Selamat Harijadi Buat Diriku
HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! HAPPY BIRTHDAY TO ME!!! Haaaaa jangan tanjat ye boboy dan gegurl semua... Bonda memang suka nyanyi lagu harijadi untuk diri sendiri.. Bukanlah niat nak perasan ke apa cuma nak sedarkan...diri dah semalin bertambah remaja
Setiap tahun....nyanyi sendirilahkan....
hehehehe......
sweet.....
cool
awaresome
Alhamdulillah
Alhamdulillah
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْتَحْفِظُكَ وَنَسْتَوْدِعُكَ (سبوتكن نام اورغ يغدراعيكن) وَدِيْنَنَا وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَنَا وَأَهْلَنَا وَأَوْلاَدَنَا وَأَمْوَالَنَا وَبِلاَدَنَا وَدِيَارَنَا وَكُلَّ شَيْءٍ أَعْطَيْتَنَا. اَللّهُمَّ اجْعَلْنَا وَإِيَّاهُمْ فِي كَنَفِكَ وَأَمَانِكَ وَعِيَاذِكَ وَجِوَارِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ وَذِى عَيْنٍ وَذِى بَغْىٍ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى شَرٍِّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اَللّهُمَّ حِطْنَا بِالتَّقْوَى وَالإِسْتِقَامَةِ وَأَعِذْنَا مِنْ مُوْجِبَاتِ النَّدَامَةِ فِي الْحَالِ وَالْمَألِ إِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَآءِ. اَللّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الأُمُوْرِ كُلِّهَا وَأَجِرْنَا مِنْ خِزْىِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الأخِرَةِ.
اَللّهُمَّ أَيِّدْ وَمَتِّعْ وَاهْدِ وَوَفِّقْ وَاحْفَظْ وَارْعَ (hjh noor ashikin bt hj shahrom ) وَانْشَأْهَا نَشْأَةً صَالِحَةً وانْبِتْهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَأَتِهَا رُشْدَهَا وتَقْوَاهَا فِي الدَّارَيْنِ. اَللّهُمَّ أَصْلِحْ شَأْنَهَا وَأَحْسِنْ أَخْلاَقَهَا وَزَيِّنْ نَفْسَهَا بِنُوْرِ الإِيْمَانِ وَامْلأْ قَلْبَهَا بِالتَّقْوَى وَالإِسْتِقَامَةِ وَاجْعَلْهَا بَارًّا لِوَالِدَيْهَا غَيْرَ عَآقٍّ لَهُمَا وَاجْعَلْهَا مِنَ الصَّالِحاَتَِ وَاكْفِهَا شَرَّ الْحَاسِدِيْنَ.
اَللّهُمَّ اَتِ نُفُوْسَنَا وَإِيَّاهُ تَقْوَاهَا وَزَكِّهِ وَأَنْتَ خَيْرَ مَنْ زَكَّاهُ، أَنْتَ وَلِيَّهُ وَمَوْلاَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
اَللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْخَيْرَ وَاجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الْخَيْرِ وَأَنْ تُعَامِلَنَا مُعَامَلَتَكَ ِلأَهْلِ الْخَيْرِ وَأَنْ تَحْفَظَنَا وَتَحْفَظَ (سبوتكن نام اورغ يغ دراعيكن) مِنْ كُلِّ سُوْءٍ وَمِحْنَةٍ وَفِتْنَةٍ وَضَيْرٍ، إِنَّكَ وَلِىُّ كُلِّ خَيْرٍ وَمُتَفَضِّلٌ بِكُلِّ خَيْرٍ وَمُعْطِى كُلَّ خَيْرٍ، اَللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي أَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوْبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.
رَبِّ أَوْزِعْنَا أَنْ نَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيْنَا وَعَلَى وَالِدِيْنَا وَأَنْ نَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنَا بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا، رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيْمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءَ، رَبَّنَا اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ.
رَبَّنَا أتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Ertinya:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih.
Segala pujian untuk Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, bahawa sesungguhnya kami mohon pemeliharaanMu dan penjagaanMu.... .BUAT HJH NOOR ASHIKIN BT HJ SHAHROM , terhadap agama kami, keimanan kami, diri kami, ahli-ahli keluarga kami, anak-anak kami, harta-benda kami, negeri kami dan kediaman kami serta segala sesuatu yang Engkau telah kurniakan kepada kami. Ya Allah, mohon jadikan kami dan segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam kawalanMu, di dalam keamananMu, di dalam dampinganMu dan di dalam lindunganMu daripada syaitan yang derhaka lagi degil itu dan daripada bencana �ain (tikaman pandangan mata yang merbahaya) dan daripada yang mempunyai kezaliman serta daripada kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan. Bahawa sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Ya Allah, mohon teguhkan kami dengan ketakwaan dan kekuatan pendirian di jalan yang lurus dan mohon lindungi kami daripada yang membawa kepada penyesalan di dunia dan di akhirat bahawa sesungguhnya Engkau adalah Maha memperkenankan segala doa. Ya Allah, perbaikilah hasil urusan kami dan jauhkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat.
Ya Allah, bantulah, panjangkanlah umur, berikanlah petunjuk serta peliharakanlah dari perkara yang haram....(BUAT HJH NOOR ASHIKIN BT HJ SHAHROM) dan bentuklah ia dengan perkembangan yang sihat dan suburkanlah ia dengan kehidupan yang baik dan berikan padanya petunjuk dan ketaqwaan di dunia dan akhirat. Ya Allah, perbaikilah dirinya dan akhlaknya, hiasilah jiwanya dengan cahaya keimanan dan penuhi hatinya dengan ketaqwaan serta berpendirian teguh. Dan jadikan ia seorang yang berbakti kepada kedua ibubapanya bukan seorang yang derhaka terhadap keduanya, dan jadikannya dari kalangan orang-orang yang salih. Dan hindari ia dari orang-orang yang berhasad dengki.
Ya Allah berikan pada jiwa-jiwa kami ketaqwaan kepadaMu dan sucikannya, Engkaulah sebaik-baik Zat Yang Menyucikan jiwa. Engkaulah Pelindung dan Penolongnya,, Wahai Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian alam.
Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang baik, dan Engkau berurusanlah dengan kami seperti Engkau berurusan dengan orang-orang yang baik, dan Engkau peliharalah kami dan ia.....BUAT HJH NOOR ASHIKIN BT HJ SHAHROM daripada segala keburukan, ujian, fitnah dan kemudharatan. Ya Allah berkatilah bagi kami pendengaran kami, penglihatan kami, hati-hati kami, isteri-isteri kami, zuriat keturunan kami, dan terimalah taubat kami sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhan kami, ilhamkan kami supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan pada kami dan kepada kedua ibubapa kami, dan supaya kami tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai. Dan masukkan kami dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan orang-orang yang salih. Ya Tuhan kami kurniakanlah kami dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami yang menyenangkan hati kami melihatnya dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. Wahai Tuhan, jadikan aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami perkenankanlah doa kami. Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibubapaku serta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
Ya Tuhan kami, mohon kurniakan kepada kami kebaikan hidup di dunia dan kebaikan hidup di akhirat dan mohon selamatkan kami daripada azab api neraka.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam.
AAMEEN YA RABBAL ALAMEEN
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin