Allah menurunkan beberapa contoh (disebut secara khusus) tumbuhan, binatang dan buahan untuk kegunaan manusia. Terdapat seribu satu macam jenis yang terdapat dimuka bumi ini. Yang penting kita menyelidik dan mencari dengan berpandukan kitab. Jadi, jangan pula anda yang tersalah tafsir, bahawa hanya buah dan pokok yang disebut dalam Al-Quran sahaja yang baik untuk manusia. Sebab itu kita ada saintis, pakar nutrisi dan sebagainya.
Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1. Tin
2. Zaitun (buah syurga)
3. Kurma (buah syurga)
4.Kurma
5. Habbah as-sauda
6. Madu
7. Ginkgo
DIBAWAH ADALAH ANTARA BUAH/TUMBUHAN YANG DISEBUT DALAM ALQURAN/HADIS ( 4 antaranya buah syurga)
1. BUAH TIIN(FIGS)-Buah Syurga
a. Tiada Keraguan Akan Manfaatnya
Allah berfirman: "Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman..."
Buah Tiin kaya dengan serat dan pelbagai vitamin dan mineral di dalamnya yang memberi manfaat kepada tubuh sehingga sendi-sendi mampu diperkuatkan..
b. Umpama Hadiah Dari Syurga
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:
Makanlah kamu semua dan makan darinya (Buah Tiin), sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam lagi. "Sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'Inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi."
Antara manfaatnya adalah:
Mengimbangi tekanan darah
Merendahkan tahap kolestrol
Membantu mencapai berat badan yang seimbang dan ideal
Membantu mengatasi angin ahmar
Mencegah penyakit kencing manis
Memerangi penyakit kanser
Mencegah serangan ghout, sembelit dan buasir
2. BUAH ZAITUN (Olives)- Buah Syurga
a. Sarinya Tinggi Berzat & Bercahaya
Allah berfirman: "Demi Buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan negeri (Makkah) yang dijadikan aman..."
"..lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya.." Al-Quran [24] Surah An-Nur [Ayat 35]
Banyak kajian ke atas Buah Zaitun memberi hasil yang memberangsangkan. Ia dipilih antara makanan yang banyak memberi manfaat bukan sahaja sebagai pengganti minyak dalam masakan, malah atas keberkesanannya mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dianggap sebagai penyakit utama masakini.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:
"Gunakanlah sari Zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati"- Riwayat At Tirmizi dan Ibnu Majah
b. Manfaatnya
Membantu mengatasi masalah darah tinggi
Merendahkan tahap kolestrol berbahaya
Mengurangkan risiko serangan kanser
Menyihatkan kulit
Mengurangi terjadinya Trombosis dan Arterioklerosis (Pembuluh Darah Tersumbat dan Sempit)
3. BUAH DELIMA- Buah Syurga
Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)
Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.
Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah ( ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy No.). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.
Antara kebaikannya yang lain:
*menghalang pembentukan sel kanser
*mencantikkan kulit
*mencegah dari nyanyuk
*memberi tenaga
*elok untuk pesakit tekanan drh tinggi dan rendah
*elok untuk sistem penghadaman
*mengurangkan berat badan
*prevent morning sickness( utk org mengandung)
*memperelokkan rahim
4. KURMA- Buah Syurga
a. Yang Dipilih Para Rasul
Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.
b. Sejarah
Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma);
Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 23]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai."
Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 24]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran [17] Surah Maryam [Ayat 25- 26]
Kurniaan umpama hadiah dari Allah untuk kita
Jika dari sudut logik akal manusia, seorang ibu yang baru bersalin perlu mengamalkan gabungan pelbagai jenis makanan untuk menggantikan kembali kepada si ibu yang kehilangan banyak tenaga dan darah, tetapi kesemua itu Allah lengkapkan hanya dengan satu jenis makanan yakni Kurma.
Kurma tinggi kandungan Tannin (Vitamin B1) yangmana digunakan dalam perawatan sebagai pencuci bagi mengatasi masalah usus. Dalam bentuk cecair, sirup dan kanji, kurma mampu membantu mengatasi masalah sakit tekak, selsema, katar bronkus dan diambil untuk meredakan demam dan pelbagai masalah berkaitannya. Ia juga satu amalan tradisional yang dipercayai mampu mengatasi masalah toksin alkohol. Biji kurma juga digunakan dalam beberapa rawatan tradisional. Kebiasaannya seorang Ibu perlu berpantang pelbagai jenis makanan semasa hamil dan selepas bersalin bagi memastikan badan Ibu dan bayi berada dalam situasi terbaik.
