KHAS BUATMU

Monday, September 2, 2013

Chapter 27: Tercapainya sebuah Impian SARJANA MUDA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dalam ramai- ramai yang bergraduat hanya aku seorang shj yang dapat merasa nikmat emak bersama pada hari graduasi sebanyak dua kali iaitu semasa Ijazah dan Sarjana...adik beradik yang lain tidak berpeluang kerana keadaan yang menghalang.
Setiap manusia memiliki impian....begitu juga diriku..impianku masuk ke Universiti kali pertama adalah kerana memenuhi impian ayah dan mak nak tengok anak perempuan kesayangan mereka masuk universiti dan bergelar siswazah... Syukur Alhamdulillah tiga  tahun berhempas pulas akhirnya segulung ijazah dalam genggaman.
Bersyukurnya kami yang dapat bergraduat kalipertama darii UPM Terengganu dengan Ijazah Sarna Muda Bimbingan dan Kaunseling......bukan Kaunseling Ikan tapi kaunseling manusia....Specialnya kami bergraduat tidak di UPM induk maupun di dalam kampus sendiri. Kami bergraduat di Seri Negeri Terengganu.
Kenangan bergambar bersama rakan-rakan ex teacher....Alhamdulillah kami semua bergraduat dengan cemerlang walaupun tak terrbilang hahahahaha sebab tak dapat First Class kecuali Murniyati @Neng  yang dapat kelas pertama.
Kenangan bersama Dr Sharifuddin Dato Abdul Hamid yang mana sentiasa menjadi sumber inspirasiku sebagai seorang mahasiswa kerana Dr Sha@Din sangat baik dengan ku dan aku suka berkawan dengan Dr Sha sebab saja nak bagi kengkawan cemburuu hahahahaha  biarlah apa yang orang gossipkan tapi hakikatnya kami sangat rapat dan sahabat selamanya....Thank Dr Sha sebab orang lain semua panggil Dr Din tapi aku je yang suka panggi Dr Sha...

Kejayaan.........jika kau telah melalui kejayaan terhadap sesuatu dalam perjalanan hidup gembirakanlah hatimu, kerana itu adalah kebahagiaan yang dianugerahi Tuhan dalam adunan usaha fikir, batin serta zahir bernaung di bawah ikatan ukhwah persahabatan yang alir fikirnya sama sehala. ikatan yang kuat adalah asas kemajuan dan kejayaan. gembirakanlah hatimu kerana jalan-jalan yang panjang akan terus berada di hadapan untuk kau memacu semangat kentalmu melakukan apa yang kau fikirkan menyatu di dalam niat dan fikiranmu.


Sebagai kenangan ku tinggalkan memori indah menjadi seorang mahasiwa ini dengan puisi indah sebagai kenangan.......

Kejayaan Milikmu


Perjalanan yang disusuri
Penuh ranjau dan duri
Onak yang berliku
Harus ditempuhi

Inilah adat dunia
Susah pastikan bertemu senang
Andai sanggup menghadapi
Dirimu tidak akan rugi

Jangan dikeluh
Jangan difikir
Ianya pasti terjadi
Tak mungkin dapat dielak lagi

Pintaku padamu
Agar perjuangan murni ini
Tidak berhenti di sini
Pastikan kau mampu atasi

Ingat pepatah lama
Yang tak lapuk dek masa
Tak tenggelam dek zaman
Tak pupus dek bahasa

'Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan
Sekali bara digenggam
Biar sampai menjadi abu'

Semoga kau akan berjaya
Dan terus berjaya selamanya
Tekadkan di dalam diri
Kejayaan adalah milikmu yang ABADI ....

Yakinlah dengan anugerah Tuhan buat dirimu
Setiap  usaha dan tawakkal itu
Pasti ada penghujungnya


Buat semua sahabatku yang seperjuangan di universiti semoga berjaya di dunia dan akhirat. Setia memori indah kekal abaadi selamanya....Maafkan aku seandainya ada yang terkilaf bicara. tersadung senda....

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.