kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Friday, February 3, 2012

CHAPTER 22: Posting Pertama ke SK Kuah, Langkawi..... 1 Disember 1992

 Dua puluh  tahun  yang  lalu 1 Disember 1992  ....aku  mula  mendaftar  diri  sebagai  seorang Guru Sandaran Terlatih DG 6 dengan  kelulusan PSR/PM dari  Institut Pendidikan Guru Sultan Idris. Setelah  selesai  praktikum  yang  sangat  meruntun hati  dan perasaan  sebagaikan  mati  ....aku  tidak  dapat  menerima  kenyataan  bahawa  ayah  insan  yang  hendak  aku  menjadi  seorang  guru  sudah  tiada  lagi  di  dunia  ini.  Aku  hidup  hanya  atas  dasar  janji  aku  pada  ayah  dan  aku  hanya  menerima  hakikat  bahawa  ini adalah  takdir  hidupku.  Atas  keprihatinan  Pengarahku Dr Hussein  ketika  itu  aku ditukarkan 24 jam dari SK Kuala Tahan , Tembeling Pahang oleh  Bahagian Sekolah  ke  Negeri  Kedah. Atas  nasihat Cikgu Saboor  insan yang  membantu  aku pulang  ke Kedah aku  memilih Langkawi kerana aku  diberi  pilihan sama ada  Baling /Sik , Langkawi  atau SK Sg baru (tetapi  mengajar pra sekolah) akhirnya aku  memilih SK  KUAH, 07000 Langkawi  , Kedah  sebagai  destinasi  pertama  aku  mendaftar  sebagai  guru...disinilah  bermulanya  perjalanan  hiudpku  sebagai  seorang guru.Dengan  gaji  permulaan RM724.00 dan Elaun RM115.00  semuanya RM839.00.
 Hari  pertama  aku  mendaftar adalah 30 November 1992 yang  mana aku dihantar  oleh  Pak Chak Osman ,dan Mak Chak Zauyah yang  mana  aku  ke sana ditemani  mereka  sebab  mak  sememangnya  sudah  tidak  mampu  untuk  menguruskan diri dan anak-anak  kerana sering  sakit. Pak Chak dan Mak Chak  bagaikan  mengambil  alih  tugas  ayahku dan  banyak  yang  mereka  berkorban  untuk  kami  adik  beradik.Pak Chak  bawa Zulraini@Atan, Zuraida dan juga Md Zaki  menemani aku..  Aku  sememangnya  insan  yang  bertuah  kerana  miliki  jiran  yang  lebih mulia  dan  semoga  Allah  menemukan kami  di akhirat  kelak. Pak Chak dan Ayah  sangat  rapat dan  mungkin kerana  inilah  Pak Chak  seolah-olah  mengambil alih tugas  ayah  membesarkan kami  dan  menjadi  penjaga  kami adik  beradik. Mak aku  sering sakit dan  keluar  masuk  hospital  dan ketika  ini  kehidupan  kami sangat  sukar  dan  hanya Allah  yang  tahu  betapa  besarnya  jasa  dan pengorbanan  Mak Chak dan Pak Chak  buat  kami  sekeluarga.  ....walaupun  tiada  kaitan darah  hubungan  kami  tapi  sememangnya ALlah  mengurniakan hati  yang  mulia  buat  mereka  sekeluarga. Hanya Allah  yang mampu  memberikan  kurnia dan  balasan  buat  mereka  yang  sangat  berjasa.....Pak Chak dan  Mak  Chak  menghantar  aku dan inilah  kali  kedua  aku  menjejakkan  kaki  ke Langkawi  sebab  semasa  di semester akhir di IPSI  aku  pernah  berkunjung  ke Pulau Lagenda  ini  bersama Kak Sarijah, Saridah dan juga Kak Ros  ke  rumah Kak Hashumah. Tak  sangka  pula  aku  terpelanting  ke sini dengan  ketentuan Allah. Dan Pak Chak berikan aku duit  belanja RM1000.00 dan  nilainya sangat  besar...ketika  itu  melebih  sebulan gaji  aku.
Selama sebulan aku  menumpang di rumah Kak Halimah dan Abg Helmi yang  merupakan sahabat Pak Chak di JKR Langkawi...dan  selam sebulan  inilah  aku dilayan dengan sangat  baik  oleh Kak Halimah dan Abang Helmi  bagaikan  adik  sendiri.  Subhanallah  betapa  besarnya  pertolongan  yang Allah  beri  kepada  diriku. Aku  bersyukur  pada Allah  kerana  setiap  kesukara  yang  aku  lalui  di Langkawi  dipermudahkan oleh Allah SWT.Alhamdulillah  dengan  nikmat  yang Allah berikan. Akhirnya  aku  mendaftar  di SMK  KUAH  bersama dengan 9 orang  guru  lain pada  hari  yang  sama di sekolah  ini..iaitu  Bersama Rozana, Rokiah, Azimah, Rosmah, Ustaz Zaim, Al Latiff, Zuraimi, Latip Badri, dan Yusri. Inilah  kali  pertama  aku  bergelar  seorang  guru. Aku  ditugaskan  mengajar di sesi  petang  bersama Rokiah , Zaim, Latip Badri dan Al Latif...tapi  selepas  beberap  bulan Al Latif  berpindah  ke Sekolah K.Kedawang. Aku  sangat  rapat  dengan AL Latif yang aku  panggil Yang Chik  sebab dia  sendiri panggil aku Yang Chak...yang  kecil dan yang besar...kami  sangat  rapat.
 Selepas  sebulan  aku  berada  di SK Kuah  kami  mengambil keputusan  menyewa  rumah En Halim  di Penggarak  dengan sewaan RM600 sebulan  yang mana kami  kongsi  seramai lima  orang dan  semua bujang. Jadi  bermulalah  episod tinggal  di rumah  bujang dan  InsyaAllah  akan  kuceritakan nanti.  Aku  mengajar  di sebelah  petang  di  Darjah  3  dan  mengajar  matapelajaran  Bahasa Melayu, Matemataik, Pendidikan Jasmani dan  Kemahiran Hidup......Pengalaman pertama masuk kelas............kalau  diingatkan  memang sangat  lucu..dan  tak  boleh  aku  lupakan sampai  mati..


 Hari  pertama  aku  masuk  kelas...dan  memegang  kelas  3 S atau  kelas  campuran  yang mana dalam  kelas  ini tidak  dikategorikan  mengikut  kepandaian...rojak..keadaan  yang  pertama  aku  masuk  kelas ...kelas  punyalah  berbau  busuk dengan  pelajar  yang  tidak  terurus  dan keadaan  kelas  yang  hiruk  pikuk.. Trauma  aku  kehilangan ayah  masih  kuat  terasa dan  aku  smeemangnya  benci  untuk  menjadi  seorang  guru dan semasa  praktikum aku  ditempatkan  mengajar kelas  yang agak baik dan pelajar  Darjah 5 dan 6. jadi  kawalan kelas dan  faham bahasa  itu  sangat  tinggi...tapi  bila  realiti  aku  mengajar  di berikan  kelas  yang  berkeceridau  macam dalam kandang kambing...terjerit-jerit dengan  budak  kecil....aku  jerit  suruh  diam...sekali..semua  masih  bising...  kali  kedua  aku  jeritkan...masih  lagi  berkeliaran...kali  ketiga  aku  jeritkan  suruh  diam...makin  bising  kelas  dan  akhirnya  apa aku  buat???????  


Apa yang aku  buat????? MERAUNG  sepuas-puasnya  aku  meraung  atau  menangis  macam  orang  kena  hesteria dan akhirnya  semua  budak  terdiam dan  yang kelakarnya  aku  meangis  sampai  tak  boleh  berhenti dan memang dah  macam  orang  kena sawan tangis  sebab aku  memang  tak  boleh  menangis  sebab  kilang air  mata  aku dah  rosak  sebab  banyak  menangis bila  ayah  tiada....ketika  ini  kebetulan Ustaz Zaim  lalu di kelas  aku dan  dia  menarik aku  keluar dari  kelas  dan  aku dengar dia  bagi  arahn dekat budak-budak dan  dia  ajak aku  keluar dari  bilik  darjah... memang  trauma  aku  masih  belum  hilang. Jadi  tangisan  aku  menyebabkan  semua  pelajar  terdiam dan  takut  dan  aku  pula  memang tak  boleh nak  berhenti  jadi  memang  berderau  air  mata  aku....Inilah  pengalaman dalam  hidup  aku dan  Ustaz  ada  bagi  aku  kata2  semangat dan  sejak  hari  itu  aku  memang rasa  dah  jatuh  hati  dekat Ustaz  kerana kata-kata  yang dilafazkan...hahahahah  memori  yang  sangat  sadis  dalam  hdiup  aku  bergelar sebagai  seorang  guru... inilah  catatan  perjalanan  hidupku  yang  bermula  sebagai  seorang  Guru Sandaran terlatih DG 6 di Sekolah Kebangsaan Kuah..Langkawi..

 Nantilah  aku  sambung  cerita  Chapter hidupku  ini  bila aku  punyai  waktu  lagi...InsyaAllah  aku  akan bercerita  kerana  aku  ingin  memori  ini disimpan dan dikongsi  bersama anak-anakku dan juga keluargaku  yang  aku sayang serta  dengan dunia  anak didikku  yang  banyak  mengajar aku  menjadi  manusia...merekalah  yang  mengajar  aku  menjadi  guru...merekalah  anak  didikku  yang  mengajar  erti  menjadi  seorang pendidik...kerana  adanya  mereka  aku  menjadi  seorang  guru.
Akulah Cikgu Shikin Sayang
SMK Kuah 1992-1994


:)sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in