Rindu mak Hajah Siti Esah Binti Mohamad
Kenangan terindah bersama Mak tunaikan haji bersama. Aku ni kirakan anak paling spoil dalam keluarga. Semasa sekolah menengah paling kuat memberontak dan buat hal.Nampak ja tak banyak kerenah tapi hakikatnya paling banyak menyusahkan hati mak dan ayah. Tapi bila umur 18 tahun insaf lah sikit dan tak sampai hati menghancurkan hati Mak dan Ayah. Berbanding kak dan adik perempuan mereka sangat akur dengan perintah mak dan ayah. Tapi aku....mak dan ayah kena ikut rentak aku. Tapi 1990 Allah SWT jentikkan rasa untuk akur dan ikut permintaan ayah walaupun hakikat hati ni tak mahu. Allah SWT beri banyak nikmat untuk aku menjadi orang pertama beli baju raya untuk ayah dan mak dengan duit sendiri, bagi mak tengok aku konvo ijazah Bacelor dan Master sedang yg lain mak n ayah tak dapat tengokpun. Lepas tu jaga mak dan tinggal dengan mak selepas bekerja dari tahun 1994 sehingga 2006.-Tunaikan haji bersama mak dan adik bongsu. Raikan dua harilahirku 13 Zulhijjah di Mekah dan 10 Feb di Madinah semasa tahun aku tunaikan haji. Banyak nikmat yang Allah SWT berikan.
Tetapi selepas mak meninggal 25/11/2006 pelbagai ujian dan dugaan yang menimpa diri aku. Satu persatu aku kutip kenangan dan sentiasa ingat doa mak sentiasa bersama aku.Walaupun terjatuh terhantuk terngadah dalam kehidupan ini aku tetap akan bangun dengan semangat janji mak dan doa mak serta amanat Ayah. Air mata menjadi peneman dalam hidupku.
Selepas 13 tahun hidup tanpa mak di sisi Allah SWT kurniakan aku Habib sebagai suami. Hanya setahun empat bulan bersama kemudian aku diuji dengan hidup berjauhan dan bertemankan telefon dan online menjadi penghubung. Pejam celik dah 8 bulan hidup berjauhan antara dua benua.
Benarlah kata Allah SWT bahawa dia hanya menguji setelah kita disediakan untuk menghadapi ujian itu. Aku yakin Allah SWT hendak aku lebih dekat dengan Nya dari setiap makhluk di dunia ini. Allah SWT nak aku sentiasa mengingatiNya. Aku hambaNya yang lagho dan banyak melakukan dosa. Aku bukanlah ahli ibadah dan jauh sekali seorang yang sempurna.
Hari ni sudah nak masuk 15 Ramadhan. Semoga Allah SWT makhbulkan doa mak untuk aku dan semua anaknya. Mak banyak doakan anak anak dan juga saudara mara, jiran dan kawan serta juga anak muridku semasa kami tunaikan haji. Semasa menunaikan haji dia sentiasa berzikir dan solat sunat. Walaupun sblm pergi haji Tabung Haji tidak memberikan kelulusan dan minta tangguh, dia jawab tak pa sign lah mak nak pi juga haji sebab mak tak tau tahun depan mak boleh hidup lagi kah.
Akhirnya selpas ditambah 13 pain darah dan keluar wad dia tetap pergi haji. Ibadah mak di sana lebih kuat dari aku yang sihat ni. Walaupun mak naik korosi roda dan disorong oleh aku dan adik bayangkan tawaf setiap hari dua kali di tingkat atas yang sangat jauh. Tapi kelebihannya tak rasapun penat cuma sedar sedar dah habis.
Semasa iktikaf di masjid lepas baca Quran dan solat aku memang lena ja. Tapi mak dia tak lena dan terus solat dan berzikir. Kuatnya mak dengan air zam zam. Minum dan mandi dengan air zam zam shj. Sebab tu dia kuat dan kalau sakit pun hanya manj manja dengan Dr saja sbb tiap minggu mak kena check up dengan Dr di sana. Hikmahnya walaupun kami tukar dari pakej kepada muasasah biasa sebab nak pergi tiga beranak. Allah SWT berikan kami kelebihan menginap di hotel dan bilik yg sama dengab pakej Tabung Haji. Itulah hikmah yang Allah SWT berikan sepanjang bersama mak. Mak bukan org yang kasar. Mak sangat lemah lembut dan kalau mak jeling pun kami dah tak berani melawan. Berletiaq tak ada dlm kamus hidup mak. Pendengar yang setia. Mak sangat lembut dan tegas. Kami dari kecik tak boleh cakap kasar atau guna perkataan makian. Kalau mak dengan siap boleh kena cabai mulit. Tapi sepanjang hidup tak pernahlah kena cabai. Sebab takut dengan mak yang pendiam.
Semasa ayah ada mak adalah isteri solehah yang hidupnya hanya ada Ayah. Romantik sangat. Mak n Ayah makan satu pinggan satu gelas sampai Ayah meninggal dunia. Kecuali di khalayak mereka tak tunjuk makan dan kemesraan keterlaluan. Tapi orang semua panggil mak Kak Yang sebab ingat mak nama Yang. Mak siapkan kopi panas dan air sejuk setiap hari semasa dia tahu ayah akan sampai. Mandikan ayah. Dan anak anak masa kami kecil disiapkan bersih sebelum ayah balik. Rumah mak tak mewah tapi sentiasa kemas dan bersih. Mak pesan rumah kalau tak bersih rezekipun tak mau masuk. Malaikat lari.
Rutin hidup mak dan ayah tiap bulan walaupun gaji ayah hanya RM600 ketika tu dengan anak enam orang, mereka tetap memperuntukan gaji untuk hantar dekat tok dan wan dan beli barang makan untuk diberikan kepada keluarga kakak dan adik ayah dan juga abang mak serta mak saudara ayah dan mak. Setiap kali gaji akan beli barang keperluan dapur beras,minyak masak, tepung,gula,kopi, biskut dll serta duit RM30. Itulah akhlak mak dan ayah. Setiap bulan hingga akhir hayat ayah. Kemudian diteruskan oleh mak wpun ayah dah meninggal sehinggalah akhir hayat mak. Perjuangan dan impian mereka. Setiap bulan tak pernah miss sbb wpun ayah tak ada pencen ayah mak tetap teruskan amanat ayah. Hidup mak hanya dengan Al Quran dan Kitab Haikal.
Ya Allah rindunya mal dan ayahku. Alhamdulilah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah SWT berikan aku Habib yg jiwanya sama dengan ayah dan mak yang sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarganya. Hidup Habib juga istiqhomah dengan Al Quran. Setiap malam walaupun letih tetap akan baca Al Quran. Nikmat apakah lagi yang hendak didustakan? Walaupun ujian hidup ini tidak sama tapi jalan tetap tujuannya mencari syurga Allah SWT.
Alhamdulillah dengan nikmat Allah SWT.
Al Fatihah buat Mak Hajah Siti Esah Mohamad dan ayah Haji Shahrom Bin Rahim dan baba Haji Mohammad Yousaf Noor Hassan yang telah kembali kepada sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT tempatkan mereka dalam kalangan ahli syurgaNya bersama Rasulullah SAW dan para syuhada.
Al Fatihah juga buat Mor Gul Meena Badshah , suamiku Habib Mohammad Rahim Bin Mohammad Yousaf , diriku Hajah Noor Ashikin Haji Shahrom dan semua yang sedang membaca semoga diberikan hidayah dan ditemukan dengan malam LailatulQadar.
#salamjutawan
#lockdown
#SELAMATCURTAINKEDAH
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku