kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, October 25, 2010

CHAPTER 4: Permainan Zaman Kanak-Kanak

Semasa baru pindah aku tak banyak main dengan kawan-kawan sebab mak selalu pesan..jangan main di rumah orang..kita orang susah orang tak suka..nanti kalau pergi main rumah orang kaya kotor rumah dan mak malu tengok anak-anak mak pergi main rumah orang..kalau main jangan masuk dalam rumah..main diluar saja..kalau nak main ajak kawan main kat rumah tak pa sebab rumah kita tak ada apa jadi nanti nak main ajak kawan main kat rumah .Jadi kalau nak main aku selalu main kat rumah saja... masa tu aku banyak bermain dengan makhluk lain iaitu binatang peliharaan mak aku...
Aku masa kecil memang macam budak lelaki bermain pun macam budak lelaki...pakaian? ha..ha.. memang tak ada baju kurung atau skirt kecuali yang waktu raya saja mak beli baju gaun dan baju kurung..Memang tomboy habis sebab tu ayah simpan rambut supaya agak panjang agar orang tak confuse tengok aku yang lasak macam budak lelaki...

"Kin...mai turun makan dan main dengan adik ni..kesian kat adik...asyik duk atas pokok saja sat lagi kena getit dengan tebuan ka penyengat baru tau..."
"Kin nak tengok pekan Alor Setar ni nampak kat atas ni...angin pun kuat..sat lagi Kin turunlah"...pokok jambu keling itulah tempat permainan yang paling aku suka... dari pokok tu muda sampailah 10 tahun aku tinggal di situ ia menjadi tempat aku bermain maca sahabat baik..Atas pokok tu ada papan macam lantai...dan boleh duduk main atas pokok tapi aku sahaja yang suka naik pokok ..Kak Not tak suka naik pokok sebab dia ni perempuan habis...waktu aku kecil dulu Kak Not terlalu rajin membaca dan dia memang banyak duduk dalam rumah dan kurang bermain macam aku..aku ni main macam budak lelaki dan memang merantau jauh sampai ke petang terutama bila aku dah bersekolah memang aku sangat nakal dan selalu kena marah sebab ada sahaja benda yang aku akan buat...

"Selamat pagi..putera puteri,,,
selamat pagi anak negeri,
kita sambut hari ini...da da du d di,
di timur terbit mentari,
di barat terbenam ia,
jika hidup penuh berbakti,
akhirat kelak kita bebahagia,
Selamat pagi putera puteri...
selamat pagi anak negeri,
kia sambut hari ini..da da du da di."

Aku mula ada kawan ramai bila masuk sekolah tadika waktu umur lima tahun..budak cerdik jadi belajar di tadika sebab masa tu Kak Not dah naik darjah satu jadi aku pun nak ikut pergi sekolah jadi ayah terpaksa masukkan aku ke tadika kalau tak aku akan memberontak...inilah yang menjadikan aku anak yag bertambah lincah dan petah sebab selalu menjadi kesayangan cikgu..Ingat lagi pada Cikgu Rohani iaitu cikgu tadika aku yang sangat cantik dan aku suka duduk atas riba cikgu asal cikgu aku duduk je mesti aku naik sebab aku memang anak manja lagipun masa tu aku seorang saja yang umur lima tahun orang lain enam tahun.. jadilah aku anak manja cikgu...lagipun aku memang anak yang pandai bermanja sebab aku ni kuat bodek masa kecil kalau tengok orang cantik pujinya melambung mak cakap sebab tu pandai ambil hati orang dan ramai yang sangat sayang kat aku terutama Mak Lang ,Mak Chik Nani dan Tok.Lagipun aku kategori sosial tinggi sebab walau pergi manapun aku taklah merengek nak balik atau buat perangai.

