kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (55) BUKU (51) Penulisan (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) Aku Banggali (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) penerbitan (8) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Sunday, August 9, 2020

AKU BOSS : BUKU KETIGA KU

Syok sendiri ja no
Doakan ya cepat siap.
#akuboss
#crnasiabcu
#salamjutawan


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, January 26, 2018

ZUL ARIFFIN HUBBY KU


"Tahniah Shikin, akhirnya Shikin kahwin juga.... Aishah selalu doakan Shikin. Seronok baca kad jemputan Shikin...mak pun dah siap nak pi esok kat stadium...Aziz ngan anak-anak akan ikut kuga nak tengok Bonda kahwin"....
"Aishah habaq kat Aziz muka suami Shikin handsome nak mcm dia juga cuma cerah seditlah pada Aziz"....
Hahahhahaha aku gelak dan duk kata sat ada salah faham ni.
Aishah terus duk cakap juga...
"La awat tak da persediaan apa lagi ni, Aishah mai nak tolong hari ni ..."
Aishah.... Aishah .....
Cerita lucu hari ni. Mimi Rita @ Aisyah Tajjuddin mai rumah nak buat persiapan kenduri kahwin aku yg akan berlangsung esok 27/1/2018 .
Kesian dia siap sediakan hadiah istimewa buat aku dan dah rancang dengan mak dan suami dia untuk hadir esok di Stadium Darulaman.


Wedding of the year....itu yg buat di Stadium Darulaman. Mana ada orang buat kenduri di Stadium Darulaman. Mengalahkan pemain bola sepak Kedahlah pula.
Gara gara application FB artis mana akan jadi suamimu? Akhirnya jadi satu cerita lucu dalam pengakhir  Chapter Hidupku yang ke 46.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Wednesday, January 3, 2018

Sekalung Budi dari Buku Aku Adalah Aku: Jadilah Diri Sendiri



SEKAPUR SIRIH


Sedari kecil aku diajar hidup berdikari dan pergantungan yang tinggi pada Allah SWT. Mak dan Ayah selalu cakap Allah SWT sentiasa bersamaku dan doa Mak dan Ayah sentiasa mengiringi aku walaupun satu ketika mereka telah tiada.  Dari kecil aku diajar membuat keputusan sendiri dan walaupun kekadang aku silap memilih jalan aku, Mak dan Ayah tak pernah menyalahkan aku atau menghukum aku. Mereka hanya menegur dan memberikan aku nasihat agar aku lebih berhati hati dalam mengambil sebarang tindakan. Sedari kecil aku diasuh menjadi diri aku sendiri tanpa dibayangi oleh sesiapapun. Mak dan Ayah tak pernah membandingkan aku dengan kakak atau adik-adik aku. Tidak pernah sekalipun dalam hayat aku mendengar mereka berkata cuba jadi macam kakak atau adik atau sesiapa pun. Mak dan Ayah tak pernah berkata cuba tengok individu itu mereka lebih baik atau lebih hebat.  Mak dan Ayah selalu bercerita kisah kisah yang berlaku dalam kehidupan tapi mereka tidak pernah berkata tentang orang. Kalau bercerita Ayah selalu akan cerita tentang diri dia dan harapan dan cita - cita dia   impian-impian yang dia susun dan anyamkan dalam kehidupan dia. Manakala Mak pula kalau bercerita akan ceritakan tentang kisah kisah epik silam cerita Awang, Tok Selampit, Pak Pandir dan bila dewasa Mak sering bercerita tentang kisah tauladan yang dia baca dalam kitab atau surat khabar. Mak selalu berpesan agar jangan tersalah memilih kawan dan menjaga tingkahlaku dan tutur kata. 

