kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Saturday, April 29, 2017

Mencari Redha Allah SWT


Ikhlas merupakan modal yang paling penting dalam melakukan amalan ibadah yang dikerjakannya. Kerana penilaian ibadah seorang hamba di sisi Allah SWT itu bergantung kepada keikhlasannya. Hati yang ikhlas akan melahirkan amalan yang ikhlas.
Untuk mencapai keikhlasan dalam melakukan amalan, di antaranya:

✅Hadirkan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan yang dilakukan meskipun pada perkara yang kecil-kecil.
✅Tanamkan perasaan benci dalam hati untuk mengharapkan pujian manusia. Kerana amalan yang kita lakukan di dunia adalah bekal kehidupan nanti di akhirat.
✅Perbanyakkan muhasabah diri adakah amalan yang dilakukannya betul-betul ikhlas kerana Allah SWT atau kerana manusia.
✅Dengan mengingati bahawa diterimanya amalan di sisi Allah SWT di sebabkan dua faktor utama, pertama ibadah dengan baik dan kedua ikhlas semata-mata kerana Allah.
✅Jangan tertipu dengan pujian manusia dan ucapkan alhamdulillah serta beristighfar jika mendapat sanjungan daripada manusia.
✅ Letakkan dalam diri kita bahawa setiap amalan yang dilakukan semata-mata mengharapkan redha Allah SWT bukannya mengharapkan balasan dari manusia atau pujian dari mereka.
✅Tanamkan sifat sabar dalam melakukan suatu amalan dan perbuatan sebagai buah dari keikhlasan dalam hati kita.
✅Menjauhkan diri dari sifat berbangga dengan diri sendiri serta mengelakkan dari sifat suka meninggikan diri sendiri.
✅Perbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dijauhkan diri kita dari pada sifat riya' dan takabbur dalam melakukan sesuatu amalan dan perbuatan.

Semoga bermanfaat

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Semuanya kehendak Allah SWT

 Bersyukur dengan setiap nikmat yg Allah SWT berikan kepada ku.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, April 20, 2017

Keikhlasan diri



✅TIDAK MEMBENCI*
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.
✅TIDAK MERUNGUT*
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.
✅BERSEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.

✅BERSANGKA BAIK*
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.
✅SELALU  SENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka.
✅SELALU  MEMBERI*
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..
✅DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...

✅TIDAK BERDENGKI & IRI HATI*
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingtlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..
✅MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan didalam memaafkan
✅HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan Anda.

Semoga bermanfaat..


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, April 16, 2017

What You Give You Get Back....but


Kadang kadang Allah SWT menguji kita dengan pelbagai cara untuk membantu kita mengenal diri kita yang sebenar.

Aku bersyukur kerana Allah SWT berikan aku kekuatan dlam mengharungi kehidupan yang fana ini sendirian. Aku faham semua disekeliling aku melihat aku seorang yg ada segala- galanya. Benar aku ada segala-galanya kerana aku sentiasa ada Allah SWT bersamaku.

Aku bersyukur kerana Allah datangkan ujian hidup ini agar aku menilai diri aku. Apakah yg aku lakukan selama ini hanya kerana nama, pujian atau kerana keikhlasan.

Aku menulis bukan tuju mengungkit  apa yang aku buat. Aku tahu kelemahan aku adalah tidak tahu menarik simpati orang lain terhadap aku. Aku hanya mahu orang melihat aku sebagai kuat. Tetapi kekuatan itu hanyalah dari Allah SWT.   Semua disekeling melihat aku kuat.

Aku sedar bahawa mereka tidak mengetahui apa yg sebenarnya yang berlaku dlm kehidupan aku. Masing masing hanya meneka dalam kesamaran. Aku hanya punya platform maya untuk aku luahkan isi hatiku. Aku bukan sedar yg membaca tidak mengenal aku tapi kekadang doa dari mereka yg tidak mengenali itu lebih ikhlas.


Kenapa aku letak tajuk What you give you get back? 
Seingat aku sepanjang hidupku aku  setiap kali aku menziarahi saudara atau sahabat yg sakit  aku akan sedaya upaya untuk memberikan harapan dan sentiasa mendoakan. Alhamdulillah bila aku sakit wpun aku tidak ada sesiapa disisiku Allah SWT hantarkan insan untuk membantu aku.

Tiga hari aku demam aku tak tahu aku bukan kuat. Balik dari pejabat aku terus deman gara - gara aku alergik pada cuaca panas. Aku selalu bersenda aku ni lahir dalam peti ais sebab tu tak tahan panas. Walaupun lebih 10 bulan aku dipejabat yang tidak ada aircond aku tak pernah  komplen  sebab bagi aku akan ada penyelesaiannya. Sering orang yang berkata duit berkepok kenapa tak pasang sendiri. Alhamdulillah semua melihat aku org yg ada segalanya.  Aku faham inilah rezeki . Walaupun kita memberikan yg terbaik kekadang Allah SWT lebih mengetahui.  Aku selalu berusaha untuk berikan yg terbaik utk tempat yg aku bertugas dan bila meninggalkan ke tempat baru aku tidak pernah mengosongkan tempat yg aku bina kerana bagiku itulah legasi yang kutinggalkan. Walaupun bila aku menerima sesuatu tempat ianya kosong. Aku tinggalkan wpun boleh kalau aku mahu  utk bawa bersamaku.


