kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (55) BUKU (51) Penulisan (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) Aku Banggali (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) penerbitan (8) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label dari blog MITI's. Show all posts
Showing posts with label dari blog MITI's. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Chapter Hidupku 14: 25 November ....1946....1969.....2006

Bismillahirahmanirahim. Al Fatihah.

Hari ini adalah hari yangg sangat bermakna dalam hidup aku dan aku tak pasti adakah ianya satu kebetulan atau Alllah hendak ianya menjadi satu tarikh keramat dalam hidup aku.

25 November 1946 adalah tarikh lahir ayah dan ayah adalah seorang yang selalu meraikan hari lahir anak-anak. Walaupun sekecil mana sekalipun hadiah tetap akan kami terima. Ayah juga sering ingat hari lahir dia kerana pada hari lahir ayah turut meraikan hadiah yang paling besar dalam hidupnya iaitu kakakku NORMISHAH yang lahir pada hari yang sama ayah dilahirkaniaitu 25 November 1969. Hari ini hari lahir kakak yang ke 40 tahun dan kalau ayah masih ada hari ini genaplah hari lahir ayah yang ke 63 tahun. Alfatihah buat Ayah HJ SHAHROM BIN RAHIM @YAH . Ayah sangat sayang pada kakak sebab kakak ada ciri-ciri macam ayah. Ye lah anak sulong dan lahir pada hari lahir dia tentulah membanggakan ayah. Muka kakak pun macam ayah. Ayah sangat menghargai anak-anak macam tu juga mak walau sedikit mana sekalipun mak tetap masakkan yang istimewa buat kami sekeluarga .Aku rindu masakan mak.

Ya Allah adakah ini satu kebetulan pada hari lahir ayah yang ke 60thn yang lalu mak menghembuskan nafas terakhirnya pada 25 November 2006. Al Fatihah. Mak telah meninggalkan kami adik beradik buat selama-lamanya pada hari lahir ayah. Masih segar diingatanku pada 24 November 2006 kami sekeluarga menyambut hari lahir kakak pada waktu malam sebab kakak baru balik dari Kuala Lumpur. Aku dan Aziaah adik iparku buat laksa johor sebab mak suka makan laksa johor. Jadi malam tu kami sambut hari lahir kakak yang ke 37thn. Aku cakapkat mak baik kita buat malam ini sesok sibuk banyak kerja nbak buat sebab nak pergi ziarah kubr ayah. Sebab setiap tahun bila hari lahir ayahaku akan pergi ke kubur ayah untuk menziarah. Malam jumaat jadi kami baca yaasin dan makan dengan sseronoknya.Mal tu mak mengadu sakit, tapi aku dan aziah buat2 tidur sbab kami kata bagipeluang kat kakak dan abang ipar pulak jaga mak....


Keesokan pagi lepass subuh mak datang kat katil aku dan bagitau dia rasa tersekat dan aku ambil air zam-zam bagi mak minum. Kebetulan kami baru saja pulang menunaikan haji pada bulan februari tahun yang sama. Aku suruh abang burn dan adik bawa mak ke hospital sebab takut alahanatau semput. Mereka terus membawa mak ke hospital. Di hospital doktor bagitau mak ok takada masalah dan kalau jadi lagi baru bawa semula ke hospital. Mak dibawa pulang ke rumah dan sambil duduk disofa di hadapan ruang tamu mak termenung dan kami pula kebetulan baru tengah sarapan. mak Panggil jirandepan rumahyang kebetulan lalu ketika tu" Teh mailah raya ngan kak Syah kita takberaya lagi ni, mak teh pun datang dan dia kata dia ni dah tak lama dan dia minta maaf sebab kalau ada buat salah apa dan terima kasih kerana duk tolong keluarga dia. Lepastu makteh panggil anak dia Adila datang beraya. Maknakterkencing dan abang ipar aku bawa kain buruk suruh mak kencing kat situ saja sebab mak tak larat nakk bangun. Mak bersandar di dada abang ipar aku. Abang ipar aku memang seorang yang sangat rapat dengan mak. sambil dia memicit-micit badan mak.Masa tu tiba-tiba mak panggil "KIN" dan terus tersandar. abang burn ajarkan mak mengucap. Mak buak mata dan sebut Allah...Allah dan Allah..kemuadian mak tinggalkan kami buat selam-lamanya. Hari itu sepatunya kami menziarah kubur ayah pada pagi itu tapi kamisemua membawa jenazah mak ke kubur selepas Asar hari Jumaat 25 November 2006 untuk disemadikan. Mak disemadikan di hujung kaki ayah.seolah-olah orang berjemaah di dalam sembahyang. Ya Allah adakah ini satu kebetulan. Hanya Allah yang mengetahui betapa kasih dan sayang mak dan ayah yang suci dan tiada tandingannya. Aku bertuah kerana lahir dari mak dan ayah ku ini.


Ya Allah kau kurniakanlah syurgaMU buat kedua ibuapaku ini Ya Allah..sesungguhnya mereka hambaMU yang sangat baik dan mulia. Ya Allh muliakan merekaya Allah. ...peliharalah mereka dalam kasihmu dalam rahmat mu. Ya Allah jadikanlah kubur mereka taman-taman syurgaMu ..ya Allah aku adalah anak mereka yang sangat lemah dan banyak melakukan dosa...janganlah kau bebankan mereka dengan dosayang aku lakukan..Ya Allah seandainyaadapahalayang aku lakukan dalam hidupku ini ku hadiahkan buat kedua ibubapaku ini, Rahmatilah mereka Ya Allah. ...kurniakanlah mereka dengan syurgaMu dan himpunkanlah mereka bersama kekaksihMu Muhammad Rasulullah SAW. ya Allah ketemukanlah kami di akhirat kelak. Ya Allah aku rindu pada mak dan ayah.....ALFATIHAH.


Ya Allah...hari itu juga hari lahir kakak ku Normishah Bt Hj Shahrom yang ke 37 tahun..sekarang dah empat kali 25 November telah kami lalui...tanpa ayah dan mak di sisi.
 
Ya Allah kurniakanlah kakakku Iman dan kebahagiaan bersama keluarga iaitu suaminya Abu Bakar Ali dan anak-anak merekaSiti Aisha Umairah, Nur Izzaty Nazirah dan Nur Illyana Shuhada. ya Allah bukakanlah pintu-pintu kebaikan, pintu-pintukeselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu keberkatan,kekuatn, kasih sayang, cinta sejati, rezeki, ilmu ,keampunan dan pintu-pintu syurgaMu buat mereka . Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat hari lahir kak.....aku tahu tentu kakak lebih terasa sebab mak meninggal pada hari lahir dia.
25 November..........
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Monday, October 25, 2010

Chapter 3:Rumah Baru ku


"Yeh..yeh kita ada rumah baru...rumah baru kita cantik..."melompat-lompat aku, Ka Not dan Yat..Mak yang sedang dukung adik Mat tersenyum.
"Alhamdulillah..tak perlu kita menumpang ceruk dapur orang lagi...tak pa lah kecik pun kita boleh ada rumah sendiri"..kata Mak yang tersenyum pada ayah.
"Cik ..Om..hampa duduk lah elok-elok di sini..kalau ada yang kurang tu pandai-pandailah nanti ubahsuai sikit-sikit"..kata Pak Chak..tuan tanah tempat rumah kami dibina.
Ayah beli rumah ni dari Pak Cik Omar yang kebetulan telah berpindah balik ke Yan kerana ada kampung sendiri..
Ayah merantau dari Sungai Setar Besar ke Alor Setar kerana mencari haluan sendiri dan dalam masa yang sama Tok kepada ayah memang berasal dari Alor Setar dekat kawasan Tambak Bungah dan akhirnya berpindah ke Jalan Pegawai juga..sebab tu ayah selesa untuk tinggal di Alor Setar.
Mengikut cerita ayah Tok Nek Salleh (Penghulu) dulu kahwin dengan Tok Nek (lupa nama) isteri tua dan ada tiga anak Tok Wan Rahim anak sulong, kemudian Tok Ngah Bakar dan To Su Arbai..isteri kedua Tok Bisu ada seorang je anak iaitu Tok Chik Mat dan yang ketiga Tok Nek Lasiah ada ramai anak termasuklah Tok Long Bakar, Tok Ngah, Tok Lang Dali, dan Tok Su...yang kini masih menetap di Sungai Star Besar. Manakala Tok Nek ikut Tok Su duduk di Jalan Pegawai dan mereka lah yang asal buka pondok mengaji dan belajar Al Quran kat Jalan Pegawai dulu.Tok Su ajak ayah buat rumah di tanah Tok Nek tapi ayah hendak berdikari....
Tok Nek Salleh orang kaya dan ada harta sampai ke Alor Setar dan kawan dengan Tok Hj Mohammad dan juga orang kaya Alor Setar sebab tu bila ayah datang ke Alor Setar ayah kerja dengan Tok Sham (Dato Hisham) adik ipar Tok Chik Mat dan juga dengan Pak Chak Hj Mohd Isa anak To Hj Mohamad..tapi ayah seorang yang survival dan sangat bertanggungjawab walaupun dia merantau ke Kedah ayah tetap tinggal dengan kakak ayah sendiri masa tu, sampailah ayah kahwin dengan mak dan beranak tiga baru mak dan ayah berpindah ke Vivipar dan seterusnya miliki rumah sendiri di Jalan Pegawai. Ayah selalu kata walaupun Tok nenek kita kaya kita jangan mengharap kekayaan keturunan ..ayah tak malu nak berusaha dengan tulang empat kerat ayah untuk besarkan anak-anak dan beli rumah sendiri walaupun dengan harga yang murah ketika tu. Ayah selalu kata 'Harta yang bernilai adalah anak-anak ayah dan ilmu..kalau nak kaya jadilah anak-anak yang soleh dan solehah dan terpelajar". Pada bulan pertama kami berpindah ke rumah ini masih belum ada elektrik jadi asyik guna lampu gaselin sampailah kemudiannya ayah masukkan elektrik dan paip air sendiri..Sebelum tu selalulah mak terpaksa pergi pasang paip getah dantunggu air dalam tong drum penuh dan beratur dengan budak-budak sekolah arap yang menyewa kat rumah Mak Chak..
Mak dan ayah adalah manusia yang sangat baik yang aku kenali dalam hidup aku..seanjang hayat aku tak pernah mendengar mak dan ayah bergaduh...Mak dan ayah bagiku adalah manusia yang sangat pengasih dan penyayang. Nanti aku akan ceritakan kisah mak dan ayah..
Berbalik ke rumah baru aku..rumah ini tak lah sebesar mana ..tapi masa aku usia 4 tahun setengah bagi baru rumah kami sangat sempurna ...rumah kami terletak di tengah-tengah kawasan perumahan orang kaya atau tanah lot..Semua rumah di situ adalah banglo-banglo yang mewah kerana rumah pegawai-pegawai kerajaan dan orang kaya..rumah kami hanyalah rumah papan yang di bina atas tanah lebihan dari tanah lot Hj Mohd Isa atau Pak Chak iaitu abang angkat ayah dan pusing-pusing adalah bau bacang ngan Tok Nek Salleh tapi bagi ayah...ayah sangat bersyukur dapat membeli rumah sendiri wlaupun dengan harga RM500/= sahaja dan ikut perjanjian selagi ayah nak duduk di sini ayah hanya perlu bayar sewa tanah sahaja dan itupun kalau mampu..tapi apa yang aku tahu memang Pak Chak sangat sayang kat ayah bagaikan anak sendiri. Begitu juga dengan Mak Chak Hjh Sofiah Hj Ali..anak orang kaya Titi Gajah Hj Ali Tauke Daging.semasa kecil aku hanya mengenali mereka bagaikan keluarga sendiri.

Rumah aku sangat cantik aku sangat sukakan rumah aku...rumah ini comel dan masa aku kecil dahulu tempat permainan aku adalah bawah rumah dan atas pokok jambu keling di tepi rumah...Istimewanya rumah ini rumah papan dan mak sangat menjaga kebersihan rumah dan di halaman rumah sentiasa bersih dan tak ada rumput yang tumbuh. Aku tak tau mana satu depan jadi aku hanya boleh katakan di utara rumah aku adalah sempadan tanah antara tanah lot Pak Chak dengan Tok Su Chan iaitu bapa saudara Pak Chak..orang kaya yang sombong...dan bukan aku mengata tapi itulah ujian kepada kami sekeluarga semasa tinggal disitu.
Sebelah selatan rumah adalah rumah Tok Wan Man dan Mak Tok. Barat rumah PakChak ,Timur kawasan tanah lapang seluas 25x60 kaki dan di akhir dengan rumah orang kaya...Umi,Tok..Tok Pah dll dan terusan Wan Mat Saman (Lebuh Raya Sultan Abdul Hamid) Barat laut rumah Tok Haji Minah dan disewa kepada Maniam, Pak Tam Man&Melur, rumah Tok Chik Chot, rumah Mak Ah Pak Syed, rumah cina dan Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama. Barat daya rumah Tok Wa Nah dan Wa E, Tok Wa Fazil dan Tok Pora dan Kedai Rahman...Timur laut kawasan rumah sewa Tok Su Can.rumah Saloma, Pak Kasim,he Putih, Ah Poh dll. Manakala kawasan tenggara adalah rumah kawan aku menyewa Adilah dan cina-tin.

Rumah aku kecil saja bagaikan berada di tengah-tengah danau orang kaya dan mungkin di sinilah banyak mengajar kami menjadi manusia yang berjaya..
Mak seorang yang sangat rajin dan waktu kami tinggal di sini mak selalu belajar memasak, menjahit dan juga dalam masa yang sama mak mengambil upah membasuh pakaian dan menggosok pakaian di rumah Mak Chak.. sebab tu kak Chik selalu panggil aku anak orang gaji Mak dia ..tapi masa aku kecilaku tak kisah bila apa saja orang nak panggil.
Apa yang pasti mak dan ayah sangat penyayang dan mendidik kami dengan sempurna...pelbagai suka duka pahit manis kami lalui bersama di rumah ini.
Nantilah aku akan ceritakan dalam chapter seterusnya...bagaimana kami lalui kehidupan selama 10 tahun di sini...asam garam kehidupan yang mengajar aku menjadi manusia..erti kasih sayang ,hasad dengki, cemburu, dan penghinaan...kemuliaan dan dunia kecil ku...

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk publisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan... :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Friday, October 22, 2010

CHAPTER 2...Berpindah dari Simpang Kuala Ke Jalan Pegawai



'Kin..kin..cepat tolong mak simpan barang...nanti Kin tolong jaga adik sama tau..jangan main..jauh-jauh,...jangan kerat bunga tok..nanti tok marah..!
"Pa E...kami nak pindah rumah baru..nanti tak bolehlah kita main masak-masak lagi..nanti kita tak boleh main sama-sama..hampa pun nak pindah juga kan.Kami nak pindah pi kat Akar Peluru..Jalan Pegawai"..Terngiang-ngiang sembang aku dengan kawan baik masa kecik dulu..tapi Pa suka sangat kat Yat ...PaE anak pak Cik Mail ddan MakChik Salmah..kami selalu main-sama.."Tak pa.... nanti kami ajaklah ayah ngan mak kamipitengok hampa..kami ajak abang pi pun tak pa.."
"Jalan Pegawai bukan jauh pun ..nanti kami pi lah main ngan hampa..hampa pun mailah main kat rumah tok...ajaklah mak ngan ayah hampa mai tengok kami...
"Kin..kin nah pi hantar kuih kat rumah mak cik Nani.bagi kat PaE sekali.." kami pun pergi rumah mak Cik Nani..
"Mak Cik nanti ..Kin nak pindah tak boleh lah main dengan Kak Chaq lagi..Kin nak belajar macam Kak Chak..tapi tak bolehlah nak belajar dengan Kak Chak lagi.."
"Tak pa nanti kalau Mak Chik pi sana Kin ikutlah balik..kalau cuti sekolah in mailah duduk rumah Mak Chik..boleh belajar ddengan kak Chak.."

