kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, December 7, 2012

Aku Terima Nikahnya.......


Ijab Kabul Terima Tanggungjawab Berat. Oleh : Ahmad Baei Jaafar “Aku terima nikah Aminah binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM300 tunai." Demikian jawab pengantin lelaki sebaik-baik sahaja bapa pengantin perempuan melafazkan ijab,“Aku nikahkan dikau dengan anakku, Aminah binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM300 tunai.” Lafaz sebegini pada sesetengah orang, boleh dilakukan dengan sekali lafaz sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat juga pada sesetengah tempat, saksi mahu lafaz itu diulangi sehingga tiga kali walaupun pada dasarnya ia sudah boleh diterima. Ada saja kesalahan yang dicari walaupun amat remeh temeh. Pada pandangan mereka, cara itu adalah untuk mendapat pahala sunat tiga kali. Benarlah, dalam Islam tiga kali itu sunat, tetapi tidak semua perkara perlu diulang sebanyak tiga kali. Sebenarnya dalam soal ijab kabul ini banyak bergantung kepada kuasa dan ilmu penolong pendaftar nikah yang dilantik kerajaan, atau wali yang menikahkan anaknya itu. Ini kerana dia yang menerima ucapan atau lafaz balas menerima perkahwinan itu, tentulah dia yang mendengarnya secara langsung. Maka dia yang boleh menentukan sama ada lafaz itu terpakai atau tidak. Saksi yang diminta hadir ke dalam majlis itu bukan bertujuan mengesahkan lafaz ijab kabul perkahwinan itu tetapi untuk menjadi saksi kewujudan majlis akad pada hari itu. Boleh jadi tanpa saksi, wali dan pengantin boleh menyembunyikan keadaan sebenar. Dan, boleh jadi tidak wujud majlis akad nikah pun. Berdasarkan itu, saksi tidak perlu membantah jika wali telah menerimanya sebagai sah kecuali jika memang ternyata salah yang tidak disedari walinya. Dalam keadaan itu, wali perlu akur dengan pandangan saksi. Kesan Ijab Kabul Apabila seseorang lelaki berjaya melafazkan ijab kabul, semua orang berasa lega dan gembira terutama pengantin lelaki. Mereka gembira kerana penantian pasangan tersebut untuk disatukan sudah tamat. Pastinya pengantin yang terbabit lebih berasa lega kerana segala pantang larang selama ini sudah tamat dan kini mereka bebas sebagai pasangan suami dan isteri. Tetapi persoalannya, tahukah pengantin lelaki itu akan mesej yang terkandung dalam lafaz ijab kabul itu? Saya percaya kalau pengantin lelaki itu faham tentu dia hanya akan gembira sedikit kerana mengenangkan tanggungjawabnya yang besar selepas itu. Mengapa tidak? Bapa mentuanya telah melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuannya kepada menantunya. Maknanya dia mahu anaknya dijaga seperti dia menjaganya. Dia mahu anaknya dididik dengan iman dan takwa, mana-mana yang tidak sempat dididik semasa di tangannya. Selain itu sedarkah dia bahawa segala kesalahan dan dosa isteri, dia perlu ambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya? Dosa yang lalu memanglah tertanggung pada bahu masing-masing, tetapi selepas berkahwin, suami perlu bertanggungjawab membendungnya. Dalam keadaan ini kalau dia membiarkan sahaja segala perlakuan si isteri tanpa tunjuk ajar yang betul, maka dia turut berdosa seperti pengamalnya juga. Menyedari keadaan itu, suami perlulah lebih serius dalam mengurus dan mentadbir rumah tangga sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu, suami perlu lebih tahu tentang ilmu agama khususnya dalam soal hukum-hukum yang berkaitan hal rumah tangga. Suami juga perlu lebih kuat iman dan takwa terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Suami yang cukup ilmu pengetahuan agama dan ditambahkan dengan iman dan takwa pasti mampu membawa isterinya ke jalan syurga dengan mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Pada masa yang sama dia akan mengelak dari jalan-jalan ke neraka bagi menyelamatkan diri dan isterinya. Sejauh Mana Suami Faham? Walaupun pengantin lelaki dan perempuan diingatkan oleh imam nikah dalam khutbah nikahnya tentang tanggungjawab dan kewajiban suami dan isteri, mereka yang sedang dalam keadaan teruja dan terlalu gembira itu begitu mudah melupai pesanan itu. Buktinya, apabila kenduri kahwin diadakan, pengantin perempuan akan bertukar wajah, pakaian sopan semasa akad nikah di masjid itu hilang serta-merta dang berganti dengan berbagai-bagai persalinan yang tidak menitikberatkan soal syariat. Pendedahan aurat berlaku tanpa menghormati hukum Islam lagi. Alasan biasa yang diberi, kehendak mak andam atau ibu bapa, maka mereka tidak boleh buat apa-apa. Sesungguhnya perempuan yang kuat iman dan takwanya pasti mampu menolak. Hal ini kerana masa untuk memilih pakaian telah dilakukan sebelum majlis itu diadakan lagi. Selain itu pengantin lelaki yang kini berjawat tanggungjawab seorang suami juga tidak boleh bersuara, apa yang berlaku terpaksa diterima. Namun sebagai suami tanggungan hukum sudah berada di atas bahunya selepas diijab kabulkan. Ketika itu dia sudah wajib melarang isterinya mendedahkan aurat. Maka secara sedar dia turut berdosa atas perbuatan isterinya itu jika tidak melakukan apa-apa untuk menegahnya. Kemudian pada hari-hari berikutnya, kehidupan rumah tangga berjalan seperti lazimnya. Rasa bahagia dan kasih sayang dapat dilihat pada wajah mereka berdua. Namun ketika itu kesalahan isteri akan dibiarkan begitu atas dasar sayang dan cinta. Mungkin juga atas rasa masih awal untuk menegur kesalahannya. Tetapi akhirnya kesalahan itu menjadi kebiasaan yang kemudiannya sukar ditegur lagi. Ketika itu teguran suami akan ditentang lalu dengan itu sukar baginya bertindak sebagai suami. Bayangkan berapa banyak dosa sebagai suami yang harus dipikul selain dosanya sendiri. Inilah kesan daripada kejahilan mereka tentang hukum Allah. Semuanya berpunca daripada kecuaian dalam mendalami ilmu agama sebelum berkahwin dan semasa melayari bahtera rumah tangga. Memang sebelum berkahwin setiap pasangan menghadiri kursus pra perkahwinan. Tetapi kursus selama dua hari itu tidak cukup untuk mematangkan ilmu agama mereka. Banyak lagi ilmu yang mereka perlu tahu termasuk ilmu pentadbiran dan pengurusan rumah tangga. Tanggungjawab Utama Menerima ijab kabul bererti seorang suami menerima amanah ibu bapa isterinya dan Allah. Maka dengan sebab itu dia tidak harus ada alasan untuk mengelak daripada amanah itu. Dalam ruangan yang ada ini, mari kita selongkar amanah yang tersirat dalam ijab dan kabul itu. Amanah dalam Lafaz Ijab Kabul Amanah Allah. Suami wajib menjadi khalifah Allah atau dalam bahasa mudah menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak. Sebagai pemimpin suami ada dua peranan iaitu memastikan isteri dan anak-anak mematuhi perintah Allah. Pastikan mereka melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji. Pastikan mereka sentiasa jauh daripada melakukan dosa walaupun dosa kecil. Peranan kedua, mengurus rumah tangga dan menyediakan keperluan hidup agar isteri dan anak tidak kebuluran. Oleh sebab itu suami perlu bekerja bagi mendapat upah yang selayaknya untuk menyara isteri dan anak-anak. Suami perlu menyediakan keperluan hidup mengikut kemampuan, maka kalau sedikit rezekinya, itulah yang harus diberikan kepada mereka. Dan kalau banyak jangan pula sampai membazir kerana pembaziran adalah amalan syaitan. · Amanah ibu bapa mertua. Menantu diberi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi oleh mertua dalam menjaga anaknya. Maka sebagai suami dia wajib menjaga keperluan isterinya zahir dan batin. Suami tidak boleh menyakiti hati isterinya kerana dengan itu akan terguris hati ibu bapanya. Maka dengan sebab itu kalaulah berlaku krisis rumah tangga, selesaikan dengan baik secepat mungkin. Kecuaian suami dalam menjaga keperluan ini mengakibatkan krisis yang sedikit akan membesar dan akhirnya membawa kepada perceraian. Ini tidak seharusnya berlaku dalam rumah tangga. Oleh sebab itu bendunglah krisis itu dengan sebaik-baiknya dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjadi punca berlaku krisis. Dan jika ia terjadi juga, duduklah berbincang dan hindari sikap saling salah menyalahkan. Masing-masing pihak perlu melapangkan dada dan sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan matlamat, apa jua tindakan yang dilakukan adalah demi mendapatkan keredaan Allah SWT. Jika perlu mintalah bantuan pakar bagi menyelamatkan keadaan. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk meminta khidmat nasihat ibu bapa masing-masing. Mungkin dengan itu mereka dapat menyumbang petua yang baik untuk memulihkan keadaan. Cuma dalam hal ini, ibu bapa jangan sesekali menyalahkan menantu kerana kesannya bukan merawat tetapi hanya meruntuhkan kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Saya percaya jika suami dapat memelihara amanah Allah dan amanah ibu bapa ini dengan sebaik-baiknya, akan tercapaikan apa yang dikatakan rumah tangga bahagia, yang di dalamnya wujud rasa mawaddah dan rahmah, ada rasa kasih sayang dan saling mencintai kerana Allah. k