Masa pergi sekolah tadika walaupun aku baru umur 5 tahun tapi kebolehan aku mengatasi orang lain dan begitu juga bila waktu belajar Al Quran aku lebih laju dari Kak Not dan rakan-rakan sebaya aku..aku beruntung sebab apa ssahaj yang kakak aku buat aku akan turut sama, mknanya bila kakak pergi sekolah aku pun nak masuk sekolah..bila Kak Not mengaji Al Quran aku pun nak ikut sama jadi di sinilah menyebabkan aku mudah bersosial dan berkawan dengan orang lain... Aku mula jadi lasak dan suka berkawan dengan orang luar sejak umur aku enam tahun..nak tahu kenapa? Sebab masa umur lima tahun tu aku bina rappot je jadi masa umur enam tahun dah mesra dan mak pun dah bagi kepercayaan sebab aku memang budak yang sangat lincah dan dalam masa yang sama aku dah mula kenal wilayah tempat tinggal kami..Dari Tanjung Chali sampailah ke Simpang Kuala..itu adalah kawasan jelajah aku tapi masa ni tak rajin merayau lagi yang banyk aku lakukan adalah bermain dengan kawan-kawan yang sama mengaji Al Quran iatu Kak Cik, Kak Na, Imah dan Lethcumy. Masa ni kawan dengan budak perempuan saja dan kalau balik mengaji Al Quran selalu kena usik dengan Shaizat, Bond dan Jasni...sampai pernah satu ketika aku kena gilis dengan basikal Shaizat dan apa yang berlaku aku bertumbuk dengan dia dan balik rumah Kak Not yang menangis kat mak sebab tengok adik dia kena buli tapi sebenarnya aku kalah sebab masa tulah penyelamat aku datang...
Inilah bermulanya perhubungan aku dengan Abang Tam sebab dia banyak melindungi aku..ye lah anak Tok Imam siapa berani nak melawan lagipun dia 4 tahun lebih tua dari aku..
Masa umur enam tahun aku mula belajar naik basikal tapi bukan basikal kanak-kanak sebab masa tu mana ada basikal kanak-kanak jadi belajar bawa bsikal tua..yang tukang ajar aku adalah Abang Tam dan episod aku banyak berkisar dengan abang Tam dan dia pun memang suka sangat datang rumah..asal balik mengaji saja terus mai cari aku ajak main ..aku ketika ni mula main dengan budak lelaki dan dunia kanak-kanak aku yang keperempuanan tu dah hilang sebab bila main dengan budak lelaki jadi macam budak lelaki sampai lupa kata aku ni budak perempuan..
Masih terbayang kali pertama aku belajar bawa basikal aku duduk di celah galang basikal dan awalnya abng Tam pegang lepas tu bila aku dah mula mengayuh dia lepas tngan dan apa lagi tempat kami belajar tu bawah pokok asam dan macam gon sikit jadi menjunam turun dengan lajunya alih alih jatuh dalam belukar pokok kapal terbang... sakit..tapi alah bisa tegal biasalah..Apa yang mengerikan satu hari kami kena marah dengan Tok Aji Minah sebab langgar cucu kesayangan dia Tun masa kami naik basikal. berdarah kaki dia kena langgar dengan kami..apa lagi kena beleterlah dengan Mak Chak sebab kami main lasak sangat..Tapi Abang Tam anak kesayangan Mak Chak jadi kami taklah teruk sangat kena marah....dalam masa sehari sahaja aku dah boleh kayuh basikal.at last kena berhenti main basikal kami main perang-perang ... main guna senapang buatan sendiri dengan kayu dan juga peluru pokok kancing baju...aduh sakit kalau kena. Lepas tu memang bila dah perang macam betullah siap celoreng muka..masa ini berambahlah aku punya skill memanjat pokok yang semakin lasak.Pokok nona, pokok asam pokok cermai, pokok mempelam , pokok mertajam,pokok keriang dan pokok goncaq adalah pokok-pokok yang sangat aku suka panjant asal ada buah saja aku akan panjat untuk ambil buah...dan yang syoknya aku dari kecil kalau makan tak pandai nak makan seorang diri dan aku akan bawa balik untuk kaka dan adik-adik aku.. tapi aku dah makan kenyanglah atas pokok.Kadang-kadang bawa lastik dan melastik burung tapibila mak beri syarahan tentang tersiksanya burung tu sebab kami hanya mencederakan sahaja..sejak itu aku tak melastik burng lagi.
"Yes...aku menang..semua ni Kin punya.."sambil mengaup semua biji guli yang aku dah tebik. Aku pakar dalam main tuju guli dan sampai satu ketika aku dapat kumpul satu tin milo guli.Lepas tukalau tak maintuju guli guli tu kami akan main congka. Congkak kami dalam tanah sebab mana nak beli papan congkak tu. Ambil tempurung tanam dalam tanah dan guna bili guli main dan kadang-kadang kalau balik dari kampung kami akan main congkak biji getah.Kalau pergi Tokai rumah Mak Cu aku aku akan bawa baalik biji getah banyak banyak yang aku kutip dengan anak-anak tiri Chu iaitu Saripah, Fauziah dan Kak Aya.Kadang kadang gantikan dengan tuju gelang getah pula."Biji getah ni masa mak kecil-kecil tok buat jeruk dan tempe biji getah" cerita mak pada kami.
Biji getah paling best buat laga biji getah siapa pecah last sekali orang tu lah menang.
Permainan ini bermusim dan ianya selalu berubah mengikut musim semasa. Kalau musim main tuju tinkami akan mula mengutip tin-tin susu dan akan susun tin itu. Kami gunakan bola lisut dan kekadang bola buatan sendiri dengan gumpalan getah basikal. Ada dua pasukan dan satu pasukan tuju dan satu pasukan akan susun semula.Kiraan mata mengikut berapa orang yang tinggal atau hidup dan boleh atau tidak tin di susun semula. kalau semua dah mati kira game over. Kalau semua tin disusun semula juga dikira gam over dan tukar giliran...Main tuju kasut lebih kurang sama juga,,,macam tuju tin cuma gantikan dengan kasut tapi semua ahli yang menyusun kasut kena sumbangkan kasut mereka dan selalunya berkaki ayam sebelah kaki sambil berlari.Seronok sebab lawan kejar dan mengelak dan kadang-kadang tu sampai terguling-guling nak bagimenag juga.

Bila musim padi tengah masak kami selalunya akan bermain sepak bulu ayam dan layang-layang . Kebiasaannya masa musim ni angin agak kuat jadi memang seronoklah main layang-layang dan padang sekolah pun kering sedikit waktu ini dan kami memang suka sangat main di padang sekolah. Meriah dan memang seronok.Layang -layang buat sendiri, cari buluh dan juga buat benang kacang semuanya buat sendiri. Siap tumbuk kaca masak dan rendamkan dalam benang kononnya nak bagi putus layan-layang lawan. Lepas tu kami akan kejar 'wau buih" atau layang-layang yang terputus tali trutama yang cantiklah. Semasa dalam perjalanan balik kami akan cari bulu ayam dan aku taklah susah nak cari sebab aku memang bela ayam jadi sebab tu ayam-ayam aku anti kat aku sebab silap hari bulan habis ayam aku togel kena tarik bulu. Main sepak bulu ayam ni macam main sepak raga juga undang-undang dia ada timbang dengan kaki, timbang dengan kepala dan libas macam sepak takraw @raga juga.Bulu ayam ni biasanya diikat sebanyak yang mungkin dengan susunan yang cantik dan kemudian diletakkan tapak yang dibuat dari getah tayar dalam basikal dan paku. Kreatifkan?
Bosan main sepak bulu ayam ni kami akan main tol atau permainan galah panjang selalunya kami akan bermain dekat kawasan sekolah lah sebab ada galang an kawasan lapang. Tak pun kami akan bermain dekat bawah pokok asam dan juga pokok pukul lima. Habis bermain kami panjatlah pokok pula. Biasanya musim main tol ni waktu musim pokok asam jawa masaklah sebab sambil main selalunya kami kena kutip buah asam jawa yang luruh. Aku paling suka waktu buah asam sedang mengapur ...nyum..nyum sedap..terliur bila aku duk cerita ni. Memang sedap giler tambahan pula buat pincuk.. Ini kegemaran mak aku dan adik Yat memang suka makan asam.. Orang kata makan benda masam bodoh tapi tak lah pula Yat pandai pun.Walaupun telo@pelat sampai darjah 3 tapi periksaan tak pernah dapat nombor lain selain nombor 1. Itulah istimewanya adik aku ni.Biji asam pula buat goreng sedap macam kacang tapi jemu kami gantikan dengan biji pukul lima dan biji ketapang. Budak nakaljadi banyaklah idea kreatif untuk survival ni.
Kalau musim mesin rumput pula kami akan main kat padang sambil kumpulkan rumput kering dan letakkan bawah galang dan lawan terjun buat stuntman . memang lasak permainan aku sebab aku memang main dengan budak lelaki jadi tak ada bezanya permainan kami masa tu. Tapi kalau yang perempuan pula alahai mainan pun tak eventurest langsung dan kadang-kadang aku main juga.