Kehidupan yang singkat yang Allah SWT berikan untuk aku bersama Ayah selama 21 tahun dan Mak 35 tahun  sebenarnya adalah sangat bernilai berbanding adik beradik aku yang lain kerana mereka banyak hidup di asrama dan adik adik pula sudah pasti kurang masa bersama Mak dan Ayah sebab mereka lebih muda dari aku.  Aku sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dilahirkan pasangan yang sangat penyayang dan hidup dengan penuh kasih sayang sehingga mereka sering dicemburui oleh individu lain. Hanya pesan mereka sentiasa sama. Aku Adalah Aku; Jadilah diri sendiri . Pesan Mak pada aku sentiasa terpahat dihati agar aku menjadi diri sendiri  dan Mak sentiasa memberikan kepercayaannya buat aku dalam setiap keputusan yang aku lakukan. Pesan Ayah juga sama dari kecil Ayah selalu berkata aku anak dia yang hebat dan luar biasa. Aku sentiasa percaya akan kata kata Ayah dan Mak yang sentiasa positif untuk diri aku. Kata-kata dan pesan terakhir Ayah yang aku pegang sebagai amanat terakhir yang Ayah berikan semasa kali terakhir aku sebelum Ayah meninggalkan aku selamanya sentiasa terngiang di dalam kotak kepalaku ini . Amanat Ayah aku menjaga adik beradik aku dan Mak sebaik mungkin dan untuk diriku Ayah berpesan agar aku habiskan pelajaranku sehingga peringkat yang tertinggi yang aku mampu capai. Pesan Mak pula jadilah diri aku , jaga amal ibadah dan biarlah adik beradik aku dengan kehidupan yang mereka pilih. Pesan Mak lagi, doa Mak sentiasa bersama aku walaupun Mak sudah tiada di mukabumi ini. Pesanan Mak untuk aku tak de lah pula untuk menjaga adik beradik yang lain sebab semua sudah berkahwin. Mak dan Ayah  tidak pernah berkata jangan selain daripada jangan melakukan apa yang Allah SWT SWT larang. Pesan mereka semuanya berbentuk yang suruhan bukan larangan. Pesan Ayah dan Mak ini akan aku pegang hingga akhir hayatku.  In sya Allah  Aku Adalah Aku: Jadilah Diri Sendiri akan aku karangkan menjadi sebuah buku untuk ku kongsikan cerita cerita yang dipesan buat diriku dan aku olahkan bersama ilmu pengetahuan yang aku timba dan pelajari sepanjang perjalanan kerjaya seorang kaunselor .

Kerjaya sebagai seorang kaunselor adalah takdir yang telah Allah SWT tetapkan untuk diriku walaupun tidak pernah terlintas dalam hati suatu ketika aku bergelar kaunselor. Diam tak diam dah hampir dua puluh tahun aku terjebak dalam bidang kaunseling ini.  Walaupun ada kata kata sinis yang sering menyindir. Abaikan setiap kata negatif yang dilemparkan kepada diri ku agar aku dapat peluang untuk berkongsi dan menyampaikan ilmu yang sedikit ini untuk manfaat insan-insan yang memerlukannya. Semoga Allah SWT memberikan aku ilham dan hidayahNya untuk meneruskan perjuangan dalam menyampaikan ilmu ini. Semoga buku ini dapat menjadi hadiah yang teristimewa buat setiap insan yang sedang dalam pencarian dan insan yang tidak pernah berputus asa dengan nikmat Yang Maha Esa.

Menjadi diri sendiri adalah sesuatu yang mudah diungkapkan tetapi ianya adalah sesuatu yang agak sukar untuk di fahami. Walaupun Anda sering mendengar ungkapan ini ianya memerlukan satu huraian yang lebih mudah untuk difahami.  Ianya sebenarnya bukanlah sesuatu falsafah yang sukar. Jadilah Diri Sendiri hanyalah falsafah yang mudah dan ringkas.  Ianya tidak memerlukan pendidikan khusus atau kemahiran khas.  Apa yang diperlukan hanyalah ketulusan hati dalam mencari identiti diri Anda yang sebenar.
Aku Adalah Aku: Jadilah Diri Sendiri akan dibahagikan kepada beberapa bahagian yang akan menjawab persoalan 1H 4W (Apa, Kenapa, Bila, Bagaimana dan Di mana? Bahagian pertama ialah Kenali Diri ini akan cuba Anda kupas bersama untuk mengenali diri Anda yang sebenarnya. Anda akan melihat Siapa Diri Anda, Esteem Diri, Efikasi Diri,  Advokasi Diri, Aspirasi Diri, Pembelaan Diri, Motivasi Diri dan Bakat Diri Anda. Anda akan menganalisa satu persatu persoalan tentang mengenal diri Anda yang sebenar.