"Chik...mai tengok ni...anak dara hang dah cincang bunga orkid aku dah..."
"Adoi dia buat lagi...Kin..Kin.. mai balik lekas...tengok ni apa dah jadi kat bunga orkid tokni.."
"Tok...kami bukan cincang banyak pun ..kami ambik sikit saja buat hantaran...Tok jangan marah nah..."
"Tu ..lah Pa E dah kata tadi jangan buat hantaranguna bunga tok..kan dah kena marah.."
"Alah mak...sikit saja tu..bunga dah layu pun..depa bukan ambik yang baru..." kata abang Kri yang kebetulan baru balik kerja.."Jom ..ikut abang Kri..abang kri ada lukisan baru..nak tengok tak...abng Kri lukis pelan .."
"Wow..cantiknya besar nanti abng Kri lukis istana kat Kin na...nak buat istana kat mak ngan ayah macam rumah abang.."
"Kin ..posing abang nak tangkap gambar..comel adik abang nih!...
"Nanti kin nak pindah tak bolehlah tengok abang lagi..kin nak belajar pandai-pandai nanti boleh jadi pelukis".."Tak ...Kin kena jadi cikgu..tak pun jadi lawyer...sebab Kin pandai cakap..dan dah pandai baca dah pun..." Tersengih aku sebab kena puji ngan abang Kri..walaupun baru berusisa 4 tahun setengah ketika itu aku dah boleh membaca sebab Kak selalu ajar baca kat rumah bila Kak Not balik dariTadika Tok Wan..petang-petang Kak Not rajin belajar dekat abang Nasir abang pada PaE tapi kesian abang Nasir dan Pa E selalu kena marah ngan Mak Chik Salmah...
"Kesian ..hampakan..selalu kena marah ngan mak hampa.hampa anak tiri ke? Anak tiri tu ape?..Mak tiri bagi makan katak ka?..Eei garangnya mak hampa..."
"Garang..tapi mak kami dah mati jadi mak tu mak tiri tapi mak tiri kami baik juga walaupun garang".....
"Mak...mak tiri tu ape? Kin ada mak tiri tak?.."
"Eish..tak payah duk tanya-tanya kesian kat Pa E ngan abang Sir..dah jangan lawancakap mak nanti dapat mak tiri dia cabai mulut tu.."
"Oooo..tak maulah mak tiri...ayah tak boleh kawin lain..kin tak mau mak tiri.."menangis sehari suntuk aku sebab tak mau mak tiri..nanti kena makan katak..
"Dah..lah tu apa yang duk teriak lagitu ..mai makan..mana ada katak..mai makan ..ayah janji tak kawin lain ah.."
Kak Not tarik tangan ajak makan ...Yati asyik mengagah adik Mat dan adik Mat masa tu baru boleh merangkak...dan kami selalu akan makan bersama ...sebab mak akan suap kami bergilir-gilir bukan suap sendiri..

Julai 1975..kami berpindah dari rumah di Vivipar, Simpang Kuala..

"PaE nanti pi rumah kami tau kita main"
"Mak Cik..nanti Kin ikut mak cik balik main ngan Kak Chak kat sini boleh?" Kak Chak ngan mak cik Nani menangis sambil berpelukan dengan aku...
"Tok ..kin minta maaf sebab selalu potong pokok bunga tok..nanti Kin mai tengok tok selalu.."
"Sunyilah tok nanti..budak petah ni tak dak..!"
"Abang Kri..nanti abang lukis rumah kat Kin nah"
"Mak...nak loli..nak loli..kata Yat."
Semua jiran tolong angkat barang..tak banyak sangat barang satu lori saja..Mak, Yat dan Adik Mat naik beca Pak Lang ke Jalan Pegawai..

Kali pertama naik lori...Aku , Kak Not dan ayah naik lori...
"Duk diam-diam..jangan duk melompat sat gi lori break tersembam..."
"Adik..duk lah sat gi jatuh..kata Kak Not"
"Seronoknya naik lori..wooowww best..sepanjang perjalanan naik lori tu aku dangan KakNot menyanyi nyanyi..."
Sampailah lori membelok masuk ke Jalan Akar Peluru..masa lori sampai aku tengok ada budak laki-laki dan budak perempuan duduk kat tingkap...Aku dah kenal mereka ni sebab ayah pernah bawa kami raya tiap-tiap tahun..jadi masa aku tengok depa tersengih-sengihlah muka aku...Budak lelaki tu Abang Tam dan yang perempuan tu Kak Chik..Meluru mereka turun nak tolong angkat barang..
Masa tu masih aku teringat macam mana mak ngan ayah berseri-seri kerana dapat duduk di rumah sendiri.
Masa tu aku tak tahu apa itu istilah menumpang....yang aku tahu rumah baru.. dan rumah sendiri..walaupun ketika itu rumah kami hanyalah sebuah rumah yang kecil dan hanya rumah papan tapi aku sangat gembira...rumah baru..kawan baru..dan dunia baru...dekatdengan masjid Akar Peluru..
Semangat gotong royong sangat terasa...walaupun barang tak banyak mana masih terbayang di ingatan aku macam mana semua orang tolong angkat barang..tilam..timba,kereta sorong adik dan almari pakaian..tak adalah peti sejuk,mesin basuh,televisyen ,atau apa-apa perabut mewah..

"Wa..wa...wa.."tragedi yang kelakarnya tak ada elektrik lagi kat rumah baru..apa lagi...masing-masing macam orang pe'rak sebab tengok pelita geselin...dan itulah ciuman pertama Adik Mat kena pelita geselin sebab dia merangkak waktu tu...''

Masa inilah aku berkenalan dengan Kak Intan,Shaizat,Shaidus,Jat,Abang Man,Kak Ina,Apo, Nyonya,Achi Saloma,Pak Kssim,Kak Tam,Mak Yam..Mak Ah,,Pak Syed..Tok Chan ,Tok Chik Chot,,Lectumy,Ramesh dan lain-lain lagi.Muhibbah..

Bermulalah chapter duduk rumah baru....nanti aku cerita macam mana lokasi rumah,keadaan rumah,jiran-jiran, permainan ,kisah cinta,rumah tok wa, rumah tok nah, rumah mak tok, sekolah, dan termasuklah kisah jamban....

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan... :)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Sunday, October 17, 2010

Dari Blog Miti's ....Renungan Hadis Qudsi

Renungan...Hadis Qudsi


Allah berfirman dalam hadis qudsi :
Wahai anak cucu Adam !!!
Setiap usia itu pasti akan berakhir sekalipun panjang.
Dunia ini bagaikan bayangan cahaya yang dengan sangat cepat menghilang. Ia diam sejenak lalu pergi dan tak mungkin kembali lagi.
Wahai anak cucu Adam !!!
Akulah yang menciptakanmu,
Akulah yang memberimu rizki
Akulah yang menghidupkanmu
Akulah yang mematikanmu
Akulah akan membangkitkanmu, dan
Akulah yang akan menghisab dan membuat perhitungan denganmu

Wahai anak cucu Adam !!!
Orang yang menempuh jalan menuju kematian, lalu bagaimana mungkin ia bisa bergembira dengan dunia
Orang yang tempat tinggalnya adalah kubur, lalu bagaimana mungkin ia bisa bergembira di rumahnya di dunia
Wahai anak cucu Adam !!!
Rizki yang sedikit yang bisa engkau syukuri itu lebih baik daripada harta yang banyak tetapi tidak bisa engkau syukuri
Sebaik-baik harta yang kamu miliki adalah apa yang ada dihadapanmu
Seburuk-buruk harta yang engkau miliki adalah apa yang engkau tinggalkan di dunia, karena ia akan menjadi sumber fitnah diantara ahli waris
Dahulukanlah kebaikan untuk dirimu, niscaya engkau akan menemukannya disisi-Ku sebelum engkau bertemu dengan kematian.
Wahai anak cucu Adam !!!
Barangsiapa yang sedang mengalami kesedihan, maka Aku yang akan meringankannya
Barangsiapa yang memohon ampunan, maka Aku yang akan mengampuninya
Barangsiapa yang takut, maka Aku yang akan memberikan rasa aman
Barangsiapa yang dalam kondisi lapar, maka Aku yang akan membuatnya kenyang

Jika hamba-Ku tetap dalam ketaatan dan ridha dengan urusan-Ku, maka Aku akan mempermudah urusannya, dan Aku akan menambah kekuatannya, dan Aku akan melapangkan dadanya

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

HOME ALONE.....Am I Happy?


AM I HAPPY? What is happy means? How to be happy? Don't think to much..enjoy your self...always be with you..I Love U my wife and miss you much...Im happy when I hear my hubby voice happy...its that happy means? What that happy?

Your happiness is your responsibility. Don’t blame outside condition or other people if you’re not happy. While things around you could change and go bad, it is you who decide how you will respond to them. You can decide to be happy.
With that in mind, here are 20 ways to find happiness in life:
1. Stop comparing yourself with others
Comparing yourself with others won’t do you any good. You will either feel proud when you are above, or feel jealous and frustrated when you are below. None of them brings true happiness. So stop comparing yourself with others and simply be your best.
2. Count your blessings
There are so many things we should be grateful for, but we often forget them. When you realize how blessed you are, you will certainly be happier.We tend to forget that happiness doesn’t come as a result of getting something we don’t have, but rather of recognizing and appreciating what we do have.
3. Find your inner voice
To find true happiness, you must first find your inner voice. Slow down and take some quiet time for soul searching. What will make your life meaningful? What is true happiness for you? By knowing what your heart says, it will be easier for you to align with it.
4. Reconnect with your childhood dreams
Your childhood dreams can give you clues about your true calling. So discover them and reconnect with them. Get them back into your life. Childhood dreams are important, which is why Randy Pausch’s Last Lecture is entitled Really Achieving Your Childhood Dreams.
5. Help someone
Giving is an essential key to happiness. While we often think that we will be happier when we receive, the truth is we are happier when we give. This is also one of the most difficult things to apply.You can apply this by finding someone in need and lending a helping hand. The person could be your family, friend, or even a stranger. You could also donate to a charity.
Happiness is like a kiss…you must share it to enjoy it.
6. Spend more quality time with your loved ones
Relationships give us happiness more than any material in the world. So spend more quality time with your loved ones. In such moments, be sure that you devote your attention to them. Divided attention (with your work, for example) will decrease the quality of the time.
There is only one happiness in this life, to love and be loved.George Sand
7. Apply the five languages of love
Love is an important way to happiness, and the five languages of love is a helpful concept to help you apply love. By understanding yours and others’ languages of love, you will be able to build better relationships.
8. Appreciate nature
The beauty of the nature can give you peace. Go out and see how beautiful the nature is. Watch how the birds sing and the sun shines, and let you be happy once again.
9. Pray or meditate
This is one of the most effective ways to calm your mind and get inner happiness. When you feel overwhelmed, a session of praying or meditation could help you clear your mind.
10. Know yourself
You will be happier if you understand who you are. Taking personality tests or drawing a simple life map could help you recognize who you are.
11. Say thank you
Sometimes we are so accustomed to people around us that we forget to thank to them. So take a little time to do that.
12. Smile "Never stop smiling becouse somebody will fall in love with your smile"
Smiling is a very simple thing to do, and yet it has great effect. There mere act of smiling can brighten your otherwise dark day.
13. Listen more than you speak
You will feel happier not only by understanding yourself, but also by understanding the people around you. One simple way to do that is by listening more than you speak. Try to understand what the other person means before speaking out your thoughts.
14. Stop judging others
Judging others will give you bad feeling toward them and there’s nothing good about that. Instead, you should look at the positive side of them. Sometimes it’s easier to see the others’ weaknesses, but looking at the positive side will brighten their day and your day.
15. Focus on what you can control
Trying to change things beyond your control will only frustrate you. Recognize what you can and can’t control, and focus solely on the things you can control. For instance, you can’t change how people around you behave, but you can change yours. So focus on changing your own behavior instead of changing theirs.
There is only one way to happiness and that is to cease worrying about things which are beyond the power of our will.Epictetus
16. Forgive yourself
Have you done mistakes in the past? We could be intimidated by our past mistakes that we can no longer live to our full potential. But you aren’t perfect, and neither is anyone else. So forgive yourself and release the burden.
17. Forgive others
Besides forgiving yourself, you should also forgive other people who did wrong to you. Not forgiving them will only hurt you. Again, you should release the burden so that you can find happiness.
To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness.Robert Muller
18. Accept yourself
You may have some personality traits that you don’t like. For instance, perhaps you are an introvert and you wish you are an extrovert. Or you wish you were born in a different background. This is one thing you can’t control   so just accept yourself as you are. You are unique, and that’s something you should be grateful for.
19. Know how to deal with problems
Problems will always come your way, so your happiness depends not on whether or not you have problem, but on how good you deal with them. Knowing how to stay calm and how to overcome failure will be helpful.
20. Be a promise keeper
You will find happiness if you stay true to your heart and one way to do that is by being a promise keeper. The more you keep your promise, the more you will be aligned with your conscience and the happier you will be.

p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in