kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (156) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (53) keluargaku (49) BUKU (48) Penulisan (47) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) BUKU SOLO (17) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) katalog buku (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) BEDAH BUKU (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) penerbitan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) pakistan (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, August 16, 2010

Air oh air....Labuan

Dah masuk hari ke 10 aku berada di Kolej Matrikulasi Labuan.. sejak hari pertama aku tiba masalah yang paling ketara adalah masalah air di catu. Kesian kat aku yang memang perlukan banyak air ni. Alahai setiap hari kena  simpan air sebab kalau silap haribulan memang tak baik kena guna tisujelah...ha..ha..ha ambik ko Shikin .

Teringat aku masa pergi Shenzhen  beberapa waktu lepas..sentiasa bekal air dalam beg sandang untuk ke toilet dan siap tisu basah banyak-banyak. Alamatnya masa kat labuan kalau waktu pejabat kena bawalah macam kat Shenzhen juga sebab mengelakkan aku terpaksa berlari balik ke rumah setiap hari jam pukul 10.30 pagi..hai perut nak kena ajar disiplin baru kat Labuan ni.

Sebelum ni kalau kat kedah aku memang disiplinkan diri untuk ke sungai kecil atau besar (bersopan sikit) setiap empat jam tapi sekarang bulan puasa  sistem ni dah berubah sikit jadi alamatnya aku kena reframing balik. ...aduh susahnya kalau tak ade air...silap aku juga makan pedas sangat masa sahur tadi jadi perutni pun memang meragamlah....sabar..sabar.. reframe...reframe.

Semasa aku meninjau kawasan Labuan aku tengok setiap rumah mesti ada tangki air besar dan kat apartment kami pun ramai letak  tangki air extra rupa-rupanya masalah dicatu air. air kat Labuan ni di bawa masuk dari Sabah gunakan feri..wah..dasyat sungguh..Inilah pengalaman hidup yang tidak boleh aku bayar dengan duit ringgit.

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

* MENCARI DAN MEMPERBAIKI KEBURUKAN DIRI*

 *Firman ALLAH SWT bermaksud: ALLAH tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. ( Surah Al Imran : 117 )
ULASAN AYAT :

1. ALLAH SWT tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA, yang menzalimi  diri sendiri adalah manusia. Manusia sering mengangap keburukan yang  dilihat dan terjadi kepada dirinya sendiri adalah perbuatan ALLAH. Sedangkan segala kerja ALLAH baik ataupun buruk hasilnya adalah kebaikan, dan manusia perlu melihat perkara ini dengan penuh kesedaran. Tapi kita sering menyalahkan Allah apabila kita berdepan dengan perbagai permasalahan berpunca dari kelemahan diri kita sendiri.

2. Justeru, apabila ALLAH menginginkan seseorang itu menjadi baik maka DIA akan menjadikan seseorang itu sibuk terhadap keburukan pada dirinya sendiri, bukan sibuk mencari keburukan orang lain. Hitunglah kesalahan diri kita sendiri sebelum kita melihat keburukan orang lain.

3. Apabila seseorang itu mengetahui dan mengesan tentang kesalahan atau penyakit yang dihadapinya maka mudahlah baginya untuk meninggalkan dan mengubati sakit yang dihidapinya. Ubatilah sakit dalam diri kita dengan zikir dan ayat-ayat Al Quran. sSesungguhnya  Al Quran itu adalah penyembuh yang paling mustajab.

4. Untuk menyedari dan menjadi seorang yang sentiasa bermuhasabah dengan diri sendiri, seseorang itu hendaklah sentiasa duduk bersama seorang GURU yang bijaksana dalam mendidik jiwa. Bergurulah dengan  guru yang dapat berinteraksi dengan kita dan jangan sesekali kita ego dan tidak mahu bertanya atau berguru. jangan sekadar berguru dengan buku atau pembacaan kerana ia boleh menyesatkan kita.

5. Seterusnya seseorang itu juga perlu kepada seorang sahabat yang dipercayai lagi suka membetulkan kesalahan kita serta baik ilmu agamanya. Pilihlah sahabat kerana pesan Rasululullah kalau kita berkawan dengan pembuat minyak wangi  harum nya akan terpalit pada kita dan seandainya kita bersahabat dengan tukang besi terpercik baranya pada kita. Fikir-fikirkanlah.

6. Perlu selalu mengambil manfaat dari kesalahan dan keaiban diri daripada kritikan orang lain terhadap diri kita. Menerima teguran daripada orang yang bersalahan daripada kita lebih menzahirkan keburukan diri
untuk diperbaiki berbanding daripada orang yang menyayangi kita.

7. Kita juga hendaklah bergaul dengan masyarakat dengan melihat apa yang berlaku untuk dijadikan pengajaran dan pengalaman terhadap diri kita sendiri.inilah yang kadang-kadang kita lupa untuk bermasyarakat..Shikin pun sama juga kadang-kadang tu terlalu banyak bersendiri dan menghabiskan masa dengan dunia cyber sehingga lupa nak bermasyarakat. Bulan ramadhan ni baiknya solat terawikh di surau atau masjid supaya dapat bermasyarakat.

8. Sesungguhnya untuk menjadikan diri baik bukanlah dengan melihat kebaikan diri sendiri, kerana ianya boleh menjatuhkan diri ke dalam kebinasaan hati, malah untuk menjadi baik kita perlu selalu melihat dan mencari kesalahan diri untuk diperbaiki. Terlalu banyak kesalahan dalam diri ini. Semoga Allah membei petunjuk untuk diri Shikin membetulakn kesalahan diri ini. Amin.

WALLAHUALAM.



:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Dalam hidup ini, hendaknya disedari bahwa......

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang iklas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada, kerana
walaupun tergenggam boleh lepas juga
Ingat pada pepatah:
Jika anda tidak memiliki apa yang anda sukai, maka sukailah apa yang anda miliki saat ini
Belajarlah menerima apa adanya dan berfkirlah positif....

Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana,harta benda tak terhitung,kedudukan dan jabatan yang luar biasa,
namun....
ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarumpun tak bisa dibawa pergi
sehelai benangpun tak bisa dimiliki
Apa lagi yang hendak diperebutkan
Apa lagi yang hendak disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu berkira
jangan hanya hendak menang sendiri
jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa kepada kita
Belajarlah bahwa tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa...
Tak ada yang tak boleh diikhlaskan. ..
Tak ada sakit hati yang tak boleh dimaafkan...
Tak ada dendam yang tak boleh terhapuskan. ..
Ikhlaskanlah dalam setiap perbuatan
Semoga keikhlasan itu memberi kita keberkatan


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

(Dipetik dari kiriman Alumni :Untuk dikongsi bersama)
Apa yang diceritakan oleh sahabat saya ( kisah benar )

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikatantarabangs a sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% dihati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat "Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu.Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.
Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja.Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya. Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu.Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

P/s: ianya membuatkan hati ini sangat sayu mengenangkan nasib diri apakah ibadah diri ini diterima Allah SWT. Adakah aku ikhlas dengan orang sekelilingku selama ini.
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Renungan

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam" (Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Friday, August 13, 2010

Dah seminggu

Pejam celik..pejam celik ...pejam celik dah seminggu di Labuan ni.... Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan ku semoga setiap apa yang aku lalui akan dipermudahkan oleh Allah SWT. semoga perjalanan dan perjuangan ku ini hanya kerana Allah SWT. Hanya kerana Allah aku melalui semua perjalanan dan perubahan  ini.

