kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Wednesday, December 1, 2021

1 Disember 1992 🎉🎂🎉🎂 HAPPY ANNIVERSARY 29 YEARS AS TEACHER'S 🎂🎉🎂🎉🎉


1 Disember 1992
🎉🎂🎉🎂 HAPPY ANNIVERSARY 29 YEARS AS TEACHER'S 🎂🎉🎂🎉🎉
Hari pertama aku masuk kelas
...dan memegang kelas 3 S atau kelas campuran yang mana dalam kelas ini tidak dikategorikan mengikut kepandaian...rojak..keadaan yang pertama aku masuk kelas ...kelas punyalah berbau busuk dengan pelajar yang tidak terurus dan keadaan kelas yang hiruk pikuk.. Trauma aku kehilangan ayah masih kuat terasa dan aku sememangnya benci untuk menjadi seorang guru dan semasa praktikum aku ditempatkan mengajar kelas yang agak baik dan pelajar Darjah 5 dan 6. Jadi kawalan kelas dan faham bahasa itu sangat tinggi...tapi bila realiti aku mengajar di berikan kelas yang berkeceridau macam dalam kandang kambing...terjerit-jerit dengan budak kecil....aku jerit suruh diam...sekali..semua masih bising... kali kedua aku jeritkan...masih lagi berkeliaran...kali ketiga aku jeritkan suruh diam...makin bising kelas dan akhirnya apa aku buat???????
Apa yang aku buat????? MERAUNG sepuas-puasnya aku meraung atau menangis macam orang kena hesteria dan akhirnya semua budak terdiam dan yang kelakarnya aku meangis sampai tak boleh berhenti dan memang dah macam orang kena sawan tangis sebab aku memang tak boleh menangis sebab kilang air mata aku dah rosak sebab banyak menangis bila ayah tiada....ketika ini kebetulan Ustaz Zaaim lalu di kelas aku dan dia menarik aku keluar dari kelas dan aku dengar dia bagi arahan dekat budak-budak dan dia ajak aku keluar dari bilik darjah... memang trauma aku masih belum hilang. Jadi tangisan aku menyebabkan semua pelajar terdiam dan takut dan aku pula memang tak boleh nak berhenti jadi memang berderau air mata aku....Inilah pengalaman dalam hidup aku dan Ustaz ada bagi aku kata2 semangat dan sejak hari itu aku memang rasa dah jatuh hati dekat Ustaz kerana kata-kata yang dilafazkan...hahahahah memori yang sangat sadis dalam hidup aku bergelar sebagai seorang guru... inilah catatan perjalanan hidupku yang bermula sebagai seorang Guru Sandaran terlatih DG 6 di Sekolah Kebangsaan Kuah...Langkawi
Akulah Cikgu Shikin Sayang
SK Kuah 1992-1994
Dua puluh sembilan tahun yang lalu 1 Disember 1992 ....aku mula mendaftar diri sebagai seorang Guru Sandaran Terlatih DG 6 dengan kelulusan PSR/PM dari Institut Pendidikan Guru Sultan Idris. Setelah selesai praktikum yang sangat meruntun hati dan perasaan sebagaikan mati ....aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayah insan yang hendak aku menjadi seorang guru sudah tiada lagi di dunia ini. Aku hidup hanya atas dasar janji aku pada ayah dan aku hanya menerima hakikat bahawa ini adalah takdir hidupku. Atas keprihatinan Pengarahku Dr Hussein ketika itu aku ditukarkan 24 jam dari SK Kuala Tahan , Tembeling Pahang oleh Bahagian Sekolah ke Negeri Kedah. Atas nasihat Cikgu Saboor insan yang membantu aku pulang ke Kedah aku memilih Langkawi kerana aku diberi pilihan sama ada Baling /Sik , Langkawi atau SK Sg baru (tetapi mengajar pra sekolah) akhirnya aku memilih SK KUAH, 07000 Langkawi , Kedah sebagai destinasi pertama aku mendaftar sebagai guru...disinilah bermulanya perjalanan hidupku sebagai seorang guru dengan gaji permulaan RM724.00 dan Elaun RM115.00 semuanya RM839.00.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Monday, June 14, 2021

Buku Hasil Air Tangan SHIKIN Di Pasaran


Alhàmdulillah 
Alhamdulillah   buku pertama ,kedua hinggalah ke sepuluh  sudah  siap sepenuhnya.
1. AKU ADALAH AKU
2. AKU ANAK POMEN
3. CERPEN KANAK-KANAK
4. ANEKDOT REZEKI KEHIDUPAN 
5. ANEKDOT LITERASI KEHIDUPAN
6. ANEKDOT ASAM GARAM KEHIDUPAN
7. ANEKDOT PANCAROBA KEHIDUPAN
8. TINGGINYA JERAI JELAPANG HATIKU
9. SELAGI ADA NAFAS
10. RINDU BAITULLAH 2

Terima kasih Cikgu Firdauz Abdullah@Cikgu Fido ilustrasi Aku Anak Pomen buku Motivasi Nilai Kasih Sayang. ..... Bukan cerpen tetapi cerita pendek tentang pejalanan hidup atau autobiografi Aku Anak Pomen. Bermula dari perkahwinan Mak Dan Ayah... 
Buku ini diterbitkan sempena ulang tahun perkahwinan pada bulan Mei. 

CERPEN Kanak Kanak  dan enam lagi Anekdot diterbitkan secara bersama di bawah WACANA MBM. Dan dua buah buku SAN & RB2 di bawah  Robizan Recourse 

AAA DAN AAP tiga puluh lima sahaja setiap satu
CERPEN dua Belas saja
Buku Anekdot  lain RM 25 saja
wasap.my/601126437052
#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#cerpenkanakkanak

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in