kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (156) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (78) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (52) keluargaku (49) BUKU (47) berita (47) Penulisan (46) kerjayaku...kemahiran (46) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) BUKU SOLO (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) katalog buku (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (9) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) BEDAH BUKU (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) penerbitan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) pakistan (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label cinta....kasih..sayang.... Show all posts
Showing posts with label cinta....kasih..sayang.... Show all posts

Thursday, July 2, 2026

Aku Anak Pomen


AL FATIHAH 
BUAT AYAH 
HAJI SHAHROM BIN RAHIM BIN SALEH 











:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Wednesday, July 1, 2026

Rindu tiada penghujung.













:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Sunday, March 30, 2025

AL FATIHAH BUAT ADIKKU NOORHAYATI SHAHROM 16/2/1973-30-3-2025

AL FATIHAH BUAT ADIKKU 
NOORHAYATI BINTI SHAHROM




























:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, April 17, 2020

GAJI CIKGU PATUT KENA POTONG



26.24%  golongan guru dalam kalangan PENJAWAT AWAM MALAYSIA seramai 1.6 JUTA.

Mereka tidak cemburu dengan Penjawat Awam lain yang bekerja dari rumah dan mungkin bercuti sepenuhnya dari bekerja. Tapi golongan guru tetap menjadi ksubjek kecemburuan mereka.

Renungkanlah dalam diri sendiri.
Hari ini Allah SWT memperlihatkan kepada kita seluruh dunia generasi akan datang. Kita lupa selama ini golongan guru ini dipandang rendah dan pelbagai isu tentang guru yang kita lihat di media sosial.

Hari ini kita lihat sendiri bagaimana mereka sangat mencemburui golongan guru. Walaupun dunia memandang hebat guru-guru di Malaysia namum ada segelintir masyarakat yang tetap mencaci guru. Serba tak kena. Bagi tugasan pun dipersalahkan.

PKP memberi peluang ibubapa mengawal anak mereka sendiri. Mungkin sebulan berlalu begitu perit untuk mengawal anak menyebabkan mereka terus menghentam guru.

Didiklah anak-anak dengan acuan sendiri bagi mereka yang tidak memerlukan guru dalam hidup mereka. Mungkin benar guru pilihan KPM tidak menepati ciri yang mereka inginkan. Biarlah sekolah awam ini untuk golongan yang betul betul memerlukan. Buat golongan yang tidak perlu menipu slip pendapatan untuk mendapatkan semua peruntukan percuma. Biarlah sekolah awam ini untuk mereka yang memerlukan guru untuk mendidik anak mereka.

Guru-guru sudah cukup terhina sebelum ini dengan pelbagai isu pelajar yang melibatkan guru. Hingga guru hina ibarat binatang disuruh merangkak akibat tak puas hati dengan dendaan guru. Guru dicaci dan pelbagai hentaman terhadap golongan mualim ini. Mungkin kerana mereka merasakan yuran yang mereka bayar terlalu besar utk guru.

Mulianya manusia kerana adap. Jagalah adap dengan guru dan didiklah anak-anak untuk menghargai guru. Gambaran generasi hadapan kita dapat lihat dengan sikap ibubapa zaman sekarang. Remaja zaman sekarang adalah gambaran pemimpin akan datang. Mereka sedang memerhati ibubapa mereka sekarang dan bersyukurlah jika hari ini kita mendidik anak dengan akhlak Rasulullah SAW dan menjadikan anak sebagai hamba dan bukan tuan.

Didiklah anak dengan cara yang terbaik. Kalau tidak perlukan guru untuk membantu mendidik anak kita. Biarlah guru-guru mendidik mereka yang ingin belajar dan terus mencari ilmu.

Saya sebagai guru yang sudah masuk 30 tahun mendidik dari pelajar yang berusia 5 tahun Pra Sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi,IPGM dan IAB untuk mendidik Pengetua Guru Besar tetap akan terus mendidik dan membimbing. Tiada celanya menjadi guru. Walau ada seorang murid yang ingin belajar saya akan tetap terus mengajar....walau suatu hari tiada murid ingin belajar saya akan terus menulis dan terus mengajar dengan cara saya sendiri. Mendidik menjadi darah daging saya begitu juga guru-guru lain. Tidak akan pernah pudar jiwa mengajar dan mendidik kami sehingga kami mati. Bak kata guru saya kalau kita mati sekalipun pelajar tetap akan kata "Tu kubur Cikgu Shikin!" Saya bersyukur menjadi cikgu.

Walaupun anak murid sudah berjaya cemerlang menjadi insan yang hebat dan terkenal kami golongan guru tidak pernah meminta balasan. Kekadang anak murid tidak mengenali kami pun. Walaupun satu ketika duit kami habis belanja buat ganjaran dan alat bantu mengajar kami rela keluarkan asalkan anak didik kami berjaya dan cemerlang. Bukan seringgit dua ratusan ribu sanggup kami berhabisan asal anak didik kami berjaya dan bermotivasi. Tak cukup duit kami duit saudara dan sahabat kami juga kami cari untuk sponsor apa yang kami buat. Tidak pernah menyesal  menjadi guru.

Terima kasih kepada guru-guru kami yang mendidik kami menjadi manusia yang berguna. Alhamdulillah doa untuk cikgu tak pernah kami lupa. Cikgulah yang mendidik kami. Cikgu pernah beritahu bila menjadi GURU jangan pernah harapkan balasan dari anak murid sebab bahagia cikgu bila melihat anak murid cikgu bahagia. Itulah cinta seorang cikgu.

Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Doa cikgu untuk anak didik Cikgu Shikin Sayang
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨

Ya Allah ….. , Aku mohon keampunanMu bila dalam melaksanakan amanahku sebagai guru sepanjang perjalanan kerjaya guruku 1990-2020.

Ya Allah ….. , ampunanilah diriku,  bila dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik, aku belum mampu memberikan yang terbaik untuk anak didikku.

Ya Allah Kau perindahkan bahasaku, Permudahkan tutur kataku,
Agar apa yang aku sampaikan kepada anak didikku, Mudah untuk diterima oleh semua, Menjadi ilmu bermanfaat buat mereka.

▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨

Ya Allah… Sinarilah hati dan fikiran anak didikku dengan kefahaman dan ingatan yang baik. Mudahkan anak didikku memahami apa yang disampaikan oleh aku serta berkatilah mereka.

Ya Allah ya Tuhanku,
berilah anak didikku cahaya, ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima, selalu mendekat ke arah kebaikan dan menjauh dari kejahatan serta jadikan mereka hamba-hambaMu yang paling mulia di sisi-Mu. Cemerlangkanlah mereka dalam usaha mereka ke jalanMu Ya Allah.

Makhbulkanlah impian dan hajat mereka keranMu Ya Allah.
Walau di mana mereka berada sekarang lindungilah mereka dari kejahatan dan kemusnahan. Muliakanlah mereka dunia dan akhirat.

Ya Allah Yang Maha Pengasih lahi Maha Penyayang

Allhummaj’alni min ahlil ilmi, wa ahlil khoiri wa ahlil ibadati

" Ya Allah jadikan anak-anak kami Ahli ilmu, Ahli kebaikan dan  Ahli Ibadah".

Terima kasih Ya Allah menjadikan aku seorang guru.

Peliharalah dan muliakanlah kedua ibubapaku yang merupakan guru pertama dalam hidupku. Guru guruku dari aku kecil tidak mengenal huruf hingga sekarang semua mereka yang bergelar guru, mualim dan pensyarahku dunia dan akhirat. Berkatilah mereka. Juga suamiku yang banyak mendidik dan mengajar diriku jua.

Aameenyarabbalalameen

Cr Hajah Noor Ashikin Haji Shahrom

#salamjutawan
#terimakasihcikgu

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Wednesday, November 27, 2019

Baba , Ayah Mak Mor










Ya Allah berikanlah yang terbaik untuk babaku Hj Mohammad Yousaf Noor Hassan.

Orang lain semua panggil Dajie tp aku panggil Baba. Panggilan untuk insan karomah dalam hidupku. Aku rindu setiap kali dapat bercakap dengan Baba walaupun dia tak boleh cakap banyak cukup bagiku dapat lihat dia. pertemuan kami terlalu singkat. Aku bukan tidak dapat menerima kenyataan hidup ini tapi aku rasa terlalu suntuk masa untuk aku menumpang kasih Baba.  Baba boleh bertutur dlm bahasa Arab tp malangnya  aku tak fasih berbahasa Arab apatah lagi Poshtun, tapi syukur Baba faham bahasa Inggeris. setiap kali  cakap dengan Baba aku akan cakap aku rindu dia dan doakan untuk dia. Baba doakan Noor. Aku bersyukur kerana Allah SWT berikan Baba dalam hidup aku dan juga Mor. Aku rindu senyuman Ayah dan Mak.  Bila tengok Baba dan Mor aku nampak Ayah dan Mak.
Ya Allah yang Maha Mengetahui betapa rindu hati ini.  Aku ingin berbakti pada mereka tp jarak masa dan kewangan menjadi limitasinya. hanya pada Allah SWT aku serahkan. Ada rezeki dan umur yang panjang kami akan bertemu lagi.

Aku sedar dan redha ajal,maut, rezeki, jodoh dan pertemuan itu hak Allah SWT. Aku bersyukur ditakdirkan menjadi anak Ayah dan Mak serta menjadi anak buat Baba dan Mor. Allah Maha Esa mengatur setiap perjalanan hambanya. Makhbulkan setiap doa dan impian hambaNya. Terlalu banyak ranjau kehidupan ini yang aku lalui. senyum di wajah ini senyuman yang penuh suka duka.

Terima kasih Allah
Terima kasih kekasih sejatiku Muhammad SAW
Terima kasih mak dan ayah lahirkan aku ke dunia
Terima kasih mor dan baba lahirkan habibku ke dunia
Terima kasih Habib melayan kerenah Noor

Lailahaillallah
Muhammadul Rasulullah
Allahummasolli ala Muhammad wa ala ali Muhammad


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, June 11, 2019

29 tahun sudah... HAPPY BIRTHDAY MY BABY NUR FATIHAH ZULKIFLI



29 Thn....Happy birthday my favorite baby Nur Fatihah bt Zulkifli....DR. NUR FATIHAH BT ZULKIFLI..... hari Tehah dilahirkan kedunia pada hari ini juga aku mendaftar diri  sebagai Guru Pelatih di Institut Perguruan Sultan Idris....hari ni pada tahun 2019 ....babyku dah jadi ibu buat Sofea twins.

Melihat Tehah membesar dan dewasa....samalah juga melihat kerjayaku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam Kepmenterian Pelajaran Malaysia.

Dari seorang Guru Pelatih.......bertatih selama dua tahun setengah di IPSI  menjadi Guru sandaran di SK Kuah selama 6 bulan dan akhirnya di lantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah pada 1.3.1993.... akhirnya disahkan dalam jawatan pada 1.3.1996....

Allahuakbar  hebatnya Ya Allah mengaturnya untukku  kerana selepas 3 tahun dilantik aku  menyambung pelajaran di UPM TERENGGANU pada 1.6.1996  hingga 30.5.1999  dalam Bachelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling maka mulalah perjalanan baru sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah  pada 1.6.1999

Allah Yang Maha Mengetahui ...setiap perancangan yang kita buat dan Allah juga yang mengetahui bila dan di mana kita ditakdirkan.  Smk St Anne Convent ,Kulim, SMK Sultanah Asma, SMK Jabi adalah sekolah yang pernah aku berkhidmat.

Subhanallah sekali lagi perjalananku berubah arah selepas memiliki Sarjana  Sains Pengurusan   dari   UUM  pada tahun 2003 .Pada  1.8.2006 Allah memakhbulkan impianku  untuk berada di IPG DARULAMAN. hinggalah empat  tahun  aku berada di IPDA tempat yg aku impikan di sejak umur 16 tahun..... tp ku sangka panas hingga ke petang  rupanya hujan  ditengahari....berlakunya pelbagai dugaan yang membawa aku keluar dari IPDA akhirnya pada 31.7.2010..... Hanya Allah yg tahu betapa kecewa dan hancurnya hati ketika itu meninggalkan tempat yang aku impikan dan membawa diri ke  Matrikulasi Labuan  selama 1 tahun setengah..... dan  bermulalah hidupku diperantauan. Tiada siapa di sekelilingku, hanya sebatang kara di tempat orang. Bagaikan hidup dalam buangan . Aku membuat keputusan meletak jawatan 24 jam sebagai Kaunselor atau Pegawai Kaunseling  dan  pulang ke semenanjung  dan bercuti tanpa gaji selama 10 bulan.

Bagaikan kapal yg hilang enjin, patah layar,  dan terlepas sauh hidup terumbang ambing dalam gelora dan bencana itulah hidupku....selepas pulang dari umrah 2012 aku membuat keputusan akan kembali menjadi kaunselor di sekolah...semua melihat aku seolah berpatah balik dalam kerjayaku...bagaikan mengundur...itulah takdir dari Allah SWT....tetapi aku berpegang kata motivasi lastik hanya akan pergi lebih jauh bila ditarik jauh kebelakang....itulah takdirnya.....aku terus pulang ke kampung halamanku berkhidmat di SMK ALOR MERAH dari 16.3.2013 dan kembalilah bergelumang dengan pelajar dan guru ....setiap yg aku laksanakan bagaikan mengulang kembali apa yg pernah aku lakukan dulu....seperti aku mula menjadi Kaunselor Pelajar....sedih...kecewa....malang....?semua tu selalu mejadi  mainan perasaanku...tetapi aku yakin Allah ada yang terbaik untukku. Aku pasti Allah mengaturkan yg lebih indah.... Akhir tahun 2015 dua hari sebelum tarikh tutup permohonan jawatan pensyarah di IAB  keluar dan  sahabatku Halawiah  yg memberitahu  ..terima kasih   sahabat..... dan hari ni aku sudah berada di IAB UTARA  Sebagai Pensyarah Kanan selama empat tahun. 16/5/2016 hingga sekarang. Walaupun onak dan duri tetap ada itulah dunia kerjaya ku.

Perjalanan 29 tahun sama seperti Tehah my favorite baby...sekarang dah jadi  mommy's for Sofea twins... ..always love you my baby.
#lovemakngah
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, May 16, 2019

Selamat Hari Guru Cikgu Shikin Sayang

Cabaran menjadi guru 11/6/1990 16-5-2019...29 tahun aku Cikgu Shikin Sayang
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, February 2, 2018

SWEET FEBRUARY

Bila tiba bulan February memang hati ini sangat sedih sebab mengenangkan umur yang semakin meningkat dan itu bermakna dah semakin tualah kan.  Selamat Hari Lahir buat adikku Noorhayati Shahrom pada 16 Februari .....
Hadiah.. dah tak boleh bagi kepada Ma lagi sebab dah 12 thn Mak meninggal dunia. Last hadiahkanMak semasa sambutan hari lahir terakhir bersama Mak di Mekah dan Madinah . Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar itulah hari lahir terakhir bersama Mak. Rindu sangat .  Hanya air mata menemani setiap kali February menjelang.
Selepas Mak meninggal dunia 2006 memang tak sambut hari lahir lagi. Tapi tahun 2011 dapat sambut birthday bersama Yati di Labuan.  Syukur sangat sebab mereka dapat datang semasa Shiin berada di perantauan.
 Tahun 2012 sambut birthday di Shenzhen dengan Kak Safiah dan itu merupakan sambutan terakhir bersama seorang insan yang sangat aku sayang. Tapi bila tragedi melanda apalah nilai sahabat. Ujian persahabatan.
Tahun ni kalau ikut Yati pergi Belgium dan plan nak ke Balkan bolehlah sambut hari lahir di sana kan. Tapi bajet dah ke KAW jd mungkin Tahun depanlah sambut harilahir di sana. Tahun ni in sha Allah....ada plan ...nak honeymoon.. tapi pi sorang sorang ja lah kan dulu.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT SEMUA TERUTAMANYA ADINDAKU NOORHAYATI BINTI SHAHROM
dan 
Semua yg sudi membaca. 

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in