan,
alasan,
kritikan,
buktikan
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.