kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (224) suara hatiku (203) cinta....kasih..sayang...hubbyku (156) Alhamdulillah (153) nikmat Allah (145) ilmu (110) CHAPTER HIDUPKU..... (101) belajar (90) kerjayaku (79) Puisi/Sajak/Gurindam (75) memori oh memori (75) cabar minda (71) D'Perantauan (66) 1 entri 2 stories (65) nasihat (62) Aku Adalah Aku (53) keluargaku (49) BUKU (48) Penulisan (47) berita (47) kerjayaku...kemahiran (47) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Mari Melancong (35) dari seorang sahabatku (35) Aku Anak Pomen (32) Travel logku (30) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) My Dreams Come True (27) resepi aku (27) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (20) BUKU SOLO (17) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) Doaku (12) art theraphy (12) katalog buku (12) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) IABU (10) berkebun (9) hobi (9) ANEKDOT (8) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) Aku Poshtun (7) CONTEST D'moontest (7) Hari Rayaku. (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) BEDAH BUKU (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) SELAMAT HARI GURU (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) shikin sayang (5) Aidilfitri (4) Ayah (4) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) kreativiti (4) penerbitan (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) isbn (3) kemahiran (3) pakistan (3) umrah (3) ADIKKU (2) Aidiladha (2) Aku Boss (2) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) Business (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) Forever Living (2) Forever Loving (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) HARI GURU (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) Kepimpinan (2) LABAIKK MINI MART (2) Mak Dan Ayah (2) Mengembara (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) balik kampung (2) mindset (2) my video (2) pohon syurga (2) AI Skill (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Chapter hidupku (1) Chinese New Year (1) Cikgu Shikin Sayang (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) Entrepreneur (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) INFOGRAFIK (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Iron lady (1) KAKAK (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) Kursus Online (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) e book (1) menulis (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Monday, June 14, 2021

Buku Hasil Air Tangan SHIKIN Di Pasaran

































Alhàmdulillah 
Alhamdulillah   buku pertama ,kedua hinggalah ke sepuluh  sudah  siap sepenuhnya.
1. AKU ADALAH AKU
2. AKU ANAK POMEN
3. CERPEN KANAK-KANAK
4. ANEKDOT REZEKI KEHIDUPAN 
5. ANEKDOT LITERASI KEHIDUPAN
6. ANEKDOT ASAM GARAM KEHIDUPAN
7. ANEKDOT PANCAROBA KEHIDUPAN
8. TINGGINYA JERAI JELAPANG HATIKU
9. SELAGI ADA NAFAS
10. RINDU BAITULLAH 2

Terima kasih Cikgu Firdauz Abdullah@Cikgu Fido ilustrasi Aku Anak Pomen buku Motivasi Nilai Kasih Sayang. ..... Bukan cerpen tetapi cerita pendek tentang pejalanan hidup atau autobiografi Aku Anak Pomen. Bermula dari perkahwinan Mak Dan Ayah... 
Buku ini diterbitkan sempena ulang tahun perkahwinan pada bulan Mei. 

CERPEN Kanak Kanak  dan enam lagi Anekdot diterbitkan secara bersama di bawah WACANA MBM. Dan dua buah buku SAN & RB2 di bawah  Robizan Recourse 

AAA DAN AAP tiga puluh lima sahaja setiap satu
CERPEN dua Belas saja
Buku Anekdot  lain RM 25 saja
wasap.my/601126437052
#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#cerpenkanakkanak

Terkini




:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, September 24, 2020

28 Tahun AlFatihah Buat Ayah Haji Shahrom Bin Rahim Bin Saleh


24 September 1992 Ayah meninggalkan kami buat selama-lamanya. 

 24 September 1992 
Hari ni genap 28 tahun Ayah Haji Shahrom Bin Rahim Bin Saleh meninggalkan kami anak-anaknya dan isterinya Hajah Siti Esah Binti Mohammad pada usia Ayah 46 tahun Dan usia emak 41 tahun. 

