BANGLE.... memang masa kecil dulu suka sangat pakai gelang ring ring ringa ni. Semuanya ketentuan Allah SWT bila takdir itu sangat indah bila ditemukan dengan pemilik hati ini. Bayangkan pergi rumah siapa saja di sana akan hadiahkan bangles. Bukan untuk Noor saja malah untuk kakak dan adik adik ipar. Paling best dapat sepersalinan bajulah hehehe.
Bayangkanlah masa timbang sampai 5kg bangles saja. Amanat akan disampaikan buat mereka kak Normishah, Noorhayati Shahrom, Rohani, Noraziah n Rohayusniza. Di Malaysia tak sama seperti di sana bila sampai saja di sana semua keluarga terutamanya adik dan ipar akan tunggu kita dan sambut kita. Masya Allah hebat sungguh keakraban Postun ni. Mungkin di sana semua tinggal berdekatan. Kalau 4 hingga 6 jam perjalanan dianggap dekat sahaja. Semua akan balik untuk berjumpa dan bertanya khabar.
Bila nak balik ke Malaysia memang tak sempat nak berkunjung ke semua rumah keluarga apatah lagi sahabat handai. Keadaan tidak mengizinkan kerana baba sakit dan tak bolehlah kita nak tinggalkan selalu. Sebab tujuan utama balik adalah nak bersama Baba dan Mor...itu tujuan utama. Kalau setakat nak melancung bila bila boleh pergi. Tapi kesempatan untuk mendapat Baba dan Mor serta keluarga adalah yang utama.
Alhamdulillah dapat berjumpa dengan semua saudara. Tapi yang tak jumpapun sebab mereka berada di luar negara. Boleh dikatakan setiap rumah keluarga Habib semua ada seorang hingga lima orang yang berada di luar negara. Terutamanya di Malaysia, Dubai dan Saudi Arabia. Memang tak kekok sebab kebanyakan boleh berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dan ramai dah dapat kerakyatan Malaysia.
Tiga hari sebelum balik Habib bawa singgah rumah rumah keluarga terdekat yang siap telefon suruh datang rumah. Jangan ingat semua kaya tau. Ada juga keluarga kami yang sangat susah. Kebanyakan mereka tak ada keluarga yang keluar negara dan anak masih kecil. Tapi masyaallah hebat mereka ni sanggup meraikan kita sehingga menitiskan air mata ini tatkala menerima pemberian mereka. Sebab mereka tetap nak bagi. Seorang adik ipar ni memang susah sangat tapi siap dia pergi suruh anak beli juga bangles nak bagi. Tapi kami bagi macam macam alasan tak mau sebab satu set gelang ni boleh buat belanja makan dia seisi keluarga seminggu. Siap dia belikan baju sepersalinan. Adik beradik lain pakat nak share dengan dia. Tp dia tetap berkeras nak bagi hadiah. Memang serba salah last terima juga. Siap suruh makan malam di rumah dia. Sajian sampai penuh katil menjamu kami. Siap buatkan minyak sapi homemade sebagai bekal bawa balik Malaysia. Itulah keistimewaan keraian keluarga di sana. Takut bila kita menolak mereka berkecil hati tapi hati mereka sangat besar.
Ada juga rumah yang singgah hanya sebentar dalam 20minit sahaja. Tapi siap minta kita makan juga dan siap bawa susu segar. Ada yang bawa keju dan mandian lain. Paling special di sana semua akan keluarkan makanan dari dapur utama dan juga dari kamar persendirian. Keluarga besar sebab tu kalau pergi berziarah peluk cium saja pun dekat 10 minit. Alhamdulillah pegangan Islam yang menjaga aurat mahram sangat hebat
Semasa menziarah Kakak Ipar temankan dan Habib akan duduk di bilik tetamu lelaki yang terasing. Hanya wanita dan anak lelaki bawah umur saja yang boleh tengok wajah kita.
Masya Allah hebat. Rasakan bagai permaisuri. Sampai saja dijamu manisan dan susu. Lepas tu dijamu dengan makanan istimewa. Bila kita minta diri nak balik dipakaikan cenderamata dan dikirimkan juga utk saudara wanita kita. Bila bertemu dengan lelaki yang bukan mahram mereka bercakap dengan kita dengan memandang ke sisi dan tak tengok muka kita. Mata jangan cakaplah tak langsung. Tapi kalau yang mahram seperti datuk, bapa saudara, dan anak saudara mereka akan kucup kepala kita. Kalau ipar lelaki n sepupu lelaki yang bukan mahram mereka akan bercakap dengan kita tapi masih menjaga pandangan mata tunduk dan hormat.
Semasa balik mereka kata mereka akan rindu kita. Memang betul dah balik dua minggu tiap hari akan menerima salam mereka. Bertanya khabar dan setiap kali akan berdoa untuk kita. Sebenarnya bukan mereka yang rindu kita tetapi hakikatnya mereka membuatkan kita sentiasa merindui mereka. Memang tak akan ada layanan teristimewa seperti di sana.
Syukur dapat merasa nikmat yang Allah SWT berikan. Menikmati nikmat Islam dan merasa apa itu nilai kasih sayang. Alhamdulillah keluargaku anak Shahrom dan Siti Esah walaupun dah lama Ayah dan Mak meninggal dunia kami adik beradik saling melengkapi antara satu sama lain. Didikan Mak dan Ayah terapkan asas keluarga kami. Syukur dengan nikmatnya.
Lain padang lain belalang. Syukur dengan nikmatNya.
#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#SELAMATCURTAINKEDAH
#AkuPoshtun
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#shikinsayang
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#BestFromNorthernSeries
#AkuAnakPomenChapterHidupku