|
4 Sc 2..15 perempuan 16 lelaki satu-satunya kelas aliran sains yg ada perempuan |
Aku berpindah dari SMTSRodziah dengan penuh kontoversi...aku sebenarnya dah tak nak belajar masa aku tamat tingkatan 3....memang sukar nak percaya kan..aku dapat result yang baik dalam SRP 1986 dan aku aply masuk sekolah teknik tapi tak dapat dan akhirnya kawan-kawan aku semua dah tinggalkan SMTSR jadi aku pula bergaduh dengan cikgu yang 'sakit jiwa' ..akhirnya aku memang tak ada minat nak belajar lagi..jadi memang sangat menyedihkan aku memberontak tak nak sambung belajar..jadi ayah dengan mak memang susah hati sangat..aku bagi syarat kat ayah kalau nak aku belajar ayah mesti tukar aku ke sekolah lelaki sbb aku dah tak suka belajar di sekolah perempuan...pening kepala ayah aku nak cari sekolah..aku dapat ke SMK Sultanah Asma tapi aku tak nak pergi sebab sekolah perempuan..Bahiyah..tak mungkin sebab Ann disitu...akhirnya ayah pergi PPD Kota Setar tanya sekolah mana yang nak ambil pelajar perempuan...atlast tahun tu SMDSO nak buat trial ambil student perempuan bagi kelas Sains sbb sebelum tu ada kelas sastera je untuk perempuan....jadi akhirnya inilah sekolah yang ayah pilih untuk aku...sekolah lelaki...15 org je pelajar perempuan sains dan 15 org sastera bagi 6 kelas maknanya 30 orang dari 190 orang pelajar tingkatan 4 tahun tu..itu tahun terakhir kelas Sains ada perempuan..(hingga thn 2000 baru ada pengambilan tingkatan 4 perempuan dan sekarang dah jadi sekolah Primer ada perempuan dari ting 1-ting 6)
10 Januari 1987-4 Jun 1990.SMKDSO adalah sekolah yang sangat meninggalkan nostalgia buat diriku yang tak glamour ni..tapi dunia sukan aku menyebabkan aku menjadi satu-satunya atlit perempuan yang sampai tahap MSSM dari sekolah ini..jadi sentiasa menjadi tumpuan kerana...besar dan top student...selalu kena hentam dengan Ustazah tapi student kesayangan Cikgu Idris Satar, Cikgu Chan Kok Peng...Cikgu Zainol...Cikgu Md Zaki..Cikgu Sultanudin...Cikgu Fizik aku ,Cikgu Rashid....Cikgu Rohani....Pak Hassan dan Pn Embun Pengetua kesayangan aku... ada beberapa lagi nama cikgu yang baik dengan aku tapi aku lupa....tapi cikgu yang tak suka kat aku pun ramai..sebab biasalah cikgu pilih kasih...sebab tu aku memang tak suka jadi cikgu dan cita-cita aku masa tingkatan 4 nak jadi atlit saja..atlit profesional dan profesion pilihan adalah Lawyer atau Magistrate.
|
I'm the big girls in the SMDSO..form 4 |
Masa di SMDSO aku hanya ingat dunia sukan aku dan juga tak berapa ingat dengan pelajaran sebab memang inilah zaman yang banyak menguji aku yang sudah beralih dari akademik ke dunia glamour dan atlit yang penuh dengan aktiviti di padang..Walaupun masa ini aku sepatutnya fokus pada SPM tapi aku selalunya kurang berminat nak belajar jadi selalu juga kena berleter dengan cikgu aku tapi ada juga cikgu-cikgu yang sangat baik dengan aku yang selalu bagi motivasi untuk aku mengimbangkan minat dan pelajaran aku...Bagi aku cikgu aku semuanya berjasa pada aku ..walaupun mereka ada yang ketara anti kat aku...tapi bagi aku mereka sebenarnya sayangkan aku..tapi masa tu aku memang selalu juga kena tekanan dengan cikgu-cikgu sebab banyak sangat surat cinta aku dapat...banyak kali jugalah aku kena mengadap guru disiplin dan pengetua...sebab tu Pak Hassan sayang sangat dengan aku sbb selalu aku kena masuk jumpa Pengetua....aku taklah kena marah sebab bila jumpa Pak Hassan dia cakap dengan aku baik-baik...itu cikgu yang cemerlang..
|
Pengiring aku yg comel...Mazni...Sharina..Mariati..Rosmida |
Inilah sahabat-sahabat aku masa di syed omar..memang selalunya kami berlima..belajar dan lepak...aku je yang besar sebab dia orang ni comel-comel..bila berjalan macam biasalah aku mcm princess yang dikelilingi oleh dayang-dayang yang comel..dan lagi satu kamilah group paling last pakai tudung kat sekolah..he..he.. orang lain baik-baik belaka..sebab semua alim-alim masa masuk SMDSO ..kami je yang tak alim..zaman ni kami lebih rapat dengan geng tingkatan 6 dan ada abang angkat...dan secret admirer..jangan terkejut lah sebab aku masa di SMDSO ada beberapa orang SAjuga.. dan ada juga yang aku minat..tapi..aku padam saja sebab aku ada seorang je dlm hati aku..Abang Tam. Aku banyak surat cinta dan surat dari secret admirer dalam meja aku setiap hari aku akan dapat surat dari SA aku dan ianya mistery sampai tamat ting 5 aku tak tahu siapa SA aku..yang aku tahu memang selalu dia letak pembalut coklat HACKS" Hanya Aku Cinta Kau Seorang" cantik2 kat meja aku..dan kadang-kadang ada puisi dan lirik lagu..tapi mungkin silap letak kut...ye lah siapalah aku? Sharina memang ngam gila dengan Mazni manakala Atie pula dengan Mida..aku ni neutral je..sebab aku ada dunia aku sendiri..
Selain dari itu aku ada seorang adik angkat gara-gara pengaruh kawan-kawan yang gila beradik angkat di Sekolah Menengah Dato' Syed Omar, secara rasmi Abdul Kohhar Hajar adalah adik angkat aku dia muda setahun je dari aku dan aku memang kenalkan dia dengan keluarga sebagai adik angkat...alih-alih masa tingkatan enam perasaan berubah dan rasa kekok menjadi adik angkat aku sebab dia rasa dia matang tapi masa tu aku buat tak layan saja sebab bila aku dah isytihar sebagai adik angkat maka ianya akan kekal sebagai adik angkat juga sehingga akhirnya. Uniknya kehidupan aku di sini memang menyebabkan aku sangat bersyukur kerana aku sentiasa dipenuhi dengan semangat ingin menang dan berjuang untuk merealisasikan impian aku.
Masih ku ingat kenangan makan ramai-ramai kat belakang bangunan sekolah sebab kami selalu buat pot luck sebab takbalik..sambil tunggu aktiviti ko ko..memang seronok kami bawa nasi bekal dan selalunya aku adik Mat tolong bawaa nasi bekal dari rumah sebab adik Mat belajar di sekolah sesi petang..Memang bila ku kenangkan kembali saat-saat indah kami di sekolah memang sangat mengujaku..terima mat-mat skema dalam kelas aku dulu..Shaiful Nazreen, Azrol, Muhammad,Mardi Anas Fauzi dan juga geng-geng merapu terutama Ghani, Azizan, Azizi, Shidi,Nordin, Ariwanathan, Tan,dan alamak ada yang aku terlupa namalah...dah lebih 20 tahun tinggal mana nak ingat semua...kalau geng pompuan selain kami berlima geng ayu Noriza, Zamzulhanim, Sofea, Norlela, Liza, Rozaima, dan geng alim pula Nor amilawati, Normi,dan Lin ..tapi dia sampai tingkatan empat je..masa tingkatan lima kelas kami ada 14 orang je perempuan... ada juga geng kelas lain yang ngam dengan aku terutama Zamri, Farid, Mukris .Mat Nan dan adik-adik tingkatan bawah MAFIA, MAFIO, Zaidi, Jas, Azhan ,Adli, dan dah tak ingat nama.
Cerita paling lucu aku tak boleh lupa adalah.....Nordin bawa buah kerdas "genuak" yang baunya macam kentut dan masukkan di bawah meja setiap orang dalam kelas dan akhirnya satu hari tu memang bau kentut dalam kelas tu..memandangkan dia memang anak tokey sayur tu yang dia pekena kami semua...maklumlah org pekan 'perak' sikit dengan buah-buah ulam kampung macam petai , jering kenallah..tapi buah gunuak@kerdas ni memang jarang jumpa...bila dikumpulkan dapat hampir sekilo buah genuak tu..tapi tak ingat cikgu mana yg ambil sebab balik buat ulam.
Lagi satu masa kami tingkatan empat kami kena kutuk rapat diperhimpunan sebab dapat kelas paling kotor dalam sekolah...habis kami ke 'boooooooooooo' kat perhimpunan naik malu sebab kelas kami kelas yang ada perempuan...danjadi kelas yang terkotor..alamak..mestilah kena kutuk rapat..terutama geng-geng skemalah..macam kami berlima ni..apa peduli..janji kami bersih sudahlah...tapi kena hentam sakan dengan guru kelas kami aku lupa dah sapa nama guru kelas kami tu...dan tercabar semua dalam kelas dan akhirnya kelas kami jadikelas terbersih selama empat minggu berturut-turut dan kekal bersih sampai akhir tahun...sebenarnya kami semua rajin tapi memandangkan masing-masing pentingkan diri dan harapkan orang lain..lastnya kenalah..pengajarannya kat kami kalau masing-masing tak nak sepakat memang smpai bila pun kami kena kutuk...tapi syukurlah sepanjang kami tingkatan 4 dan 5 memang tak de lah pernah bergaduh atau bermasam muka..hidup kami kat sekolah tu macam adik beradikk..tapi macam biasalah ada juga yang hentam menghentam sebab kes boy friendlah., abang angkat lah...adik angkatlah..dan kak angkat..memang trend masa ni ramai sangat nak terangkat-angkat ni..aku ada abang angkat..dan semua ketuaa pengawas jadi abang-abang aku..Abang Aqsa ngn Abang Azam.Abang Hamdi .tapi semua tu masa tingkatan empat ngan lima je..dengan Abang Aqsa je aku teruskan sampai aku masuk IPSI pada tahun 1990....memang dia betul-betul jaga aku macam abang sampai masa di IPSI tu tak de orang berani raging aku sebab aku ada protector...
|
Pakai tudung 1 Ramadan 1987..tp ni gambar masa tingkatn 5 Sc 2 1988 |
Pengalaman pertama pakai tudung dalam hidup aku adalah ketika 1 Ramadan ..tahun 1987 masa tu semua kawan-kawan dlam kelas kami telah pakai tudung ..cuma kami berlima je yang tak pakai lagi..macam-macam jugalah kami kena kutuk sebab rugged tak habis-habis..ada satu penyataan tu.."kesianlah kat kami..sebab dosa bertimbun duk tengok rambut hampa.." Tahun tu kami pun capai kata sepakat nak pakai tudung sama-sama...tapi macam mana nak pakai tudung ni...sebab aku budak sport biasalah..kalau pakai tudung tak boleh pakai skirt n seluar pendek lagi....lama juga aku berfikir dan akhirnya buat sembahyang istikharah...minta petunjuk..dan akhirnya buat keputusan pakai tudung dan kami pakai skaf dulu dan masa tingkatan lima baru akupakai tudung sepenuhnya...sejak aku pakai tudung aku tak pernah buka lagi sebab bagi aku..aku pakai tudung bukan kerana dipaksa dan disuruh oleh sesiapa...yang penting aku membuat perubahan kerana aku yang hendak...aku memang mengejutkan keluarga aku sebab aku memang pantang kalau dipaksa pakai tudung...sebab maklumlah memang budak