Main jengkek dan Zero Point adalah mainan aku masa aku di sekolah dan biasanya kami main waktu rehatlah.Ini mainan budak perempuan yang agak sopanlah tapi budak lelaki join juga.Jengkek ada macam-macam corak ada jengkek kapal terbang, jengkek cina dan jengkek silang pangkah. Main jengkek ni siappada rumah kena bom lah , nak lalu kena bayar tol dan macam macam denda lagi seronok jugalah. Zero Point pun ada pelbagai jenis , ada Zero kandos dan Ayudus ..aku pun tak tau apa maksud ayudus tu tapi ada langkah-langkah dia bermula dari bawah sampailah atas kepala . Caranya dua orang kena pegang gelang getah yang telah disambungkan dan pasukan lawan akan melompat melintasi halangan getah itu. Untungnya bila aku pegang getah dan yang lawan tu semuanya pendek jadi terkial-kiallah nak lompat melintasi gelang getah tu. Kemudian habis kepala sambung ayudus iaitu melompat melintasi getah yang digoyangkan.Kalau lepas halangan akan menari gunakan getah yang diletakkan di paras pinggang sebanyak 10 ke 20 kiraan bergantung padaa persetujuan. Kalau lepas semua maka dapatlah Point atau Candosnya. One Candos atau One Point. Mainan ni guna bahasa Inggerislah.
Blue Black Car For Share, will you want to go with us?,
Round and round and touch the ground,
and now is full@so your fool ,
and out you go!
Ini permainan menggunakan tali skiping yang dipegang oleh dua orang dan kita perlu melompat masuk kedalam tali yang dipusing mengikut bilangan ahli selalunya maksimum 5 orang satu kumpulan. Seronok main ni tapi selalunya aku akan jadi orang pertama masuk sebab aku tinggi jadi bila aku masuk dulu terpaksalah merek memusing tinggi dan orang lain dengan mudah boleh masuk dalam pusingan kalau tersangkut kaki kira batal dan dapat point kepada kumulan lawan.


Main lambung keling @ batu tujuh ini permainan budak perempuan dan kadang kadang aku main dengan mak kat rumah dan biasanya sambil nak tunggu maghrib dan makan malamlah.Di sekolah pun kami main dalam kelas masa tunggu cikgu nak masuk tapi tak boleh bisinglah.Cara mainnya ada lambung batu utama dan serakkan batu yang enam lagi,kemudian mula pungut batu yang selebihnya. Pertama ambil satu per satu, lepas dua dua,lepas tu tiga-tiga.Kedua ambil 1, 2 dan 3. Ketiga ambil semua. seterusnya timang iaitu meletakkan semua tujuh batu dalam tapak tangan dan pusingkan tangan jadi kira berapa batu atas tangan. Ini kira pointlah dan selepas itu 'pakok' iaitu melambung batu atas belakang tangan kedpan dan tangkap semua. Mata ini akan di darap dua jadi semua point di campurlah. Kiraan akan dikira markah kalau dapat lengkapkan semua pusingan kalau terjatuh ,maka di kira batal dan pusingan diserahkan pada pihak lawan.

AEIOU dan Pukul Berapa Datuk Harimau ialah permainan yang melibatkan strategi. Undian akan dibuat secara osom(12 som)iaitu lawan membalikkan tangan orang,yang akhir sekali terkeluar dikira menang@kalah ianya bergantung pada kata sepakatlah diawal permainan. Orang itu akan menjadi Datuk Harimau. Datuk Harimau akan mengadap ke bahagian yang bertentangan dengan ahli lain iaitu secara membelakang. Kemudiaan Datuk Harimau akan menyebut AEIOU sambil menapak ke hadapannya dan ahli lain pula bergerak ke arah yang bertentangan sebanyak lima kali. Bila Datuk Harimau Mengalih pandangannya ke belakang ahli kena 'freez' atau jadi patung. Cukup lima kali semua akan mengadap Datuk Harimau dengan jarak yang agak jauh selalunya akan menjadi hampir 20 kaki. Ketika ini Datuk Harimau tak akan bergerak lagi dan berdiri setempat.Ahli lain akan bertanya "Pukul berapa Datuk Harimau?..sambil berjalan ke arah Datuk Harimau ."Pukul satu"Jawab Datuk Harimau dan soalan ini ditanya sehingga pukul 12 dan bila cukup pukul 12 Datuk Harimau akan mengejar dan nasibllah siapa yang tertangkap orang itulah akan menggantikan Datuk Harimau.Untungnya bilayang kuat larilah dan kaki panjang.. Seronok bila mengimbas kembali kengan permainan semasa kecil.

Aci ligan pula main macam AEIOU bezanya selepas diundi orang yang terpilih akan duduk dalam satu bulatan kecil dan yang lain akan berkeliaran dalam kawasan bulatan besar atau batasan jarak yang telah ditetapkan. Dalam kiraan tiga pengejar akan mengejar ahli lain secara rawwak. kebiasaan pengejar akan mengejar mangsa yang lemah dan juga mangsa yang paling diminatinya. Keistimewaanny kalau mangsa sudah tidak mmpu lagi melarikan diri dia boleh duduk dan berkata 'chop' atau dia juga boleh mencari pengganti dengan mengatakan 'pass' tetapi iadikira mati dan tidak boleh mendapat peluang diganti lagi. Permainaan ini memang sangat meletihkan kerana asyik berkejar sahaja dan boleh dikatakan sehari lebih kurang 1 km berkejararan dekat dalam kawasan itu sahaja.

Berbeza dengan permainan Aci sembunyi pula adalah permainan yang sangat menduga pemikiran sebab kena mencari ahli-ahli yang bersembunyi dan kekadang itu tempat persembunyiannya tu memang sukar hendak dicari. Batasan dalam permainan Aci Sembunyi ini perlu ditetapkan jika tidak mungkin kepenatan mencari ahli pasukan yang hilang. Pencari akan diikat mata dan ahli lain akan bersembunyi menyelamatkan diri. Ahli yang pertama sekali akan mencari pencari bila semua ahli telah dapat ditemui. Pada suatu hari macam biasa habis sahaja sembahyang asar kami berkumpul di bawah pokok asam depan rumah Mah Ah.
"Ok semua dah jumpa sekarang giliran Kin pula jadi" kata abang Tam.
"Sat...ada seorang lagi tak jumpa...Mat" kata Kak Chik, Mat adalah anak Pak Tam Mat.
"Mat...mat.."..semua kami mencari Mat sampailah lewat petang dan akhirnya mak Chaq suruh Abang Teh dan Abang Chik tolong cari.
"Tulah..hampa main lagi aci sembunyi,kan dah kena sembunyi dengan hantu, dahlah nak Maghrib ni"kata Abang Teh.
Sepetang kami mencari Mat yang hilang ada yang pergi cari kat bilik air dan rumah Pak Tam dan masih juga tak ditemui dan akhirnya kami berkumpul semula dekat bawah pokok asam.
"Mai sini"tiba-tiba Abang Chik panggil kami semua ke bawah pokok jambu bola kat rumah Tok Chik Cot."Ha...ha..ha.."akhirnya kami jumpa Mat tertidur dalam reban ayam.
"Mat..mat..cepat keluar..apa lah budak ni dalam reban ayam pun boleh tidur"bebel Abang Teh , maunya tak marah sebab tak pasal-pasal dia yang kena cari. Tersengeh-sengehlah muka Mat.
Rupa-rupanya bukan kena sembunyi dengan hantu tapi kena sembunyi dengan ayam. Itulah permainan aci Sembunyi ni kadang-kadang sembunyia atas pokok, belakang jamban, dalam jamban, bawah kolong, bawah serkap ayam, tong drum dan kadang-kadang tu dalam semak pokok kapal terbang pun boleh bersembunyi.
Polis Sentri pula adalah gabungan permainan Aci Sembunyi dan Aci Ligan yaang diadaptasi dari siri Charlie's Angel. Permainan dalam dua pasukan, satu pasukan penjenayah dan satu lagi kumpulan penyiasat. Permainan ini melibatkan kreativiti pasukan dan juga kerjasama .macam dalam cerita siap ada blue print untuk melakukan penyiasatan dan juga pembahagian tugas. Pemilihan kumpulan adalah berdasarkan undian dari cabutan lidi kira nasiblah siapa yang kena jadi ahli penyiasat atau jadi penjenayah. Kami main ini siapa ada berlakon jadi polis jadi pak guard dan ahli penyiasat.Tapi malangnyabila jadi penjenayahlah siap kena gari dan kena masuk lokap.Kadang-kadang tu macam cerita Anakku Sazali pun ada jugalah. Memang kreatif lah tapi aku tak berapa ingat macam mana permainan ni dimainkan.

Bat-bat Si Kuribat sangat seronok sebab ada adegan kejar mengejar dan biasanya kita akan pilih orang yang kita suka untuk mengejar kita sebab adegan dalam permainan ni kena kejar hingga dapat dan bila dah dapat siap peluk lagi jadi kalau kita pilih orang yang kita tak suka jadi malanglah. Pemain akan pegang sapu tangan dan ahli lain akan duduk dalam satu bulatan dan mengadap ke dalam menyanyikan lagu ; “Bat bat Si Kuribat ,Burung terbang balik belakang siapa yang dapat” Manakala pemain yang memegang sapu tangan akan berjalan di luar bulatan sambil memilih ahli yang dia suka dan meletakkan sapu tangan di belakang mangsanya. Kebiasaannya masa pemain meletakkan sapu tangan ahli tak perasan sebab pemain akan terus berjalan dan kalau pemain sampai semula ke tempat mangsa dan angkat semula sapu tangan mangsa akan didenda.Denda memang mengena habislah kadang-kadang sangat menyakitkan hati sebab kadang kadang tu kita kena pergi cium pokoklah, peluk tianglah dan macam-macam lagi. Tapi kalau kena dekat orang yang pemain suka maka dendanya mestilah denda yang menyeronokkan pemain sendiri tapi waktu ini tak adalah yang menggatal atau terasa sangat sebab memang rasa sama sajalah.

Kambing dan serigala permainan ini ada persamaan dengan Bat-bat Si Kuribat tapi lainnya tak ada lagu. Ada tiga watak serigala, kambing dan pagar. Di awal permainan kambing akan berada di dalam pagar dan serigala pula di luar . Semasa pagar kata sedia serigala akan cuba masuk dalam pagar dan mengejar kambing. Selalunya kambinga akan selesa peringkat awal sebab pagar masih kuat , bila pagar semakin letih pegangan akan semakin senang di robohkan dan masa ini kambing boleh lari keluar dan serigala akan terperangkap dalam pagar pula dan berbagai-bagai caranya ikhtiar untuk keluar dan jikalau yang jadi serigala tu besar dan kuat maka cepatlah permainan ini berakhir tapi kalau orang kecil jadi serigala alamatnya sampai ke petang lah permainan tak habis.

“Anggur dan limau,
Hijau merah,
Hendak kan saya ?,
Mari sebelah”
Lagu dinyanyikan sambil lalu di bawah tangan ketua ,
Anggur ke Limau? Tanya dua orang ketua pasukan Anggur atau Limau tanpa diketahui siapa Ketua Anggur atau Ketua Limau.
Bila ahli yang terperangkap tu pilih maka ia akan berada di belakang ketua sambil memeluk ketua. Apabila habis pemain memilih Anggur atau Limau maka terbahagilah kepada dua pasukan. Kemudian satu pertandingan lawan tarik tangan atau tarik tali dan ahli lain akan membantu ketua untuk menarik. Pasukan yang kalah akan didenda secara berkumpulan lari dari jarak tertentu kadang-kadang tu letih jugalah berlari.
Tapi kekadang kami main juga main masak-masak dan kahwin-kahwin...ketika ini aku tak tahu kahwin tu apa tapi selalu tengok orang kahwin dan bersanding jadi aku dah bersanding dengan abang Tam masa umur aku 7 tahun lagi dan sejak dari hari tu Abang Tam memang protect aku gila-gila hinggakan bila bermain saja aku tak akan jadi pasangan orang lain..orang lain boleh tukar pasangan waktu main kahwin-kahwin tapi dia tak boleh tukar..dan aku masa ni pun cemburu sangat kalau ada orang lain yang nak jadi bini dia..dan aku cakap tak boleh sebab Abang Tam hanya boleh kahwin dengan aku.Abang Ndak dan Abang Fauzee A adlah saingan Abang Tam masa tu sebab asal sepupu di datang je dia mesti kawal tak bagi aku main dengan dia orang dan kekadang tu sampai dipaksanya aku balik. Mungkin inilah cinta yang wujud dalam hidup aku sebab masa kami kecil lagi Abang Tam selalu janji nak kahwin dengan aku...permainan kanak-kanak menyebabkan pengukuhan dan kepercayaan yang sangat kuat..Bayangkan budak 7 tahun dah boleh cemburu dan rasa memiliki.Bergaduh dah mula wujud dalam hidup kami kalau ada orang mengorat aku je terus kena marah dan tarik tangan tak bagi main dengan orang laindan kadang-kadang tu ada adegan tumbuk menumbuk...wah ganas gilalah waktu main kecil-kecil dulu...Rasa sayang, cemburu dan merajuk dan mula rasa rapat dan tak mahu kehilangan...rahsia kehidupan dan cinta terlarang.

“Dum..dum..dum” bunyi gendang raya dibunyikan menandakan dah masuk waktu maghrib dan cepat-cepat aku berbuka puasa.
“Mak..cek pi sembahyang maghrib kat masjid” bingkas bangun dan sambil mengilik beg telekung, apa taknya semua geng aku dah tunggu kat masjid nak hampar tikar sembahyang. Malam ni sembahyang terawikh bermula. Inilah rutin kami bila masuk bulan puasa sebab selama sebulan kami boleh keluar malam sebab semua hantu syaitan diikat dan masa tu kamilah yang menjadi hantunya.
“Ha….atur sejadah tu elok-elok, sat lagi lepas jemaah selesai tolong Pak Yeh lipat semula tau.” Pesan Pak Yeh tok siak masjid.
“Pak cik nanti jangan lupa simpan kat kami moreh(kenduri) sat lagi kami tak sempat makan”..pesan kami pada Pak Yeh sebab selalunya kalau masa ramai selalunya mereka terlupa dekat kami tukat lipat sejadah ni. Walaupun kami kanak-kanak tapi kami ada dua group satu group mengaji di rumah Tok Wa dan satu group masjid. Biasanya group kami lebih tertib dan sopan sebab kami diajar oleh Tok Wa supaya ada adap dan sopan ketika di dalam masjid. Walaupun kami ke masjid hanya waktu sembahyang kami tidak akan berlari atau berkejaran sebab kami diajar untuk bersopan dan menghormati jemaah lain. Itulah didikan yang Tok Wa berikan kepada kami yang belajar mengaji di rumahnya berbanding dengan kanak-kanak lain yang belajar di masjid mereka agak liar dan kurang menghormati orang lain sebab mungkin sebab mereka terlalu ramai dan tak boleh dikawal.
Sebaik sahaja selesai solat jemaah 23 rakaat kami akan menolong PakYeh untuk menyusun pinggan mangkuk untuk jamuan moreh dan semua peralatan untuk jemaah sebaik selesai waktu sembahyang terawikh. Masa kami kanak-kanak selalunya moreh dimakan di masjid sahaja tak seperti sekarang semua makanan dibungkus dan tak ada lagi suasana kekeluargaan yang kami lalui dahulu. Sebaik sahaja selesai makan kami akan menolong untuk mengemas dan menyusun pinggan mangkuk. Biasanya kami akan berlari dari masjid sampai kat halaman depan rumah Mak Chaq sebab sebelum balik kami akan berkumpul dan main Meriam Kabat, itulah permainan kami yang sangat mengujakan pada bulan puasa. Meriam kabat ini kami mainkan menggunakan pelbagai peralatan termasuklah buluh, tin milo dan kok tandas. Memang kreatif permainan ni tapi tak adalah pula dengar ada yang masuk wad kecemasan macam orang sekarang. Kami akan bermain beramai-ramai yang seronoknya masa nak bakar kabat maka inilah saat yang paling mencabar sebab masa nak bakar ni memang takut sangat dan letupan yang sangat kuat kadang-kadang boleh bingit telinga dibuatnya.Selalunya aku tukang pekop (tutup) telinga Abang Tam sebab dia jadi tukang bakarnya. Guna kayu pencucuh bukannya pendek kadang-kadang tu ada dekat dua meter takut punya pasal. “ Pom” pakat bertepuk tanganlah kami bila meriam tadi meletup. Kalau guna kok tandas bunyi memang berdentum dan apa yang seronok tu bila letak tudung tin atau tudung periuk di depan muncung kok maka terpelanting jauhlah alamatnya. Masa Tapi kalau meriam tak terbakar ini yang suspen sikit sebab kadang-kadang tu bukannya tak meletup tapi ambil masa yang lama sikit untuk sumbu menyambar. Tapi biasanya kami akan tunggu hamper 5 minit baru pergi dekat sebab takut juga main meriam kabat ni. Tapi mencabar sebab tu mak aku kalau dengar tiga empat kali meletup mulalah dengar suara mak aku panggil balik sebab mak takut merbahayakan kami.


Permainan paling seronok sekali adalah mandi Sungai Terusan Wan Mat Saman. Masa aku kanak-kanak terusan Wan Mat Saman ni masih lagi bel;um tercemar bersih dan sangat bersih. Sungainya besrsih ada pokok kiambang, bunga teratai, telipok, dan kemiling. Anak-anak ikan terberas dan ikan sepat berkejaran dalam sungai dan memang kalau tak teruja untuk turun mandi. Jadi kadang-kadang tu memang inilah tempat permainan kami yang sangat seronok sebab dapat berenang berkejar-kejaran dalam sungai. Mengalahkan perenang olimpik dan waktu ini tak adalah perasaan takut atau seram mandi sungai. Walaupun kadang-kadang tu kena marah sebab balik rambut basah lencun. Mak boleh detect kalau pergi mandi sungai sebab balik saja mata merah dan rambut basah. Tapi kalau aku pergi main dengan Abang Tam aku jarang kena marah mungkin sebab mak percayakan Abang Tam tapi kalau masa balik tu tak ada abang tam mengiringi kat belakang siaplah kena soal selidik. Tapi aku tak seronok lagi bila Abang Tam masuk MRSM sebab aku dah tak ada geng mandi sungai lagi. Masa ni aku main juga kat sungai tapi tak mencabar lagi. Masa aku darjah enam terusan Wan Mat Saman mengalami perubahan yang drastic sebab dinaiktaraf menggunakan konkrit. Tapi waktu ni memang aku dan beberapa orang kawan aku masih lagi suka turun dalam sungai ni walaupun selalu kena sounddenganayah aku.
“Kin…naik..dah besar pun masih duk main macam budak kecil” kata Abang Tam pada satu petang yang kebetulan balik bercuti.
“Sapa suruh bawa kakak main dekat sungai ni..bahaya tau tak bawa budak kecik mandi sungai” kebetulan waktu tu Laili anak saudara Abang Tam nak ikut aku jadi aku bawa sahaja ikut aku bermain. Masa itu Laili berusia lapan tahun tapi memandangkan dia ni kecil jadi apa lagi memang nampak sangatlah aku salah. Sepanjang perjalanan balik aku kena berleter dengan Abang Tam. Balik rumah aku kena beleter dengan mak dan itulah kali terakhir aku mandi di Terusan Wan Mat Saman dan aku bersumpah tak akan jejak kaki ku ke sana lagi.