Semoga Allah SWT memberikan rahmat dan keampunan buat Ayah yang banyak bekorban buat kami anak anaknya dan juga setiap titik peluhnya Allah SWT gantikan dengan kelapangan buatnya di alam barzakh dan akhirat kelak. Ayah sangat berjasa pada semua dan sangat menjaga kebajikan orang lain walaupun bukan tanggungjawab nya. Hatinya sangat mulia dan berjiwa besar. Sehingga hari ini aku belum mampu mengikut jejaknya yang istighomah dalam menginfakkan hartanya ke jalan Allah. 

Kurniakanlah Ayah dan Mak syurgaMu Ya Allah. Himpunkanlah kami bersama Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam di akhirat kelak.

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ibrahim:41

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman ketika berlakunya penghitungan amal serta pembalasan.”

Firman Allah SWT:

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ

Nuh:28

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku.”

Al Fatihah buat Ayah dan Mak serta semua yg telah meninggalkan kita. 

#akuanakpomen
#AllahummaSolliAlaSayyidinaMuhammad

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Tuesday, August 18, 2020

Hari Lahir Anak Ibu

🎂🧁🍰Ibu Noor Ashikin Shahrom 
10/2@14 Zulhijjah @😍😍
*Hari Lahir*
Muhammad Rahim 05/11
Wakeel Salamat 25/11/2005
Zuhran Selamat 22/12/2007
Syabil Bassam  
22/12/2011
Mujaddid Anhar  27/7/2015
Yahya 5 /9/201 6

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Sunday, August 9, 2020

AKU BOSS : BUKU KETIGA KU

Syok sendiri ja no
Doakan ya cepat siap.
#akuboss
#crnasiabcu
#salamjutawan


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

CANGGIHNYA PERANTIKU: CERPEN KANAK-KANAK



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Saturday, June 6, 2020

Ujian awal Tahun 2020

Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui apa perasaaan dan juga isi hatiku.
Ujian  di awal tahun berlaku pertukaran jabatan. Alhamdulillah sebelum ini aku telah berjaya mengeluarkan diriku dari tekanan dan gangguan mental akibat penderaan emosi yang dilakukan oleh Ketua Jabatan yang lama sejak mula berkhidmat di IAB Cawangan Utara pada Mei 2016.

Setelah dua tahun menerima tekanan mental dan perasaan yang mengganggu kesihatan diri ini sehinggakan tahun 2017 perjalanan tugas agak terganggu kerana terpaksa mendapatkan rawatan pakar. Setiap bulan berjumpa dengan pihak pakar yang membawa sehingga dirujuk kepada pihak psikatris untuk masalah tekanan mental dan kemurungan.  Tapi apa yang berlaku  aku pasrah dan cuba mengelak diri dari dirujuk kepada pihak pakar. Selama setahun meneruskan  bekerja di bawah tekanan . Syukur aku  mendapatkan khidmat kaunseling dan nasihat dari rakan-rakan sekerja di Bahagian Psikologi Dan Kauseling di KPM.

Tahun 2018 aku mendapat khabar gembira bilamana tanpa permohonan pertukaran jabatan aku dipindahkan ke Jabatan Asas Pendidikan Dan Komuniti. Syukur bila berada di bawah Ketua Jabatan yang bukan sebangsa denganku. Di sini  aku lebih tenang dan banyak potensi diri aku digilap semula dan berjaya menghasilkan penerbitan di bawah JAPK sebanyak tiga  edisi penerbitan sebelum  Ketua Jabatan pencen.  Di  JAPK juga aku berjaya menerbitkan buku peribadi secara rasmi dan mendapat pengiktirafan ISBN untuk dua buah buku. Di bawah JAPK juga aku menulis untuk penghasilan projek inovasi sendiri dan mendapat pengiktirafan tiga bintang. Aku buktikan aku seorang yang berpotensi dan cemerlang dalam melaksanakan tugas aku sebagai pensyarah.  Walaupun mendapat tekanan dari beberapa golongan staf yang mengatakan aku tidak layak bergelar sebagai seorang Kaunselor Jabatan kononnya tidak memamerkan  personality sebagai seorang Kaunselor.

Kaunselor Berdaftar bermakna aku seorang yang memiliki kelayakan dan diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia yang boleh mengamalkan kaunseling secara kormesial dan membuka pusat kaunseling sendiri. Alhamdulillah aku mempunyai ramai klien diluar organisasi berbanding  dalam organisasi sendiri.  Peserta NPQEL dan peserta kursus CPD juga merupakan golongan klien yang mendapatkan khidmat kaunseling. Ada diantara mereka sanggup membayar perkhidmatan yang diterima kerana  mendapatkan sesi di luar waktu pejabat.  Walaupun tidak berada di Jabatan HEM dan Kaunseling aku melaksanakan sesi mengikut permintaan klien. Ilmu kaunseling yang saya ada bukan untuk mendabik dada  bermegah tapi ianya adalah ilmu untuk membantu diri sendiri dalam meneruskan kehidupan.

Aku mohon maaf kerana aku menolak penempatan baharu di Jabatan HEM dan Kaunseling semula kerana aku tidak dapat berkhidmat dengan baik di bawah Keua Jabatan yang pernah membuatkan saya hidup dalam tekanan mental dan perasaaan sehingga menjejaskan kesihatan.  Aku memohon untuk ditempatkan di mana-mana jabatan untuk bertugas di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Berdasarkan pertukaran jabatan-jabatan yang telah dilaksanakan saya memohon untuk berada di bawah Dr Fakri Bin Abdul Khalil ataupun kekal berada di Jabatan Asas Pendidikan Dan Komuniti seperti sekarang.

Maka aku bersyukur kerana sekarang akau ditempatkan di Jabatan Penilaian Peperiksaan. Syukur Alhamdulillah



:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, May 8, 2020

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG


Rindu mak Hajah Siti Esah Binti Mohamad
Kenangan terindah bersama Mak tunaikan haji bersama. Aku ni kirakan anak paling spoil dalam keluarga. Semasa sekolah menengah paling kuat memberontak dan buat hal.Nampak ja tak banyak kerenah tapi hakikatnya paling banyak menyusahkan hati mak dan ayah. Tapi bila umur 18 tahun insaf lah sikit dan tak sampai hati menghancurkan hati Mak dan Ayah. Berbanding kak dan adik perempuan mereka sangat akur dengan perintah mak dan ayah. Tapi aku....mak dan ayah kena ikut rentak aku. Tapi 1990 Allah SWT  jentikkan rasa untuk akur dan ikut permintaan ayah walaupun hakikat hati ni tak mahu. Allah SWT beri banyak nikmat untuk aku menjadi orang pertama beli baju raya untuk ayah dan mak dengan duit sendiri, bagi mak tengok aku konvo ijazah Bacelor dan Master sedang yg lain mak n ayah tak dapat tengokpun. Lepas tu jaga mak dan tinggal dengan mak selepas bekerja dari tahun 1994 sehingga 2006.-Tunaikan haji bersama mak dan adik bongsu. Raikan dua harilahirku  13 Zulhijjah di Mekah dan 10 Feb di Madinah semasa tahun aku tunaikan haji.  Banyak nikmat yang Allah SWT berikan.

Tetapi selepas mak meninggal 25/11/2006 pelbagai  ujian dan dugaan yang menimpa diri aku. Satu persatu aku kutip kenangan dan sentiasa ingat doa mak sentiasa bersama aku.Walaupun terjatuh terhantuk terngadah dalam kehidupan ini aku tetap akan bangun dengan semangat janji mak dan doa mak serta amanat Ayah. Air mata menjadi peneman dalam hidupku.

Selepas 13 tahun hidup tanpa mak di sisi Allah SWT kurniakan aku Habib sebagai suami. Hanya setahun empat bulan bersama kemudian aku diuji dengan hidup berjauhan  dan bertemankan telefon dan online menjadi penghubung. Pejam celik dah 8 bulan hidup berjauhan antara dua benua.

Benarlah kata Allah SWT bahawa dia hanya menguji setelah kita disediakan untuk menghadapi ujian itu.  Aku yakin Allah SWT hendak aku lebih dekat dengan Nya dari setiap makhluk di dunia ini. Allah SWT nak aku sentiasa mengingatiNya. Aku hambaNya yang lagho dan banyak melakukan dosa. Aku bukanlah ahli ibadah dan jauh sekali seorang yang sempurna.

Hari ni sudah nak masuk 15 Ramadhan. Semoga Allah SWT makhbulkan doa mak untuk aku dan semua anaknya. Mak banyak doakan anak anak dan juga saudara mara, jiran dan kawan serta juga anak muridku semasa kami tunaikan haji. Semasa menunaikan haji dia sentiasa berzikir dan solat sunat. Walaupun sblm pergi haji Tabung Haji tidak memberikan kelulusan dan minta tangguh, dia jawab tak pa sign lah mak nak pi juga haji sebab mak tak tau tahun depan mak boleh hidup lagi kah.

Akhirnya selpas ditambah 13 pain darah dan keluar wad dia tetap pergi haji. Ibadah mak di sana lebih kuat dari aku yang sihat ni. Walaupun mak naik korosi roda dan disorong oleh aku dan adik bayangkan tawaf setiap hari dua kali di tingkat atas yang sangat jauh.  Tapi kelebihannya tak rasapun penat cuma sedar sedar dah habis.

Semasa iktikaf di masjid lepas baca Quran dan solat aku memang lena ja. Tapi mak dia tak lena dan terus solat dan berzikir. Kuatnya mak dengan air  zam zam. Minum dan mandi dengan air zam zam shj. Sebab tu dia kuat dan kalau sakit pun hanya manj manja dengan Dr saja sbb tiap minggu mak kena check up dengan Dr di sana. Hikmahnya walaupun kami tukar dari pakej kepada muasasah biasa sebab nak pergi tiga beranak. Allah SWT berikan kami kelebihan menginap di hotel dan bilik yg sama dengab pakej Tabung Haji. Itulah hikmah yang Allah SWT berikan sepanjang bersama mak. Mak bukan org yang kasar. Mak sangat lemah lembut dan kalau mak jeling pun kami dah tak berani melawan. Berletiaq tak ada dlm kamus hidup mak. Pendengar yang setia. Mak sangat lembut dan tegas. Kami dari kecik tak boleh cakap kasar atau guna perkataan makian. Kalau mak dengan siap boleh kena cabai mulit. Tapi sepanjang hidup tak pernahlah kena cabai. Sebab takut dengan mak yang pendiam.

Semasa ayah ada mak adalah isteri solehah yang hidupnya hanya ada Ayah. Romantik sangat. Mak n Ayah makan satu pinggan satu gelas sampai Ayah meninggal dunia. Kecuali di khalayak mereka tak tunjuk makan dan kemesraan keterlaluan. Tapi orang semua panggil mak Kak Yang sebab ingat mak nama Yang. Mak siapkan kopi panas dan air sejuk setiap hari semasa dia tahu ayah akan sampai. Mandikan ayah. Dan anak anak masa kami kecil disiapkan bersih sebelum ayah balik. Rumah mak tak mewah tapi sentiasa kemas dan bersih. Mak pesan rumah kalau tak bersih rezekipun tak mau masuk. Malaikat lari.