Manakala bahagian kedua adalah berkaitan dengan Personaliti Diri Unggul yang akan mencakupi teori personaliti, berani dan yakin imej diri, minda positif, penenang jiwa dan juga tingkahlaku yang unggul.  Ianya adalah sebahagian daripada kuliah yang pernah disampaikan untuk seluruh lapisan masyarakat sejak terjun ke bidang kaunseling. Di sini bukanlah untuk mengajar Anda menjadi manusia yang sempurna tetapi di sini akan dikongsikan pengetahuan dan juga pengalaman yang dilalui semasa mengendalikan bengkel dan ceramah untuk pelajar sekolah, universiti, bakal guru, bakal pengetua, guru-guru dan juga pemimpin tertinggi di dalam organisasi pendidikan.  Di sini Anda akan menambah nilai kepada pengetahuan sedia Anda tentang diri Anda.
Bahagian yang ketiga Anda akan dapat mengenalpasti konsep kecerdasan diri yang mencakupi Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Spiritual (SQ), Kecerdasan Kecerdasan Intelektual (IQ) dan Kecerdasan Emosi Spiritual (ESQ). Anda akan melihat ke dalam diri Anda kelebihan diri Anda yang sebenar. Manusia diciptakan Allah SWT dengan penuh keistimewaan dan berbeza serta unik. Anda akan kenali diri Anda  dan keunikan diri yang Anda miliki yang boleh dijana untuk mencapai matlamat diri.
Bahagian keempat pula Anda akan dibawa melihat apa sebenarnya pengiktirafan, pujian dan ganjaran. Mengapa ianya sangat penting untuk diri Anda. Bagaimana Anda menilai dan membuat keputusan kepada setiap yang Anda lalui dalam kehidupan. Ianya akan dikaitkan dengan bahagian kelima iaitu bagaimana menguruskan kerisauan dan kebimbangan. Dalam bahagian ini Anda akan mengenal pasti beberapa teknik dalam menguruskan kerisauan atau kebimbangan diri Anda.
Seterusnya bahagian keenam Anda akan mengenalpasti apa yang dikatakan kehidupan yang positif. Bahagian ini akan Anda kupas tentang diri Anda yang sebenar mencakupi aspek kerjaya, sosial, kewangan, fizikal dan juga masyarakat sekeliling. Bahagian yang terakhir adalah menjawab kepada persoalan bagaimana Anda membuat transformasi diri dan juga menerima diri Anda yang sebenar dan menjadi diri sendiri. Bahagian ini juga akan dikongsikan nota-nota kuliah Membangun Potensi Diri sebagai rujukan Anda dalam membangunkan potensi diri Anda.
Apakah Anda telah bersedia untuk menjadi diri sendiri dalam dunia yang tersendiri? Apakah Anda bersedia untuk menguruskan diri sendiri supaya kehebatan Anda yang sebenar terserlah?  Adakah Anda ingin tingkatkan kualiti diri Anda secara peribadi dan profesional? Adakah Anda ingin menjadi diri Anda sendiri dan membebaskan diri Anda dari jajahan minda yang mengongkong kehidupan Anda sekian lama? Jika 'Ya' jawapannya teruskan pembacaan Anda. Perubahan pasti akan berlaku . Jadilah diri sendiri.

