Sinopsis buku Aku Anak Pomen ( Nilai Kasih Sayang)
Aku Anak Pomen …
Alhamdulillah Aku bersyukur dengan setiap pemberian Allah kepada diriku ... Aku tak pernah kurang walaupun sedikit. Allah sentiasa mengatur yang terbaik untuk Aku...walaupun mungkin orang lain berkata Aku manusia yang serba negatif tapi Aku yakin pada Allah bahawa Aku adalah hambaNya yang terbaik dan seindah ciptaan Aku bersyukur Aku adalah Hjh Noor Ashikin bt Hj Shahrom @ Hjh Siti Esah anak kepada kedua ibubapaku yang sangat penyayang dan memiliki sebuah kehidupan yang sangat indah...memiliki adik beradik yang sangat baik dan saling sayang menyayangi dan memiliki sahabat-sahabat yang sangat ikhlas. Alhamdulillah.
Aku Anak Pomen adalah kisah hidup aku dari sebelum lahir hinggalah berusia 21 tahun. Kisah Aku Anak Pomen bermula dari asal ibubapaku dan kisah indah perkahwinan Ayah dan Mak. Dalam buku Aku Anak Pomen banyak nilai-nilai kasih sayang dan pendidikan keibupaan oleh Ayah dan Mak. Dulu pernah Aku bercerita dengan anak-anak didik Aku yang satu ketika nanti Aku akan tulis tentang hidupku dan segala kisah kasih dan sayang dalam hidupku. Aku selalu beritahu mereka Cikgu Shikin kahwin lambat jadi Chapter cikgu panjang berbanding dengan orang lain... Chapter Hidupku sendirian yang mana penuh dengan kasih dan sayang yang boleh dikategorikan sebagai kisah hidupku. Aku selalu berkata Aku tidak pernah bercinta kerana bahagiaku cukuplah cinta hanya pada Allah SWT, Rasulullah SAW dan diri sendiri. Buat ibubapaku adalah kasih yang tiada penghujungnya. Aku akan berkongsi kisah kasih dan sayangku dengan insan-insan disekelilingku dan kisah hidupku yang masih boleh Aku ingati. Aku diklasifikasikan manusia yang hidup dalam kenangan indah yang tidak pernah padam dari hatiku.
Jatuh bangun...onak dan duri itu adalah ranjau kehidupan di atas pentas dunia yang pelakonnya adalah kita...wataknya adalah manusia dan biarlah ia menjadi episod indah yang akan membuatkan terukirnya senyuman tak kala kita mengenangkannya...Aku bersyukur kerana keindahan dalam kehidupan yang Aku lalui...dalam kehidupan, dalam kerjaya dan dalam persahabatan dan juga percintaan...Kekadang kita mengharapkan insan disekeliling kita ikhlas tetapi hakikatnya Allah SWT pasti berikan kita ujianNya dalam mengenal keikhlasan hati manusia di sekeliling kita. Bergantunglah dengan tali Allah SWT pasti kita tidak akan kecewa. Buku Aku Anak Pomen mempunyai dua bahagian iaitu Part 1 dan Part 2.
Part 1 adalah perjalanan hidup dari umur setahun hingga usia 21 tahun dan Part 2 adalah sambungan sehingga akhir perjalanan hidup bujangku. Setiap catatan dalam Chapter hidupku terselit seribu kenangan nilai ibubapaku. Chapter yang sangat panjang. Tahun 2018 ...bermakna 46 episod telah kulalui. Tahun 2018 juga merupakan tahun terakhir hidupku secara rasminya menjadi orang bujang. 18.5.2018 Allah SWT menamatkan Chapter Hidup Bujangku setelah ditemukan jodoh dengan suamiku yang tercinta Muhammad Rahim bin Muhammad Yousaf. Semoga anekdot kehidupan ini menjadi panduan dan pedoman setiap yang membacanya.
Sekarang nak karang dan edit Part 2 yang penuh ranjau dan duri.
#salamjutawan
#SelamatCurtainKedah
#AkuAnakPomen
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
#CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur
#shikinsayang
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#BestFromNorthernSeries
#AkuAnakPomenChapterHidupku