Alhamdulillaahirabbil ‘Aalamin dipanjatkan kepada Allah SWT kerana
dengan rahmat dan hidayahNya jualah saya dapat menyelesaikan penulisan buku
ini. Selawat dan salam juga diaturkan kepada Nabi Muhammad SAW . Seinfiniti terima kasih aku ucapkan kepada semua pihak
terlibat dalam penerbitan buku Aku Adalah Aku; Jadilah Diri Sendiri (Aplikasi
Ilmu Kaunseling Dalam Kehidupan) ini.
Buat seluruh keluarga yang tercinta, aku dedikasikan buku ini buat mak dan ayah
ku Hjh Siti Esah Binti Mohamad dan Hj Shahrom Bin Rahim. Buku ini juga aku
dedikasikan khusus buat suamiku yang tercinta Muhammad Rahim Bin Mohamad
Yousoff. Aku mahu mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan terima kasih
yang ikhlas adik beradik dan ipar; kakak Normishah & Abu Bakar dan
adik-adik aku Noorhayati & Padil, Shahnon & Rohani, Shahril & Noor
Aziah dan Shahrizal & Rahayusniza atas kasih sayang ,bimbingan, tunjuk
ajar, kritik dan kesabaran serta pengertian mereka dalam menggalakkan aku
sepanjang penyelesaian projek buku ini. Terima kasih juga dirakamkan kepada anak-anak
buah Muhammad Shahir Firdaus, Nur Afiqah Shahirah, Siti Aisyah Humaira’, Nur Izzati
Nazirah, Nur llyana Syuhada, Muhammad Alif Haikal, Muhammad Shahriz Aiman, Nur
Shamimi Balqis, Nur Atikah Shuhada, Nur Syahida Safiyya, Shahriz Ridzwan, Nur
Anis Sofia, Muhammad Aniq Aisy, Nur Aisyah Syafiah, Muhammad Aqil Danish dan
anakanda bonda Abdullah Abbas yang menjadi sumber inspirasi penulisan buku ini.
Terima kasih kepada mentor-mentor kekayaanku Almarhumah Datuk Wira
Dr Maznah Hamid yang selalu menggalakkan aku dalam bidang penulisan sepanjang
hayatnya. Tidak lupa buat Irfan Khairi, Dr Azizan Osman, Aaishah Latif, dan
juga rakan yang sentiasa menjadi pemangkin motivasi diri. Terima kasih buat
semua bekas pensyarah, guru-guru dan anak didik aku yang banyak memberikan
motivasi sepanjang kita bersama dari sekolah rendah hinggalah sekarang di
Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang tak dapat disebutkan namanya satu
persatu. Sekalung budi kepada semua rakan-rakan penyumbang ruangan SUCCESS
STORIES FROM MY FRIENDS yang sudi berkongsi kisah kejayaan mereka.
Ucapan penghargaan ini juga aku tujukan kepada rakan-rakan yang banyak
memberi peringatan terhadap setiap apa yang aku telah alpa. Rakan-rakan Kaunselor, Guru dan Pensyarah sepanjang perkhidmatan
25 tahun ini. Mereka
membantu aku dengan menjawab setiap pertanyaan yang aku utarakan kepada mereka.
Akhir madah, aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam penulisan buku AKU ADALAH AKU: JADILAH DIRI SENDIRI (Aplikasi Ilmu Kaunseling
Dalam Kehidupan) ini.
Sekalung kasih buat Anda yang membeli dan
sudi membaca buku ini dan semoga Anda mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Terima kasih dari Shikin Sayang.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#shikinsayang
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#BestFromNorthernSeries
#AkuAnakPomenChapterHidupku