Buku ini adalah kompilasi pengalaman saya selama 25 tahun sebagai kaunselor, cikgu, pensyarah, penceramah, motivator, coach, trainer, entreprenuer dan juga pelajar. Selain pengalaman saya terlibat dalam pembinaan modul-modul peringkat kebangsaan semasa bekerja di bawah Bahagian Psikologi dan Kaunseling selama enam tahun sejak 2006 sehingga 2012. Ianya adalah juga dari hasil penulisan di dalam blog saya dan juga nota kuliah dan saya susun agar menjadi satu bahan bacaan yang lebih santai dan lebih dekat dengan diri Anda.





p/s: Semua bahan yang diterbitkan adalah untuk perkongsian minda sahaja tidak boleh digunakan untuk tindakan mahkamah.Terima kasih
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, August 13, 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID LEPASAN PMR 2013 BAGI PROGRAM DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) DI INSTITUT PENDIDIKAN SWASTA (IPS) AMBILAN OGOS 2014

KEPADA PELAJAR YANG BERMINAT UNTUK KE SEKOLAH TEKNIK & VOKASIONAL
PMR 2013
Tarikh tutup:15/8/14
Sila LOG IN:
http://www.moe.gov.my/

http://apps5.moe.gov.my/sptv/mohon_ips_2014/
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato' / Tuan / Puan, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pengambilan murid bagi Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Sesi Ogos 2014 dibuka mulai 11 Ogos 2014 hingga 15 Ogos 2014.
Tawaran ini terbuka kepada semua murid yang telah menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
3. Syarat umum bagi mengikuti Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) ialah:•
Calon warganegara Malaysia•
Calon telah menduduki PMR Tahun 2013•
Calon sihat tubuh badan•
Calon bebas daripada sakit kronik•
Calon tidak rabun warna•
Calon berminat dengan bidang dipohon•
Memperoleh minimum sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut:Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Sains Kemahiran Hidup  Kecuali kursus Subsea Welding Technologyv Oil & Gas Welding Technology Memperoleh minimum sekurang-kurangnya Gred D dalam lima (5) mata pelajaran yang dinyatakan di atasv Teknologi Mekatronik (Robotik)
Memperoleh minimum sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut:Bahasa MelayuMatematik Serta LULUS dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Kemahiran Hidup Sains
Terdapat syarat khusus bagi Kursus Penjanaan Kuasa Elektrik dan Subsea Welding Technology iaitu :
Penjanaan Kuasa ElektrikTerbuka untuk calon LELAKI sahaja
Subsea Welding Technology
Mesti mempunyai sijil pemeriksaan perubatan selam Medical Fitness To Dive Program yang akan ditawarkan ialah Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) di IPS terpilih iaitu :
NEGERI KURSUSTEMPAT PENGAJIAN SELANGOR
1. Teknologi Mekatronik (Robotik)Enter Coridor Sdn. Bhd.Klang, SELANGOR
2. Collision Repair Reengineering Technician Septronic Skills Training CentreBukit Beruntung, SELANGOR
3. Golf and Resort Operation Maintenance Technician
4. Autotronik Auto Prima Technology Training Sdn. Bhd.Shah Alam, SELANGOR SARAWAK
5. Penjanaan Kuasa Elektrik PPKS Ilmu Sdn. Bhd.Kuching , SARAWAK6. Subsea Welding Technology JT Akademi Sdn. Bhd.Kuching, SARAWAK
7. Oil & Gas Welding Technology  KELANTAN
8. Aviation (Ground Handling-Ramp Services) Asia Pacific Flight Training (APFT) Maintenance Training Sdn. Bhd.Kota Bharu, KELANTAN
4. Tempoh pengajian Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) adalah selama 4 tahun 3 bulan. Sistem pengajian yang digunakan adalah sistem semester di mana murid akan mengikuti empat (4) semester program pra-diploma diikuti empat (4) semester program diploma. Selepas tamat lapan (8) semester, murid akan menjalani latihan industri (On-job Training) selama tiga (3) bulan sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan. Nisbah pengajaran dan pembelajaran bagi modul akademik kepada modul vokasional ialah 30:70 bagi Pra-Diploma dan 20:80 bagi Program Diploma. Ini bagi membolehkan murid lebih fokus terhadap kursus vokasional yang dipilih daripada aspek teori dan praktikal. Mata pelajaran akademik terdiri daripada :
a) Bahasa Malaysia
b) Bahasa Inggeris
c) Matematikd) Sains
e) Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
f) Pendidikan Jasmani
g) Pendidikan Kesihatan
h) Bahasa Perniagaan / Antarabangsa
5. Syarat permohonan dan info kursus boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my/
 Pemohon juga boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) di talian038884 5154 / 5088 / 5086 / 5089 / 5104 / 5067.

Sekian, terima kasih. Bahagian Pendidikan Teknik dan VokasionalKementerian Pendidikan Malaysia

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, August 7, 2014

KEPADA YANG NAK HADIAHKAN SEDARA MARA BOLEHLAH TEMPAH SEKARANG SEBAB KAPAL PERTAMA 28HB OGOS 2014.


PANGGILAN HAJI.....TELAH TIBA LAGI....MENUNAIKAN IBADAH...PANGGILAN BAITULLAH.....TANAH SUCI MEKAH...YANG PENUH BAROKAH....

TAHNIAH KEPADA KELUARGA KU DAN SAHABAT2KU YG MENERIMA PANGGILAN HAJI. ALHAMDULILLAH SEMOGA BEROLEH HAJI YG MABRUR.AAMEEN.

KEPADA YANG NAK HADIAHKAN SEDARA MARA BOLEHLAH TEMPAH SEKARANG SEBAB KAPAL PERTAMA 28HB OGOS 2014.

Assalamualaikum..
Shikin ada buat telekung HOMEMADE JC SIAH EKSKLUSIF dari kain jersey n cotton jepun.
Industri keluarga, boleh tempah ikut yg kita suka.
TELEKUNG JC SIAH EKSKLUSIF
♡Boleh dijadikan hadiah dan wakaf kpd jemaah haji, sahabat dan masjid 
♡Telekung yg patuh syariat TIDAK BERBAYANG
♡Harga dibawah tidak termasuk kos penghantaran♡
*DEWASA (PUTIH)
-renda cotton (RM60.00)
-renda organza (RM90.00)
-renda pelangi (RM70.00)

*KANAK-KANAK (1-7 THN)"PUTIH"
-renda cotton (RM50.00)
-renda organza (RM59.00)
-renda pelangi (RM55.00)

*KANAK-KANAK (8-12THN)"PUTIH"
-renda cotton (RM60.00)
-renda organza (RM69.00)
-renda pelangi (RM65.00)

*EKSKLUSIF WARNA (1 WARNA @CAMPUR IKUT PILIHAN)
☆PUTIH+WARNA
☆WARNA+WARNA

*DEWASA WARNA
-renda cotton (RM75.00)
-renda organza (RM90.00)

*KANAK-KANAK WARNA (1-7THN)
-renda cotton (RM60.00)
-renda organza (RM70.00)

*KANAK-KANAK WARNA (8-12 THN)
-renda cotton (RM65.00)
-renda organza (RM75.00)

♡TELEKUNG COTTON JEPUN SSFG EKSKLUSIF (PUTIH SAHAJA)
-RENDA Organza sahaja
-DEWASA ( RM220.00)
-REMAJA (RM180.00)
-KANAK KANAK (RM160.00)
Pos RM10.00 SEPASANG

♡TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MENGIKUT UKURAN BADAN ATAU STANDARD SIZE.
♡TELEKUNG DIJAHIT OLEH TUKANG JAHIT PROFESIONAL
♡♡♡TEMPAHAN MELEBIHI 10 PASANG BOLEH MENDAPAT HARGA BORONG
★★★SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI SHIKIN 01126437052★★★★
 — 
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, November 24, 2012

20th Aniversary.....layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Sekejab saja masa berlalu....Shikin  rasa  bersyukur kerana menyertai sebuah compony  yang kukuh.... Walau  apapun kata orang apa yg  penting sudah  9 thn Shikin sertai  syarikat ini. Alhamdulillah  sangat lumayan.

Jangan menunda sebuah pekerjaan, lebih baik menyesali apa yg kamu kerjakan, daripada menyesali apa yg tak pernah kamu kerjakan.

Tiada  paksaan dlm  business ni... bak kata pepatah:
Dalam hidup. jangan paksa apa yg tak bisa kamu lakukan. Lakukan saja apa yg bisa kamu lakukan, biarkan Tuhan melakukan sisanya.


Kadang meski terus terluka, kamu tetap tak ingin melepasnya. Meski terdengar bodoh, tapi kamu masih berharap dia akan berubah.
Dalam hidup. jangan paksa apa yg tak bisa kamu lakukan. Lakukan saja apa yg bisa kamu lakukan, biarkan Tuhan melakukan sisanya.

Kadang meski terus terluka, kamu tetap tak ingin melepasnya. Meski terdengar bodoh, tapi kamu masih berharap dia akan berubah.
Kasih sayang tak hanya ditunjukkan oleh sanjungan dan pujian, tetapi juga teguran atas kesalahan dan kelalaian
 Mempertahankan mungkin lebih sulit daripada mendapatkan, tetapi tak akan ada yang sulit jika telah ada niat.

Segala sesuatu lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Tapi ingat: "Semua itu tidak akan bisa dilakukan tanpa diucapkan".
 Adalah wajar jika kamu bersedih, tapi jangan pernah kesedihan membutakan hatimu hingga kamu berputus asa.

Jgn sia-siakan air matamu utk org yg meninggalkanmu. Bkn kau yg kehilangan mrk, tp mrk yg telah kehilangan dirimu. -@AmandaAdriani

 Adalah wajar jika kamu bersedih, tapi jangan pernah kesedihan membutakan hatimu hingga kamu berputus asa.

Jgn sia-siakan air matamu utk org yg meninggalkanmu. Bkn kau yg kehilangan mrk, tp mrk yg telah kehilangan dirimu. -@AmandaAdriani
Dalam  business  boleh  jumpa  ramai  orang kenamaan.....ini peluang  kembangkan sayap kita ..................



Kalau  nak  jumpa  artis pun  ....selalu  jumpa babe.......

Mengeluh tak akan pernah menyelesaikan apapun, tapi hanya akan menambah beban. Berhentilah mengeluh, segera ambil tindakan!

Dalam cinta, terkadang kamu harus belajar tuk melupakan apa yg kamu rasakan dan mulai menemukan apa yg pantas kamu dapatkan.


Nak jadi  model IKLAN pun  selalu  boleh

Sambutan 20 THN Aniversary  Hai O Marketing....
Setiap tahun  sambut  hari ulang tahun.....

ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda..



:)
salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, June 23, 2012

Program Cyber Training for Trainer di MBC Shah Alam

Syukur Alhamdulillah  mengikut program pada  hari ini.
Minda JUTAWAN
Semoga  aku  menjadi salah seorang jutawan  hebat..AMIN

Pastikan kita  berubah
Jadi  orang  yang  hebat...kaya
IMPIAN  BESAR..... buat  yang  terbaik
Sale bulan  MEI  RM22 juta

Perjalanan  mengejar  London Paris @ Umrah  telah  berlangsung sebulan....
tinggal  tiga  bulan  lagi

USAHAWAN  JUTAWAN

MEDIUM:
OFLINE:....1)PAMPLET
                2)NAME CARD
                3)STICKER KERETA
                4)BANNER
                5)IKLAN
                6)CONTACT BY CONTACT

ONLINE:  1) FACE BOOK
              2) BLOG
              3) TWEETER  ETC

KUASAI  KUASAI  KUASAI
PROJEK  I KISS POWER TO YOU


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, August 9, 2011

TOLONG SEBARKAN DAN DOAKA KESELAMATAN SERI NAJWA





 Semoga  sahabatku Kak Seri Wangi Mokhtar  tabah  menhadapi  ujian Allah  ini. Sama-samalah  kita  berdoa  agar anak kak seri  selamat Amin.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in