degil..ada peristiwa aku tak dapat lupakan satu hari tu kak Not yang bertudung labuh sejak di sekolah menengah nak keluar shoping dengan sepupu aku dan aku nak ikut dia ..dia bagi syarat kalau nak ikut pakai tudung..alih-alih meraung dia bila aku keluar dari rumah pakai skirt dengan tudung....sejak tu tak de siapa lagi yang nak paksa..ayah selalu pesan kat mak tak payah paksa dia sebab dia bukan jenis kena paksa dan kalau dia nak pakai dia akan pakai sendiri...maklah orang yang paling seronok bila tengok aku pakai tudung...walaupun aku tak pakai tudung sembahyang lima waktu tak pernah tinggal sebab sentiasa diingatkan oleh mak...waktu aku di SMDSO memang ayahlah orang yang paling rapat dengan aku dan aku rasa macam anak manja sangat sebab masa ni Yati belajar kat MRSM Terengganu dan Kak Not masuk asrama kat Kolej Sultan Abdul Hamid jadi akulah anak manja..tak payah bersaing dengan sesiapa...akukananak kedua selalu bersaing untuk menang..jadi masa aku tingkatan 5 sampailah masa aku masuk IPSI aku jadi anak manja ayah danmak aku...aku yang memanjakan diri aku sebenarnya..
|
Fauzi..Mohammad..Azizan..kira member baik juga lah ni..tapi depa semua ada girlfriend's |
Masa sekolah di sini ada juga aku rasa macam jatuh hati kat seseorang tapi aku selau padamkan perasaan tu sebab aku tak nak hidup aku berkecamuk dengan cinta..cukuplah dengan cinta yang sentiasa membayangi aku...Kat atas tu gambar classmate aku masa form 4&5 tapi bila tingkatan enam kami berpecah sebab aku seorang je yang keluar ambil perakaunan mereka buat sastera dan beberapa orang yang lain ambil sains...tapi bila petang-petang aku selalu juga jumpa dengan mereka walaupun mereka dah tak sekelas dan kalau berselisih di jalan tu tetap juga bertegur sapa...selalunya kami akan lepak dekat kawasan gate kedua sebab kalau aku malas balik sekolah kayuh basikal ..ayah akan datang ambil dan basikallah naik kereta... itulah aku...semua dah kena ayah aku sebab selalu tengok ayah aku angkat basikal masuk dalam bonet kereta... pagi pergi sekolah aku kayuh basikal sejauh 3 km tapi kadang-kadang balik aku malas nak kayuh jadi aku akan telefon ayah untuk ambil aku...
|
1989...tingkatan ^6 RAc2...kelas perakaunan |
Masa tingkatan enam aku seorang sahaja yang masuk kelas perakaunan ..Mida ngan Atie naik tingkatan enam sastera..Sharina entah ke mana..Mazni ikut keluarga pindah KL...lepastu yang lain aku hilang berita..Amila lari rumah dan kahwin. Norliza kahwin dengan mualaf...Normi minta kerja bank..ada yang dapat masuk universiti dan masa tingkatan enam aku memang dah tak merapu lagi dan boleh dikategorikan jadi orang yang kurang bercakap sebab entahlah aku tak berapa ingat cerita aku di tingkatan enam rendah ni sebab aku terlalu fokus dengan pelajaran aku sebab aku baru sedar yang aku dah banyak buang masa..walaupun aku lulus dengan baik tapi aku rasa menyesal sebab tak tumpukan perhatian sepenuhnya masa SPM jadi aku kecewa sengat sebab aku hanya dapat Diploma Sains Pertanian di UPM dan ini menyebabkan aku rasa teruk sangat sebab aku tak boleh buat Sains Sukan atau Lawyer sebab masa tu budak sains tak boleh apply Law...akhirnya aku berubah nak jadi akauntan pula...dan bermulalah aku berpecah dengan kawan-kawan aku...
|
Memo yang ditulis oleh ayahmasa krisis tahun 1988..he..he..he.cemburu ..dengki..irihati |
Masa tingkatan enam rendah kawan-kawan baik aku Oo Yen Choo, Tan Aik Kong,Ng Ai Ching, Zamri, Habibah, Suriani, dan Kak Liza...tapi uniknya masa tingkatan 6 R 2 ni separuh ambil akaun dan separuh sastera yang ambil akaun budak melayu hanya lima orang je yang lain dalam kelas aku semua pelajar cina ...jadi macam selalulah aku ni tak de masalah dengan bangsa sebab dari kecil aku diajar untuk hormat-menghortmati dan kalau hari raya mereka datang rumah aku dan kalau raya cina aku pun pergi rumah mereka...muhibbah.. Terkejut bapa Yen Choo bila aku pi raya rumah dia..aku kalau raya cina memang tak miss makan kuih bakul sebab itu makanan kegemaran aku...dah lama aku tak makan kuih bakul..rindu makankuih bakul Apo jiran aku dulu..selalunya kuih bakul ni aku makan buat macam goreng pisang celup tepung ataupun makan dengan kelapa muda parut buat macam kosui...memang sedap.
|
Potret lelaki impian..sapa lagi....?????Ini aku lukis sendiri.. |
Masa sekolah di SMDSO ni memang salah satu hobi aku adalah melukis potret jadi banyak jugalah aku lukis potret pakai medium pensil je..aku lukis potret member2 aku dan ada satu potret aku sendiri tapi entah kat mana aku simpan potret tu sebab pindah randah...nantilah kalau ada kesempatan aku akan melukis lagi..tapisekarang ini kalau waktu meeting aku mesti melukis abstrak sebab otak akuyang aktif ni perlu disalurkan pada kertas kalau tak aku akan boring...
|
Ini antara lukisan yg aku dapat dari kawan-kawan aku..ada banyak lagi nanti aku upload semua. |
Yang ini pula lukisan-lukisan kartun yang selalu aku terima dari kawan-kawan dan adik-adik koperasi..sebab masa aku kat SMDSO aku jadi Naib Pengerusi Pengawas Perpustakaan dan juga Pengawas Koperasi Sekolah..dan memang ada kawan-kawan yang ramai tapisemua kawan-kawan aku ini taklah serapat macam aku kawan dengan Sharina,Mazni, Mida dan Atie. lepas tu masa naik tingkatan 6 Atas aku hanya belajar separuh jalan saja sebab aku terpaksa meninggalkan sekolah sebab aku mendapat tawaran melanjutkan pelajar ke IPSI..aku kat terpaksa sebab aku tidak pernah bercita-cita menjaadi guru dan pelbagai kontroversi yaang berlaku dalam hidup aku yang menyebabkan aku tidak mahu menjadi guru...mas tingkatan enam juga aku menerima peminangan buat kali pertama dalam hidup aku dan sejak dari hari tu boleh dikatakan setiap tahun aku dipinang oleh orang...sehinggalah sekarang ada je peminangan yang masuk dan peliknya semuanya aku tolak....kenapa? kenapa? kenapa?...semuanya kerana aku hanya ada Abang Tam dalam hati aku dan aku tetap tunggu janji abang Tam ...tapi sampai bila?....
Nantilah aku cerita dalam Chapter seterusnya tentang konflik kedua dalam hidup aku..macam mana aku masuk IPSI dan cerita betapa seksanya aku melalui laluan penuh kontroversi untuk menjadi guru..satu kerjaya yang tidak pernah terlintas dalam kepala otak aku... Apa yang aku kongsikan di sini adalah dari hati dan pandangan mataku jadi janganlah disalah tafsirkan..dan apa yang penting aku menulis kerana aku ingin melupakan semua dan biarlah ianya menjadi memori dan sejarah dalam hidupku dan bukan lagi bebanan dalam hatiku..
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin