KHAS BUATMU

Tuesday, July 20, 2010

Kueteaw goreng special Kak Tana Cikgu Zaki

Resepi ini aku belajar semasa pergi rumah cikgu Tn Hj Ahmad Zaki masa dia peencenhari itu. Inilh kelebihannya bila masuk dapur dan kebetulan masa tu Kak Tana masa kueteaw jadi aku dapatlah resepi ni dan bila balik cuba buat sendiri memang sedap dan sekarang boleh dikatakan tiap kali aku masak mesti teruja.


Bahan A:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam
5 biji cabai melaka

Bahan B:
1 peket kueteaw
300 gm udang basah
100 gm taugeh
20 gm kucai
4 biji telur

Kicap
Sos tiram
garam
gula

Cara buat senang je:
Mesin semua bahan A sampai hancur. Kemudian tumiskan sampai naik bau dan garing. Masukkan udang dan bila separuh masak masuk bahan perasa dan masukkan telur. Bila nampak agak suku masak masukkan kueteaw ,taugeh dan kucai. Goreng sampai masak.

Bahan perasa boleh tambah ikut rasa sendiri. Tapi aku tak pakai pak Aji naik moto sebab boleh jadi botak kepala nanti.

okey selamat mencuba.

Sedappppppp...selamat mencuba.
Aku tulis resepini sebab takut terlupa kalau lama tak memasak.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.