kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (55) BUKU (51) Penulisan (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) Aku Banggali (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) penerbitan (8) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label KENDURI KAHWIN. Show all posts
Showing posts with label KENDURI KAHWIN. Show all posts

Tuesday, May 5, 2015

CHAPTER HIDUPKU 41: INNALILLAHIWAINNAILAHIRAGIUN.......KEPUTUSAN YANG BIJAK...TAPI TERSALAH LANGKAH




Perjalanan hidupku dalam Chapter ke 41 bermula dengan kehidupan yang sangat INDAH....bersama dengan insan-insan yang berjaya dan hebat. Bergelumang dalam dunia yang penuh dengan kemewahan, keindahan dan inilah ujian yang amat aku gagal menempuhinya. 


Inilah Ujian Hidup
Sepanjang kehidupan sebagai seorang manusia, kita akan melalui 2 fasa ujian hidup yang pasti menguji kekuatan iman. Ujian kesenangan dan ujian kesusahan. Mampu atau tidak untuk kita berhadapan dengan kedua-duanya? Allah takkan sesekali menguji hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh mereka. Setiap ujian yang diberikan pasti bertepatan dengan kemampuan kita. Itu janji Allah
SAMBUT BIRTHDAY DI OVERSEA....
Bacalah catatan pd tahun 2012 ...segalanya catatan indah.
Ujian kesenangan. - Hidup mewah, bijak belajar, tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya, rumahtangga bahagia, bekerjaya hebat, berpangkat dan dikenali ramai. Itulah antara ujian-ujian kesenangan kurniaan Allah kepada hambaNya. Allah selalu memberikan ujian kesenangan ini kepada insan yang terpilih untuk menguji seteguh mana iman mereka. Selalunya iman pasti akan goyah kerana menjadi terlalu leka dan lupa diri. Sehingga semakin jauh tersasar dan lupa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah itu. Lalai dengan kesenangan hidup yang diberikan.


Sesungguhnya ujian kesenangan lah yang paling perlu ditakuti kerana kita akan mudah hanyut dan lupakan Tuhan. Sedangkan ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Itulah lumrah kehidupan manusia yang mudah alpa. Bila 'senang' Allah dilupakan, bila 'susah' Allah yang dicari.

Ujian yang paling aku takuti adalah ujian kasih sayang...Aku tabah menghadapi setiap ujian yang mendatang tapi akhirnya aku tetap tewas dalam ujian Allah SWT. Aku menyayangi setiap ahli keluargaku dan memegang amanat ayah dan ibuku . Alhamdulillah ada tahun 2012 berakhirnya tanggungjawabku memegang amanat sejak ayah meninggal dunia menjaga ahli keluargaku yang aku sayang dan juga memenuhi amanat emak untuk menyempurnakan perkahwinan adik bongsuku.



http://shikinsayang.blogspot.com/2012/02/family-gathering-5212.html
http://shikinsayang.blogspot.com/2012/01/majlis-akad-nikah-adik-hj-shahrizal-b.html
http://shikinsayang.blogspot.com/2012/03/adik-ku-sayanggelaran-jiwahj-shahrizal.html
http://shikinsayang.blogspot.com/2012/03/adikku-sayangamin-shahrizal.html

http://shikinsayang.blogspot.com/2012/03/seminar-seberang-laut-vietnammemang.html
http://shikinsayang.blogspot.com/2012/03/day-two-vietnam-22312.html
http://shikinsayang.blogspot.com/2012/03/star-hotel-macam-duk-katalah.html
KEPUTUSAN LETAK JAWATAN DAN CUTI TANPA GAJI
http://shikinsayang.blogspot.com/2012/04/nota-serah-tugas.html

Inilah keputusan yang  drastik ku lakukan  dengan bertindak nekad meletak jawatan selepas pelbagai asakan dalam dunia yang penuh kepurapuraan. Aku TERSILAP LANGKAH memilih jalan . Asalnya aku meletak jawatan kerana untuk masuk dalam dunia korperat dan belajar mengikut Mentorku Datuk Maznah Hamid untuk  berada bersama belajar selok belok perniagaan tetapi malangnya aku memilih dunia yang salam dengan terjun sepenu masa dalam dunia MLM yang penuh dengan keseronokan, janji, mewah dan sebagainya yang menyebabkan aku lalai dengan hasrat sebenar aku memilih untuk cuti tanpa gaji selama setahun.



 http://shikinsayang.blogspot.com/2012/06/program-seminar-seberang-laut-di-medan.html

Ketika aku sedang leka mengecap hidup yang penuh kemewahan dan kepurapuraan Allah mula menghantar ujian ujian satu persatu untuk menyedarkan aku tetapi aku lalai dan terlupa. Ketika ini aku hilang insan yang aku cintai kerana kesibukan duniaku dan MUNGKIN JODOH PERHUBUNGAN KAMI TIDAK PANJANG DAN BERAKHIR KERANA PERASAAN YANG PENUH KEPURA-PURAAN DAN TIDAK IKLAS DAN TULUS. AKU REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH SWT.
http://shikinsayang.blogspot.com/2012/07/berakhirnya-sebuah-ikatan.html
Setelah hampir17 BULAN menganyam impian dan cita2 akhirnya segalanya terlerai jua..ku fikir tempoh 17 bulan  cukup utk kau mengenali siapa diriku..tetapi aku tersilap..segalanya berakhir..
ku doakan dirimu bahagia di sana.aku tetap di sini..kehadiranmu sudah cukup memberi satu tamparan hebat buat diri ku...
dahulu aku menganyam sebuah kepercayaan utk mendapat seorang suami walau aku pernah dikhianati..
kehadiranmu memberi sinar baru buatku..
kau hadir memberiku sebuah keyakinan padaku apa erti sebuah persahabatan...perhubungan...percintaan,
apa itu kemanisan di dalam sebuah persahabatan dengan suami sendiri...
setelah sekian lama aku membuang diri ini jauh dari perkataan cinta itu,
ya..... engkau berjaya meyakinkan aku nilai sebuah persahabatan danpercintaan..
saban hari aku menampal diri ini dengan segala yang engkau janjikan di dalam sebuah perkahawinan...
kepercayaan yg ku letakkan begitu tinggi sehingga aku tidak terfikir bahawa aku akan dikhianati dan tidak akan dikecewakan lagi...
namun takdir Allah mengatasi segalanya,
akhirnya...aku kini berada di nun jauh sebuah lubang yg telah kau ciptakan untuk aku selama membina sebuah ikatan percintaan ini...
aku terjatuh lagi...
aku sakit.....
aku sedih tp segalanya tidak terluah di dada ku....
sekembalinya aku darri Umrah  segalanya terlerai...aku kecundang..
aku mencari diri yang hilang..
semalaman ku berfikir dan meratap sebuah ikatan yg penuh dgn impian dan janji terlerai lagi...
kali ini kali ketiga kurasakan dunia ini seolah2 menghempap diriku...
aku berjanji di dalam diri ini tidak akan aku tangisi segalanya yg terjadi..
airmata ini tidak akan  mengalir walau hatiku begitu pedih sekali..
namun pagi ini kehadiran dirimu menyesakkan lagi kotak fikiranku....
bertalu soalan2 yg kau berikan..bukan aku tidak mahu menjawab tetapi aku rasa begitu takut utk membina ikatan percintaan itu semula..
aku bknlah seorg yg mampu meluah rasa tetapi segalanya tersimpan di hati kecilku...
yg hanya Allah dan aku sahaja yg mengetahuinya..aku tidak mampu meluah kerana aku takut kenyataan yg akan ku terima selepas ini...
maafkan aku hubbyku.....
Takdir kita hanya seketika bersama dalam percintaan ini.
Izinkan aku bahagia.....


Sesungguhnya  Ujian kesusahan. -itu sering kita ingati kerana ianya terlalu sakit untuk dikenang.... Inilah antara ujian-ujian kesusahan yang Allah turunkan kepada hambaNya untuk menguji dan menyedarkan mereka tentang hakikat kehidupan di dunia. Yang mana tidak semua akan mendapat kesenangan semasa kehidupan mereka di dunia. Bagaimanapun, mereka yang menerima ujian kesusahan ini seharusnya menjadi semakin 'tunduk' dan menyedari akan kelemahan diri sebagai hambaNya yang kerdil.


Samada ujian kesenangan atau ujian kesusahan yang dialami, kita wajib bermuhasabah diri setiap masa. Setiap ujian pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Jadi janganlah selalu merungut. Sebaiknya kita mohon petunjuk dari Allah supaya sentiasa membimbing kita dengan jalan yang betul untuk kuat mengharungi setiap ujian yang menimpa.
Aku bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan aku dengan keluarga yang bahagia ....walaupun satu ketika datang jua ujian yang memisahkan semuanya. Jangkaan dan harapan ku sememang nyata dan setiap pesan mak akhirnya nyata..Aku pasrah dengan ujian Allah .Aku pasrah dengan ketentuannya.  Mungkin benarlah segala kata bidalan menjaga adik beradik tak sama dengan menjaga anak sendiri...Pernah orang berkata pengorbanan yang aku lakukan adalah sia sia kerana satu hari ahli keluargaku tak akan menghargai apa yang aku korbankan tapi aku redha dan ikhlas dgn pengorbanan yang aku lakukan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengasih. Cukuplah Allah bagiku.

Raya terakhir bersama adik bongsuku...akhirnya apa yang arwah mak pernah pesan menjadi kenyataan.
Alhamdulillah atas nikmat kasih sayang yang Allah kurniakan buatku.

http://shikinsayang.blogspot.com/2012/11/20th-aniversarylayannnnnnnnnnnnnnnnnnnn.html

http://shikinsayang.blogspot.com/2012/12/01122012anniversary-20-thn-cikgu-shikin.html
Sesungguhnya Allah akan 'membuka jalan' yang lebih luas untuk mereka yang sentiasa bersyukur dan berusaha. Rezeki adalah rahsia dan kurniaan dari Allah. Dengan kehendakNya tidak mustahil mereka yang 'murah rezeki' akan diuji dengan 'berat rezeki' dan begitulah sebaliknya. Jadi kita perlu sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang boleh berlaku.


Pendek kata, ujian hidup dan rezeki kita adalah ketentuan dari Allah. Walau bagaimanapun, jika kita berusaha untuk mengubah diri dan kehidupan kepada yang lebih baik, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya. Yang penting kita tidak pernah lupa untuk memohon petunjuk dariNya dan mensyukuri setiap kurniaan ujian yang diturunkan.


Jadi, janganlah selalu sangat merungut jika ditimpa ujian hidup dan rezeki kerana itu adalah peringatan Allah buat kita. Dan jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak betul langsung tu. Membandingkan hanya akan membuatkan kita jadi putus asa dan tidak redha dengan ujian dari Allah. Lagipun ujian hidup dan rezeki kita adalah berbeza.Sentiasalah bermuhasabah diri. Itulah yang terbaik.
Chapter Hidupku sepanjang tahun 2012 penuh dengan dunia yang penuh dengan kepalsuan, kehancuran, kehilangan dan aku bersyukur dengan apa yang Allah uji diriku...di kala aku dihujani dengan ujian kepayahan barulah aku mengenal erti sebuah kasih sayang, pengorbanan, keikhlasan, kepercayaan , kekayaan , kehilangan , harga diri, maruah diri , persaudaraan dan persahabatan.

Aku hilang segala galanya dalam Chapter Hidupku 41
hanya Allah Maha Mengetahui setiap percaturan hidup ini.
TERIMAKASIH YA ALLAH ATAS NIKMAT DAN KEBAHAGIAAN YANG ENGKAU KURNIAKAN DAN AKU REDHA YA ALLAH DENGAN UJIAN YANG ENGKAU BERIKAN....

Sesungguhnya ujian kesenangan lah yang paling perlu ditakuti kerana kita akan mudah hanyut dan lupakan Tuhan. Sedangkan ujian kesusahan akan menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan. Itulah lumrah kehidupan manusia yang mudah alpa. Bila 'senang' Allah dilupakan, bila 'susah' Allah yang dicari.
SEMUA LINK DI DALAM CHAPTER INI HANYALAH YANG INDAH UNTUK DIKONGSI....YANG PAHIT DAN RACUN BIARLAH IANYA BERLALU PERGI....

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, November 13, 2014

ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP

 Perubahan baru warna sticker ESTIMAR in sha Allah
Flyers yang dicetak utuk program kami...



ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP
Terapi aura, merupakan satu kaedah rawatan alternative yang segalanya bermula dari dalam hati dan minda anda. Sifat-sifat orang yang menpunyai aura bersih selalunya mempunyai wajah berseri, tenang, gembira dan selalu berfikiran positif. Inilah ciri-ciri yang akan menarik lebih aura positif disekeliling. Pulih aura anda supaya anda dengan ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP
kaedah lebih mudah untuk menarik kasih sayang, wang ringgit dan kebahagian dalam kehidupan. Aura yang bersih akan menarik lebih banyak tenaga positif serta mengelakkan sihir. Kawan-kawan akan lebih ramai selesa dengan anda, bos gembira dengan anda, kerjaya meningkat, kewangan lebih baik dan perhubungan keluarga akan lebih ceria.Ada pelbagai jenis haruman aromaterapi yang boleh digunakan dalam kehidupan kita. Percaya atau tidak, haruman ini boleh memberi kesan kepada perubahan mood kita.ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP
menggunakan sari bunga semulajadi dan menggunakan Air Zam Zam sebagai medium utama. Kaedah secara warisan yang menggabungkan mandi bungaa dan rawatan terai aura secara sendiri di rumah.
Gunakan 7 hari berturut turut:
Sebelum mandi bacakan di dalam hati:(JGN BACA KUAT DLM bilik air HARAM)
Auzubillahiminashitonirrojim 3x
Bismillah 33X
Selawat 11x
Surah al Fatihah 1x
Ayat. Surah Ali Imran:31 sekali (kasih sayang)
Ayat Surah Yunus :57 & 81 sekali (elak sihir)
Ayat Surah Firqan 23(elak sihir)
Ayat Surah Yaasin:32 (7x) Jodoh/Kasih sayang
Ayat Surah Yaasin:82 7x(hajat)
Mandi dabunkan bermula dari muka, rambut hingga hujung kaki. Biarkan 5 minit baru bilas.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, November 2, 2014

HOMEMADE SOAP....... DOOR GIFT

 
ASSALAMUALAIKUM SEMUA
MUSIM KENDURI SUDAH TIBA LAGI......
BAGI SEMUA YANG TERCARI-CARI  DOOR GIFT
UNTUK DIJADIKAN HADIAH KENANGAN KEPADA TETAMU 
TEMPAH SEKARANG!!!!
HJH SHIKIN 
01126437052
 SABUN BUATAN TANGAN 
DIJAMIN
HALAL & BERSIH
 MENGGUNAKAN BAHAN BAHAN 
HERBA
BERITAHU SAJA
BUJET ANDA !!!!!
KAMI AKAN SEDIAKAN MENGIKUT BUJET ANDA


 PAKAGING YANG ANDA INGINKAN

HUBUNGI SEGERA
HJH SHIKIN
01126437052












:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in