kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, September 17, 2013

Chapter Hidupku 32: Melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia

Daulat Tuanku.....
 Daulat Tuanku.....menerima Sarjana Sains Pengurusan Pendidikan dari Tuanku Sultan. Syukur Alhamdulillah dengan rahmat yang Allah kurniakan buat aku. Sekali lagi aku bersama keluarga menyertai majlis konvokesyen bersama mak, kakak,adik-adik ,ipar ,anak-anak saudara dan kawan-kawan. Alhamdulillah walaupun abang tak hadir tapi bunga sajasebagai pengganti diri. Emak dan abang adalah orang yang banyak menggalakkan aku untuk terus belajar dan dengan berkat kesabaran dan sokongan padu dari semua akhirnya aku berjaya menghabiskan Sarjana dan bergraduat pada 20 September 2003.....pejam celik dah 10 tahun rupanya Master aku ni satle.  Bilalah agaknya nak menyiapkan PhD pula????????
 Macam biasalah kalau konvo mesti terima bunga.....mengimbas kembali perit getir aku menyiapkan sarjana ini sebenarnya sangat melucukan. Sebab sepanjang tiga tahun berulang alik hujung minggu Jumaat dan Sabtu ke UUM, Sintok di Sekolah Siswazah untuk menyiapkan sarjana ni.  Peringkat awal memang bersemangat sebab biasalah penyapu baru....masa ni ada sumber inspirasi yanag sentiasa bagi galakan. Abang setiap hari akan bertanya hal pelajaran dan memang dia ni bab motivasi kira A lah...lagipun tak ada topik lain nak cerita jadi bolehlah untuk mengisi masa lapang.
Apa yang pasti Mak adalah sumber inspirasi buat aku.....sepanjang aku sambung belajar mak sentiasa akan bagi semangat untuk aku meneruskan pelajaran. Mak tak pernah putus asa beri semangat .Kadang-kadang memang tak ada langsung mood nak belajar tapi bila mak  cakap semangat aku kembali membuak-buak untuk belajar. Aku sambung belajar sebab menyahut cabaran bahawa aku sememangnya "anak ayah yang cerdik"  dan itulah kata-kata yang selalu aku pegang..."Sambung Belajar Sehingga Tahap tertinggi Yang Aku Mampu"...mhmmmm nampaknya  Master dah selesai tapi PhD sekarang tergendala sementara kerana banyak perkara yang belum selesai. Masa exam..mak sentiasa menemani aku untuk baca buku dan sentiasa baca Yaasin semasa exam aku berlangsung...Inilah amalan yang selalu mak buat untuk anak-anak ketika kami menduduki peperiksaan.
Mungkin sebab inilah aku tak siap-siap lagi PhD sebab tak ada motivasi dan suntikan semangat.....InsyaAllah akan aku teruskan jua perjuangaan ini...
Mak selalu kata pelajaran sangat penting dan dengan pelajaran kita boleh mengubah dunia. Manusia boleh mengubah nasib dengan ilmu. Mak dan Ayah selalu berpesan KALAU NAK DUNIA DENGAN ILMU....KALAU NAK AKHIRAT DENGAN ILMU.....JADI ILMU ADALAH SEGALA-GALANYA..Kata-kata mak dan ayah sentiasa menjadi pegangan dalam hidup aku yang tak akan pernah merasa jemu untuk meneruskan perjuanganku. InsyaAllah perjuanganku untuk menamatkan PhD yang dah dua tahun terbengkalai akan aku sambung bila  isu-isu dalam hidupku diselesaikan. Semoga aku beroleh kekutan untuk meneruskan impianku. Aamin
Terima kasih kepada pensyarah-pensyarahku
Yang sentiasa membimbingku
Jika dunia kami yang dulu kosong
tak pernah kau isi
Mungkin hanya ada warna hampa, gelap
tak bisa apa-apa, tak bisa kemana-mana
Tapi kini dunia kami penuh warna
Dengan gurisan garis-garis, juga kata
Yang dulu hanya jadi mimpi
Kini mulai terlihat bukan lagi mimpi
Itu kerana kau yang mengajarkan
Tentang mana warna yang indah
Tentang garis yang harus dilukis
Juga tentang kata yang harus dibaca
Terimakasih ibuku, pensyarahku dari hatiku
Yang tak pernah jemu membimbingku
Untuk semua pejuang pendidikan
Dengan pendidikanlah kita boleh memperbaiki bangsa
Dengan pendidikanlah nasib kita boleh diubah
Apa yang tak mungkin kau jadikan mungkin
Hanya ucapan terakhir dari mulutku
Terima kasih wahai ibuku
Terima kasih buat abangku..SaDnA
Terima kasih pensyarahku
Terima kasih keluargaku
Buat semua anak-anak bonda....

Demi sebuah cita-cita

Demi kebahagiaan orang tua
Demi para pahlawan
Demi kemajuan bangsa
Demi negara yang tercinta
Anak-anak bangsa tak kan tinggal diam
Untuk meraih impian
Sekuat tenaga jiwa dan raga
Menuntut ilmu untuk segala asa
Untuk memiliki dunia dan akhirat jua
Wahai anakanda generasi bangsa
Mari bersama bergandeng tangan
Mengisi sebuah kemerdekaan
Penuh ilmu pengetahuan
Agar kita terus menikmati nikmat kemerdekaan
Merdeka jiwa....merdeka negara.

Syukur Alhamdulillah  .....nikmat ilmu yang Allah SWT limpahkan buat seluruh keluargaku dan juga keturunanku. Semoga kami terus tergolong dalam orang yang berilmu dan meneruskan perjuangan di bidang ilmu.
Menuntut Ilmu
Ilmu
menuntutnya adalah
wajib.
Ilmu
harus diamalkan
untuk kebaikan
diri sendiri dan
insan lain.
Menuntut ilmu
bukannya untuk
menjadi pandai
bukannya untuk
mendapat pengiktirafan
seperti sijil atau
ijazah
bukannya juga
untuk berlumba-lumba.
Menuntut ilmu
adalah kerana Allah
disuruh oleh Allah.
Menuntut ilmu
untuk mengetahui
sesuatu perkara
supaya sentiasa
dalam kebenaran.
Tuntutlah ilmu
dari hujung pena
hingga pintu kubur.

Perjuanganku belum selesai.....PHD  aku perlu ada titik noktahnya. TUNGGGGGGUUUUUUUUUUUUUU

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in