kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (55) BUKU (51) Penulisan (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) Aku Banggali (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) penerbitan (8) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, September 2, 2013

CHAPTER 26: UK 232........PERJALANAN PENGAJIAN BERGELAR MAHASISWA DI UPM TERENGGANU ( 1 JUN 1996- 30MEI 1999)

 1 JUN 1996 aku bergelar mahasiswa setelah layak memasuki Universiti Putra Malaysia (Kampus Terengganu) ini lah detik perjalananku jatuh bangun dalam universiti.......walaupun aku masuk universiti agak lewat tapi inilah percaturan dan perancangan dari Allah SWT.
Masuk universiti setelah kakak Normishah dan adikku Noorhayati tamat pengajian mereka..itulah percaturan Allah bila Allah menjemput arwah ayah kami pada ketika dan saat kami sangat memerlukannya. Setelah berkhidmat selama tiga tahun enam bulan terus Allah berikan rezeki buatku untuk melanjutkan pelajaran. Syukur dengan nikmat ini. Alhamdulillah menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang.... walaupun kseluruhannya aku hanya dapat Kepujian Kelas Kedua Atas (Second Class Upper) dengan mata CGPA 3.43 itu sudah memadai buat diriku.

Sepanjang pengajian dapat empat kali Kepujian Dekan dan merasa nikmat menjadi pelajar cemerlang..Semua ini adalah berkat doa ibu dan bapa serta guru-guruku yang tercinta yang lebih mengenal potensi diriku....Sebab masa belajar di sekolah aku ni kan spesis malas baca buku....buku ulat buku lah ...tapi syukur dengan akal yang cerdik yang Allah kurniakan.
 Sepanjang di UPMT ramai sahabat sahabat baru yang ku kenali dari seluruh Malaysia tapi yang paling rapat dengan ku kalau dari kalangan ex teacher Halawiah @Chek, Murniyati@Neng, Fatimah Norlia, Ng Ai Ching,Rosmenam ,Lie Wahab, Along CAJ , Hasrul, Pak Ya dan Basri..Kalau geng fresh yang rapat Aishah, Salhasniza, Lenny, Shikin Q, dan Liza.Memang kehidupan di kampus banyak cabaran dan dugaannya....termasuklah fitnah, dengki mendengki dan macam macam lagi kehidupan mahasiswa. bezanya kami ex teacher ni lebih mewah sikit berbanding dengan yang fresh dan ex diploma. Ada masa berbaik ada masanya dingin dan ada masanya tegang....itu semua asam garam hidup di kampus. Semester pertama tinggal dalam kampus dengan geng Sabahan serumaah. Semester kedua menyewa sendiri dengan Rosmenam. Semester keempat menyewa seorang diri . Semester lima tinggal bertiga dengan Chek dan Neng.Semester terakhir tinggal bertujuh dengan Chek&Murni,Neng& Lenny dan Aishah dan Salhasniza. Pelbagai cabaran masa kehidupan di semester terakhir. tapisemua itu hanyalah kenangan. Syukur Alhamdulillah sehingga hari ini hubungan masih kekal yang berbeza hanya jarak dan komitment masing-masing yang telah lama terpisah.
 Kisah cinta di kampus memang gila.....hahahahahah antaranya yang paling tak boleh dilupakan dalam hati dan fikiran ini selamanya ....Razarudin Ibrahim....kelakar dann sangat kelakar..Razarudin ni senior di UPMT n memiliki semua quality yang diidamkan oleh perempuan solehah dan tapi memandangkan ketika itu mungkin aku ni tak cukup se solehah jadi ianya hanyalah tinggal kenangan. Kalau nak cerita di sini memang melucukan...ada tak perempuan berani pinang lelaki....inilah yang perkara paling gila pernah aku buat iaitu pergi meminang si Razaruddin ni .....memang kerja gila tapi ini betul betul kenangan manis sebab masa itu ...aku warded kena serang tebuan n dapat idea tulis surat kat dia n yang jadi posmennya Aishah....dan memanglah katapun cinta kampus...Aku bertanya dan dia dengan sopan memberikan jawapan......dengan menghantar surat jawapan ke tiga tempat..1. Kampus, 2.Alamat rumah dan 3. Rumah Sewa....hahahahahaha. Surat tu kuterima seminggu sebelum bercuti sebulan pergi menunaikan UMRAH. itu lah sebabnya semasa pergi umrah bayangan Razaruddin sentiasa menbayangiku...kenangan oh kenangan semuanya tinggal kenangan.

Masa di kampus aku juga rapat dengan adik adik dari  kursus lain seperti Hashimi, Idham dan juga lecturer kesayanganku Cik Din atau Dr Din. memang kami sangat rapat dan aku memang baik dengan Cik Din sebab dia anggap aku ni macam adik dia dan kadang kala tu boleh sembang dengan dia macam abang sendiri. Tapi biasalah bila terlalu rapat ada lah yang sakit hati dan pernah juga kami difitnah dan dilagakan.Tapi Alhamdulillah semua itu hanyalah permainan dalam kampus..cinta kampus memang kelakar....
 Semasa di kampus tempat study aku tak sama denganorang lain.....aku study tepi pantai bukan dalam library. Study tepi pantai sambil dengar rakaman suara lecturer dan juga nota toyol sendiri. tak da bawa buku dan sebagainya.Smart study dan santai. Sambil balik makan kopok losong n ikan celup tepung...tak pun sup tulang gear box kak Mah Tok Jembal.  memang santai sungguh belajar di universiti tepi pantai. Dalam kelas kalau waktu lecturer mengajarpun nampak lambaian laut...Kenangan paling indah boleh naik Kapal Laut UPM masa tu belum jual...aku dan Shiqin Q yang secara kebetulan haritu lepak tepi pantai dipelawa lecturer Merine Science pergi ke kapal....memang indah.
 Sehinggalah praktikum di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman , Kuala Terengganu, terengganu di bawah bimbingan En Sabri dan juga Pensyarah Cik Rohani Mat Min yang dikatakan lecturer yang tak akan bagi A pada pelajar....syukur Alhamdulillah kami berdua dapat A dalam Praktikum sebab begitu bahagianya kami di SMSS. kenangan bersama pelajar dan adik adik PRS tidak pernah dilupakan. memang sampai tidur di sekolah.  kami yang mulanya diterima dengan  hati yg agak tertutup oleh En Sabri akhirnya membuktikan pada En Sabri kami memang layak menjadi seeorang kaunselor yang berkeliber.  Yang pasti dia beri kami A.
 Sepanjang perjalanan Praktikum apa yang kami amalkan menimba ilmu dari semua termasuklah Pengetua, Guru, Pekerja dan juga pelajar. Semua nya kerana mendapat kerjsama yang sangat baik dan akhirnyaakan menjadikan kita sebagai seorang pekerja yang cemerlang. Alhamdulillah walaupun banyak onak dan durinya kami berjaya dengan cemerlang dengan PRaktikum A.

 Sesungguhnnya nostalgia indah ini tak akan dapat ku ulangi lagi....inilah chepter hidupku yang bergelar seorang Mahasiswa UPM Terengganu. Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan aku akal dan fikiran yang bijak yang dipinjamkanNya buat aku hambanya yang dhaif ini. Aku bersyukur kerana aku bukanlah pelajar yang perlu bersusah payah macam pelajar lain tapi bila exam pasti cemerlang. Tak pernah baca buku berhempas pulas tapi tetap juga cemerlang...Kehidupan di kampusku sangat indah dan aku bangga bergelar Siswazah keluaran UPMT yang mana kami dikenali ketika itu Sarjana Muda bimbingan Dan Kaunseling Ikan...sebabbbbbbbbb buku di library masa tu semuanya tentang Sains Perikanan. Pensyarahpun semua pensyarah jarang jumpa yang mana pensyarah kami hanya datang masa jadual sahaja. Tapi apapun kami tetap mendapat bimbingan dan tunjuk ajar yang tak berbelah bahagi...UK 232 no matrik yang menjadi sebutan semua lecturer...hehehehehehe UK232 pelajar Sijil Dekan n favourite student oleh semua lecturer...sebab UK232 memang rajin berkomunkiasi dengan lecturer. Akulah pemilik nombor Matrik UK232 :)

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

SAMBUTAN MERDEKA DAN AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR MERAH 2013


SYUKUR ALHAMDULILLAH DENGAN NIKMAT MERDEKA YG ALLAH KURNIAKAN....
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA !
56 TAHUN KITA DAH MERDEKA
ALFATIHAH BUAT SEMUA PEJUANG NEGARA YANG MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
AL FATIHAH..........
 AKU ANAK MERDEKA.....MERDEKA DARI SEGALA BENTUK PENJAJAHAN....TAPI APPAKAH AKU BENAR-BENAR TELAH MERDEKA?????
 TANGGAL 31OGOS 1957 NEGARA MALAYSIA MERDEKA DARI PENJAJAHAN BRITISH....TP KINI SEBENARNYA MASYARAKAT KITA MASIH LAGI DIJAJAH....MASYARAKAT MELAYU ISLAM KITA MASIH LAGI KETERBELAKANG...
 MERDEKA BUKAN LAH SEKADAR LAUNGAN KEMERDEKAAN TAPI  MERDEKA DALAM SETIAP ASPEK KEHIDUPAN KITA....AKU SENDIRI PENJAWAT AWAM SEBENARNYA TIDAK MERDEKA KERANA  KUATNYA IKATAN DENGAN KOMITMENT KEWANGAN YANG MEMBELENGGU DIRI
 SEKARANG NI PERLU FIKIRKAN BAGAIMANA UNTUK MEMERDEKA DIRI SENDIRI....INSYAALLAH SETIAP USAHA PASTI AKAN ADA GANJARANNYA....
 APA YANG PENTING USAHA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH.....SEKARANG AKU TELAH KEMBALI BERTUGAS DI SEKOLAH DAN BERDAMPING DENGAN PELAJAR...SYUKUR ALHAMDULILLAH KERANA MUNGKIN INI ADA HIKMAHNYA...JIWA KU KEMBALI TENANG DAN BAHAGIA BILA SETIAP HARI BERDAMPING DENGAN PELAJAR....
 INILAH HIKMAHNYA BERTUGAS DI SEKOLAH.....MUNGKIN SUDAH SURATANKU YANG DILAHIRKAN UNTUK MENJADI GURU TIDAK LEPAS DARI PERJALANAN YANG PENUH LIKU INI....AKU BERSYUKUR KERANA AKU SEORANG ANAK YANG MERDEKA....

SEMOGA ANAK DIDIK KU SEJAK 21 TAHUN YANG LALU MENJADI ANAK YANG SOLEH BUAT KEDUA IBUBAPA MEREKA....BILA KU TOLEH KEBELAKANG SEPANJANG PERJALANANKU BERGELAR GURU AKU TIDAK PERNAH MERASA DIRI AKU TERPINGGIR DAN AKU SANGAT BAHAGIA BILA MENGENANG SETIAP DETIK PERJALANAN SEBAGAI SEORANG YANG BERGELAR GURU.....
 TERIMA KASIH ANAK-ANAK MURID KU...ANAK BONDA SAYANG:
SK SG TENGI, SELANGOR (1991)
SK AMINUDDIN BAKI, SLIM RIVER (1992)
SK KUAH, LANGKAWI(1992-94)
SK SEBERANG NYONYA, KUALAKEDAH(1994-96)
SMK SULTAN SULAIMAN, KUALA TERENGGANU(1999)
SMK ST ANNES CONVENT, KULIM(1999)
SMK SULTANAH ASMA, ALOR SETAR(1999-2000)
SMK JABI,POKOK SENA(2000-2006)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN (2006-2010)
KOLEJ MATRIKULASI LABUAN(2010-2012)
SMK ALOR MERAH, ALOR SETAR(2013..........)

TERIMA KASIH YA ALLAH DENGAN NIKMAT YANG ENGKAU KURNIAKAN....MERDEKA!.MERDEKA!MERDEKA!


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Tuesday, August 20, 2013

Kenangan Hari Raya Aidilfitri 2013


Keluargaku di pagi Hari Raya Pertama

Keluarg MakChak Zauyah

Yatie , Padil dan Alif Haikal


Shahrizal ,Rohayusniza dan Muhamad Shariz Ridhuan
Shahril, Noraziah, Nur Shamimi Baalqis dan Nur Shahida Safiyya


Shahnon, Rohani, Mohd Shahir Firdaus,Nur Afiqah Shahirah, Mohd Shariz Aiman dan Nur Atikah Shuhada

Normishah, Abu Bakar, Aishah Umairah,Nur Izzati nazirah, dan Nur Illiyana Shuhada
Alhamdulillah Aidilfitri kali ini semua ahli keluarga ku pulang berhari raya di Taman Desa Bukit Tinggi.



:)ANDA INGIN SUCCESS????? ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Thursday, August 1, 2013

Melayu.....BODOH! PEMALAS! GAGAL! TAK HORMAT WAKTU! TAK PANDAI BERNIAGA!!!!!!!!!


Itulah kata-kata yang terniang gang di minda Shikin seajk kebelakangan ini....Hina sagtkah kita yg berbangsa Melayu Atau diklasifikasikan sbg Melayu dlm peAlmbagaanMalaysia
kah org Melayu hanya bangsa SUBSIDI......sakit hati bila mendengar kata kata yg dilontarkan.

Walaupun Shikin berbangsa Melayu yg berasal dari kepelbagaian bangsa  Shikin bangga menjadi orang Melayu.  t api bagaimana nak ubah mentaliti manusia sekeliling yg menghina bangsaku ini.
BODOH??????lay
u tak bodoh sbb ramai yg berjaya sampai ke peringkat cemerlang dlm akademik...tapi ada jugaBODOH nya bila sering melepaskan peluang dan hak kepada orang lain tanpa usaha  utk mempertahankan....
Orang Melayu tak MALAS , kalau tengok pada keadaan rumah orang melayu yg berjaya dan gemilang  di situ kita dapat lihat bahawa ramai Melayu yg rajin...bangsa Melayu gah di antarabangsa.....Cuma yg tinggal di Malaysia ni saja yg malas sebab terlalu banyak subsidi... Tapi kal
:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin 0134234100 CALL SHIKIN UTK BERJAYA!!!!!!!

CHAPTER 25: PERTAMA KALI MENJEJAKKAN KAKI KE MEKAH DAN MADINAH .......Disember 1997 -Januari 1998

14 tahun yang lalu
 Syukur kepada Allah SWT  dengan nikmat yang Aallah SWT kurniakan.....
Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke bumi barakah Madinah dan Mekah dalam hidupku. Hanya Allah Yang Maha mengetahui betapa besarnya rahmat yang Allah berikan buatku. Di kala orang lain sibuk berkuliah tiba-tiba aku mengambil cuti selama sebulan menghilangkan diri.....pergi menunaikan UMRAH dengan Arwah Pak Chak Ishak dan Mak Chak Norma serta ahli keluarga yang lain. Inilah rezekiku.
Perjalanan mengerjakan Umrah dan Ziarah sangat sederhana dan kami sangat bahagia sebab pengalamanku pertamakali pergi ke sana. pelbagai kontroversi yg wujud tapi ku rempuh sahaja sebab kalau ikut semua apa yang orang cakap benda tak ke mana. Alhamdulillah perjalanan ke sana dan setiap perbelanjaan mencukupi.
Semasa Umrah kami tinggal di aparment yang disewa oleh Pak Chak secara berkumpulan...Macam biasa hari hari kami akan memasak dan beribadah sepertibiasa.Ada masanya beriktikaf di Masjidil haram sehingga ke pagi dan buat ibadah sebanyaknya....Bermunajat dan berzikir. 
Syukur pada Allah dengan nikmatyang tidak terhingga .....kenangan mengerjakan umrah pada tahun 1997-98 ini tidak mungkin ku lupakan kerana penuh dengan keindahan. Beribadah di kala Masjid masih tidak ada pembangunan dan pelbagai perubahan yang kita lihat...Semasa disana juga banyak ujian yang ku lalui antaranya setiap yang aku jumpa pasti menyerupai "Razarudin" seorang hamba Allah yang telah bertapak di hatiku tanpa ku sedari....sepanjang di sana ujian sangat besar buatku kerana mengingatiiinsan yang wujud dalam hatiku dan bukan mahramku....Alhamdulillah hatiku inakkan dengan zikir dan taubat pada Allah.....Inilah antara dugaan yg besar d sana. ketika di sana juga emak ketika itu sakit tenat dan aku sendiri memang sakit tpaikuasa Allah sangatt besar, pelbagai kaedah rawatan yang ku aridan syukur Alhamdulillah sekembalinya dari tanah suci emak semakin pulih dan Allah memakhbulkan doaku ....
Doa......ada orang bertanya...Pergi Mekah tak doa ka minta kahwin...itulah soalan yg sehingga haari ini tidak ada daya untuk ku menjawabnya.  Aku hanya hamba Allah yang hina dan setiap apa yang aku hendak Allah cukupkan. Syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan buat diriku yang hina dan nestapa ini. Allah Maha Memakhbulkan setiap doa......

Aku pasti doaku dimakhbulkan Allah...lambat atau cepat bukanlahurusanku tapiianya adalah hak Allah SWT...hak aku hanya meminta pada Allah dan siapalah  aku utk mempertikaikan hak Allah SWT...

Aku bersyukur kerana Allah memakhbulkan doa doaku dan pasti termakhbul...
kerana itu janji Allah..

BERMOHONLAH KEPADA KU@ALLAH KERANA PASTI AKAN AKU MAKHBULKAN.......
Ingatlah janji Allah itu pasti dan positiflah dengan setiap ucapan doa kita.Aamin

:)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

DAH LAMA TAK MENJENGAH BLOG KESAYANGAN SHIKIN SAYANG

Hampir enam bulan Shikin tak berblogg. ?.bukan nya shikin tak rindu cuma berdiam diri sementara waktu menenangkan fikiran dan hati. Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hati, fikiran dan jasad ini. ALLAH MAHA MENGETAHUI :)ANDA INGIN 100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, February 9, 2013

Lama Shikin tak mengunjungi Shikin Sayang.......hari berlalu dan jauh meninggalkan kita semua.....

Hari ini pada tahun 1971... Mak n Ayah berdebar debar menanti kelahiran putera sulong mereka sebab anak sulong mak n ayah adalah perempuan Normishah bt Shahrom. 648 Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.....semua berdebar debar menanti kelahiran putera dalam keluarga. Mak n ayah tinggal bersama kakak ayah sejak mereka berkahwin. Masa melahirkan kakak mak bersalin di rumah tok wan sbb ayah anak tunggal lelaki tok wan jadi sure semua menanti kelahiran keturunan penerus warisan. Ayah n mak bersyukur sbb anak sulong ayah perempuan wpun semua mengharapkan anak lelaki penerus warisan. Mengikut cerita ayah n mak memang mereka mengharapkan kelahiran anak lelaki sebab kalau ikut keturunan ayah mmg yg kedua lelaki...tp pak ngah meninggal masa baru lahir. Lepas tu Mak Lang Salbiah yang lahir dan ayah pula adalah anak ke empat n selepas ayah Chu Saadah. Mak pula merupakan anak hajat sbb selepas Tok kahwin dg Tok Wan Muhammad anak mereka lahir je meninggal n jadi mak kira mcm anak hajat sbb mrk mmg berhajat sangat anak utk mggantikan anak tok wan yg meninggal perempuan. Tok wan ada dua anak lelaki Sulaiman n Shamsudin n anak perempuan yg meninggal dunia selepas isteri pertama tok wan meninggal dunia. Lepas kahwin ngan tok Hatiah byk kali anak tok meninggal sblm mak lahir tp semua lelaki. Jadi tok n wan nazar dpt anak perempuan nak pakaikan subang intan dan tunangkan dengan ayah. Akhirnya mak lahir dan diberi nama Siti Esah n lepas mak Siti Rahmah dan yg bonsu Tan Zahari. Jadi plus minus mmg kurangnya anak lelaki dlm keturunan. Masa mak bersalin kat kakak mak cerita bidan tanya nak anak berapa..mak ngan ayah kata nak enam anak tiga lelaki dan tiga perempuan...... Jadi for sure mrk impikan anak lelaki tp yang lahirnya Noor Ashikin yang memang dari kecil macam lelaki dan lasak mcm lelaki and boleh dikatakan anak jantan ayah hihihihihi. Memang impian mak ngan ayah termakhbul sebab dapat anak perempuan tiga orang dan lelaki pun tiga org..... NORMISHAH SHAHROM NOOR ASHIKIN SHAHROM NOORHAYATI SHAHROM SHAHNON SHAHROM SHAHRIL SHAHROM SHAHRIZAL SHAHROM Jadi kamilah anak anak bertuah mak dan ayah di dunia dan akhirat. :)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Friday, December 7, 2012

Aku Terima Nikahnya.......


Ijab Kabul Terima Tanggungjawab Berat. Oleh : Ahmad Baei Jaafar “Aku terima nikah Aminah binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM300 tunai." Demikian jawab pengantin lelaki sebaik-baik sahaja bapa pengantin perempuan melafazkan ijab,“Aku nikahkan dikau dengan anakku, Aminah binti Muhammad dengan mas kahwinnya RM300 tunai.” Lafaz sebegini pada sesetengah orang, boleh dilakukan dengan sekali lafaz sahaja. Walau bagaimanapun, terdapat juga pada sesetengah tempat, saksi mahu lafaz itu diulangi sehingga tiga kali walaupun pada dasarnya ia sudah boleh diterima. Ada saja kesalahan yang dicari walaupun amat remeh temeh. Pada pandangan mereka, cara itu adalah untuk mendapat pahala sunat tiga kali. Benarlah, dalam Islam tiga kali itu sunat, tetapi tidak semua perkara perlu diulang sebanyak tiga kali. Sebenarnya dalam soal ijab kabul ini banyak bergantung kepada kuasa dan ilmu penolong pendaftar nikah yang dilantik kerajaan, atau wali yang menikahkan anaknya itu. Ini kerana dia yang menerima ucapan atau lafaz balas menerima perkahwinan itu, tentulah dia yang mendengarnya secara langsung. Maka dia yang boleh menentukan sama ada lafaz itu terpakai atau tidak. Saksi yang diminta hadir ke dalam majlis itu bukan bertujuan mengesahkan lafaz ijab kabul perkahwinan itu tetapi untuk menjadi saksi kewujudan majlis akad pada hari itu. Boleh jadi tanpa saksi, wali dan pengantin boleh menyembunyikan keadaan sebenar. Dan, boleh jadi tidak wujud majlis akad nikah pun. Berdasarkan itu, saksi tidak perlu membantah jika wali telah menerimanya sebagai sah kecuali jika memang ternyata salah yang tidak disedari walinya. Dalam keadaan itu, wali perlu akur dengan pandangan saksi. Kesan Ijab Kabul Apabila seseorang lelaki berjaya melafazkan ijab kabul, semua orang berasa lega dan gembira terutama pengantin lelaki. Mereka gembira kerana penantian pasangan tersebut untuk disatukan sudah tamat. Pastinya pengantin yang terbabit lebih berasa lega kerana segala pantang larang selama ini sudah tamat dan kini mereka bebas sebagai pasangan suami dan isteri. Tetapi persoalannya, tahukah pengantin lelaki itu akan mesej yang terkandung dalam lafaz ijab kabul itu? Saya percaya kalau pengantin lelaki itu faham tentu dia hanya akan gembira sedikit kerana mengenangkan tanggungjawabnya yang besar selepas itu. Mengapa tidak? Bapa mentuanya telah melepaskan tanggungjawab menjaga anak perempuannya kepada menantunya. Maknanya dia mahu anaknya dijaga seperti dia menjaganya. Dia mahu anaknya dididik dengan iman dan takwa, mana-mana yang tidak sempat dididik semasa di tangannya. Selain itu sedarkah dia bahawa segala kesalahan dan dosa isteri, dia perlu ambil tanggungjawab untuk menyelesaikannya? Dosa yang lalu memanglah tertanggung pada bahu masing-masing, tetapi selepas berkahwin, suami perlu bertanggungjawab membendungnya. Dalam keadaan ini kalau dia membiarkan sahaja segala perlakuan si isteri tanpa tunjuk ajar yang betul, maka dia turut berdosa seperti pengamalnya juga. Menyedari keadaan itu, suami perlulah lebih serius dalam mengurus dan mentadbir rumah tangga sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya. Oleh sebab itu, suami perlu lebih tahu tentang ilmu agama khususnya dalam soal hukum-hukum yang berkaitan hal rumah tangga. Suami juga perlu lebih kuat iman dan takwa terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Suami yang cukup ilmu pengetahuan agama dan ditambahkan dengan iman dan takwa pasti mampu membawa isterinya ke jalan syurga dengan mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Pada masa yang sama dia akan mengelak dari jalan-jalan ke neraka bagi menyelamatkan diri dan isterinya. Sejauh Mana Suami Faham? Walaupun pengantin lelaki dan perempuan diingatkan oleh imam nikah dalam khutbah nikahnya tentang tanggungjawab dan kewajiban suami dan isteri, mereka yang sedang dalam keadaan teruja dan terlalu gembira itu begitu mudah melupai pesanan itu. Buktinya, apabila kenduri kahwin diadakan, pengantin perempuan akan bertukar wajah, pakaian sopan semasa akad nikah di masjid itu hilang serta-merta dang berganti dengan berbagai-bagai persalinan yang tidak menitikberatkan soal syariat. Pendedahan aurat berlaku tanpa menghormati hukum Islam lagi. Alasan biasa yang diberi, kehendak mak andam atau ibu bapa, maka mereka tidak boleh buat apa-apa. Sesungguhnya