:)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, December 1, 2012

01/12/2012......Anniversary 20 Thn CIKGU SHIKIN SAYANG


20 tahun yang lalu, Shikin melapor diri di SEKOLAH KEBANGSAAN KUAH, 07000 LANGKAWI ,KEDAH...
sekejab je masa berlalu. Sudah 20 tahun secara rasminya bergelar seorang guru sekara tetap dengan kerajaan Malayisa....KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA...

Rasa macam baru semalam berlalu...masih terbayang di mata macam mana di hantar ke Langkawi oleh Pak Chak Osman dan Mak Chak Zauyah...menumpang di rumah Kak Shimah dan Abg Halim....subhanallah sekejab saja masa berlalu.

Alhamdulillah ....itu sahaja yg dapat Shikin lafazkan kerana Allah mengangkat darjatku menjadi seorang guru. walaupun pelbagai dugaan dlm membentuk diriku Shikin bersyukur kerana kerjaya mulia ini adalah takdir hidup Shikin. Jatuh bangun dlm bergelar seorang guru hanya Allah yg Maha Mengetahui.


Terima kasih buat anak didikku di SK KUAH yang banayk mengajar aku mengenal erti sebuah kasih sayang, harapan, kerinduan dan kesetiaan. Buat semua anak muridku masih terngiang suara manja kalian dan gelak tawa...tangis sendu semasa kita bersama.
Terima kasih rakan rakan seperjuanganku yg sama sama melapor diri pada tahun 1992... Ustaz Zaaim, Arwah Al Latif, Zuraimi, Abg Latiff, Siti Razana, Azimah, Rokkah ,Yusri dan Kak Rosmah.  Semoga Allah kurniakan kebaghagiaan buat semua.  Shikin bangga mengenali kalian dlm hidup ini...semoga Allah berkati hidup kita di dunia dan akhirat. aamin.....Al Fatihah buat Al Latif @Yang Chik yg telah kembali buat selamaya. Semoga Allah rahmati Yang Chik dan tempatkan Yang Chik dikalangan hambaNya yg diredhai. Aamin
:)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, November 24, 2012

20th Aniversary.....layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Sekejab saja masa berlalu....Shikin  rasa  bersyukur kerana menyertai sebuah compony  yang kukuh.... Walau  apapun kata orang apa yg  penting sudah  9 thn Shikin sertai  syarikat ini. Alhamdulillah  sangat lumayan.

Jangan menunda sebuah pekerjaan, lebih baik menyesali apa yg kamu kerjakan, daripada menyesali apa yg tak pernah kamu kerjakan.

Tiada  paksaan dlm  business ni... bak kata pepatah:
Dalam hidup. jangan paksa apa yg tak bisa kamu lakukan. Lakukan saja apa yg bisa kamu lakukan, biarkan Tuhan melakukan sisanya.


Kadang meski terus terluka, kamu tetap tak ingin melepasnya. Meski terdengar bodoh, tapi kamu masih berharap dia akan berubah.
Dalam hidup. jangan paksa apa yg tak bisa kamu lakukan. Lakukan saja apa yg bisa kamu lakukan, biarkan Tuhan melakukan sisanya.

Kadang meski terus terluka, kamu tetap tak ingin melepasnya. Meski terdengar bodoh, tapi kamu masih berharap dia akan berubah.
Kasih sayang tak hanya ditunjukkan oleh sanjungan dan pujian, tetapi juga teguran atas kesalahan dan kelalaian
 Mempertahankan mungkin lebih sulit daripada mendapatkan, tetapi tak akan ada yang sulit jika telah ada niat.

Segala sesuatu lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Tapi ingat: "Semua itu tidak akan bisa dilakukan tanpa diucapkan".
 Adalah wajar jika kamu bersedih, tapi jangan pernah kesedihan membutakan hatimu hingga kamu berputus asa.

Jgn sia-siakan air matamu utk org yg meninggalkanmu. Bkn kau yg kehilangan mrk, tp mrk yg telah kehilangan dirimu. -@AmandaAdriani

 Adalah wajar jika kamu bersedih, tapi jangan pernah kesedihan membutakan hatimu hingga kamu berputus asa.

Jgn sia-siakan air matamu utk org yg meninggalkanmu. Bkn kau yg kehilangan mrk, tp mrk yg telah kehilangan dirimu. -@AmandaAdriani
Dalam  business  boleh  jumpa  ramai  orang kenamaan.....ini peluang  kembangkan sayap kita ..................



Kalau  nak  jumpa  artis pun  ....selalu  jumpa babe.......

Mengeluh tak akan pernah menyelesaikan apapun, tapi hanya akan menambah beban. Berhentilah mengeluh, segera ambil tindakan!

Dalam cinta, terkadang kamu harus belajar tuk melupakan apa yg kamu rasakan dan mulai menemukan apa yg pantas kamu dapatkan.


Nak jadi  model IKLAN pun  selalu  boleh

Sambutan 20 THN Aniversary  Hai O Marketing....
Setiap tahun  sambut  hari ulang tahun.....

ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda..



:)
salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, October 26, 2012

CHAPTER 24; Menyambung pelajaran di UPMT

with  my beloved Mom...miss her much
Antara  CINTA dan CITA CITA........itulah  pilihan yang aku  ada..walaupun aku pendamkan segal;a cinta dlam  benak hatiku apa  yang penting selepas kakak  sulongku dan adikku  pulang dari UK ...aku  berazam meneruskan perlajanan hidupku...aku  terus  memandang  kehadapan...aku  memohon untuk sambung pelajaran setelah  mengambil STPM dan juga  dengan semangat sahabatku Nor Hasni yang sama sama mengajar di sekolah  SK Seberang Nyonya.
my lovely BoSS  yang  banyak bagi semangat
Semasa  menjadi  guru  di sekolah  banyak aku  belajar...suka...duka...cinta...dan  cita-cita..Syukur alhamdulillah  dengan pengalaman yg  diberikan oleh Allah Taala...

Ingat lagi  macam  mana aku  sering di fitnah  dengan guru besar  aku yg  baik  hati  yang  jujur  dalam  membimbing aku sebagi  seorang staf  beliau dan juga  sebagai seorang  adik. Guru Besar  aku  banyak  membimbing aku  mengenal dunia IT  dan juga  memberi  peluang untuk memperkembangkan diri.

Tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan sangat membantu bila  aku  menyambung pelajaran di IPTA... Ingat lagi ketika itu Cikgu Hamdi banyak  memberi semangat untuk sambung pelajaran...akhirnya  aku dengan Hasni  ambil  keputusan isi  borang STPM dan kami ambil exam  dan dapat  3P 2R  hahahahaha
Hj Hamdi Ghazali Guru Besar  kat SK Seberang Nyonya
Kami  berdua  menyahut  cabaran dan  memohon sambung belajar  dan semasa tu kami  memilih UPm sebagai destinasi  pilihan pertama:
Aku  memohon utk  Sains Sukan  sbg pilihan pertama
manakala Hasni  cikgu Bahasa Inggeris  memohon TESL..Alhamdulillah  kami  berdua  dapat  Tawaran masuk UPM tapi  aku   je  yg  dapat  tambahan satu  lagi huruf kat  belakang UPMT...di Terengganu  maka  terpisahlah kami  berdua..tapi  kami  bertekat akan bergelar  Siswazah...kami  mendaftar pada 11.06.1996 ..Bergelarlah Mahasistua...pada usia  25 tahun.
Nor Hasni Mohamad sahabat ku yg banyak  bg semangat dan sama sama berjuang ambil STPM dan isi borang sama sama.
Masuk universiti  jadilah  pelajar  yang cerdik dan memang  corodek  pun sebab dapat  Sijil Dekan setiap  semester.....
time  di UPMT  memang agak  rock  sikit.....hahaha n blues  too!!!
 Kebebasan  otak  fikiran masa  bergelar  student  .....kenal  berbagai  gelagat  manusia  ..Di  sini  mengenal  erti  manusia  dan  mengenal  erti  persahabatan...percintaan...perpisahan..permusuhan...hasad  dengki dan  apa  yang  penting  semasa di Universiti  pengalaman hidup  sangat  berharga.. jatuh  ...bangun dalam  bergelar Mahasiswa...
Laut  ...air  ..itulah  hidupku........
UPMT  bersisiran pantai.. jadi  aku  bagaikan  pulang ke pangkuan nature  hidupku  yang tak  dapat  dipisahkan dengan laut...pantai.tapi  apa  yang penting  setiap   hari  boleh  dikatakan  berjalan ditepi  Laut China selatan sambil  menghirup udara  segar dan menuis bait  bait  puisi  rindu....hehehe  yg  seronoknya  ketika  di  Universiti  dunia  percintaan yang tak  boleh  dilupakan...  bercinta  dengan   buku dan juga  ketika  ini  Abang pullang dalam diari  hidup aku..beremail...bertelefon setiap  hari...memang  indah  hidup dlm percintaan ....akhirnya aku berjaya dapat Sejil dekan setiap  semester sebab ada pembakar semangat.
  
HEBAT........lima semester menerima ANUGERAH DEKAN....yg  sangat  digilai  semuahehehe
Terima kasih CAJ@ Abang Long Rosli yang  banyak  membantu aku  belajar  di UPMT, Sahabatku Halawiah..adik adikku  Eshah, Salhasniza, Lenny, Shiqin, Liza ,dll  yang  banyak  mengajar  erti  kehidupan di kampus.  Paling ku hargai  pengalaman  bersama  adikku Hashimi,. Prof kesayanganku Prof Sham, Pak Din, Dr Sha(Saharudin Datok Omar) dan juga Razaruddin yang   mengajar  aku  erti  kasih sayang kesetiaan  dan  ketaatan kepada Allah SWT..aku  bergelar mahasiswa dalam  bachelor Pendidikan bimbingan Dan kaunseling dan Alhamdulillah  aku  lulus  cemerlang.
TULISAN AYAH .....yang menjadi  sumber inspirasiku dlm  mengejar IMPIAN HIDUPKU
Semasa belajar aku  juga  berpeluang  menunaikan umrah  dan memang  mengejutkan semua  orang  bila  tiba tiba aku hilang selama sebulan kerana tak datang kelas..mana ada orang ambil cuti sendiri pergi  menunaikan UMRAH..terima kasih para  sahabat yg  membantu aku dan walaupun x attent kelas sebulan aku lulus cemerlang 3.67  semester keempat.

Syukur Alhamdulillah aku  bergelar siswazah   juga  akhirnya.....
:)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Premium Beautiful World: TESTIMONI TERHEBAT.......PREMIUM BEAUTIFUL HEBAT



Premium Beautiful World: TESTIMONI TERHEBAT.......PREMIUM BEAUTIFUL HEBAT: http://www.facebook.com/pages/Premium-Beautiful-World/224172114297776 Inilah  kali pertama Shikin highlight  cerita  Testimoni  Shiki...

p/s Contact SHIKIN 0134234100 ..http://www.facebook.com/pages/Premium-Beautiful-World/224172114297776JOM KITA BUAT BUSINESS ALHAMDULILLAH LUMAYAN........

Selamat Menyambut Hari Raya



Aidiladha adalah satu hari perayaan yang agung. Perayaan yang membawa bersama mesej dan pengajaran. Antara pengajaran penting Aidil Adha ini adalah kesatuan umat. Walaupun umat Islam terdiri dari berbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan negara, ia adalah umat yang satu dan yang menyembah Tuhan yang satu. Firman Allah s.w.t dalam surah Ali-Imran, ayat 103: Yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu berpegang-teguh dengan tali Allah (ugama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai".
 
Jelasnya pengajaran yang dapat kita jadikan iktibar di sebalik Aidiladha ialah peri pentingnya menjaga kesatuan, perpaduan ummah dalam masyarakat di samping kita memahami bahawa manusia itu adalah sama disisi Allah, yang membezakan mereka adalah sifat taqwa yang dimilikinya. Untuk mencapai perpaduan ini perlu ada pengorbanan yang amat besar dari semua pihak serta kerjasama yang berterusan. Ini tidak akan tercapai melainkan dengan ilmu pengetahuan yang mendalam dalam semua bidang kehidupan.
 
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahil Hamd.
 
Kata seorang ulama, Fudhail r.a, "Fikir itu cermin hati, dan dengannya kita melihat segala kebaikan, kesilapan, manfaat dan mudarat dalam perihal kehidupan kita." Mudah-mudahan dengan fikrah pemikiran yang dikongsi kali ini menjadi satu inspirasi hebat buat kita semua untuk memulakan hari-hari mendatang dengan penuh pengharapan kepada reda Allah.
 

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Monday, October 22, 2012

Premium Beautiful World: Tempat Terhad SEGERA DAFTAR 0134234100....JOM JADI...

Premium Beautiful World: Tempat Terhad SEGERA DAFTAR 0134234100....JOM JADI...: p/s Contact SHIKIN 0134234100  sertai kami di AKADEMI GOLDEN DREAMS.......JOM KITA BUAT BUSINESS ALHAMDULILLAH LUMAYAN........

p/s Contact SHIKIN 0134234100 or 0135088118...JOM KITA BUAT BUSINESS ALHAMDULILLAH LUMAYAN........

Thursday, October 4, 2012

LET JOIN ME! !!!! GOLDEN DREAMS ACADEMY 0134234100

SERTAI KAMI DI AKADEMI GOLDEN DREAMS.......HUBUNGI SHIKIN SAYANG.....0134234100


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, October 2, 2012

"GIVEAWAY PREMIUM BEAUTIFUL WORLD TESTIMONI CONTEST RM8888 FROM SHIKIN SUCCESS"



"GIVEAWAY PREMIUM BEAUTIFUL WORLD TESTIMONI  CONTEST RM8888 FROM SHIKIN SUCCESS"

BUAT KALI KEDUA SHIKIN MENGANJURKAN GIVEAWAY....
(4BY4 GIVEAWAY @yg bernilai $4800 thn 2011)...
Jom kita tengok Giveaway kali ini yg lebih LUMAYAN
TEMPAT®
PERTAMA: PREMIUM


BEAUTIFUL @ 1SET
KEDUA: 1 piece Long Girdle
KETIGA: 1piece Long Bra
KEEMPAT: 1 piece Bengkung
KELIMA: 1 Short Bra
10 HADIAH SAGUHATI. .ke 8, 88,108,208,308,....888....Keseluruhan nilai RM8888

SYARAT»»»»»
1. LIKE MY PAGE LAH > Premium Beautiful World & Shikin Success
2. Pakai PREMIUM BEAUTIFUL @ BIO EVER @BIO AURA @BIO ZONE ( bagi mereka yg belum menggunakan produk boleh dapatkan segera dari Shikin 0134234100) BOLEH LEBIH DARI 1 TESTIMONI
3. HANTAR KAN GAMBAR TESTIMONI 3-5 KEPING
4. TESTIMONI ANDA (Menjadi hak utk diterbitkan dlm PAGES SHIKIN dan my blog ) ****ANDA DILARANG KERAS MENGCOPY TESTIMONI ORG LAIN :-)
5. LINK MY PAGES Premium Beautiful World dan Shikin Success dlm Blog atau Pages atau Facebook anda.
6. Siarkan TESTIMONI ANDA dalam blog anda (for bloggers!!!) atau Pages atau Facebook
TAJUK:" GIVEAWAY PREMIUM BEAUTIFUL WORLD TESTIMONI CONTEST RM8888 FROM SHIKIN SUCCESS"
7. LINK MY PHOTO dan TAG MY COVER PHOTO
8. PM YOUR FRIENDS TO JOIN
9. SEND YOUR TESTIMONI TO MY EMAIL
bondasayang@gmail.com

GOOD LUCK!!!!!!
GIVEAWAY ini akan berlangsung sehingga SHIKIN menemui TESTIMONI TERBAIK ATAU TESTIMONI KE 888 yang akan diadili oleh MENTOR MENTOR HEBAT dalam AKADEMI GOLDEN DREAMS.
Keterangan lanjut hubungi SHIKIN 0134234100 @ EMAIL :-) bondasayang@gmail.com

Jom..jom..jom..SIAPA CEPAT DIA PUNYA!!!
Thanks like my page

P/s Jemput hadir ke Majlis Pelancaran Akademi Golden Dreams di MBC SHAH ALAM (BLKG CONCORDE SHAH ALAM) PADA 6/10/2012, JAM 9 PAGI.Bawalah teman.Apa2 call.TQ
0134234100
AMDULILLAH LUMAYAN........las luahan hati Sayang Shikin

Monday, September 24, 2012

Renungan buat dirimu sayang

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

JOM SERTAI AKADEMI GODEN DREAMS. ...HUBUNGI 0134234100 SHIKIN

PENCARIAN MENTEE BERMULA! INGIN MENYERTAI INSAN HEBAT! CEMERLANG!BEEJAYA
HUBUNGI
SHIKIN SAYANG SEGERA

0134234100


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, September 22, 2012

PREMIUM BEAUTIFUL PAKAGE HEBAT UNTUK SLIMMING

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, August 26, 2012

Ziarah Pusara Bonda n Ayahanda

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Sunday, August 19, 2012

Selamat hari Raya Eidil Fitri

IKHLAS DI HARI RAYA
Kita memberi bukan untuk menerima
Menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
Moga tulus, putih dan murni hati kita
Memberi adalah kerana-Nya jua
Tidak mengapa jika tidak dikenang
Asalkan segalanya memberi satu ketenangan
Menyebut kebaikan meragut keikhlasan
Bukan kerana kelebihan kita…
Dalam samar mainan rasa
Kekadang datang jua serpihan bangga
Mengharap adanya balasan
Mendamba hadirnya kemasyhuran

Bukan itu yang diburu sejak mula
Ditagih kasih rasa di depan-Mu saja
Bila terasa segalanya dari-Mu
Rebahlah segala dari kita yang hina
Lalu…ke tika Takbir Syawal bergema…
Muhasabahlah tentang keberkesanan puasa kita
Apakah sudah ada keikhlasan…
di puncak taqwa.
Atau sekadar di pinggiran…
lapar dahaga!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar!
Allah hu Akbar… walillah hil hamd
Oh, syukur kiranya Dikau masih sudi mengizinkan
Kami memuji dan memuja-Mu
Walau dengan lidah dan hati yang berdosa

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, July 21, 2012

Semoga Allah Makbulkan Impianku dan Doaku...AMEEN

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, July 7, 2012

BERAKHIRNYA SEBUAH IKATAN..............


Setelah hampir17 BULAN menganyam impian dan cita2 akhirnya segalanya terlerai jua..ku fikir tempoh 17 bulan  cukup utk kau mengenali siapa diriku..tetapi aku tersilap..segalanya berakhir..
ku doakan dirimu bahagia di sana.aku tetap di sini..kehadiranmu sudah cukup memberi satu tamparan hebat buat diri ku...
dahulu aku menganyam sebuah kepercayaan utk mendapat seorang suami walau aku pernah dikhianati..
kehadiranmu memberi sinar baru buatku..
kau hadir memberiku sebuah keyakinan padaku apa erti sebuah persahabatan...perhubungan...percintaan,
apa itu kemanisan di dalam sebuah persahabatan dengan suami sendiri...
setelah sekian lama aku membuang diri ini jauh dari perkataan cinta itu,
ya..... engkau berjaya meyakinkan aku nilai sebuah persahabatan danpercintaan..
saban hari aku menampal diri ini dengan segala yang engkau janjikan di dalam sebuah perkahawinan...
kepercayaan yg ku letakkan begitu tinggi sehingga aku tidak terfikir bahawa aku akan dikhianati dan tidak akan dikecewakan lagi...
namun takdir Allah mengatasi segalanya,
akhirnya...aku kini berada di nun jauh sebuah lubang yg telah kau ciptakan untuk aku selama membina sebuah ikatan percintaan ini...
aku terjatuh lagi...
aku sakit.....
aku sedih tp segalanya tidak terluah di dada ku....
sekembalinya aku darri Umrah  segalanya terlerai...aku kecundang..
aku mencari diri yang hilang..
semalaman ku berfikir dan meratap sebuah ikatan yg penuh dgn impian dan janji terlerai lagi...
kali ini kali ketiga kurasakan dunia ini seolah2 menghempap diriku...
aku berjanji di dalam diri ini tidak akan aku tangisi segalanya yg terjadi..
airmata ini tidak akan  mengalir walau hatiku begitu pedih sekali..
namun pagi ini kehadiran dirimu menyesakkan lagi kotak fikiranku....
bertalu soalan2 yg kau berikan..bukan aku tidak mahu menjawab tetapi aku rasa begitu takut utk membina ikatan percintaan itu semula..
aku bknlah seorg yg mampu meluah rasa tetapi segalanya tersimpan di hati kecilku...
yg hanya Allah dan aku sahaja yg mengetahuinya..aku tidak mampu meluah kerana aku takut kenyataan yg akan ku terima selepas ini...
maafkan aku hubbyku.....
Takdir kita hanya seketika bersama dalam percintaan ini.
Izinkan aku bahagia.....


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, June 27, 2012

http://www.facebook.com/pages/Beautiful-World-For-You

JOM  PI  LIKE  N SHARE   PAGES  SHIKIN  SAYANG

Sayang  Shikin  jom  pi  LIKE  and SHARE

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, June 23, 2012

Program Cyber Training for Trainer di MBC Shah Alam

Syukur Alhamdulillah  mengikut program pada  hari ini.
Minda JUTAWAN
Semoga  aku  menjadi salah seorang jutawan  hebat..AMIN

Pastikan kita  berubah
Jadi  orang  yang  hebat...kaya
IMPIAN  BESAR..... buat  yang  terbaik
Sale bulan  MEI  RM22 juta

Perjalanan  mengejar  London Paris @ Umrah  telah  berlangsung sebulan....
tinggal  tiga  bulan  lagi

USAHAWAN  JUTAWAN

MEDIUM:
OFLINE:....1)PAMPLET
                2)NAME CARD
                3)STICKER KERETA
                4)BANNER
                5)IKLAN
                6)CONTACT BY CONTACT

ONLINE:  1) FACE BOOK
              2) BLOG
              3) TWEETER  ETC

KUASAI  KUASAI  KUASAI
PROJEK  I KISS POWER TO YOU


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Wednesday, June 20, 2012

Program Seminar Seberang Laut di Medan bersama GM Hai O Mr Teoh..

 Peluang  mengembangkan  sayap.....
 Melebarkan empayar...
 Bersama Mentor Jutawan  kesayanganku
 Bio Ever
 memang  hebat...jadi  Speaker  Bio Ever
 Siap  demo...
 Bukti  yg  nyata  ..MAGIC CREAM
 Keep  moving...
 Apa macam?????
 Syukur Alhamdulillah
 Bersama PT Hai O Indonesia Zulina
 Ehemmmmm.....
 Ehemmmmmm
 Ehemmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
 Romantique  tak??????  dengan GM kesayangan  Mr Teoh..
jom kita  buat  bizness  sbb  dalam  tempoh empat  bulan  ada  insentif  istimewa..ke LONDON dan PARIS  atau  pilihan  ke UMRAH...
Nak  ajak Mr Teoh  pergi  UMRAH..InsyaAllah  Semoga  Allah  kurniakan  hidayah  buat  my lovely  GM Mr Teoh.
Contact  Shikin tau  ...kita  buat  business  sama-sama  +6013 4234100

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in