26 Thn....Happy birthday my favorite baby Nur fatihah bt Zulkifli....DR. NUR FATIHAH BT ZULKIFLI..... hari Tehah dilahirkan kedunia pada hari ini juga aku mendaftar diri sebagai Guru Pelatih di Institut Perguruan Sultan Idris....hari ni pada tahun 2016....babyku dah mendapat lantikan sebagai doktor di Hospital Besar Kangar dan aku pula mendapat pelantikan sebagai Pensyarah Kanan di IAB UTARA. Masya Allah hebatnya percaturan Allah SWT.
Melihat Tehah membesar dan dewasa....samalah juga melihat kerjayaku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam Kepmenterian Pelajaran Malaysia.
Dari seorang Guru Pelatih.......bertath selama dua tahun setengah di IPSI menjadi Guru sandaran di SK Kuah selama 6 bulan dan akhirnya di lantik menjadi Pegawai Peekhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah pada 1.3.1993.... akhirnya disahkan dalam jawatan pada 1.3.1996....
Allahuakbar hebatnya Ya Allah mengaturnya untukku kerana selepas 3 bulan dilantik aku menyambung pelajaran di UPM TERENGGANU pada 1.6.1996 hingga 30.5.1999 dalam Bachelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling maka mulalah perjalanan baru sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah pada 1.6.1999
Allah Yang Maha Mengetahui ...setiap perancangan yang kita buat dan Allah juga yang mengetahui bila dan di mana kita ditakdirkan. Smk St Anne Convent ,Kulim, SMK Sultanah Asma, SMK Jabi adalah sekolah yang pernah aku berkhidmat.
Subhanallah sekali lagi perjalananku berubah arah selepas memiliki Sarjana Sains Pengurusan dari UUM pada tahun 2003 .T 1.8.2006 Allah memakhbulkan impianku untuk berada di IPG DARULAMAN. hinggalah empat tahun aku berada di IODA tempat yg aku impikan di sejak umur 16 tahun..... tp ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari....berlakunya pelbagai dugaan yang membawa aku keluar dari IPDA akhirnya pada 31.7.2010..... Hanya Allah yg tahu betapa kecewa dan hancurnya hati ketika itu meninggalkan tempat yang aku impikan dan membawa diri ke Matrikulasi Labuan selama 1 tahun setengah..... dan bermulalah hidupku diperantauan. Tiada siapa di sekelilingku, hanya sebatang kara di tempat orang. Bagaikan hidup dalam buangan . Aku membuat keputusan meletak jawatan 24 jam sebagai Kaunselor atau Pegawai Kaunseling dan pulang ke semenanjjng dan bercuti tanpa gaji selama 10 bulan.
Bagaikan kapal yg hilang enjin, patah layar, dan terlepas sauh hidup terumbang ambing dalam gelora dan bencana itulah hidupku....selepas pulang dari umrah 2012 aku membuat keputusan akan kembali menjadi kaunselor di skolah...semua melihat aku seolah berpatah balik dalam kerjayaku...bagaikan mengundur...itulah takdir dari Allah SWT....tetapi aku berpgang kata motivasi lastik hanya akan pergi lebih jauh bila ditarik jauh kebelang....itulah takdirnya.....aku terus pulang ke kampung halamanku berkhidmat di SMK ALOR MERAH dari 16.3.2013 dan kembalilah beegelumang dengan peljar dan guru ....setiap yg aku laksanakan bagaikan mengulang kembali apa yg pernah aku lakukan dulu....seperti aku mula menjadi Kaunselor Pelajar....sedih...kecewa....malang....?semua tu selalu mejadi mainan perasaanku...tetapi aku yakin Allah ada yang terbaik untukku. Aku pasti Allah mengatukan yg lebih indah.... Akhir tahun 2015 dua hari sebelum tarikh tutup permohonan jawatan pensyarah di IAB keluar dan sahabatku Halawiah yg memberitahu ..terima kasih sahabat..... dan hari ni aku sudah berada di IAB UTARA Sebagai Pensyarah Kanan.
Perjalanan 26 tahun sama seperti Tehah my favorite baby...sekarang dah jadi Doktor Gigi....always love you my baby.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin...Allah Yang Maha Mengetahui?....setiap perancangan yang kita buat dan Allah juga yang mengetahui bila dan di mana kita ditakdirkan.