
Subhanallah tiada perkataan yang dapat digambarkan kerana Allah memberikan akau hadiah yang paling indah yang pernah kuimpikan. Semasa berangkat ke Mekah pada akhir Syawal dan sepanjang berada di Mekah aku beruntung kerana menyambut 13 Zulkaedah di hadapan Kaabah. Subhanallah tiada perkataan yang dapat aku gambarkan . Tiada kek besar , tiada jamuan tapi indahnya memeluk mak sambil mengucapkan terima kasih pada mak kerana lahirkan aku ke dunia dan syukur kepada Allah dengan anugerah yang terindah kerana aku lahir dari pasangan yang sangat bahagia dan baik. Semuanya adalah percaturan yang terindah dari Allah.

Setiap kali pandang gambar ini memang tidak dapat ku fikirkan dengan akal dan mindaku bagaimana berulang kali kami anak beranak tawaf di tingkat satu kerana mak tak boleh tawaaf bersama jemaah lain di bawah di dataran tawaf. Itulah hadiah dari Allah iaitu kekuatan dan nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan buat kami tiga beranak semasa menunaikan haji. Tawaf sunat dan juga menunaikan Umrah.Semasa hajiaku tak banyak buat Umrah sebab kasihankanadik dan mak sebab mak sakit bila naik kerusi roda dan adik pula melecek paha sebab ihram lelaki tak boleh pakai seluar panjang. Tapi semasa di Mekah ujian Allah tak kala aku sedih saangat bilatengok orang lain pergi menunaikan Umrah acapkali dan sampaikan satu hari aku menangis sebab keinginan ku utk pergi mengerjakan umrah tak tercapai sbb adik tak nak temankan ke Tanaim. Memang menangis macam budak budak...."Mak doakannanti Kin datang lagi buat haji dengan suami Kin" InsyaAllah..itulah doa mak buat ku.
Akulah anak emak dan ayah yang paling bertuah kerana dapat bersama menunaikan haji dengan emak dan sentiasa bersama dengan ayah di hatiku kerana setiap kali mengerjakan umrah pasti akan aku tunaikan umrah sunat buat ayah, mak dan individu lain . Aku bersyukur kerana aku diberikan rahmat yang tak terhingga oleh Allah.
Ya Allah tambahkanlah nikmat ini buatku dan berikanlah jua nikmat ini buat hubbyku, seluruh ahli keluargaku, guru-guruku, anak didikku, sahabatku, jiranku dan muslimin muslimat. bertuahnya aku anak ayah dan mak ...beruntungnya aku kerana lahir dari kedua ibu bapaku yang telah dijodohkan sejak mereka belum lahir....Berkatnya perkahwinan mak dan ayah yang mengikut sunnah perkahwinan Rasulullah SAW di mana mereka dinikahkan pada 4 Syawal manakala perkahwinan Rasulullah SAW dan Saidatina Aishah pada 3 Syawal...
Anniversary mak dan ayah
4 Syawal 1387
4 Januari 1968
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
No comments:
Post a Comment