Kadang kadang hati kita ini cemburu dan cepat tersentuh. walaupun tanpa sengaja ianya tetap mengguris perasaan ini.
Waktu pergi shopping barang-barang keperluan untuk staf hari ini. Aku rasa sangat berkecil hati sebab cara layanan yang diberikan sangat istimewa. Setiap keperluan sehinggakan keperluan peribadi staf diambil kira.
Ketika berbelanja dengan aku Habib selalu diingatkan jangan membazir dan beli apa yang perlu dan penting sahaja. Sehinggakan aku belajar untuk menjadi manusia yang lebih berjimat cermat walaupun menggunakan duit aku sendiri. Tetapi ketika aku melihat cara layanan yang Habib diberikan pada orang luar aku rasa sangat cemburu.
Alasannya staf penting, perlu dijaga kebajikan dan susah untuk membina kesetiaan mereka untuk bekerja. Tapi apakah Habib lupa bahawa hati dan perasaan aku juga penting. Aku bukan cemburu, cuma berkecil hati.
Apakah
Dunia ini benar-benar tidak adil!
Kita saja yang perlu menjaga
hati dan perasaan orang lain.
Hati dan perasaan kita bagaimana?
Kita berbuat baik dengan orang lain,
sedang kejahatan mereka
yang dikembalikan kepada kita.
Kita setia bersama mereka
walau dalam susah dan senang.
Namun untuk sebentar pun mereka tidak betah untuk berada di sisi kita.
Jangankan dalam duka,
waktu bahagia pun tidak sudi.
Ya, dunia ini tidak adil.
Tapi!
Allah itu Maha Adil, sentiasa adil.
Ya, kita terluka malah tak dipeduli.
Tapi Allah tahu dan sentiasa sudi untuk mencantumkan kepingan hati.
Kita berbuat baik namun tak dihargai.
Tak mengapa Allah ada untuk menilai,
malah berjanji pahala akan diganjar.
Kita sentiasa membantu orang lain
dalam susah dan senangnya.
Tapi mereka tiada saat kita memerlukan.
Tidak mengapa Allah sentiasa ada,
dalam susah dan senangmu,
dalam tangis dan tawamu,
Dia ada dan sentiasa ada untukmu…
Lakukan semua perkara kerana Allah
Kita tidak akan terluka, percayalah!
Kita jaga hati orang lain untuk Allah.
Hati kita?
Tak mengapa, Allah ada untuk jaga hati kita.
Bukankah Dia sebaik-baik penjaga?
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#shikinsayang
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#BestFromNorthernSeries
#AkuAnakPomenChapterHidupku
x
No comments:
Post a Comment
Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!
PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.
Note: Only a member of this blog may post a comment.