KHAS BUATMU

Sunday, August 1, 2010

Waktu yang mustajab doa.....InsyaAllah.

Allah SWT telah mengkhususkan beberapa masa di mana pada waktu itu

manusia begitu hampir dengan rahmat Allah SWT dan kurnia-Nya. Pada
masa-masa ini manusia begitu dekat dengan Allah SWT, di mana pintu-pintu
langit terbuka dan doa-doa diterima. Antaranya ada 10 masa sepertimana
yang dapat dihimpunkan daripada hadith-hadith Nabi SAW, iaitu;

1. Masa daripada gelincir matahari pada hari Jumaat sehingga terbenamnya
matahari. Yakni antara selepas masuknya waktu zohor hari Jumaat sehingga
masuknya waktu maghrib. Ini berlaku hanya seminggu sekali.
2. Masa ketika dinihari, iaitu satu pertiga malam yang akhir, atau waktu
suhur sebelum masuk waktu fajar. Yakni antara pukul 2/3 pagi sehingga
pukul 5/6 pagi lebih kurangnya.
3. Masa sujud, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat.
4. Masa selepas azan berkumandang, iaitu antara azan dan iqamah.
5. Masa selepas setiap solat fardhu.
6. Masa orang yang berpuasa berbuka puasa.
7. Masa turunnya hujan.
8. Masa berlakunya peperangan fi sabilillah. Ini jarang-jarang berlaku.
9. Masa malam Lailatul Qadar. Ini berlaku hanya setahun sekali, iaitu
dalam bulan Ramadhan.
10. Masa hari Arafah, yakni ketika jemaah haji berwuquf di sana pada 9
Zulhijjah. Ini juga berlaku setahun sekali. Saya berpendapat
(berdasarkan hadith-hadith) , masa mustajab berkenaan adalah mengikut
jemaah haji berwuquf di Arafah, walaupun kiraan hisab dalam taqwim
tempatan kita masih menunjukkan 8 Zulhijjah.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Post a Comment

Luahan kasih ..sayang...cinta ANDA ....silakan!

PM NO TELEFON ANDA.....JIKA ANDA INGIN DIBANTU.

Note: Only a member of this blog may post a comment.