perempuan yang kuat iman dan takwanya pasti mampu menolak. Hal ini kerana masa untuk memilih pakaian telah dilakukan sebelum majlis itu diadakan lagi. Selain itu pengantin lelaki yang kini berjawat tanggungjawab seorang suami juga tidak boleh bersuara, apa yang berlaku terpaksa diterima. Namun sebagai suami tanggungan hukum sudah berada di atas bahunya selepas diijab kabulkan. Ketika itu dia sudah wajib melarang isterinya mendedahkan aurat. Maka secara sedar dia turut berdosa atas perbuatan isterinya itu jika tidak melakukan apa-apa untuk menegahnya. Kemudian pada hari-hari berikutnya, kehidupan rumah tangga berjalan seperti lazimnya. Rasa bahagia dan kasih sayang dapat dilihat pada wajah mereka berdua. Namun ketika itu kesalahan isteri akan dibiarkan begitu atas dasar sayang dan cinta. Mungkin juga atas rasa masih awal untuk menegur kesalahannya. Tetapi akhirnya kesalahan itu menjadi kebiasaan yang kemudiannya sukar ditegur lagi. Ketika itu teguran suami akan ditentang lalu dengan itu sukar baginya bertindak sebagai suami. Bayangkan berapa banyak dosa sebagai suami yang harus dipikul selain dosanya sendiri. Inilah kesan daripada kejahilan mereka tentang hukum Allah. Semuanya berpunca daripada kecuaian dalam mendalami ilmu agama sebelum berkahwin dan semasa melayari bahtera rumah tangga. Memang sebelum berkahwin setiap pasangan menghadiri kursus pra perkahwinan. Tetapi kursus selama dua hari itu tidak cukup untuk mematangkan ilmu agama mereka. Banyak lagi ilmu yang mereka perlu tahu termasuk ilmu pentadbiran dan pengurusan rumah tangga. Tanggungjawab Utama Menerima ijab kabul bererti seorang suami menerima amanah ibu bapa isterinya dan Allah. Maka dengan sebab itu dia tidak harus ada alasan untuk mengelak daripada amanah itu. Dalam ruangan yang ada ini, mari kita selongkar amanah yang tersirat dalam ijab dan kabul itu. Amanah dalam Lafaz Ijab Kabul Amanah Allah. Suami wajib menjadi khalifah Allah atau dalam bahasa mudah menjadi pemimpin kepada isteri dan anak-anak. Sebagai pemimpin suami ada dua peranan iaitu memastikan isteri dan anak-anak mematuhi perintah Allah. Pastikan mereka melaksanakan solat, puasa, zakat dan haji. Pastikan mereka sentiasa jauh daripada melakukan dosa walaupun dosa kecil. Peranan kedua, mengurus rumah tangga dan menyediakan keperluan hidup agar isteri dan anak tidak kebuluran. Oleh sebab itu suami perlu bekerja bagi mendapat upah yang selayaknya untuk menyara isteri dan anak-anak. Suami perlu menyediakan keperluan hidup mengikut kemampuan, maka kalau sedikit rezekinya, itulah yang harus diberikan kepada mereka. Dan kalau banyak jangan pula sampai membazir kerana pembaziran adalah amalan syaitan. · Amanah ibu bapa mertua. Menantu diberi kepercayaan yang tidak berbelah bahagi oleh mertua dalam menjaga anaknya. Maka sebagai suami dia wajib menjaga keperluan isterinya zahir dan batin. Suami tidak boleh menyakiti hati isterinya kerana dengan itu akan terguris hati ibu bapanya. Maka dengan sebab itu kalaulah berlaku krisis rumah tangga, selesaikan dengan baik secepat mungkin. Kecuaian suami dalam menjaga keperluan ini mengakibatkan krisis yang sedikit akan membesar dan akhirnya membawa kepada perceraian. Ini tidak seharusnya berlaku dalam rumah tangga. Oleh sebab itu bendunglah krisis itu dengan sebaik-baiknya dengan menjauhi perkara-perkara yang boleh menjadi punca berlaku krisis. Dan jika ia terjadi juga, duduklah berbincang dan hindari sikap saling salah menyalahkan. Masing-masing pihak perlu melapangkan dada dan sama-sama mencari jalan penyelesaian dengan matlamat, apa jua tindakan yang dilakukan adalah demi mendapatkan keredaan Allah SWT. Jika perlu mintalah bantuan pakar bagi menyelamatkan keadaan. Pada masa yang sama, jangan lupa untuk meminta khidmat nasihat ibu bapa masing-masing. Mungkin dengan itu mereka dapat menyumbang petua yang baik untuk memulihkan keadaan. Cuma dalam hal ini, ibu bapa jangan sesekali menyalahkan menantu kerana kesannya bukan merawat tetapi hanya meruntuhkan kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Saya percaya jika suami dapat memelihara amanah Allah dan amanah ibu bapa ini dengan sebaik-baiknya, akan tercapaikan apa yang dikatakan rumah tangga bahagia, yang di dalamnya wujud rasa mawaddah dan rahmah, ada rasa kasih sayang dan saling mencintai kerana Allah. k



:)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, December 1, 2012

01/12/2012......Anniversary 20 Thn CIKGU SHIKIN SAYANG


20 tahun yang lalu, Shikin melapor diri di SEKOLAH KEBANGSAAN KUAH, 07000 LANGKAWI ,KEDAH...
sekejab je masa berlalu. Sudah 20 tahun secara rasminya bergelar seorang guru sekara tetap dengan kerajaan Malayisa....KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA...

Rasa macam baru semalam berlalu...masih terbayang di mata macam mana di hantar ke Langkawi oleh Pak Chak Osman dan Mak Chak Zauyah...menumpang di rumah Kak Shimah dan Abg Halim....subhanallah sekejab saja masa berlalu.

Alhamdulillah ....itu sahaja yg dapat Shikin lafazkan kerana Allah mengangkat darjatku menjadi seorang guru. walaupun pelbagai dugaan dlm membentuk diriku Shikin bersyukur kerana kerjaya mulia ini adalah takdir hidup Shikin. Jatuh bangun dlm bergelar seorang guru hanya Allah yg Maha Mengetahui.


Terima kasih buat anak didikku di SK KUAH yang banayk mengajar aku mengenal erti sebuah kasih sayang, harapan, kerinduan dan kesetiaan. Buat semua anak muridku masih terngiang suara manja kalian dan gelak tawa...tangis sendu semasa kita bersama.
Terima kasih rakan rakan seperjuanganku yg sama sama melapor diri pada tahun 1992... Ustaz Zaaim, Arwah Al Latif, Zuraimi, Abg Latiff, Siti Razana, Azimah, Rokkah ,Yusri dan Kak Rosmah.  Semoga Allah kurniakan kebaghagiaan buat semua.  Shikin bangga mengenali kalian dlm hidup ini...semoga Allah berkati hidup kita di dunia dan akhirat. aamin.....Al Fatihah buat Al Latif @Yang Chik yg telah kembali buat selamaya. Semoga Allah rahmati Yang Chik dan tempatkan Yang Chik dikalangan hambaNya yg diredhai. Aamin
:)ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

Saturday, November 24, 2012

20th Aniversary.....layannnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Sekejab saja masa berlalu....Shikin  rasa  bersyukur kerana menyertai sebuah compony  yang kukuh.... Walau  apapun kata orang apa yg  penting sudah  9 thn Shikin sertai  syarikat ini. Alhamdulillah  sangat lumayan.

Jangan menunda sebuah pekerjaan, lebih baik menyesali apa yg kamu kerjakan, daripada menyesali apa yg tak pernah kamu kerjakan.

Tiada  paksaan dlm  business ni... bak kata pepatah:
Dalam hidup. jangan paksa apa yg tak bisa kamu lakukan. Lakukan saja apa yg bisa kamu lakukan, biarkan Tuhan melakukan sisanya.


Kadang meski terus terluka, kamu tetap tak ingin melepasnya. Meski terdengar bodoh, tapi kamu masih berharap dia akan berubah.
Dalam hidup. jangan paksa apa yg tak bisa kamu lakukan. Lakukan saja apa yg bisa kamu lakukan, biarkan Tuhan melakukan sisanya.

Kadang meski terus terluka, kamu tetap tak ingin melepasnya. Meski terdengar bodoh, tapi kamu masih berharap dia akan berubah.
Kasih sayang tak hanya ditunjukkan oleh sanjungan dan pujian, tetapi juga teguran atas kesalahan dan kelalaian
 Mempertahankan mungkin lebih sulit daripada mendapatkan, tetapi tak akan ada yang sulit jika telah ada niat.

Segala sesuatu lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Tapi ingat: "Semua itu tidak akan bisa dilakukan tanpa diucapkan".
 Adalah wajar jika kamu bersedih, tapi jangan pernah kesedihan membutakan hatimu hingga kamu berputus asa.

Jgn sia-siakan air matamu utk org yg meninggalkanmu. Bkn kau yg kehilangan mrk, tp mrk yg telah kehilangan dirimu. -@AmandaAdriani

 Adalah wajar jika kamu bersedih, tapi jangan pernah kesedihan membutakan hatimu hingga kamu berputus asa.

Jgn sia-siakan air matamu utk org yg meninggalkanmu. Bkn kau yg kehilangan mrk, tp mrk yg telah kehilangan dirimu. -@AmandaAdriani
Dalam  business  boleh  jumpa  ramai  orang kenamaan.....ini peluang  kembangkan sayap kita ..................



Kalau  nak  jumpa  artis pun  ....selalu  jumpa babe.......

Mengeluh tak akan pernah menyelesaikan apapun, tapi hanya akan menambah beban. Berhentilah mengeluh, segera ambil tindakan!

Dalam cinta, terkadang kamu harus belajar tuk melupakan apa yg kamu rasakan dan mulai menemukan apa yg pantas kamu dapatkan.


Nak jadi  model IKLAN pun  selalu  boleh

Sambutan 20 THN Aniversary  Hai O Marketing....
Setiap tahun  sambut  hari ulang tahun.....

ANDA INGIN SUCCESS????? HUBUNGI SHIKIN 0134234100 ...sayangi diri anda..



:)
salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in