Kami juga bermain permainan yang diambil dari filem Musang Berjanggut Nenek Si Bongkok Tiga, Base ball, Bola Lisut, badminton, bola keranjang, bola jarring, bola sepak dan lain-lain permainan macam kanak-kanak sekarang. Selain daripada permainan outdoor kami pun main indoor games juga tertutamanya bila waktu panas atau musim hujan. Dam haji buatan sendiri menggunakan tudung botol, Monopoli,Happy Family, UNO dan catur adalah pilihan yang ada. Tapi yang paling istimewa main Kad terup sebab ianya adalah permainan yang sangat mencabar minda dan juga kemahiran mengira. Kami main bukanlah cara berjudi atau bertaruh macam orang lain main tapi permainan ini lebih kepada cara menghitung dan kadang-kadang tu memang mengundang prosangka dari orang luar sebab mereka tak faham permainan ini. Aku paling suka main daun terup ini semasa sekolah menengah sebab di sekolah ramai kawan cina jadi memang mencabar sikitlah. Kawan-kawan aku paling suka aku mengecop sebab mereka kata memang terror habislah. Kami selalu juga kena tangkap dengan pengawas sebab mereka salah anggap permainan kami. Tapi memang tak boleh nak salahkan mereka juga sebab memang ada orang yang jadikan ia sebagai perjudian. Daun terup ni sebenarnya kami boleh buat tilik nasib tapi ini semua permainan masa jahil dululah tak tau kata tilik nasib tu berdosa dan syirik. Kami siap boleh tilik jodoh dan juga personality orang berdasarkan kad yang di pilih. Selain dari itu kami juga boleh buat silap mata dengan kad ni dan banyak juga trick yang aku belajar masa sekolah dahulu tapi sekarang dah lupa. Itulah permainan-permainan kami yang masih akuingat dan kekadang bilaa hati ini terasa rindu sebab semua permainan yang kami main dahulu dah tak berapa popular lagi dan mungkin dah tak ada kanak-kanak yang tahu nak main sebab terlalu diberi video games dan permainan lain yang tak mengeluarkan peluh langsung.

Mak selalu pesan pada kami supaya main dengan baik-baik , jangan bergaduh tapi masa ini kami dah ada beberapa puak sebab berpecah dengan group ,,aku lebih rapat dengan Abang Tam.Kak Not dah mula ada akan sebaya dia iaitu Kak Intan dan Mak Su sebab mereka sebaya..Mak hanya akan marah kalau aku tak balik waktu pukul 6 petang sebab pukul 6 petang mesti ada dalam rumah. Siap mandi dan pakai baju tidur sebab kami semua makan malam pukul 7 malam dan lepas sembahyang magrib kena baca buku dan Al Quran. Dan waktu nilah selalu aku dan akan main dengan adik Mat dan Yat serta Kak Not.Sambil nak tidur ayah atau mak selalunya akan bercerita kepada kami..macam-macam cerita terutama kalau ayah balik awal dan ada masa sebab kadang- kadang ayah akan keluar untuk baiki bas yang rosak dan kami tak berpeluang bermain dengan ayah.Tapi aku sebenarnya dengan dunia orang kaya yang mana inilah yang memberi pengaruh kepada kehidupan aku walaupun aku hidup susah tapi aku diberi kemanjaan yang sangat dari mak Chak dan aku banyak dipengaruhi oleh dunia mereka...


p/s:setiap yang dicoretkan bukan bahan untuk dipublisiti...jadi jgnlah disalahertikan dan disalahgunakan...tak siap lagi chapter ni.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in