Jika kurma amat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan selepas bersalin dalam menambah tenaga, darah yang berkurangan dan sistem pencernaan yang terbaik, sudah pasti ia baik untuk diamalkan oleh semua golongan usia..!
Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan Saidatina Maryam 'Alaihissalam memakan buah kurma, sudah pasti ia adalah kurniaan terbaik dariNya dengan berfirman kepada Saidatina Maryam 'Alaihissalam; "bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan..".
Bayangkan seorang Ibu yang bersalin keseorangan di padang pasir yang terpencil tanpa bantuan orang lain. Dalam keadaannya yang lemah lagi tidak berdaya akibat bertarung nyawa dalam melahirkan anaknya, kehilangan tenaga dan kehilangan darah yang banyak sekali..
Keberkatan
Makanan Pilihan Rasul, Ulama' & Ahli Ibadah
Daripada Salman ibn 'Aamir, "Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci." (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: "Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar" (Hadis riwayat Abu Daud)
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) ".. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesihatan & Kekuatan Jasmani & Ruhani
Kurma Menenangkan Perasaan
Di dalam Al-Quran Surah Maryam Ayat 26, Allah Subhanahu Wata'ala berfirman kepada Saidatina Maryam 'Alaihissalam; "..bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan". Cuba renungkan bukti saintifik ini yang ditemui oleh mereka yang pakar; "Amalan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassallam memakan tamar (kurma) adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan". -Dr Suriya Osman¹.
Kurma Memelihara Kesihatan
Berdasarkan kajian kimia dan fisiologi Dr Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, data berikut diperoleh ². Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.
Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
Ia berserat tinggi, mengandungi kalisum, potassium, folate, vitamin A, B, B1, B2, B3 C dan E, bebas lemak dan bebas kolestrol. Amat Membantu Dalam Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis.
"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". Prof. Madya Aslah Zain.
5. HABBATUS SAUDA'(jintan hitam,Nigella Sativa)
a. Penawar Segala Jenis Penyakit
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan As Sam." Para sahabat bertanya " Ya Rasulullah, apakah itu As-Sam..?" Jawab Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; " As Sam itu adalah mati.."
Sehingga ke hari ini Habbatus Sauda' terus menerus memberikan kejutan kepada pakar perubatan atas keberkesanannya dalam mengatasi masalah kesihatan yang kronik. Keupayaannya dalam melawan bakteria dan hampir semua masalah kesihatan kronik berkaitan kulit, saraf, darah, gula, jantung dan organ-organ dalam yang lain, pakar perubatan mengakui daya penawar yang terdapat padanya.
6. ANTARA KHASIAT MADU
Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.
- Madu dapat menyegarkan tubuh.
- Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat memcantikkan rambut dan memanjangkannya.
- Madu boleh mengeluarkan racun.
- Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
- Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk.
- Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang memudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.
- Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati.
- senang dihadamkan
ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN
- Penyakit kulit
- Terbakar
- Jerawat
- Gatal-gatal
- Luka
- Kanak-kanak lumpuh
- Kurap
- Sakit gigi
- Sakit mata
- Sakit jantung
- Selesema
7. GINKGO BILOBA
a. Kemampuannya Unik
Ginkgo mengandungi flavanoid glycosides dan terpenoids (ginkgodes,
bilobades) dan digunakan secara farmaseutikal. Banyak juga yang
menyatakan kemampuan nootropic atau nutrisi-bijak yang keutamaannya
berfungsi sebagai penguat daya ingatan dan anti-vertiga (mabuk laut,
gayat dan seumpamanya)
Antara tiga kesan utamanya adalah:-
Meningkatkan pelancaran darah (termasuk kitaran-mikro yakni saraf halus kebanyakan tisu dan organ yang tersumbat.
Melindungi tindakbalas sel beroksida yang rosak dari radikal bebas
Menghalang banyak kesan PAF (platelet aggregation, blood clotting) yakni darah menjadi pekat dan menyebabkan saluran tersumbat. Masalah ini menyumbang peningkatan masalah kardiovaskular, buah pinggang, pernafasan. Ginkgo juga dipercayai dapat membantu masalah kekejangan saraf.
Wallahualam.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin