Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH
*Firman ALLAH SWT bermaksud: ALLAH tidak menganiaya mereka, tetapi
merekalah yang menganiaya diri sendiri. ( Surah Al Imran : 117 ) *
ULASAN AYAT :
1. ALLAH SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA, yang enzalimi
diri sendiri adalah manusia. Manusia sering mengangap keburukan yang
dilihat dan terjadi kepada dirinya sendiri adalah perbuatan ALLAH. Sedangkan segala kerja ALLAH baik ataupun buruk hasilnya adalah kebaikan,dan manusia perlu melihat perkara ini dengan penuh kesedaran.
2. Justeru, apabila ALLAH menginginkan seseorang itu menjadi baik
maka DIA akan menjadikan seseorang itu sibuk terhadap keburukan pada
dirinya sendiri, bukan sibuk mencari keburukan orang lain.
3. Apabila seseorang itu mengetahui dan mengesan tentang kesalahan
atau penyakit yang dihadapinya maka mudahlah baginya untuk meninggalkan dan mengubati sakit yang dihidapinya.
4. Untuk menyedari dan menjadi seorang yang sentiasa bermuhasabah
dengan diri sendiri, seseorang itu hendaklah sentiasa duduk bersama seorang GURU yang bijaksana dalam mendidik jiwa.
5. Seterusnya seseorang itu juga perlu kepada seorang sahabat yang
dipercayai lagi suka membetulkan kesalahan kita serta baik ilmu agamanya.
6. Perlu selalu mengambil manfaat dari kesalahan dan keaiban diri
daripada kritikan orang lain terhadap diri kita. Menerima teguran daripada
orang yang bersalahan daripada kita lebih menzahirkan keburukan diri
untuk diperbaiki berbanding daripada orang yang menyayangi kita.
7. Kita juga hendaklah bergaul dengan masyarakat dengan melihat apa
yang berlaku untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman terhadap diri kita sendiri.
8. Sesungguhnya untuk menjadikan diri baik bukanlah dengan melihat kebaikan diri sendiri, kerana ianya boleh menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan hati, malah untuk menjadi baik kita perlu selalu melihat dan mencari kesalahan diri untuk diperbaiki. WALLAHUALAM.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment
Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!
PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.
Note: Only a member of this blog may post a comment.