Dah dapat pejabat baru,
Dah dapat rumah untuk tinggal
Dah dapat klien kelompok
Dah dapat klien Individu
Dah dapat kawan baru
dan apa yang  berubah di KML aku dipanggil MISS HJH NOOR ASHIKIN... kira rasa muda lah dan aku panggil pelajar Girls and Boys....dan  mereka panggil pensyarah SIR, Madam dan Miss...jadi ini perubahan barulah...
dan apa yang penting Alhamdulillah dah sembuh dari demam dan selsema. Alhamdulillah

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

SALING MENGINGINGATKAN DIANTARA KITA:

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat & yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi saw itu adalah:

*Pertama, Tahajjud, karena kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
*Kedua, membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
*Ketiga, Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karena masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
*Keempat, Jaga shalat Dhuha, karena kunci rezeki terletak pada shalat dhuha.
*Kelima Jaga Sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
*Keenam Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu shalat walau ia sedang tidak shalat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
*Ketujuh Amalkan Istighfar setiap saat. Dengan istighfar, masalah yang terjadi karena dosa kita, akan dijauhkan oleh Allah.

Mengingatkan diri sendiri yang selalu lupa....
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Doa ketika Wanita didatangi Haid...

Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A. diambil daripada kitab yang bernama Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi


"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:

ALHAMDULILAHI 'ALA KULLI HAALIN, WA ASTAGFIRULLAHI MIN KULLI ZANBIN

(maksudnya) Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.-maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam  akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya

:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

Khutbah Nabi saw mengenai Ramadhan

Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan ALLAH dengan membawa berkat, rahmat dan keampunan. Inilah bulan yang paling afdhal di sisi ALLAH. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling afdhal. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling afdhal. Detik-detiknya adalah detik-detik yang paling afdhal.

Inilah bulan di mana kamu semua diundang menjadi tetamu ALLAH. Inilah bulan di mana kamu semua dimuliakan olehNYA. Di bulan ini nafas-nafasmu dihitung sebagai tasbih. Tidurmu dihitung sebagai ibadah. Amal-amalmu diterima. Doa-doamu dimakbulkan.

Bermohonlah kepada TUHANmu dengan niat tulus dan hati yang suci agar DIA membimbingmu ketika menjalani puasa dan membaca KitabNYA yang mulia.

Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan ALLAH di bulan yang agung ini.

Kenanglah kelaparan dan kehausan di hari kiamat ketika kamu rasa lapar dan dahaga ketika berpuasa di bulan ini. Bersedekahlah kepada faqir dan miskin. Muliakan orang yang lebih tua dari kamu. Sayangi yang lebih muda dari kamu. Sambungkanlah tali persaudaraan sesama ummah.

Jaga lidahmu. Tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang. Tahanlah telingamu dari apa yang tidak halal didengar.

Kasihilah anak-anak yatim, nescaya anak-anak yatimmu dikasihi manusia setelah kematianmu.

Bertaubatlah kepada ALLAH dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu solatmu. Itulah saat yang paling utama kerana ketika itulah ALLAH AZZA WA JALLA memandang hamba-hambaNYA dengan penuh kasih sayang. DIA mendengar kita ketika kita berbisik-bisik (munajat) kepadaNYA. DIA datang kepada kita ketika kita memanggilNYA. DIA mengabulkan doa-doa kita ketika kita berdoa kepadaNYA.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai kerana perbuatanmu. Bebaskan dirimu dengan banyak-banyak memohhon ampun (beristighfar) kepadaNYA. Bahumu berat menanggung beban dosa-dosamu. Dengan itu, ringankanlah bebanmu dengan bersujud lama-lama. Ketahuilah! Sesungguhnya ALLAH SWT bersumpah dengan kemuliaanNYA bahawa DIA tidak akan menyiksa orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang bersujud. DIA juga bersumpah bahawa DIA tidak akan menghumban mereka ke dalam api neraka pada hari manusia dibangkitkan menuju TUHAN sekalian alam.

Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi buka (ifthar) kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi ALLAH nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba. Dia juga diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabat ra bertanya : “Ya RasulALLAH! Tidak semua kami mampu berbuat demikian”. RasulULLAH saw bersabda : “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan setengah belahan buah kurma. Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun dengan seteguk air. Sesungguhnya ALLAH SWT tetap memberi pahala kepada orang yang beramal walaupun sedikit amalnya, jika ia benar-benar tidak mampu melakukan lebih dari itu.”

Wahai manusia! Siapa yang memperindah akhlaknya di bulan ini, ia akan berjaya melintasi Sirat pada Hari Qiamat ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan beban pekerjaan pembantu dan pegawainya di bulan ini, ALLAH akan meringankan beban hisabNYA di Hari Qiamat. Barang siapa menahan keburukannya di bulan ini, ALLAH akan menahan murkaNYA pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, ALLAH akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini ALLAH akan menghubungkan dia dengan kasih sayangNYA pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim di bulan ini, ALLAH akan memutuskan ia dengan kasih sayangNYA pada hari ia berjumpa denganNYA.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, ALLAH akan mencatat baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu, baginya ganjaran 70 kali solat fardhu di bulan yang lain. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, ALLAH akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa membaca satu ayat Al Quran di bulan ini, ganjarannya seperti mengkhatam al Quran pada bulan lainnya.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlah kepada TUHANmu agar pintu-pintu syurgaNYA tidak akan tertutup bagimu sampai bila-bila. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup bagimu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlah kepada TUHANmu agar pintu-pintu lubang neraka akan terus tertutup bagimu sampai bila-bila. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlahlah kepada TUHANmu agar syaitan-syaitan tidak akan lagi menguasaimu sampai bila-bila.

Amirul mukminin ‘Ali bin Abi Thalib kw berkata : “Aku berdiri dan berkata : “Ya RasulALLAH! Apakah amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi saw : “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan ALLAH SWT.”


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin

In sya Allah you might find this useful.

 I came across this checklist by chance, unfortunately I do not know whom to give the credits for it, but I thought I might share it with the readers of my blog.
1. Make a resolve to win the maximum favour of Allah: perform extra voluntary prayers (Nawaafil), make frequent Du'a and increase remembrance (Dhikr).
2. Try to recite some Qu'ran after every Prayer. In fact if you read 3-4 pages after every Prayer you can easily finish the entire Quran in Ramadan! Study the Quranic Tafseer (commentary) every morning.
3. Invite a person you are not very close with to your home for Iftar, at least once a week. You will notice the blessings in your relationships!
4. Bring life to your family! Everyday, try to conclude the fast with your family and spend some quality time together to understand each other better.
5. Give gifts on 'Eid to at least 5 people: 2 to your family members, 2 to your good friends, and 1 to a person whom you love purely for the sake of Allah.
6. Commit to an Islamic study circles to enhance your Islamic knowledge and practice. Plan to complete reading a book on Prophet Muhammad’s (pbuh) life in these 30 days.
7. Donate generously to the masjid, Islamic organizations, and any where people are in need. "This is a month of sharing!"
8. Share Ramadan and its teachings of love & patience with your neighbours.
9. Initiate a project to promote or revive a ‘forgotten’ social cause in the Muslim and non-Muslim community: fight against racism, AIDS, drugs, cancer, smoking…etc
10. Did you know, our society, which constitutes only 20% of world’s population, actually consumes 80% of world’s resources! Volunteer at food bank or Anti-Poverty campaign, while fasting!
11. Seek the rare and oft-neglected rewards of 'the night better than a 1000 months', Laylatul-Qadr.
12. Weep in private for the forgiveness of your sins: It is the month of forgiveness and Allah's Mercy! It's never too late.
13. Learn to control your tongue and lower your gaze. Remember the Prophet's warning that lying, backbiting, and a lustful gaze all violate the fast! Abandon foul language forever.
14. Encourage others to enjoin and love goodness, and to abandon everything evil. Play the role of a Da'ee (one who invites to Allah) with passion and sympathy.
15. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night and devote yourself purely and fully to Allah in the I'tikaf retreat during the last 10 days of Ramadan.




:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in