kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (226) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (157) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (59) Penulisan (55) BUKU (51) keluargaku (49) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Anak Pomen (36) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) BUKU SOLO (21) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (21) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) katalog buku (15) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) HOMEMADE SOAP (11) IABU (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) ANEKDOT (9) Pengumuman (9) berkebun (9) hobi (9) penerbitan (9) Aku Banggali (8) Aku Poshtun (8) BEDAH BUKU (8) PENTING (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) Ayah (5) Cikgu Shikin Sayang (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Bookreview (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Majlis Perkahwinan (4) Musibah (4) anak dagang di perantauan (4) kreativiti (4) pakistan (4) perniagaan (4) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) Karya Kreatif (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) isbn (3) kemahiran (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) e book (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) Takziah (1) Tun Hasmah (1) UB (1) menulis (1) storybook (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, July 16, 2019

KEKEJANGAN OTOT.....Ujian Allah...Chapter Hidupku

Kekejangan otot adalah keadaan di mana berlakunya pengecutan otot yang tidak terkawal secara tiba-tiba tanpa menunjukkan tanda-tanda untuk relaks. Lazimnya, apabila berlaku kekejangan otot, otot akan terasa ketat dan mengalami kesakitan. 

Kekejangan otot juga boleh berlaku pada tapak kaki, tangan, lengan, abdomen dan di bahagian tulang rusuk.

Walaupun penyebab sebenar kekejangan otot belum diketahui (idiopatik), sebahagian penyelidik percaya aktiviti regangan yang tidak mencukupi dan keletihan otot boleh mendorong kepada ketidaknormalan dalam mekanisma yang mengawal pengecutan otot. 

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kekejangan otot termasuklah melakukan senaman atau bekerja dalam suasana panas melampau, dehidrasi, dan kekurangan garam dan mineral (elektrolit).

1= Aktiviti regangan tidak mencukupi dan keletihan otot:
Otot adalah suatu ikatan fiber yang mempunyai kelebihan untuk mengecut dan mengembang bagi menghasilkan pergerakan. Aktiviti regangan berfungsi untuk memanjangkan fiber pada otot sekaligus menjadikan otot lebih efesien dalam menjalankan mekanisma pengecutan dan pengembangan ketika senaman dilakukan. Apabila jarang melakukan senaman, otot akan mudah mengalami keletihan. 

Keletihan pada otot akan mengubah aktiviti refleks saraf. Otot akan bekerja dengan lebih keras, menyebabkan kurang oksigen dapat disalurkan pada otot. Hal ini mengakibatkan otot mengalami kekejangan apabila bahan-bahan buangan berkumpul pada otot. Apabila serangan kejang otot bermula, saraf tunjang akan merangsang otot untuk mengecut secara berterusan.

2= Haba, dehidrasi dan kekurangan mineral:

Kekejangan otot juga kerap terjadi ketika kita melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas. Cuaca panas menyebabkan badan kita berpeluh. Peluh secara amnya mengandungi garam dan mineral seperti kalium, magnesium dan juga kalsium. 

Pengeluaran peluh yang berlebihan mendorong kepada kekurangan nutrien dan mineral dalam badan sekaligus menyebabkan berlakunya kekejangan.

 

RAWATAN UNTUK KEKEJANGAN OTOT KETIKA DI RUMAH 

Masalah kekejangan otot kebiasaannya tidak memerlukan pesakit untuk berjumpa dengan doktor.
Antara perkara yang boleh dilakukan apabila menangani masalah kekejangan otot adalah:
.
1⃣ Berhenti melakukan apa sahaja kerja atau aktiviti yang menyebabkan berlakunya kejang otot
2⃣ Lakukan regangan dan urutan dengan berhati-hati terhadap otot yang terlibat. Posisi regangan hendaklah dikekalkan sehingga otot pulih sepenuhnya daripada kekejangan.
3⃣ Berikan rawatan haba sekiranya otot terasa ketat, atau letakkan ais pada otot yang sakit.
.
Pencegahan:
Untuk mengelakkan kekejangan berulang, berusahalah untuk meningkatkan kecergasan diri. Latih diri untuk sentiasa melakukan regangan sebelum dan selepas melakukan sebarang aktiviti fizikal lebih-lebih lagi bagi otot yang sering mengalami kekejangan.
.
Aktiviti memanaskan badan:
Lakukan aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan regangan. Antara contoh terbaik aktiviti memanaskan badan adalah berlari setempat atau berjalan selama beberapa minit.
.

Senaman regangan dapat membantu mengurangkan masalah kekejangan otot yang anda alami. Berikut adalah cara untuk melakukan senaman regangan bagi otto kaki.

.
✅ Regangan otot betis:
1) Berdiri menghadap dinding, dorongkan satu kaki kehadapan berbanding sebelahnya.
2) Luruskan kaki yang dibelakang dengan memastikan tumit kaki betul-betul mencecah permukaan lantai.
3) Bengkokkan kaki hadapan. Gunakan tangan dan lekapkan pada dinding untuk menahan diri.
4) Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat dan ulang sebanyak 3 kali.
.

Regangan Otot Betis

✅ Regangan otot peha (hamstring):
1) Duduk dengan melunjurkan kedua-dua kaki ke hadapan.
2) Pastikan tapak kaki dalam keaadan neutral atau tegak
3) Perlahan-lahan luncurkan tangan ke arah kaki
4) Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat dan ulang sebanyak 3 kali.
.

Regangan Otot Hamstring

✅ Regangan otot peha (quadriceps):
Berdiri dan sokong diri dengan memegang kerusi atau dinding
Bengkokkan satu lutut ke belakang sehingga tumit bertemu dengan punggung
Gunakan tangan untuk menarik kaki atas lebih rapat ke arah punggung
Kekal dalam posisi tersebut selama 30 saat.
.

Regangan Otot Quadriceps

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, July 11, 2019

KNITWOOL

Hari ini terima kiriman  knitwool dari Mak Jah.... Tapi ianya mengundang provokasi dan amarah sahaja.

Ke kadang aku rasa terkilan sebab merasakan lebih baik menjadi pekerja dan pelanggan kerana dilayan istewa dr menjadi seorang isteri yg terlalu banyak kena bertolak ansur.

Mood sentap



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, July 2, 2019

BERILAH YANG TERBAIK

Kisah yang kekadang mencuit hati dan ada kalanya melucukan.
Hari ni seperti biasa aku akan datang ke kedai untuk memantau perjalanan kedai. Kebetulan hari ini tukang jahit bawa turun hasil jahitan sampingan yang terdiri dari sarung kusyen yang dibuat untuk jualan di kedai sebagai produk sampingan. 

Masya Allah cantik cantik  dab berkualiti.  Biasalah aku ni kalau  dah cantik mulalah terbayang dan ada pasang angan angan nak berikan sebagai hadiah kepada sesiapa yang terlintas dalam kepala. Sambil sambil nak letakkan harga aku kelaskan ikut kualiti kain. Aku terus cakap kat Habib nak ambil untuk hadiahkan kepada seseorang yang istimewa.  Macam biasalah Habib memang akan secara rasional jawabnya. Ok bayar ja lah dan ada sale untuk kedai. Aku rasa sedih sangat sebab aku rasa Habib sangat berkira untuk aku berikan secara hadiah sahaja kepada orang. Jadi dia cadangkan aku ambil sahaja yang biasa-biasa. Aku macam biasalah rasa sedih sebab tak dapat yang apa yang aku hendak.


 Aku terus berkemas dan rushing ke kereta sebab tengok jam dah dekat pukul 8 malam sbab Kak Chik tunggu nak serahkan kunci rumah. Dalam keterburuan nak balik nampak seolah aku merajuk dan marah. hakikatnya taklah marah sebab ada rasionalnya. Lagipun belum masuk stok lagi. Tak pa lah biarlah dengan situasi itu. 

Sampai di rumah aku terus solat Maghrib dan  bayarkan upah Kak Chik ironkan baju dan selesai semua keluarkan barang-barang untuk memasak. sebab kebetulan ada tetamu datang di rumah. Tak adalah aku merajuk atau marah cuma rasa kecil hati saja. 


Sekali Habib panggil dan bagi tahu 
" Noor jangan kecil hati dan Habib minta maaf sebab kecilkan hati Noor"
Nak nangis? Nak sedih?  Kerasnya hatiku......
Habib menyambung lagi....
"Kita nak bagi kepada orang kita berikanlah yang terbaik dan Habib salah sebab halang Noor buat yang terbaik. Noor jangan marah Habib sebab kekadang Habib lupa"

"Jika nak beri, beri orang barang yang kita paling suka"


Selesai.....

Renungan bacalah 
Tafsir Al-Imran ayat 92:


Ayat ini menyeru kepada kita dan meminta untuk kita ‚respond’  - bilamana Allah menyeru sesuatu, hamba diminta memberi respon kepada seruan tersebut sebagai tanda kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Dalam ayat ini, Allah berfirman:
"Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan ‚al-birra’..."

 Al-birr mempunyai banyak makna iaitu:
1.     Syurga -> Kamu tidak akan sampai kepada syurga
2.     Taat -> Kamu tidak akan sampai kepada kedudukan orang yang taat
3.     Taqwa -> Kamu tidak akan dikategorikan sebagai orang yang bertaqwa
4.     Kebajikan/kebaikan -> Kamu tidak akan sampai kepada peringkat orang yang berbuat kebajikan.

Walaupuan ahli tafsir memberikan 4 makna – dalam keempat-empat maknanya tidak bertentangan sebaliknya saling melengkapi iaitu tujuannya ialah syurga. Yakni tidak akan mencapai syurga kecuali melalui ketaatan, ketaqwaan, dan kebajikan.

"...sehingga kamu sedekahkan harta yang kamu suka.."
Maknanya untuk mencapai tahap taat, taqwa, maka kamu perlu menginfakkan apa yang kamu suka.

"Sesungguhnya apa yang mereka infakkan itu diketahui oleh Allah SWT Yang Maha Mengetahui."
Maknanya infak itu akan dihitung, dihisab dan dibalas Allah Ta’ala. Ada beza balasan dan amal. Balasan akan diberi sesuai dengan amal yang dilakukan. Balasan yang berkualiti akan diberi kepada amalan yang berkualiti. Amalan yang kurang berkualiti, balasannya pun kurang berkualiti. Jadi, bilamana kita beramal kepada Allah dan nak tahu sebesar mana ganjarannya, tengok sebesar mana pengorbanan kita kepada Allah SWT. Allah akan beri pada kita dengan kadar kita beramal kepada Allah Ta’ala. Ada orang yang memberi infak baik dalam bentuk jihad atau sebagainya atau perkhidmatan atau apa saja yang kita ingin berikan pada orang lain.

Kalau kita ada 2 barang, yang satu cantik dan satu lagi kurang cantik, yang mana yang kita akan beri pada orang? Tentulah yang kurang cantik. Mengapa? Kerana sifat semulajadi manusia ialah suka kepada keduniaan atau kepada barang yang dimiliki.

Oleh itu, baginda Rasulullah menghormati hak orang daripada diambil tanpa redhanya atau dengan cara paksa. Amir zakat diberi pesan oleh Rasulullah, "Jangan mengambil zakat daripada harta yang mempunyai kedudukan di hati pemiliknya." Contohnya, jika seseorang sangat sayangkan seekor daripada kambing miliknya, dan amir zakat pun datang dan meminta kambing yang tersebut. Ini tidak boleh dilakukan. Pemilik berhak memilih haiwan yang ingin dizakatkan. Amir hanya bertugas menerima, kecuali jika haiwan yg diberi tidak memenuhi kriteria, barulah dipulangkan dan diminta haiwan yang lain. Demikian juga dengan unta, lembu dan seumpamanya. Nabi SAW menghormati sifat suka manusia kepada harta dan tidak menyuruh mengambilnya daripada mereka secara paksa kecuali diberi sendiri oleh tuan punya barang. Jika berlaku demikian, ianya mempunyai nilai tinggi.

Dahulu, ada sekumpulan yang digelar ashabul As-Sufa, yang tidak punya kaum kerabat dan tinggal di belakang rumah Nabi dan tidur di masjid Nabi. Mereka susah untuk bekerja dan banyak bergantung kepada pemberian orang. Apabila tibu musim menuai kurma, kaum Ansar meletakkan kurma yang kurang elok di pintu masjid agar dapat dimakan oleh sesiapa saja termasuk Ashabul As-sufa. Tetapi, oleh kerana kurma yang diletakkan itu kurma yang kurang elok, Allah SWT yang mengetahui isi hati manusia dan ingin agar manusia tidak berkira ketika berbuat amal kebaikan, dan mengutamakan kualiti amal dan bukan sekadar beramal. Orang bijak akan lihat kualiti amalnya, bukan kuantitinya. Oleh kerana perbuatan mereka, Allah menurunan ayat agar manusia tidak berkira ketika beramal kepada Allah. Adapun orang yang kurang perhatian kepada kualiti amalnya, Allah berfirman dalam ayat 267, surah Al-Baqarah:


 Ada beza barang elok yang tak boleh dipakai lagi dengan barang elok yang tak dipakai. Ada orang beri sebab dia tak pakai, tapi ada orang beri barang yang dia dah tak boleh pakai. Kalau kamu sendiri tak nak ambil barang itu, jangan beri barang itu pada orang lain.

Bila para sahabat mendengar ayat ini (Al-Imran 92), sahabat bernama Sy. Tolhah - sifat sahabat Nabi ialah cepat memberi respon pada ayat Allah – mereka memahaminya sebagai tawaran dan peluang daripada Allah SWT.  Kalau ada Raja buat pengumuman yang dia akan beri 10 ribu jika orang datang berkumpul pada pukul 4, maka pukul 12 lagi orang akan sudah berkumpul. Itu baru tawaran Raja di dunia. Tetapi ini ialah seruan Yang Maha Besar, Yang Kekayaan-Nya tiada penghujungnya.

Dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam ayat 24, surah Al-Anfaal:

Perkataan:
 bermaksud cepatlah dalam menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya

Oleh itu, digambarkan bahawa para sahabat, jika sedang mengangkat cangkul sekalipun akan segera melepaskannya ke belakang, tanpa diletak kembali apabila terdengar suara azan untuk segera menyahut seruan tersebut.

Seorang sahabat bernama Habar, digelar sebagai ‚orang yang dimandikan malaikat’. Kenapa digelar begitu? Kerana sikapnya yang segera menyahut seruan Nabi SAW, tidak menunda-nunda lagi. Dia baru berkahwin, dan setelah malam pertamanya, esoknya ada seruan jihad, lalu dia terus pergi berjihad dan syahid. Apabila dikumpulkan mayat orang syahid, didapati mayatnya basah seperti mandi. Lalu Rasulullah SAW suruh bertanya kepada ahli keluarganya. Dan diberitahu yang dia pergi jihad dalam keadaan janabah kerana ingin bersegera dalam menyambut seruan Nabi SAW.

Kembali kepada cerita sahabat tadi - Sy. Tolhah mempunyai sebuah kebun yang ada perigi di dalamnya, dan kebun itu bertempat di arah kiblat masjid Nabawi. Mendengar seruan itu (ayat 92 Al-Imran), dia pun pergi berjumpa nabi SAW dan berkata, "Saya adalah orang yang paling kaya antara kaum Ansar. Dan dalam harta saya, saya paling sayang Bairuha (merujuk kebun tersebut). Saya infakkan dan serahkan kepada kamu untuk menentukan siapa yang patut menerimanya." Lalu Nabi SAW pun menyerahkan kepada keluarganya semula. Nabi SAW mengembalikan bukan kepada pemiliknya tetapi kepada keluarga pemiliknya. Kenapa? Agar ahli keluarga tidak merasa cemburu dengan infak tersebut. Bukankah ini banyak berlaku hari ini. Jadi tujuannya juga untuk menjaga dan mengeratkan hubungan keluarga Sy. Tolhah.

Sy. Zaid ibnu Harithah juga mendengar seruan itu dan  datang kepada Rasulullah dan memberi pada kuda yang paling disayangi. Nabi SAW mengambilnya dan  menyerahkan pada anaknya iaitu Usama ibnu Zaid. Ini bermakna Nabi SAW juga menyerahkan semula kepada ahli keluarga pemilik asal harta. Sy. Zaid merasa tidak senang hati kerana harta itu diberi kepada anaknya. Maka, dia pergi kepada Rasulullah dan menyatakan kerisauannya. Sabda Nabi SAW, „Apa yang kamu niatkan sudah diterima oleh Allah SWT. Pada siapa aku serahkan harta itu tiada kena-mengena dengan niat kamu.“Demikian Rasulullah bijak dalam mengembalikan harta yang diinfakkan pada jalan Allah SWT.

Sy. Abu Dzar mempunyai unta-unta, dan ada satu yang jantan. Untan jantan ini penting untuk membiakkan unta-unta betina yang lain. Datang seorang tetamu kepadanya tetapi dia ada hal lalu dia berkata, „Saya ada hal sedikit, kamu pergi kepada unta saya dan ambil yang kamu suka untuk disembelih.“ Tetamu itu pun pergi dan mengambil unta yang kurus dan pergi kepada Abu Dzar. Abu Dzar bertanya, „Mengapa kamu ambil unta yang kurus, tiada yang lainkah yang sesuai?“ Jawab tetamu itu, „Ya, mata saya ada ternampak seekor unta yang hebat dan gagah (merujuk kepada unta yang jantan itu) tapi saya segan nak ambil kerana kamu perlu kepada unta itu.“ Jawab Abu Dza, „Saya lebih perlu kepada unta itu untuk bekal saya nanti di kubur. Ambil.“ Lalu dia mengambil unta jantanyya yang satu itu dan menyembelihnya.

Para sahabat ringan untuk mengorbankan sesuatu di jalan Allah. Begitulah akhlak para sahabat dan ramai lagi sahabat yang berbuat begitu.

Tujuan ini semua untuk melatih kita menginfak apa yang kita suka pada jalan Allah dan melatih membuang sifat bakhil dan kedekut untuk menginfak pada jalan Allah. Allah akan memberi balasan terhadap apa yang diinfakkan manusia.

Rasulullah SAW mempunyai 2 siwak - satu lurus dan satu lagi bengkok. Ketika ingin menghadiahkan pada sahabatnya - Nabi SAW memberikan yang lurus. Masalahnya bukan kepada siwak yang diberi kerana harganya pun tidak tinggi, tetapi nawaitu ketika memberi yang akan dihisab oleh Allah.

Ketika seorang peminta sedekah diberi sebiji kurma oleh Sy. Aisyah, berkata, „Ya Ummul Mukminin, satu biji kurma sajakah?“ Sy. Aisyah mengatakan, „Kamu tidak tahukah dalam kurma itu ada berapa ribu zarah?“ Allah telah beriman bahawa sesiapa yang berbuat baik sebesar zarah pun, dia akan mendapat ganjarannya. Beliau yang belajar terus dengan guru terbaik yakni Rasulullah SAW faham bahawa yang dinilai Allah bukan besar kecilnya pemberian tetapi niat ketika memberinya.

Jadi, pengajaran yang kita boleh ambil daripada ayat ini adalah:
  • Melatih diri agar ringan tangan untuk memberi
  • Dalam memberi, beri barang yang terbaik dan barang yang kita suka, yang kita perlu. Ini untuk menghakis sifat kedekut yang tidak boleh ada pada orang yang beriman pada Allah SWT.
  • Dalam hadis Nabi SAW bersabda, „Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat kepada syurga dan jauh dari api neraka. Orang yang bakhil pula jauh dari syurga, dekat dengan neraka dan jauh daripada Allah SWT.“ Oleh itu, hakislah sifat kedekut pada diri kita dan kecintaan yang lebih kepada harta.
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, June 27, 2019

Aku bukan cemburu, cuma berkecil hati.

Bukanlah isu yang besar pun
Kadang kadang hati kita ini cemburu dan cepat tersentuh. walaupun tanpa sengaja ianya tetap mengguris perasaan ini. 
Waktu pergi shopping barang-barang keperluan untuk staf hari ini.  Aku rasa sangat berkecil hati sebab cara layanan yang diberikan sangat istimewa.  Setiap keperluan sehinggakan keperluan peribadi staf diambil kira. 
Ketika berbelanja dengan aku  Habib selalu diingatkan jangan membazir dan beli apa yang perlu dan penting sahaja. Sehinggakan aku belajar untuk menjadi manusia yang lebih berjimat cermat walaupun menggunakan duit aku sendiri. Tetapi ketika aku melihat cara layanan yang Habib diberikan pada  orang luar aku rasa sangat cemburu.  
Alasannya staf penting, perlu dijaga kebajikan dan susah untuk membina kesetiaan mereka untuk bekerja. Tapi apakah Habib lupa bahawa hati dan perasaan aku juga penting. Aku bukan cemburu, cuma berkecil hati. 
Apakah
Dunia ini benar-benar tidak adil!
Kita saja yang perlu menjaga
hati dan perasaan orang lain.
Hati dan perasaan kita bagaimana?
Kita berbuat baik dengan orang lain,
sedang kejahatan mereka
yang dikembalikan kepada kita.
Kita setia bersama mereka
walau dalam susah dan senang.
Namun untuk sebentar pun mereka tidak betah untuk berada di sisi kita.
Jangankan dalam duka,
waktu bahagia pun tidak sudi.
Ya, dunia ini tidak adil.
Tapi!
Allah itu Maha Adil, sentiasa adil.
Ya, kita terluka malah tak dipeduli.
Tapi Allah tahu dan sentiasa sudi untuk mencantumkan kepingan hati.
Kita berbuat baik namun tak dihargai.
Tak mengapa Allah ada untuk menilai,
malah berjanji pahala akan diganjar.
Kita sentiasa membantu orang lain
dalam susah dan senangnya.
Tapi mereka tiada saat kita memerlukan.
Tidak mengapa Allah sentiasa ada,
dalam susah dan senangmu,
dalam tangis dan tawamu,
Dia ada dan sentiasa ada untukmu…
Lakukan semua perkara kerana Allah
Kita tidak akan terluka, percayalah!
Kita jaga hati orang lain untuk Allah.
Hati kita?
Tak mengapa, Allah ada untuk jaga hati kita.
Bukankah Dia sebaik-baik penjaga?
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
x

EDISI NOSTALGIA SUKA DUKA KEHIDUPAN


- 15 penulis dalam sebuah buku
- 10 halaman A5
- Times New Roman (11)
Judul Buku: SUKA DUKA KEHIDUPAN
Tema Setiap Edisi:
1: Zaman Belajar
2: Era Berkerjaya
3: Musim Bercinta-Berkahwin
4: Seusai Bakti (Persaraan)
5: Sketsa Duda-Janda
Tempoh Penulisan: 1 Julai - 31 November 2019
Terbit: Februari 2020
Wacana MBM
Rakan Sinergi: SYFE



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Wednesday, June 12, 2019

Tak Sengaja

TAK SENGAJA.....
Kadang kadang kita lakukan sesuatu itu secara tak sengaja tanpa niat untuk melukakan hati sesiapa tetapi kita terlupa......
Pinggan yang retak tak akan sama dengan pinggan yg sempurna.
Piring yang sumbing tidak akan orang guna lagi.
Gelas yang pecah tak boleh dicantum semula.
Cawan yang bersepai akan melukakan kaki kita.
Itulah akibat tidak sengaja.

Walaupun kita lakukan tanpa sengaja impaknya sangat mendalam.
Hati yang terluka pasti mengambil masa untuk pulihnya.
Jiwa yang berduka sukar diajak bersuka.
Senyum yang terukir tidak lagi seindah suria.
Mata berkaca bergenang si air mata.

Kata yang terluncur tak mungkin dipintal kembali.
Perahu yang terlajak boleh ditarik kembali.
Bicara yang terlajak hanya maaf yang mampu dilafazkan bertali.
Tapi ianya tidak mudah sembuh kembali.

Tidak sengaja.
Besar bahananya.
Lidah itu berbisa dari pedang sang panglima.
Pena itu lebih tajam dari keris Sang Buana.
Tidak sengaja. .

#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AkuAnakPomen

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, June 11, 2019

29 tahun sudah... HAPPY BIRTHDAY MY BABY NUR FATIHAH ZULKIFLI



29 Thn....Happy birthday my favorite baby Nur Fatihah bt Zulkifli....DR. NUR FATIHAH BT ZULKIFLI..... hari Tehah dilahirkan kedunia pada hari ini juga aku mendaftar diri  sebagai Guru Pelatih di Institut Perguruan Sultan Idris....hari ni pada tahun 2019 ....babyku dah jadi ibu buat Sofea twins.

Melihat Tehah membesar dan dewasa....samalah juga melihat kerjayaku sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dalam Kepmenterian Pelajaran Malaysia.

Dari seorang Guru Pelatih.......bertatih selama dua tahun setengah di IPSI  menjadi Guru sandaran di SK Kuah selama 6 bulan dan akhirnya di lantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah pada 1.3.1993.... akhirnya disahkan dalam jawatan pada 1.3.1996....

Allahuakbar  hebatnya Ya Allah mengaturnya untukku  kerana selepas 3 tahun dilantik aku  menyambung pelajaran di UPM TERENGGANU pada 1.6.1996  hingga 30.5.1999  dalam Bachelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling maka mulalah perjalanan baru sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah  pada 1.6.1999

Allah Yang Maha Mengetahui ...setiap perancangan yang kita buat dan Allah juga yang mengetahui bila dan di mana kita ditakdirkan.  Smk St Anne Convent ,Kulim, SMK Sultanah Asma, SMK Jabi adalah sekolah yang pernah aku berkhidmat.

Subhanallah sekali lagi perjalananku berubah arah selepas memiliki Sarjana  Sains Pengurusan   dari   UUM  pada tahun 2003 .Pada  1.8.2006 Allah memakhbulkan impianku  untuk berada di IPG DARULAMAN. hinggalah empat  tahun  aku berada di IPDA tempat yg aku impikan di sejak umur 16 tahun..... tp ku sangka panas hingga ke petang  rupanya hujan  ditengahari....berlakunya pelbagai dugaan yang membawa aku keluar dari IPDA akhirnya pada 31.7.2010..... Hanya Allah yg tahu betapa kecewa dan hancurnya hati ketika itu meninggalkan tempat yang aku impikan dan membawa diri ke  Matrikulasi Labuan  selama 1 tahun setengah..... dan  bermulalah hidupku diperantauan. Tiada siapa di sekelilingku, hanya sebatang kara di tempat orang. Bagaikan hidup dalam buangan . Aku membuat keputusan meletak jawatan 24 jam sebagai Kaunselor atau Pegawai Kaunseling  dan  pulang ke semenanjung  dan bercuti tanpa gaji selama 10 bulan.

Bagaikan kapal yg hilang enjin, patah layar,  dan terlepas sauh hidup terumbang ambing dalam gelora dan bencana itulah hidupku....selepas pulang dari umrah 2012 aku membuat keputusan akan kembali menjadi kaunselor di sekolah...semua melihat aku seolah berpatah balik dalam kerjayaku...bagaikan mengundur...itulah takdir dari Allah SWT....tetapi aku berpegang kata motivasi lastik hanya akan pergi lebih jauh bila ditarik jauh kebelakang....itulah takdirnya.....aku terus pulang ke kampung halamanku berkhidmat di SMK ALOR MERAH dari 16.3.2013 dan kembalilah bergelumang dengan pelajar dan guru ....setiap yg aku laksanakan bagaikan mengulang kembali apa yg pernah aku lakukan dulu....seperti aku mula menjadi Kaunselor Pelajar....sedih...kecewa....malang....?semua tu selalu mejadi  mainan perasaanku...tetapi aku yakin Allah ada yang terbaik untukku. Aku pasti Allah mengaturkan yg lebih indah.... Akhir tahun 2015 dua hari sebelum tarikh tutup permohonan jawatan pensyarah di IAB  keluar dan  sahabatku Halawiah  yg memberitahu  ..terima kasih   sahabat..... dan hari ni aku sudah berada di IAB UTARA  Sebagai Pensyarah Kanan selama empat tahun. 16/5/2016 hingga sekarang. Walaupun onak dan duri tetap ada itulah dunia kerjaya ku.

Perjalanan 29 tahun sama seperti Tehah my favorite baby...sekarang dah jadi  mommy's for Sofea twins... ..always love you my baby.
#lovemakngah
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Yakinlah dengan janji Allah


Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki..
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?.

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang Shikin  jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh termasuk Shikin sendiri bertemu pada usia 47 tahun... . namun mereka pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik
tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...

ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.

Aameenyarabbalalameen

Urusan Allah



Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh. Di fikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki..
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti. Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga. Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?.

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu Allah.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang Shikin  jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh termasuk Shikin sendiri bertemu pada usia 47 tahun... . namun mereka pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asyik
tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan eh nanti tua siapa nak jaga kau. Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti.

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.

Pendek kata
Allah ada.
Jangan takut...

ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.

Aameenyarabbalalameen

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, June 4, 2019

EID Mubarak 2019


Assalamualaikum & Salam Sejahtera
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .

Sempena menyambut Aidil Fitri yang mulia ini, saya ingin mengucapkan;

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَا وَمِنْكُمْ. وجَعَلَنَا الله وَإِيَّاكَ مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْن.َ كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ.

"Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah kami dan kalian lakukan. Semoga Allah menjadikan kita termasuk (orang-orang) yang kembali (kepada fitrah) dan (mendapat) kemenangan. Semoga kamu sentiasa berada dalam kebaikan."

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.

Pada hari-hari terakhir ramadhan yg mulia ini, saya dengan rasa rendah diri ingin mohon maaf diatas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan yang berlaku antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yang sengaja mahupun tak sengaja, yang tersembunyi mahupun terang-terangan, yg berniat mahupun tak berniat. Segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan rahmat sepertimana yang dijanjikanNya.
Aamiiin InsyaAllah.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Salam dari saya
Suami&Isteri
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in