kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Thursday, June 27, 2019

Aku bukan cemburu, cuma berkecil hati.

Bukanlah isu yang besar pun
Kadang kadang hati kita ini cemburu dan cepat tersentuh. walaupun tanpa sengaja ianya tetap mengguris perasaan ini. 
Waktu pergi shopping barang-barang keperluan untuk staf hari ini.  Aku rasa sangat berkecil hati sebab cara layanan yang diberikan sangat istimewa.  Setiap keperluan sehinggakan keperluan peribadi staf diambil kira. 
Ketika berbelanja dengan aku  Habib selalu diingatkan jangan membazir dan beli apa yang perlu dan penting sahaja. Sehinggakan aku belajar untuk menjadi manusia yang lebih berjimat cermat walaupun menggunakan duit aku sendiri. Tetapi ketika aku melihat cara layanan yang Habib diberikan pada  orang luar aku rasa sangat cemburu.  
Alasannya staf penting, perlu dijaga kebajikan dan susah untuk membina kesetiaan mereka untuk bekerja. Tapi apakah Habib lupa bahawa hati dan perasaan aku juga penting. Aku bukan cemburu, cuma berkecil hati. 
Apakah
Dunia ini benar-benar tidak adil!
Kita saja yang perlu menjaga
hati dan perasaan orang lain.
Hati dan perasaan kita bagaimana?
Kita berbuat baik dengan orang lain,
sedang kejahatan mereka
yang dikembalikan kepada kita.
Kita setia bersama mereka
walau dalam susah dan senang.
Namun untuk sebentar pun mereka tidak betah untuk berada di sisi kita.
Jangankan dalam duka,
waktu bahagia pun tidak sudi.
Ya, dunia ini tidak adil.
Tapi!
Allah itu Maha Adil, sentiasa adil.
Ya, kita terluka malah tak dipeduli.
Tapi Allah tahu dan sentiasa sudi untuk mencantumkan kepingan hati.
Kita berbuat baik namun tak dihargai.
Tak mengapa Allah ada untuk menilai,
malah berjanji pahala akan diganjar.
Kita sentiasa membantu orang lain
dalam susah dan senangnya.
Tapi mereka tiada saat kita memerlukan.
Tidak mengapa Allah sentiasa ada,
dalam susah dan senangmu,
dalam tangis dan tawamu,
Dia ada dan sentiasa ada untukmu…
Lakukan semua perkara kerana Allah
Kita tidak akan terluka, percayalah!
Kita jaga hati orang lain untuk Allah.
Hati kita?
Tak mengapa, Allah ada untuk jaga hati kita.
Bukankah Dia sebaik-baik penjaga?
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
x

EDISI NOSTALGIA SUKA DUKA KEHIDUPAN

- 15 penulis dalam sebuah buku
- 10 halaman A5
- Times New Roman (11)
Judul Buku: SUKA DUKA KEHIDUPAN
Tema Setiap Edisi:
1: Zaman Belajar
2: Era Berkerjaya
3: Musim Bercinta-Berkahwin
4: Seusai Bakti (Persaraan)
5: Sketsa Duda-Janda
Tempoh Penulisan: 1 Julai - 31 November 2019
Terbit: Februari 2020
Wacana MBM
Rakan Sinergi: SYFE

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Wednesday, June 12, 2019

Tak Sengaja

TAK SENGAJA.....
Kadang kadang kita lakukan sesuatu itu secara tak sengaja tanpa niat untuk melukakan hati sesiapa tetapi kita terlupa......
Pinggan yang retak tak akan sama dengan pinggan yg sempurna.
Piring yang sumbing tidak akan orang guna lagi.
Gelas yang pecah tak boleh dicantum semula.
Cawan yang bersepai akan melukakan kaki kita.
Itulah akibat tidak sengaja.

Walaupun kita lakukan tanpa sengaja impaknya sangat mendalam.
Hati yang terluka pasti mengambil masa untuk pulihnya.
Jiwa yang berduka sukar diajak bersuka.
Senyum yang terukir tidak lagi seindah suria.
Mata berkaca bergenang si air mata.

Kata yang terluncur tak mungkin dipintal kembali.
Perahu yang terlajak boleh ditarik kembali.
Bicara yang terlajak hanya maaf yang mampu dilafazkan bertali.
Tapi ianya tidak mudah sembuh kembali.

Tidak sengaja.
Besar bahananya.
Lidah itu berbisa dari pedang sang panglima.
Pena itu lebih tajam dari keris Sang Buana.
Tidak sengaja. .

#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AkuAnakPomen

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, June 11, 2019

29 tahun sudah... HAPPY BIRTHDAY MY BABY NUR FATIHAH ZULKIFLI

29 Thn....Happy birthday my favorite baby Nur Fatihah bt Zulkifli....DR. NUR FATIHAH BT ZULKIFLI..... hari Tehah dilahirkan kedunia pada hari ini juga aku mendaftar diri  sebagai Guru Pelatih di Institut Perguruan Sultan Idris....hari ni pada tahun 2019 ....babyku dah jadi ibu buat Sofea twins.

Melihat Tehah membesar dan dewasa....samalah juga melihat kerjayaku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam Kepmenterian Pelajaran Malaysia.

Dari seorang Guru Pelatih.......bertatih selama dua tahun setengah di IPSI  menjadi Guru sandaran di SK Kuah selama 6 bulan dan akhirnya di lantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah pada 1.3.1993.... akhirnya disahkan dalam jawatan pada 1.3.1996....

Allahuakbar  hebatnya Ya Allah mengaturnya untukku  kerana selepas 3 tahun dilantik aku  menyambung pelajaran di UPM TERENGGANU pada 1.6.1996  hingga 30.5.1999  dalam Bachelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling maka mulalah perjalanan baru sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah  pada 1.6.1999

Allah Yang Maha Mengetahui ...setiap perancangan yang kita buat dan Allah juga yang mengetahui bila dan di mana kita ditakdirkan.  Smk St Anne Convent ,Kulim, SMK Sultanah Asma, SMK Jabi adalah sekolah yang pernah aku berkhidmat.

Subhanallah sekali lagi perjalananku berubah arah selepas memiliki Sarjana  Sains Pengurusan   dari   UUM  pada tahun 2003 .Pada  1.8.2006 Allah memakhbulkan impianku  untuk berada di IPG DARULAMAN. hinggalah empat  tahun  aku berada di IPDA tempat yg aku impikan di sejak umur 16 tahun..... tp ku sangka panas hingga ke petang  rupanya hujan  ditengahari....berlakunya pelbagai dugaan yang membawa aku keluar dari IPDA akhirnya pada 31.7.2010..... Hanya Allah yg tahu betapa kecewa dan hancurnya hati ketika itu meninggalkan tempat yang aku impikan dan membawa diri ke  Matrikulasi Labuan  selama 1 tahun setengah..... dan  bermulalah hidupku diperantauan. Tiada siapa di sekelilingku, hanya sebatang kara di tempat orang. Bagaikan hidup dalam buangan . Aku membuat keputusan meletak jawatan 24 jam sebagai Kaunselor atau Pegawai Kaunseling  dan  pulang ke semenanjung  dan bercuti tanpa gaji selama 10 bulan.

Bagaikan kapal yg hilang enjin, patah layar,  dan terlepas sauh hidup terumbang ambing dalam gelora dan bencana itulah hidupku....selepas pulang dari umrah 2012 aku membuat keputusan akan kembali menjadi kaunselor di sekolah...semua melihat aku seolah berpatah balik dalam kerjayaku...bagaikan mengundur...itulah takdir dari Allah SWT....tetapi aku berpegang kata motivasi lastik hanya akan pergi lebih jauh bila ditarik jauh kebelakang....itulah takdirnya.....aku terus pulang ke kampung halamanku berkhidmat di SMK ALOR MERAH dari 16.3.2013 dan kembalilah bergelumang dengan pelajar dan guru ....setiap yg aku laksanakan bagaikan mengulang kembali apa yg pernah aku lakukan dulu....seperti aku mula menjadi Kaunselor Pelajar....sedih...kecewa....malang....?semua tu selalu mejadi  mainan perasaanku...tetapi aku yakin Allah ada yang terbaik untukku. Aku pasti Allah mengaturkan yg lebih indah.... Akhir tahun 2015 dua hari sebelum tarikh tutup permohonan jawatan pensyarah di IAB  keluar dan  sahabatku Halawiah  yg memberitahu  ..terima kasih   sahabat..... dan hari ni aku sudah berada di IAB UTARA  Sebagai Pensyarah Kanan selama empat tahun. 16/5/2016 hingga sekarang. Walaupun onak dan duri tetap ada itulah dunia kerjaya ku.

Perjalanan 29 tahun sama seperti Tehah my favorite baby...sekarang dah jadi  mommy's for Sofea twins... ..always love you my baby.
#lovemakngah
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Yakinlah dengan janji Allah

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki..
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?.

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang Shikin  jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh termasuk Shikin sendiri bertemu pada usia 47 tahun... . namun mereka pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik
tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...

ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.

Aameenyarabbalalameen

Urusan Allah

Tuesday, June 4, 2019

EID Mubarak 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .

Sempena menyambut Aidil Fitri yang mulia ini, saya ingin mengucapkan;

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَا وَمِنْكُمْ. وجَعَلَنَا الله وَإِيَّاكَ مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْن.َ كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.

"Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah kami dan kalian lakukan. Semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan. Semoga kamu sentiasa berada dalam kebaikan."

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.

Pada hari-hari terakhir ramadhan yg mulia ini, saya dengan rasa rendah diri ingin mohon maaf diatas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan yang berlaku antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yang sengaja mahupun tak sengaja, yang tersembunyi mahupun terang-terangan, yg berniat mahupun tak berniat. Segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat sepertimana yang dijanjikanNya.
Aamiiin InsyaAllah.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Salam dari saya
Suami&Isteri
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in