Rutin hidup mak dan ayah tiap bulan walaupun gaji ayah hanya  RM600 ketika tu dengan anak enam orang, mereka tetap memperuntukan gaji untuk hantar dekat tok dan wan dan beli barang makan untuk diberikan kepada keluarga kakak dan adik ayah dan juga abang mak serta mak saudara ayah dan mak. Setiap kali gaji akan beli barang keperluan dapur beras,minyak masak, tepung,gula,kopi, biskut dll serta duit RM30. Itulah akhlak mak dan ayah. Setiap bulan hingga akhir hayat ayah. Kemudian diteruskan oleh mak wpun ayah dah meninggal sehinggalah akhir hayat mak. Perjuangan dan impian mereka. Setiap bulan tak pernah miss sbb wpun ayah tak ada pencen ayah mak tetap teruskan amanat ayah. Hidup mak hanya dengan Al Quran dan Kitab Haikal.

Ya Allah rindunya mal dan ayahku. Alhamdulilah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Allah SWT berikan aku Habib yg jiwanya sama dengan ayah dan mak yang sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarganya. Hidup Habib juga istiqhomah  dengan Al Quran. Setiap malam walaupun letih tetap akan baca Al Quran. Nikmat apakah lagi yang hendak didustakan? Walaupun ujian hidup ini tidak sama tapi jalan tetap tujuannya mencari syurga Allah SWT.

Alhamdulillah dengan nikmat Allah SWT.
Al Fatihah buat Mak Hajah Siti Esah Mohamad dan ayah Haji Shahrom Bin Rahim dan baba Haji  Mohammad Yousaf Noor Hassan yang telah kembali kepada sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT  tempatkan mereka dalam kalangan ahli syurgaNya bersama Rasulullah SAW dan para syuhada.

Al Fatihah juga buat Mor Gul Meena Badshah , suamiku Habib Mohammad Rahim Bin Mohammad Yousaf , diriku Hajah Noor Ashikin Haji Shahrom dan semua yang sedang membaca semoga diberikan hidayah dan ditemukan dengan malam LailatulQadar.

#salamjutawan
#lockdown
#SELAMATCURTAINKEDAH

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Friday, April 17, 2020

GAJI CIKGU PATUT KENA POTONG



26.24%  golongan guru dalam kalangan PENJAWAT AWAM MALAYSIA seramai 1.6 JUTA.

Mereka tidak cemburu dengan Penjawat Awam lain yang bekerja dari rumah dan mungkin bercuti sepenuhnya dari bekerja. Tapi golongan guru tetap menjadi ksubjek kecemburuan mereka.

Renungkanlah dalam diri sendiri.
Hari ini Allah SWT memperlihatkan kepada kita seluruh dunia generasi akan datang. Kita lupa selama ini golongan guru ini dipandang rendah dan pelbagai isu tentang guru yang kita lihat di media sosial.

Hari ini kita lihat sendiri bagaimana mereka sangat mencemburui golongan guru. Walaupun dunia memandang hebat guru-guru di Malaysia namum ada segelintir masyarakat yang tetap mencaci guru. Serba tak kena. Bagi tugasan pun dipersalahkan.

PKP memberi peluang ibubapa mengawal anak mereka sendiri. Mungkin sebulan berlalu begitu perit untuk mengawal anak menyebabkan mereka terus menghentam guru.

Didiklah anak-anak dengan acuan sendiri bagi mereka yang tidak memerlukan guru dalam hidup mereka. Mungkin benar guru pilihan KPM tidak menepati ciri yang mereka inginkan. Biarlah sekolah awam ini untuk golongan yang betul betul memerlukan. Buat golongan yang tidak perlu menipu slip pendapatan untuk mendapatkan semua peruntukan percuma. Biarlah sekolah awam ini untuk mereka yang memerlukan guru untuk mendidik anak mereka.

Guru-guru sudah cukup terhina sebelum ini dengan pelbagai isu pelajar yang melibatkan guru. Hingga guru hina ibarat binatang disuruh merangkak akibat tak puas hati dengan dendaan guru. Guru dicaci dan pelbagai hentaman terhadap golongan mualim ini. Mungkin kerana mereka merasakan yuran yang mereka bayar terlalu besar utk guru.

