KHAS BUATMU

Wednesday, January 17, 2018

SEKALUNG BUDI ;AKU ADALAH AKU : JADILAH DIRI SENDIRI

 Alhamdulillaahirabbil ‘Aalamin dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan hidayahNya jualah saya dapat menyelesaikan penulisan buku ini. Selawat dan salam juga diaturkan kepada Nabi Muhammad SAW  . Seinfiniti terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak terlibat dalam penerbitan buku Aku Adalah Aku; Jadilah Diri Sendiri ini. Buat seluruh keluarga yang tercinta, saya dedikasikan buku ini buat mak dan ayah saya Hjh Siti Esah Binti Mohamad dan Hj Shahrom Bin Rahim. 
 Saya mahu mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih yang ikhlas adik beradik dan ipar; kakak Normishah& Abu Bakar dan adik-adik saya Noorhayati& Padil, Shahnon&Rohani, Shahril&Noor Aziah dan Shahrizal&Rahayusniza atas kasih sayang ,bimbingan, tunjuk ajar, kritik dan kesabaran serta pengertian mereka dalam menggalakkan saya sepanjang penyelesian projek buku ini.
 Terima kasih juga dirakamkan kepada anak-anak buah Muhammad Shahir Firdaus, Nur Afiqah Shahirah, Siti Aisyah Humaira’, Nur Izzati Nazirah, Nur llyana Syuhada, Muhammad Alif Haikal, Muhammad Shahriz Aiman, Nur Shamimi Balqis, Nur Atikah Shuhada, Nur Syahida Safiyya, Shahriz Ridzwan, Nur Anis Sofia, Muhammad Aniq Aisy, Nur Aisyah Syafiah, Muhammad Aqil Danish dan anak bonda Abdullah Abbas yang menjadi sumber inspirasi penulisan buku ini
 Terima kasih kepada mentor-mentor kekayaan saya Datuk Wira Dr Maznah Hamid yang selalu menggalakkan saya dalam bidang penulisan sepanjang hayatnya. Tidak lupa buat Muhammad Ilyas Said Jamil, Irfan Khairi, Dr Azizan Osman, Aaishah Latif, dan juga rakan USAHAWATI UTARA yang sentiasa menjadi pemangkin motivasi diri. 
 Terima kasih buat semua bekas pensyarah, guru-guru dan anak didik saya yang banyak memberikan motivasi sepanjang kita bersama dari sekolah rendah hinggalah sekarang di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang tak dapat disebutkan namanya satu persatu.


 Sekalung budi kepada semua rakan-rakan penyumbang ruangan SUCCESS STORIES FROM MY FRIENDS yang sudi berkongsi kisah kejayaan mereka. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Rakan-rakan Kaunselor, Guru dan Pensyarah sepanjang perkhidmatan 25 tahun ini. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. 

 Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan buku AKU ADALAH AKU: JADILAH DIRI SENDIRI ini.
Sekalung kasih buat Anda yang membeli dan sudi membaca buku ini dan semoga Anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Terima kasih dari Shikin Sayang.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.