KHAS BUATMU

Tuesday, June 11, 2019

29 tahun sudah... HAPPY BIRTHDAY MY BABY NUR FATIHAH ZULKIFLI



29 Thn....Happy birthday my favorite baby Nur Fatihah bt Zulkifli....DR. NUR FATIHAH BT ZULKIFLI..... hari Tehah dilahirkan kedunia pada hari ini juga aku mendaftar diri  sebagai Guru Pelatih di Institut Perguruan Sultan Idris....hari ni pada tahun 2019 ....babyku dah jadi ibu buat Sofea twins.

Melihat Tehah membesar dan dewasa....samalah juga melihat kerjayaku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam Kepmenterian Pelajaran Malaysia.

Dari seorang Guru Pelatih.......bertatih selama dua tahun setengah di IPSI  menjadi Guru sandaran di SK Kuah selama 6 bulan dan akhirnya di lantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah pada 1.3.1993.... akhirnya disahkan dalam jawatan pada 1.3.1996....

Allahuakbar  hebatnya Ya Allah mengaturnya untukku  kerana selepas 3 tahun dilantik aku  menyambung pelajaran di UPM TERENGGANU pada 1.6.1996  hingga 30.5.1999  dalam Bachelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling maka mulalah perjalanan baru sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah  pada 1.6.1999

Allah Yang Maha Mengetahui ...setiap perancangan yang kita buat dan Allah juga yang mengetahui bila dan di mana kita ditakdirkan.  Smk St Anne Convent ,Kulim, SMK Sultanah Asma, SMK Jabi adalah sekolah yang pernah aku berkhidmat.

Subhanallah sekali lagi perjalananku berubah arah selepas memiliki Sarjana  Sains Pengurusan   dari   UUM  pada tahun 2003 .Pada  1.8.2006 Allah memakhbulkan impianku  untuk berada di IPG DARULAMAN. hinggalah empat  tahun  aku berada di IPDA tempat yg aku impikan di sejak umur 16 tahun..... tp ku sangka panas hingga ke petang  rupanya hujan  ditengahari....berlakunya pelbagai dugaan yang membawa aku keluar dari IPDA akhirnya pada 31.7.2010..... Hanya Allah yg tahu betapa kecewa dan hancurnya hati ketika itu meninggalkan tempat yang aku impikan dan membawa diri ke  Matrikulasi Labuan  selama 1 tahun setengah..... dan  bermulalah hidupku diperantauan. Tiada siapa di sekelilingku, hanya sebatang kara di tempat orang. Bagaikan hidup dalam buangan . Aku membuat keputusan meletak jawatan 24 jam sebagai Kaunselor atau Pegawai Kaunseling  dan  pulang ke semenanjung  dan bercuti tanpa gaji selama 10 bulan.

Bagaikan kapal yg hilang enjin, patah layar,  dan terlepas sauh hidup terumbang ambing dalam gelora dan bencana itulah hidupku....selepas pulang dari umrah 2012 aku membuat keputusan akan kembali menjadi kaunselor di sekolah...semua melihat aku seolah berpatah balik dalam kerjayaku...bagaikan mengundur...itulah takdir dari Allah SWT....tetapi aku berpegang kata motivasi lastik hanya akan pergi lebih jauh bila ditarik jauh kebelakang....itulah takdirnya.....aku terus pulang ke kampung halamanku berkhidmat di SMK ALOR MERAH dari 16.3.2013 dan kembalilah bergelumang dengan pelajar dan guru ....setiap yg aku laksanakan bagaikan mengulang kembali apa yg pernah aku lakukan dulu....seperti aku mula menjadi Kaunselor Pelajar....sedih...kecewa....malang....?semua tu selalu mejadi  mainan perasaanku...tetapi aku yakin Allah ada yang terbaik untukku. Aku pasti Allah mengaturkan yg lebih indah.... Akhir tahun 2015 dua hari sebelum tarikh tutup permohonan jawatan pensyarah di IAB  keluar dan  sahabatku Halawiah  yg memberitahu  ..terima kasih   sahabat..... dan hari ni aku sudah berada di IAB UTARA  Sebagai Pensyarah Kanan selama empat tahun. 16/5/2016 hingga sekarang. Walaupun onak dan duri tetap ada itulah dunia kerjaya ku.

Perjalanan 29 tahun sama seperti Tehah my favorite baby...sekarang dah jadi  mommy's for Sofea twins... ..always love you my baby.
#lovemakngah
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.