Mulianya manusia kerana adap. Jagalah adap dengan guru dan didiklah anak-anak untuk menghargai guru. Gambaran generasi hadapan kita dapat lihat dengan sikap ibubapa zaman sekarang. Remaja zaman sekarang adalah gambaran pemimpin akan datang. Mereka sedang memerhati ibubapa mereka sekarang dan bersyukurlah jika hari ini kita mendidik anak dengan akhlak Rasulullah SAW dan menjadikan anak sebagai hamba dan bukan tuan.

Didiklah anak dengan cara yang terbaik. Kalau tidak perlukan guru untuk membantu mendidik anak kita. Biarlah guru-guru mendidik mereka yang ingin belajar dan terus mencari ilmu.

Saya sebagai guru yang sudah masuk 30 tahun mendidik dari pelajar yang berusia 5 tahun Pra Sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi,IPGM dan IAB untuk mendidik Pengetua Guru Besar tetap akan terus mendidik dan membimbing. Tiada celanya menjadi guru. Walau ada seorang murid yang ingin belajar saya akan tetap terus mengajar....walau suatu hari tiada murid ingin belajar saya akan terus menulis dan terus mengajar dengan cara saya sendiri. Mendidik menjadi darah daging saya begitu juga guru-guru lain. Tidak akan pernah pudar jiwa mengajar dan mendidik kami sehingga kami mati. Bak kata guru saya kalau kita mati sekalipun pelajar tetap akan kata "Tu kubur Cikgu Shikin!" Saya bersyukur menjadi cikgu.

Walaupun anak murid sudah berjaya cemerlang menjadi insan yang hebat dan terkenal kami golongan guru tidak pernah meminta balasan. Kekadang anak murid tidak mengenali kami pun. Walaupun satu ketika duit kami habis belanja buat ganjaran dan alat bantu mengajar kami rela keluarkan asalkan anak didik kami berjaya dan cemerlang. Bukan seringgit dua ratusan ribu sanggup kami berhabisan asal anak didik kami berjaya dan bermotivasi. Tak cukup duit kami duit saudara dan sahabat kami juga kami cari untuk sponsor apa yang kami buat. Tidak pernah menyesal  menjadi guru.

Terima kasih kepada guru-guru kami yang mendidik kami menjadi manusia yang berguna. Alhamdulillah doa untuk cikgu tak pernah kami lupa. Cikgulah yang mendidik kami. Cikgu pernah beritahu bila menjadi GURU jangan pernah harapkan balasan dari anak murid sebab bahagia cikgu bila melihat anak murid cikgu bahagia. Itulah cinta seorang cikgu.

Berburu di padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Doa cikgu untuk anak didik Cikgu Shikin Sayang
▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨

Ya Allah ….. , Aku mohon keampunanMu bila dalam melaksanakan amanahku sebagai guru sepanjang perjalanan kerjaya guruku 1990-2020.

Ya Allah ….. , ampunanilah diriku,  bila dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik, aku belum mampu memberikan yang terbaik untuk anak didikku.

Ya Allah Kau perindahkan bahasaku, Permudahkan tutur kataku,
Agar apa yang aku sampaikan kepada anak didikku, Mudah untuk diterima oleh semua, Menjadi ilmu bermanfaat buat mereka.

▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨▨

Ya Allah… Sinarilah hati dan fikiran anak didikku dengan kefahaman dan ingatan yang baik. Mudahkan anak didikku memahami apa yang disampaikan oleh aku serta berkatilah mereka.

Ya Allah ya Tuhanku,
berilah anak didikku cahaya, ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima, selalu mendekat ke arah kebaikan dan menjauh dari kejahatan serta jadikan mereka hamba-hambaMu yang paling mulia di sisi-Mu. Cemerlangkanlah mereka dalam usaha mereka ke jalanMu Ya Allah.

Makhbulkanlah impian dan hajat mereka keranMu Ya Allah.
Walau di mana mereka berada sekarang lindungilah mereka dari kejahatan dan kemusnahan. Muliakanlah mereka dunia dan akhirat.

Ya Allah Yang Maha Pengasih lahi Maha Penyayang

Allhummaj’alni min ahlil ilmi, wa ahlil khoiri wa ahlil ibadati

" Ya Allah jadikan anak-anak kami Ahli ilmu, Ahli kebaikan dan  Ahli Ibadah".

Terima kasih Ya Allah menjadikan aku seorang guru.

Peliharalah dan muliakanlah kedua ibubapaku yang merupakan guru pertama dalam hidupku. Guru guruku dari aku kecil tidak mengenal huruf hingga sekarang semua mereka yang bergelar guru, mualim dan pensyarahku dunia dan akhirat. Berkatilah mereka. Juga suamiku yang banyak mendidik dan mengajar diriku jua.

Aameenyarabbalalameen

Cr Hajah Noor Ashikin Haji Shahrom

#salamjutawan
#terimakasihcikgu

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Thursday, April 16, 2020

Biar Miskin Jangan Malas









Biar miskin jangan malas.
Tu pesan mak dulu. Biarlah miskin tapi kalau rajin kita boleh  hidup seperti orang lain juga. Miskin boleh diubah dan boleh dihapuskan kalau kita manusia yang rajin dan tidak berputus asa dengan Allah SWT.

Kalau kita miskin dan malas sampai bila bila kita hidup akan menyalahkan orang lain dan tidak akan berubah selama lamanya. Hanya memandang kelebihan orang lain dengan kebencian dan kedengkian tidak akan pernah mengubah nasib kita.

Kemiskinan boleh diubah dengan sikap kita sendiri. RAJIN dan bergantung kepada Allah SWT.  Miskin dan malas akan selama-lamanya menenggelamkan diri kita dalam hidup dhaif dan mengharapkan orang lain.

Semasa kecil kami tinggal di kalangan orang kaya di Jalan Pegawai apa kata cacian dan hinaan yg tidak pernah diterima. Anak pomen. Anak orang gaji. Kami tinggal di tengah danau orang kaya yang rata-ratanya pegawai kerajaan dan hartawan. Tapi didikan mak dan ayah selalu mengajar kami untuk menjadi anak yang rajin dan taat pada agama dan melihat orang disekeliling sebagai inspirasi untuk berjaya. Mak selalu cakap tengok mereka kaya tapi rajin berusaha dan tak pernah mengalah untuk belajar. Rata ratanya ada saja anak mereka yang belajar di luar negara. Mak jadikan mereka sebagai inspirasi. Mak ajarkan kami berusaha dan jangan putus asa dalam pelajaran.

Walaupun kami bertiga anak dyslexia  yang bermasalah tapi mak dan ayah tak pernah mengalah. Anak istimewa di mata mereka dan kekadang dianggap bodoh oleh cikgu. Tapi syukurlah kami bertiga yakin dengan kata mak dan ayah buat kami berusaha dan terus berusaha. Semua anak mak dan ayah berjaya bergraduat dlam dan luar negara.

Kalau kenangkan hidup dalam kemiskinan ni kami merasa hidup miskin, melihat mak dan ayah berhempas pulas mencari nafkah hidup. Ayah yang ketika itu hanya pomen dan SB dengan gaji RM300 sahaja dan seingat aku gaji  ayah RM650  pada masa aku dah Tingkatan 1.  Selepas tu ayah mula masuk dunia perniagaan dan keluar dari kemiskinan.  Semasa miskin mak n ayah tak mengharap bantuan orang lain dan menagih simpati orang. Mak tolong ayah dengan buat kerja ambil upah iron baju sebulan dapatlah RM30  dan ambil upah buat kuih dapat RM5 sehari dan buat jualan kuih. Semua kerja mak buat dengan muka yang senyum dan bahagia. Sampai aku dah tingkatan 5 mak masih buat kueh utk jual. Buat keawteaw goreng dan lain-lain. Pernah tengok mak menangis bila ada sindiran tapi syukurlah mak tak pernah merungut. Aku tak pernah tengok mak merungut hidup susah depan ayah. Ayah pula tak pernah herdik atau tinggikan suara dengan mak.

Walaupun hidup miskin mak dan ayah sangat positif dengan kehidupan. Pasnagan yang penyayang dan prihatin dengan kehidupan saudara yang lebih susah dan miskin.

Semangat mereka sangat kuat dan menyebabkan kami empat beradik ketika itu belajar dengan gigih untuk cemerlang. Alhamdulillah anak anak dyslexia  mak dan ayah semua khatan al Quran pada umur 9 tahun. Kalau dalam kelas akademik tak pernah dapat no lain selain No 123. Yang pasti penggal ketiga mesti dapat bolot semua anugerah akademik. Itulah anak POMEN  yang tak pernah mengalah.

Ayah pesan hendak dunia dengan ilmu dan hendakkan akhirat pun dengan ilmu. Malas tak akan ke mana-mana. Kita hidup dalam penghinaan selamanya. Ketika susah miskin adik beradik pun malu mengaku kita adik beradik. Kalau kita berjaya orang yang tidak kenalpun akan mengaku kita saudara mereka. Bawalah diri kita keluar dari kemiskinan hidup ini. Jangan menyalahkan orang lain dengan kemiskinan kita.

Semua ni aku abadikan dalam kisah aku anak pomen buku kedua yg aku terbitkan tahun 2019. Alhamdulillah  buku ini dah ada di Perpustakaan Negara dan ada serial ISBN. In sya Allah aku akan terus menulis bahagian kedua. Tulis untuk menjadi sumber inspirasi buat orang miskin.

Musim covic 19 ni bila lihat ramai mengeluh hidup susah. Tapi sebenarnya bagi aku keluarlah dari kemalasan dalam diri sendiri. Hidup susah itu adalah pilihan kita sendiri. Manusia yang malas sampai bila bila mengharapkan pertolongan orang. Asyik menyalahkan orang lain. Hakikat sebenar keluarlah dari sikap kita sendiri.  Belajarlah hidup rajin dan kreatif untuk hidup. Sampah orang lain sebenarnya  boleh menjadi harta buat orang yang rajin dan kreatif.  Bukalah mata. Sebab tu mak ayah selalu pesan kalau miskin macam manapun sembahyang jangan tinggal sebab kalau kita miskin dekat dengan Allah SWT hidup kita akan ada barakahnya tapi kalau kita miskin dan jauh dengan Allah SWT  sampai bila pun hidup kita akan  miskin.

Miskin itu pilihan kita sendiri. Tetapi kekayaan adalah pilihan Allah SWT berikan buat mereka.

#salamjutawan
#AkuAnakPomen
#AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri
#AnekdotKehidupan
:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku

Wednesday, April 15, 2020

COVID 19 PUNYA PENANGAN

Nak simpan kat blog jugak la.. kenangan yg takkan di lupakan.. Utk aku baca di tahun² hadapan 😬

Takkan sesekali aku lupa ....

18 MAC -  31 MAC 2020  fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾...

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.30/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,
 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan
 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana, satu hari nanti, status ini akan muncul di paparan ingatan FB saya, dan ia memberikan peringatan kepada saya, supaya menghargai nyawa ini dan orang - orang yang kita sayang.
🤗🤗🤗

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?
Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️

#copyNpaste
#forMyReference
#KitaJagaKita
#StayATHome
#COVID19
#kitamestimenang
#salamjutawan


:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin #CounsellorCoachTrainerLecturerTeacherMotivatorWriterEntrepreneur #shikinsayang #AkuAdalahAkuJadilahDiriSendiri #BestFromNorthernSeries #AkuAnakPomenChapterHidupku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in