KHAS BUATMU

Wednesday, April 8, 2015

AL FATIHAH...8 APRIL 1951

HARI NI HARI LAHIR MAK...

AL FATIHAHKALAU MAK MASIH ADA ...64 TAHUN

Mak tidak lahsempurna tetapi dialah yang paling sempurna untuk kita. Walau betapa kita cuba seumur hidup untuk membayar kembali kasih sayang dan pengorbanan mak kita melahirkan serta membesarkan kita, nescaya kita tidak akan mampu membayarnya semula. Buat sehabis bagus menjaga mak kita jika masih ada dan jika tiada, sehabis mungkin menghadiahkan pahala buat mereka.
Kerana siapah kita untuk berdendam dengan mak yang bertarung nyawa melahirkan kita.
Di sudut hati mak mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya.
Jangan lupa dari mana kita datang dan ke mana pengakhiran kita.
Sayangi dan berkhidmatlah kepada mak kita selagi dia ada. Syurga benar-benar ditelapak kaki mak.
Sesungguhnya Kin rindu dengan mak........
 Syurga Di Telapak Kaki Ibu 

 
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

 
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

 

Kin rindu mak...





:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.