Aku sedar aku datang kedunia ini juga kosong dan akan kembali pada Allah SWT dengan tangan yang kosong. Hanya amal dan ibadatku sahaja yang Allah SWT nilaikan.


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, April 13, 2017

DOAKU BUAT SEMUA


KHAMIS
16 Rajab 1438H / 13 April 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

  بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim… di pagi  yg suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan lagi  hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpd Mu Ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Allah..Ya Fattahu, Ya.. 'alim…Ajarkanlah kami yg lemah ini untuk melihat jalan  keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tidak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdir Mu. Ya Allah.. takdirkanlah yg baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami Ya Allah…

Ya Allah, Ya.. Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa-dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat kepada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepada Mu ketika senang, kami ingat kepada-Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kepada-Mu di saat kami gembira, Kami ingat kepada-Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu ketika usia sudah tua, ..justeru Ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingati Mu Ya Allah…

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu.   Ya Allah, Ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezki kpd keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu Ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru Ya Allah,  kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu Ya Allah…..

Ya Allah..Ya Alim...Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami, sama ada  yang masih hidup atau ysng terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…masukkanlah mereka ke dalam golongan orang2 yg Engkau redhai, apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU.. maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik2…dalam keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah... Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah kami daripada sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan kianat.

Ya Allah..Ya Rashid… Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka.

Ya Allah..Ya Rahman... jika ada di kalangan kami yang sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka,

Ya Allah..Ya Rahim.. jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami.

Ya Allah..Ya Azizz... Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu dan bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti.... sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan lagi Mengasihi…

Ya Allah..Ya Razak..Ya Fattahu Ya Alim… Kurniakan kpd kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu..Ya Allah, sebaliknya, janganlah Kau jadikan kami daripada golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.

Ya الله,  Ya Jalil…tunjukkan kepada kami perkara yg benar itu adalah benar dan rezkikan kepada kami utk kami melakukannya dan Ya الله... Ya.Jalil.. Tunjukkan kepada kami perkara yang Bathil  itu adalah Bathil, dan rezkikan kepada kami agar kami  tidak melakukannya..

Ya Allah.. Ya Malikal Mulk…
Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah..Ya Rabbi Ya Kareem.. terimalah amal ibadah  kami.. terimalah taubat kami.. ampunkanlah segala dosa-dosa kami...amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi… kurniakan lah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya…

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untuk-Mu Ya الله,  Ya Maha  Berkuasa

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

MIMPI.....Tiap Kali Aku Tidur






:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, April 10, 2017

Dari Lensa Shikin Sayang..SK BANDAR BARU SINTOK











:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

PERTEMUAN TANPA DIRANCANG

 Setelah tiga puluh tahun meninggalkan alam persekolahan tanpa dirancang dapat berjumpa teman sekelas dari tingkatan satu hingga tiga semasa di SMK TUN SYARIFAH RODZIAH, ALOR SETAR, KEDAH. Syamsul Fadzilah dan Zarina.
 Wajah yang tidak pernah berubah cuma masa sekolah dulu dua dua tak pakai tudung hehehe
 Syamsul Fadzilah BT Ahmad
 Sempena lawatan PELPROPS IAB ke SK BANDAR BARU SINTOK,CHANGLUN
Masa dengar Guru Besar sebut cikgu Syamsul Fadzilah teringat nama member baik masa sekolah di SMK Tun Syarifah Rodziah. Sahabat sekelas yg selalu kena beletiaq dengan cikgu Latiff guru perdagangan kami. Kelas kami 15 orang Melayu dan 15 orang Cina. Kami ni kategori Melayu tak sedar diri sebab pakai penefor macam budak cina dan yg kelakarnya kalau masa agama islam kena bawa kain sebab masuk surau. Tapi aku di SMKTSR tak lama sebab budak sukan yg aktif dan selalu ada tekanan akhirnya bertukar ke sekolah lain semasa tingkatan empat. Tetapi kenagan nama guru guru dan sahabat satu kelas masih dalam ingatan. Rindu kenangan yg memenuhi sepanjang catatan  Chapter Hidupku ke 13 hingga 15.

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, April 5, 2017

GIVEAWAY TINTERATAK AISH@SSFG


Assalamualaikum  dan Salam Sayang...
Sebagaimana yang dijanjikan  kini  tibalah  masanya  untuk  Shikin Sayang  buat
GIVEAWAY TINTERATAK AISH@ SHIKIN SAYANG FIG'S GARDEN ...

Jadi, sebagai tanda penghargaan Shikin Sayang akan mengadakan satu GIVEAWAY untuk semua...
Jom sertainya sekarang!!!!

Berikut adalah 5 langkah mudah untuk sertai  
GIVEAWAY TINTERATAK AISH@SHIKIN SAYANG FIG'S GARDEN  ini:

STEP 1:
Display the above "GIVEAWAY TINTERATAK AISH@ SHIKIN SAYANG FIG'D GARDEN  badge at your blog sidebar
http://shikinsayang.blogspot.my/2017/04/giveaway-tinteratak-aishssfg.html?m=1

STEP 2:
Link the badge to this entry:


STEP 3:
Create a simple entry tentang  Luahan Kasih Sayang  pada  Insan  yang Tersayang beserta  gambar  (tak  kisahlah siapapun yang  masih ada  atau  yg  telah  pergi dalam bentuk cerita, surat, sajak puisi dll) bertepatan  dengan GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG !

STEP 4:
Leave a comment on this entry as follows:

1) Name: e.g. MUHAMMAD BIN ABDULLAH
2) Blog URL: e.g. http://updkkmlkpm.blogspot.com/
3) Entry link:
e.g. http://updkkmlkpm.blogspot.com/2011/04/fabulouz-shawls- 1st-anniversary.html
4) Email: e.g. bondasayang@gmail.com

STEP 5 (optional):
LIKE PAGE DI FACEBOOK
Follow this PAGE  sunnah's food genius

 =) kalau  sudi 

STEP 6 (optional):
Tag lah  kengkawan  yang  disayangi  4 ke 14  ke 24 ke 34 atau 44  ke  asalkan EMPAT..kalau  sayanglah..
yang  takde  blog  boleh  hantar  email  kalau  nak sertai  juga  ke:
bondasayang@gmail.com

Jom sertainya beramai-ramai...

Empat Hadiah Utama:
1.  Hadiah dari  RM1000++
"POKOK TIN STABIL DALAM PASU BESAR"

2.  Hadiah dari RM500++
"POKOK TIN STABIL "

3. Hadiah  dari RM300++
"POKOK TIN STABIL"

4. Hadiah  saguhati RM80-150
"POKOK stabil "


Peserta dengan referrer tertinggi dan entry paling kreatif akan disenarai pendek sebagai pemenang!!!

Tarikh tutup penyertaan: Pada  hari  melihat Anak Bulan Ramadhan
7.7.17
Pengumuman nama pemenang InsyaAllah :
17.7.17

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

NIKMAT MEMETIK.BUAH SYURGA

Alhamdulillah
Setiap hasil itu hanya boleh dinikmati selepas kita menberikan bakti dan budi sama ada pada manusia mahupun alam. Berbudi pada tanah hasilnya Shikin bolehlah menikmati hasil buahnya.

 Tapi kali ni Shikin tak berpeluang memetik dr Teratak Aish  sbb baru fasa pertumbuhan dan berputik. Syukur ada ramai kenalan fig ni. Jadi kali ni berpeluang melawat RPH Putera Rizal aka DK GARDEN

 Teruja melihat buah tin bergayutan baq ang. Macam pi kat Cameron Highland petik buah.
Gambar dr Azahari 
 MEmang teruja.bila lihat buah yang di pack ni. Jangan terkejut kalau harganya RM80-250 sekilo mengikut jenis buah.
Kalau nak tahu kenapa buah mahal cubalah tanam.pokok tin sendiri baru tahu mengapa buahnya mahal.
Gmbar  dr Shukri 
 Mungkin ada yang membandingkan harga buah tin di ngara asal. Jawapannya mudah jer...buahanggis kat London 50pound sterling lebih kurang RM250 duit Malaysia . Kat Malaysia manggis kekadang tak jadi duit pun. Jom kita tanam pokok tin jadi bolehlah makan dan tunggu buah dari pokok sendiri.Kita tanam kita jaga kita petik sendiri.

SAPA NAK BELI ANAK POKOK TIN MAILAH RUMAH SHIKIN #tinteratakaish




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Indahnya Nama

 Thanks Syara Othman abadikan nama indah Shikin dlm kaligrafi.....bakat yg lama kutinggalkan. Shikin dulu pun suka buat tulisan n doodle tp dah lama tinggalkan.


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, April 4, 2017

BENGKEL PENULISAN BERITA DAN BULETIN


 Hari ini  berpeluang menyertai bengkel penulisan. Walaupun orang ramai memandang ia sebagai suatu yang dapat mengasah minda. Ada yg merasakan ia hanya sebuah kursus yang tak berfaedah. Bagi diriku inilah peluang untuk tingkatkan kemahiran diri.

Dikendalikan oleh Pn Noriza Mohd Nasir, Dr Som Sharif dan En Syamsul Abd Hamid.
 Seorang yang  sangat banyak ilmu ...Dr Som Sharif salah seorang pensyarah IAB  Cawangan Utara . Walaupun  sudah berusia 59 tahun namun sangat bersemangat untuk meningkatkan diri. Beliau berjaya merangkul PhD ketika usia 58 thn hanya dalam tempoh 3 tahun 6 bulan sahaja. Really inpired me!

Bagaimana Menulis :
5 W1H
WHO
WHAT
WHERE
WHEN
WHY
HOW


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in