|
kenangan indah bersama DAO |
No. 1 KEKUATAN FOKUS
[Tidak sesuai untuk dibaca oleh orang yang tidak ingin berimpian]
Kita dilahirkan di dunia ini bukan untuk hidup tanpa matlamat diri malah kita semua dilahirkan untuk
memiliki impian tanpa henti. Kita mempercayai bahawa di dalam diri terdapat satu kekuatan istimewa yang
mampu membawa perubahan kehidupan diri dan orang lain kepada perubahan yang lebih baik lagi.
Sekarang bayangkan sejenak bentuk kehidupan yang kita impikan selama ini, adakah impian ini
mampu bertukar menjadi realiti hidup atau hanya mainan fantasi?
Malangnya bagi ramai di antara kita, impian yang dinanti-nantikan telah diliputi dengan kekecewaan
rutin hidup seharian sehinggakan kita hilang minat berusaha untuk menaklukinya. Hari berganti hari berlalu,
keinginan bagi mengubah masa depan menjadi lebih baik mula terhakis sedikit demi sedikit sehingga akhirnya
impian yang ingin digapai lenyap begitu sahaja.
Tiada impian untuk dimiliki maka tiada lagi keyakinan diri
untuk berimpian lagi di lain hari. Impian terkubur di dalam diri selamanya.
Saya tidak mahu impian disia-siakan, saya berhasrat kehidupan saya ini dapat membantu semua orang bagi
mencetuskan impian kembali di dalam diri dan menjadikannya satu kenyataan hidup. Saya ingin mengingatkan
semua orang bahawa mereka masih mempunyai kekuatan istimewa yang tidak terbatas di dalam diri, dan
ianya akan bangkit semula bila mereka benar-benar memahami cara penggunaan sebenar kekuatan ini. Dan
saya akan bantu tunjukkan bagaimana untuk membangkitkan, memahami dan menggunakan kekuatan yang
ada dan selaraskannya dengan impian yang ingin dimiliki.
AO Tribe 19
KEKUATAN FOKUS
Terdapat beberapa kekuatan yang kita perlu pelajari,
antara kekuatan yang saya akan kongsikan kali ini
adalah ‘kekuatan fokus’. Ramai yang masih tidak
menyedari bahawa kita mampu mereka-bentuk gaya
kehidupan apabila kita berjaya memfokuskan seluruh
sumber hidup yang ada ke satu arah yang ingin dituju.
Daya tumpuan dan kawalan fokus secara konsisten
merupakan intipati utama bagi membina kekuatan
fokus diri. Kedua-dua ini akan membantu penambahbaikan
dalam apa-apa sahaja gaya kehidupan yang
dipilih dan ianya akan membentukkan kehidupan
menjadi lebih unik dan istimewa.
Salah satu sebab mengapa hanya segelintir sahaja
di antara kita berjaya mencapai tahap ini adalah
kerana kebanyakkan kita tidak pernah menjuruskan
daya fokus ke arah potensi diri yang ada. Ramai yang
tidak begitu serius dalam menguruskan kehidupan
dan tidak pernah cuba untuk menguasai sesuatu gaya
kehidupan dengan sempurna. Dan saya percaya ramai
yang gagal dalam mencapai kehidupan diimpikan
kerana mereka terlalu fokus serta menguasai
perkara-perkara kecil yang tidak memberi kesan
besar ke atas kehidupan. Mereka sepatutnya
menumpukan perhatian kepada satu-satu perkara
utama yang benar-benar perlu dikuasai dan memberi
impak besar kehidupan secara maksimum.
#1 : MEMAHAMI FOKUS ANDA
Saya pernah lalui masalah ini, dan seringkali
mengalah apabila wujud kesangsian di hati sama ada
benda yang difokus ini akan menguntungkan atau
sebaliknya. Saya mula cek diri, saya dapati saya
mempunyai masalah untuk memahami apakah
sebenarnya yang saya perlu fokus. Saya mula
mengambil pen dan kertas, saya cuba tulis perkara
pertama yang saya perlu fahami iaitu ‘memahami
apakah sebab utama saya lakukannya’. Bunyi soalan
kelihatan agak senang tetapi bagi saya adalah
sebaliknya. Soalan ini merupakan kunci emas
kehidupan saya. Jika saya tidak jumpa jawapannya
maka saya akan tersekat di tahap ini selama-lamanya.
BAGAIMANA
MENGUASAI FOKUS
20 AO Tribe
#2 : MENELITI PERBEZAAN
KUALITI HIDUP ANTARA ORANG
BERJAYA, ORANG BIASA DAN
GAGAL
Kehidupan saya mula berubah, kekuatan fokus saya
terus meningkat dipacu laju bagi mencari jawapan
kunci emas ini. Kehidupan orang yang sudah berjaya
menjadi sasaran penyelidikan, saya cuba meneliti
apakah perbezaan kualiti hidup antara orang berjaya,
orang biasa dan orang gagal. Bagaimana orang
yang hidup serba kekurangan boleh mencipta gaya
kehidupan yang gemilang manakala orang hidup
serba mewah boleh berakhir dengan kehidupan yang
kecundang? Apakah pengajaran yang dapat dipelajari
dan apakah amaran kehidupan yang patut dihindari?
Rahsia kehidupan yang bermanfaat dan bermakna?
#3 : MENCARI
TUJUAN KEHIDUPAN
Soalan demi soalan kehidupan saya cuba fahami,
akhirnya segala soalan ini berjaya diselesaikan
dengan satu keputusan yang konkrit. Saya membuat
keputusan bahawa saya akan menggunakan
kehidupan ini untuk melakukan seberapa banyak
sumbangan (menambah nilai) yang kekal kepada
kehidupan orang lain walaupun saya tidak wujud di
dunia ini lagi. Saya berharap sumbangan ini akan
menjadi bekalan di akhirat di kemudian hari.
Saya mula memberi fokus kepada potensi
diri yang ada, kerana saya tahu dengan potensi diri
ini saya akan dapat merealisasikan fokus utama saya
iaitu menambah nilai kehidupan orang lain. Hari ini,
saya berjaya membangkitkan kekuatan istimewa
kerana dapat berkongsi idea dan perasaan bersama
ratusan ribu orang melalui seminar, buku, video dan
media sosial. Ramai yang telah berjaya mencapai
status jutawan dengan perkongsian ilmu dan
pengalaman saya. Saya rasa sangat bertuah kerana
diberi peluang untuk lakukan yang terbaik dalam
setiap perkongsian yang disampaikan. Saya rasa
sangat bersyukur dan teruja kerana di sebalik
perkongsian, saya juga dapat mempelajari sesuatu
yang amat bermakna daripada perubahan kehidupan
murid saya ini.
Saya mencabar anda, cuba cari kekuatan
fokus anda kemudian tumpukan segala tenaga dan
usaha kepadanya. Saya berani jamin kehidupan
anda pasti terpaksa berubah kepada tahap yang lebih
baik jika anda berjaya memaksimumkan kekuatan
istimewa ini.
Jangan tunggu lagi, cepat cari!
http://aotribe.com.my/download/Majalah%20AO%20Tribe%20Edisi%20Mei%20%2312.pdf?inf_contact_key=dff4442a238f2d1ff71de8100db35a2be787c4aa13e6402a5e0ee92ff62ff8f1
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin