Sebuah karya reflektif yang mengangkat perjalanan seorang wanita yang melalui kehidupan sebagai anak nombor dua dan kemudiannya sebagai isteri kedua. Melalui pengalaman peribadi, penulis menelusuri makna di sebalik gelaran "nombor dua" yang sering dikaitkan dengan kedudukan kedua, namun sebenarnya sarat dengan hikmah, ketabahan dan proses pendewasaan. Disokong oleh perspektif psikologi urutan kelahiran, nilai-nilai Islam serta renungan kehidupan, buku ini mengajak pembaca melihat bahawa nilai seseorang bukan ditentukan oleh giliran atau kedudukan, tetapi oleh kekuatan hati, ilmu, iman dan amal. Buku ini ditujukan kepada sesiapa yang pernah berasa berada di belakang, terpinggir atau sekadar "pilihan kedua". Ia membawa mesej bahawa di sebalik setiap posisi yang Allah tetapkan, tersembunyi ruang untuk bertumbuh, menemukan makna dan akhirnya melangkah dari bayangan menuju cahaya.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
.jpg)


.jpg)

.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment