kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (156) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (53) keluargaku (49) BUKU (48) Penulisan (47) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) BUKU SOLO (17) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) katalog buku (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) BEDAH BUKU (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) penerbitan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) pakistan (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....
Showing posts with label Musibah. Show all posts
Showing posts with label Musibah. Show all posts

Monday, April 4, 2016

Aku Sudah Letih......Ya Allah Tolonglah Aku

 Ramai orang... tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya Selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta... Dengan faktor kekayaan... Walaupun itu boleh menjadi penyumbang... Tetapi itu bukan segal-galanya Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar... Tidur di atas katil yang empuk Tetapi dia tidak enak atau pun lenanya tidak nyenyak Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk... Kadang-kadang dia lebih lena berbanding kita Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat... Lauk pauk yang bagus... Tetapi lidahnya tidak enak... Lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu dua mata lauk... Tetapi dia lebih sedap & selesa makannya Kata Hamka, lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat


 Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar... Ada makanan yang sedap... Tentulah hidupnya bahagia & tenang Belum tentu... Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang... Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun... Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang... Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun... Jika Allah uruskan urusan kita... dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita... Walaupun sekelip mata... dunia boleh berbuat apa-apa... tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas... kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah Apa yang orang rasa rugi... Allah akan memberikan keuntungan... yang mana jalan-jalan yang manusia tidak sangka

 Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan... Tengoklah dunia ini... kadang-kadang manusia dia hilang sesuatu benda ini daripada dunia... kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya Berapa banyak dalam hidup kita telah melalui keperitan hidup? Cuba ingat! Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya Tapi hari ini Allah telah keluarkan, kita berada dalam keadaan yang baik Ketika kita ditimpa musibah tertentu... Kita kata, "Habislah aku kali ni!" Tapi usia kita telah berjalan Kita masih lagi hidup & makan & menikmati kurniaan kehidupan ini Ketika kita kata... "Ya Allah! tolonglah aku, ya Allah! tolonglah aku, aku susah ya Allah!" Hari ini kita pun telah lupa akan perkataan itu Dan kita pun lupa kadang-kadang untuk bersyukur... di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya Orang-orang yang diberitahu kepada mereka... "Nun orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau" "Nun orang nak ambil tindakan kepada engkau!" Kata Allah, iman dia bertambah Bukan kita kata, "Pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?" Tidak...tidak! Kata Al-Quran, iman mereka bertambah Mereka kata... "Cukuplah bagi kami Allah, Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan" Pengalaman sering mematangkan kita... Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya Orang-orang yang pernah hidup & bertawakkal... dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal Bila hati insan bulat kepada ya Rabb... "Ya Allah! aku serahkan urusan ini kepada Mu Ya Allah" Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di Akhirat... Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat... dia akan merasakan dunia ini sangat kecil Kehidupan ini sangat luas Nabi SAW sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim... Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini... saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini Allah ambil dia,Allah masukkan dia ke dalam syurga... dia dimasukkan dicelupkan masuk ke dalam syurga... kemudian dia dikeluarkan... lalu ditanyanya... "Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?" Dia kata, "Tak! Aku tak pernah derita pun dalamhidup ini" Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam sunia ini Segala yang nikmat Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka... Lalu dikeluarkan dia... "Pernahkan kau merasai nikmat dalam hidup ini?" Dia kata, "Tak! Aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini" Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka... manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya Masihkah kita teringat akan mikmat yang Allah berikan selama ini? Kita selalu tak bersyukur kalau kita diberi benda baru... dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini... suatu nikmta yang besar Satu hamba Allah... yang patah kakinya... yang dia tidak pernahpun sebut... dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak Tapi apabila satu hari dia sakit kaki... Dia kata, "Ya Allah, bagilah balik kakiku, sembuhlah balik!" Dia tahu betapa besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat Kata Hamka, "Yang ada ini sudah harapan kita" Yang kita ada ini harapan kita Tetapi insan... Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada... Tetapi jangan lupa yang telah ada... 

Bersyukurlah wahai diri ini... Sebahagian para sarjana menyebut... Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar Ramai orang terpaksa sabar... tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur Bila dia susah, nak kata apa? "Sabar je lah, nak buat apa" Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta syukur di atas nikmat... "Ya Allah, apa sahaja yang aku alami... Daripada nikmat-Mu daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hamba-Mu... Tidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan... Bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran" Subhanallah! Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya... "Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu" Bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan... Kita akan merasa masyaAllah hidup ini... Apa yang Allah kurniakan kepada kita... lebih daripada harapan kita sebenarnya Sekiranya kita ingat dari hari kita dilahirkan... tempat kita dilahirkan... rumah kita dilahirkan... sehingga tempat kita ada pada hari ini... MasyaAllah! "Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia... ketika dia salah seorang daripada dua; dia & Abu Bakr... ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)... ketika dia berkata kepada sahabatnya...
JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA! ~ 

Dr Asri Zainul Abidin ~




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, August 19, 2014

Majlis Hari Raya Komuniti Taman Desa Bukit Tinggi

 http://komunititdbtkedah.blogspot.com/

Ukhuwah ikhlas di Aidil Fitri,
Sesama kita saling memaafi,
Mohon dipinta semua komuniti,
Marilah datang bersatu hati





















http://komunititdbtkedah.blogspot.com/2014/08/aktiviti-jamuan-ukhuwah-aidil-fitri.html

http://komunititdbtkedah.blogspot.com/

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, May 10, 2011

5 suntikan...6 jahitan..Unit Trauma n Emergency Hospital Labuan











Sedang mengerang  kesakitan sebab  ubat  bius  dah  habis....Aku dibius Cinta....huhuhu  tak  aku memang betul2 kena  ubat   bius  sbb  Dr nak  jahit tapak tangan yang terbelah  kerana terkena terumbu karang  semasa water confidence Kursus Kayak KML...

Memang  confidence  betul..masa  kena ingatkan terbelah sikit je..rupanya satu urat jari  hantu  dah  tercedera@putus  tapi dah  dijahit  semula...harap2  jari  aku  tak efect  kecacatan kekallah.....

Sekarang  ubat  bius  dah  habis..jadi  sakit  jgn  ceritalah...aduuhhhhhhhh...memang siksa...Tapi bila  aku  bayangkan opertion  bersalin caesarian  wooooooowwww boleh  ke bertahan...hhuhuhu..sakitnye..kena 6  jahitan  pun  rasa nak  pengsan dah  ni..

 


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, November 8, 2010

Hikmah di sebalik Musibah..Wajah Teratak Aish ditenggelami banjir

Kawasan kejiranan lain dah tenggelam..orang ramai  tunggu dan lihat je

Allah mengajarkan kepada kita bahwa perilaku alam sangat berkaitan dengan perilaku kumpulan manusia yang tinggal di lingkungan alam tersebut. Bila masyarakatnya baik di mata Allah, yakni beriman dan bertaqwa, maka Allah akan limpahkan banyak keberkahan kepada masyarakat tersebut dari langit maupun bumi. Tapi sebaliknya, bila mereka mendustakan ayat-ayat Allah, maka Allah akan timpakan hukumanNya kepada mereka melalui beragam bencana yang bisa datang di waktu siang maupun malam hari.
Akhirnya pagar teratak Aish ditenggelami banjir juga

Air paras dada di depan rumah ..tapi Taman Tabung Haji dah paras 8 kaki-10 kaki

Kereta kancil Khairul dah tenggelam....


Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? (QS. Al-A’raf [7] : 96-98)
Pada petang 4 November..Teeratak Aish telah menjadi pulau...
Gerai nasi lemak dah dihanyutkan ke hadapan rumah..
Jalanraya ditenggelami sedalam 4 kaki
Seronok dia orang main air....taman TBT baru paras 2 kaki
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (QS. Al-Ankabut [29] : 2-3)
Kawasan Taman telah menjadi pulau...dan lautan
Teratak Aish...dah sama aras dengan air banjir yang sedalam 5 kaki
Rumah jiran di kampung sebelah masih belum ditenggelami air
Rumah Khairul depan rumah dah dimasuki air.
 Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi. (QS. Al-A’raf [7] : 99)
Pasukan penyelamat mula memindahkan jiran-jiran di Taman Desa Bukit tinggi..Taman Tabung Haji sudah dua hari berpindah...
Langit cerah tapi air semakin naik...
Ketika ini ada juga yang terpaksa menjaga rumah sebab mula ada orang asing yg ambil kesempatan
Pokok tak perlu lagi dibaja selama 3 bulan sebab dah dapat air baja secukupnya...hikmah
Pasukan penyelamat masih memindahkan penduduk TBT utk keluar.
  Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (QS. Ali-Imran [3] : 102)
Akhirnya jam 6.35 petang parking Teratak Aish dinaiki air
KU ABDUL WAHID@WAHAB 7637 telah dijek spy tidak tenggelam enjin....
Air dah sampai ke paras pintu rumah
Koridor pun dah tenggelam...pasu bunga besar pun dah tenggelam
Pintu belakang dah paras sama rata dengan air kat luar.......
Macam rumah rakit pula...terapung kat air....Macam TAJ MAHAL
Taman dalam air......
Dasyat nie...habis kebun sayur tenggelam...
“Dialah (Allah), Dzat yang mengetahui perkara yang ghaib. Dia (Allah) tidak menampakan yang ghaib itu kepada seorangpun” (QS. Al-Jin [72] : 26)
KAW dah ditenggelami air..Alhamdulillah enjin tak dimasuki air
Paras akhir pada waktu pagi di luar rumah jam 10 pagi 5 Nov
Sedihnya tengok Ku Abdul Wahid@Wahab..air dah masuk dlm kereta..
"Barang siapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus." (QS. Al-Baqarah [2] : 256)
Akhirnya dalam rumah...naik paras 4 inci dan tak tenggelam sofa..kalau tak menangis tak berlagulah nak cuci..
Aduh...syukur cuma tenggelam paras kaki peti sejuk dan kabinet je kalau tak hancus..kabinet dapur aku..kabinet buku kira ok juga solid wood tak kembang
Dua keping je gambar dalam rumah yang adik hantar..sebab takut aku sedih dan terkejut.....
Dari Abu Hurairah dan Al Hasan dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa mendatangi seorang dukun atau peramal kemudian membenarkan apa yang ia katakan, maka ia telah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam." (HR. Ahmad 9171)
Sejuk......semua kebun dah berada dalam air.....
Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqon dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar. (QS. Al-Anfal [8] : 29)
6 Nov ...Pasukan POWER RENJER RESQ911..dari Perak..DAT,Shahril dan Adik Mat balik tolong membersihkan  Teratak Aish..kesian...dan terima kasih yang tidak terhingga kerana membantu..
Kesian kena angkut air lagi tu..sebab bekalan air dah di potong..
 Diebalik musibah yang Allah SWT turunkan sebenarnya terselindung jutaan hikmah yang tidak ada manusia yang dapat menghitungnya..hanya Allah yang Maha Mengetahui disebalik setiap yang diturunkan..Semoga Allah menyatukan keluarga kami dalam kasih sayang dan rahmatNya. Alhamdulillah air sudah surut pada hari ini dan cuma tinggal paras 2 kaki di hadapan rumah dan semoga air cepat surut dan semoga jiran-jiranku yang berada di Taman Tabung Haji  akan bersabar dengan  dugaan dari Allah ini .....Semoga Allah meningkatkan imam kami.Amin Ya Rabbal Alamin

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in