kalau dah rajin menulis:

cinta....kasih..sayang... (221) suara hatiku (203) Alhamdulillah (152) cinta....kasih..sayang...hubbyku (151) nikmat Allah (144) ilmu (109) CHAPTER HIDUPKU..... (96) belajar (90) memori oh memori (75) Puisi/Sajak/Gurindam (74) kerjayaku (73) cabar minda (70) D'Perantauan (65) 1 entri 2 stories (64) nasihat (62) berita (47) keluargaku (44) kerjayaku...kemahiran (44) Chef Shikin...cooking skill (43) cabar diri... (41) Pergilah bercuti (38) Aku Adalah Aku (37) dari seorang sahabatku (35) Mari Melancong (31) Usahawan (30) dugaan..ujian hidup (29) Motivasi diri (28) Siapa kau...dihatiku? (28) resepi aku (27) BUKU (26) Penulisan (26) My Dreams Come True (25) Travel logku (25) ESQ165 (23) pengalaman (22) PERNIAGAAN PALING MENGUNTUNGKAN (18) lucu... (17) sunnah (17) teratak aish (17) Aku Anak Pomen (16) Harilahirku....Shikin Sayang (14) Tazkirah (14) tin@teratak aish (14) art theraphy (12) Doaku (11) HOMEMADE SOAP (11) Jadilah Diri Sendiri (11) Premium Beautiful (11) USAHAWATI UTARA. (11) Best From Northern Series (10) ESTIMAR HOMEMADE AURA SOAP (10) berkebun (9) hobi (9) PENTING (8) Pengumuman (8) Terapi (8) cinta....kasihsayang... (8) Aku Banggali (7) CONTEST D'moontest (7) Projek Senyum (7) Telekung JC Siah Eksklusif (7) imotivasi.com (7) kemahiran belajar. (7) lucu (7) santapan telinga (7) DOA TERAKHIR 39 (6) Datuk Maznah Hamid (6) EID MUBARAK (6) GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG (6) IABU (6) Joke of the day (6) PETUA TO' NENEK (6) SELAMAT CURTAIN KEDAH (6) Yuniarko Sukendro (6) program (6) ANEKDOT (5) Aku Poshtun (5) I AM AGEL (5) IAB (5) Istikharahku (5) LABBAIK COUNSELLING AND CONSULTANCY CLINIQUE (5) Siapa pakai Premium Beautiful ?? (5) UCAPAN (5) dari blog MITI's (5) Falsafah...fail sampah (4) Fig Colector (4) Giveaway Blogger's (4) Hari Rayaku. (4) IKLAN (4) LEGASI (4) Musibah (4) SELAMAT HARI GURU (4) kreativiti (4) perniagaan (4) Bookreview (3) FISABILILLAH (3) HANDMADE. (3) KENDURI KAHWIN (3) KURSUS CPD IABCU (3) MIKE DAVID (3) MUEZAH (3) Majlis Perkahwinan (3) Mutiara kata.... (3) TNPOD8581 (3) Testimoni (3) anak dagang di perantauan (3) BAHAYA.... (2) Birthday Vacation (2) CAT WORLD (2) COVID19 (2) FAKTA VS AOTA (2) HARI ANUGERAH KUALITI DAN INOVASI (2) Habib (2) I luv ISLAM (2) INDAHNYA NEGERIKU KEDAH DARULAMAN (2) Inovasi (2) JIHAD EMONOMI (2) Karya Kreatif (2) LABAIKK MINI MART (2) MUHAMMAD NOOR AL HARAM (2) PROJEK SUCCESS CORNER SMKAM (2) REMPAH SERBAGUNA MAK TEH BATU 10 (2) SSFG (2) SUNNAH'S FASHION GLAM (2) Tinteratakaish (2) Video ku (2) al (2) my video (2) pohon syurga (2) Aidilfitri (1) Ayah (1) Ben Ashaari ...otai blogger (1) Business (1) DAO (1) DIY PROJEK (1) Dr Azizan Osman (1) FOLLOWER BERTUAH (1) HADIS (1) HARI GURU (1) I (1) I'M MILIONAIRE (1) IRFAN KHAIRI (1) Info Niaga (1) Kartun (1) Kedah Negeriku (1) LABAIK MAK & MOR KITCHEN'S (1) LABAIKK MRNAS SELAMAT ENTERPRISE (1) LOKASI (1) Langsir (1) MAS (1) MINI MART (1) Mak Dan Ayah (1) Maulidurasul (1) NLP (1) PEMBUNUHAN KARAKTER dalam organisasi (1) PROJEK (1) Pekeliling oh pekeliling (1) REZEKI MELIMPAH (1) SEKOLAH MENENGAH TUN SYARIFAH RODZIAH (1) Selamat Hari lahir (1) T (1) UB (1) shikin sayang (1)
Semoga Bahagia Selalu,Sihat dan Kaya. Ameen ya Rabbal Alameen.Sayang Shikin ....

Tuesday, May 6, 2014

Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai

1.      Konsep
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan pada kemampuan logikal-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya yang tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi seseorang. Hal ini kerana kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki oleh seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh Gardner (1983) adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat dan menghasilkan output yang efektif.
“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more cultural setting”
(Gardner 1983)

Kecerdasan Pelbagai yang mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ).

Teori Kecerdasan Pelbagai mempunyai pengaruh signifikan dalm pendidikan serta membawa kesan penting pembelajaran organisasi. Gardner mengatakan bahawa pendidikan tradisional dengan proses pengujian tradisional (ujian IQ) telah mengabaikan kecerdasan pelbagai manusia. Menurut beliau, kebanyakan ujian IQ hanya mengukur kebolehan verbal atau bahasa dan pemikiran logical atau matematik. Kemahiran lain seperti sosial, interpersonal dan emosi yang membolehkan manusia berfungsi dengan berkesan telah dikecualikan daripada ujian IQ tradisional.

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan ini ke satu tahap yang kompeten. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan ke dalam teori ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang  berbeza kecerdasan dan kecerdasan  tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuian. Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang  aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner.

2.      Pelopor

 Howard Gardner
Howard Gardner seorang ahli psikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik permulaan kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna. Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di Harvard Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai “too narrow a notion of how the human mind works.” Beliau tidak mempercayai kewujudan satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan, Rangka Minda yang telah diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang dicadangkan dalm bukunya telah menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi strategi pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri, namun kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang normal memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini, tetapi cara-cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah berbagai-bagai sama seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.

Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah Pendidikan Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan Neorologi di Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi Pusat Perubatan Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai penulisan yang berkaitan dengan minda manusia seperti The Mind’s New Science, To Open Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading Minds.

Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan mengkaji bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh belajar tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia apabila mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian masalah dan beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah. Bagi Gardner, penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten dengan kebanyakkan pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun, Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan bukan dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner menambahkan “Existential Intelligence” yang berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia. Beliau belum bersedia menerima “Spiritual Intelligence” sebagai kecerdasan kesembilan dalm teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya kecerdasan pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang tinggi orang-orang Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga membincangkan keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain yang menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach & Snow, Guilford dan Sternberg.

 3.      Sembilan Teori Kecerdasan Pelbagai
3.1.   Logikal Matematik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik, catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada kepintaran bendalir dan keupayaan umum.
Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan doctor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

3.2.   Spatial / Visual Ruang
Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya imaginasi yang kuat.
Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran, angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar Mansor dan Yuri Gagarin.

3.3.   Linguistik
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa. Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca, mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.
Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar negara seperti William Shakespeare, dan Enid Blyton.

3.4.   Kinestetik
Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal, bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti refleks.
Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.
Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit, juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini. Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.

3.5.   Muzik
Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia, binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.
Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yangevergreen, Manan Ngah, Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

3.6.   Interpersonal
Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai petandainterpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.
Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah pergaulan.
Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor, jururunding dan imam. Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

3.7.   Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendriri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.
Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.
Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan pemikir.

3.8.   Naturalis
Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora dan fauna.
Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula jadi dalam perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini termasuk alamiah, petani dan tukang kebun.
Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoology, petani, nelayan, ahli botani, perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.

3.9.   Spiritual / Eksistensialisme
Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.
Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang. Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang pertanyaan  yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.

 4.      Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanaakn tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan.

Terdapat tiga peringkat dalam melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza.
Pada peringkat pertama ini, guru mengenal pasti kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Melalui mengenal pasti ini,  guru dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini guru boleh memperkembangkan potensi  murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasn pelbagai dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian. Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?. Selain itu, persoalan logik-matematik ialah bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran kritis?. Melalui visual-ruang melibatkan soalan bagaimanakah saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau penyusun grafik?. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi?

Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan pelbagai  dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini, murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui muzik. murid memahami ritma, harmoni, mengenal pasti  masalah dan penyelesaiannya. Peningkatn dari segi interpersonal pula, murid  mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal, murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar. Kreatviti dan inovasi dapat di cungkil daripada pelajar. Pelajar juga dapat memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

5.      Kelebihan-Kelebihan Menggunakan Teori Kecerdasan Pelbagai .
Teori kecerdasan pelbagai adalah salah satu konsep yang baru diperkenalkan. Teori ini dilihat adalah sangat baik untuk diaplikasikan dalam psikologi pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai ini adalah sangat fleksibel dimana ia boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kesemua mata pelajaran yang terdapat di sekolah kerana ia tidak terhad atau menjerumus kepada satu-satu mata pelajaran sahaja contohnya terhad kepada mata pelajaran matematik.

Teori kecerdasan ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada manusia,dan ia mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Antara kelebihan dan kepentingan penggunaan kecerdasan pelbagai ini adalah seseorang guru itu dapat melihat potensi yang ada pada pelajar itu sendiri. Ini kerana kecerdasan pelbagai ini bertindak sebagai petunjuk kepada potensi pelajar. Apabila guru dapat mengenalpasti potensi yang ada pada murid itu, maka ia dapat membantu guru untuk memperkembangkan lagi  potensi yang ada pada pelajar.

Teori kecerdasan pelbagai ini membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar. Dengan itu pelajar dapat mengukuhkan lagi kekuatan mereka dan dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka. Maka modal insan yang lengkap dengan segala kecerdasan yang ada dapat dilahirkan.
Pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu guru untuk merancang pengajarannya. Guru dapat merancang apa yang patut diberikan kepada pelajar tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokusan sewaktu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana guru dapat mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar dan membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.

Dengan adanya kecerdasan pelbagai ini, maka guru dapat membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malah membangunkan ko-kurikulum pelajar. Ini kerana,sebagaimana yang kita tahu, kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang akademik tetapi juga mencangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik,kecerdasan muzik dan beberapa kecerdasan lain.

Teori kecerdasan pelbagai Gardner juga membolehkan guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia membolehkan guru itu untuk menjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid. Kecerdasan pelbagai ini tidak menghadkan guru ke atas cara pengajaran tertentu tetapi ia membolehkan guru mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu proses yang seronok untuk dilalui oleh guru dan diikuti oleh pelajar.

Melalui kecerdasan pelbagai, pelajar juga akan mendapat kebaikan dari aplikasi kecerdasan pelbagai ini dimana pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf. Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk mengembangkan potensi dalam diri mereka.
Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan kecerdasan pelbagai. Ini kerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-matematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasan logikal-matematik maka pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyak lagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada diri pelajar tidak diberi perhatian. Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberI perhatian terhadap kecerdasan selain logikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberi keyakinan yang jitu kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasan tertentu diberikan perhatian dan begitu juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Ini dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk memperkembangkan lagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada diri mereka.

Kecerdasan pelbagai ini juga mempunyai kelebihan dimana ia dapat mengenal pasti kecerdasan secara kontekstual. Kegagalan untuk mengenalpasti kecerdasan ini boleh memberi impak ke atas pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam erti kata lain, kegagalan ini oleh mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pengurusan modal insan yang sempurna adalah amat penting untuk masa depan negara. Kegagalan pengurusan modal insan ini akan memberi kesan ke atas Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 yang memfokuskan untuk membangunkan modal insan.
Kecerdasan pelbagai ini, memandangkan ia memfokuskan hampir kesemua kecedasan pada manusia, maka ia membolehkan pelajar-pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar corot untuk merealisasikan kebolehan mereka. Dengan menambahkan lagi penilaian disamping penekanan terhadap verbal-linguistik dan logikal-matematik yang diorientasi oleh sistem pendidikan pada hari ini, maka pelajar ini akan mendapat peluang untuk menonjolkan kecerdasan mereka masing-masing. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan lain yang lebih tinggi berbanding rakan lain yang berada dalam kelas yang lebih baik.

Kecerdasan pelbagai, oleh kerana ia memfokus lebih banyak kecerdasan dan memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang ada pada diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Ini membolehkan semua pelajar mendapat layanan yang sama rata dan dapat merasakan diri mereka mempunyai nilai dan berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk mambagunkan diri dan negara.

Perlaksanaan teori kecerdasan pelbagai Gardner ini juga mempunyai kelebihan kerana ia juga dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini? Teori kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruang untuk pelajar mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untuk belajar dapat ditingkatkan kerana apa yang mereka pelajari dapat mereka kembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri mereka.Dengan adanya minat, pelajar akan sanggup untuk melaui apa jua kesukaran demi mengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minat untuk menguasainya.

Kecerdasan pelbagai ini dikatakan dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia ada di sekolah. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawa apa-apa manfaat, maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit. Dengan adanya kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk dating ke sekolah kerana beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka dan bukannya sebagai satu bebanan.

Teori kecerdasan pelbagai ini mempunyai pelbagai cara untuk diaplikasikan. Dengan kepelbagaian ini, kita dapat memupuk dan mencungkil mana-mana kecerdasan yang diingini malah jika kena dengan cara pengajarannya, seseorang pelajar itu tidak mustahil untuk dapat menguasai kesemua kecerdasan yang diutarakan oleh Howard Gardner ini.
Antara lainnya, dengan teori kecerdasan pelbagai ini, kita tentunya tidak perlu menghadapi kemelut yang melanda sistem pendidikan negara baru-baru ini iaitu masalah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Jika dari dulu kita memahami dan melaksanakan teori kecerdasan pelbagai, kita tentunya tidak akan menukar sistem pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ke dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana, dalam sistem itu, adalah sangat jelas dimana ia hanya menekankan kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logikal-matematik. Sedangkan terdapat ramai pelajar yang tidak dapat menguasai kecerdasan itu dan penekanan terhadap hanya dua jenis asas kecerdasan itu sebenarnya boleh memudaratkan anak bangsa dan tentunya Negara pada masa hadapan. Maka langkah yang diambil untuk tidak meneruskan PPSMI adalah satu langkah yang bijak kerana ia adalah adil untuk semua yang sejajar dengan kecerdasan pelbagai Gardner.

Di sini, kita dapat lihat dengan jelas betapa kecerdasan pelbagai ini adalah sangat adil kerana ia tidak menekankan pada kecerdasan tertentu yang mungkin tidak dapat dikuasai oleh pelajar atau individu yang lain. Ia juga tidak bermaksud bahawa pelajar yang mempunyai kecerdasan tertentu contohnya di sini kecerdasan verbal-linguistik dan logikal-matematikdibiarkan maju sendiri tanpa perhatian malah mereka ini masih mempunyai peluang yangsama untuk mereka memgembangkan potensi dalam asas-asas kecerdasan ini disampingpeluang untuk mengenalpasti kecerdasan lain yang ada dalam diri yang tidak mungkin ditemuitanpa perhatian yang diberi melalui kecerdasan pelbagai.

 6.      Kelemahan-Kelemahan Teori Kecerdasan Pelbagai
Terdapat kekangan atau masalah bagi mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara masalah yang dihadapi bagi mengaplikasikan teori ini ialah guru perlu mengenalpasti kecerdasan yang di hadapi oleh para pelajarmya. Oleh yang demikian guru perlu melakukan kaji selidik terhadap kemampuan para pelajar, supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, cara pembelajaran yang tidak menyeluruh iaitu berfokus kepada kecerdasan tertentu juga merupakan salah satu masalah dalam mengaplikasikan teori ini dalam pembelajaran. Jika guru menggunakan pendekatan secara tradisional seperti linguistik atau logikal sahaja, maka pembelajaran tidak berkesan kerana pelajar merasa bosan. Hal ini di sebabkan pelajar terdiri daripada tahap kecerdasan yang berbeza serta mempunyai potensi yang berbeza, sekiranya guru hanya menekankan kepada sesuatu aspek sahaja dengan tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran, maka ianya menimbulkan perasaan kurang minat kepada pelajar untuk belajar.

Di samping itu juga, boleh menimbulkan ketidakadilan sekiranya guru mengamalkan dasar pilih kasih. Sebagai contohnya, jika guru tertarik dengan kepetahan pelajarnya bercakap serta sering memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk menguasai pengajaran dan mengabaikan pelajar lain, maka hal ini menimbulkan diskriminasi kerana potensi pelajar lain tidak dapat digilap. Guru yang mudah tertarik kepada potensi seseorang pelajar akan mengganggu proses pembelajaran.
Guru tidak kreatif bagi wujudkan suasana yang berkesan dalam menyampaikan ilmu, merupakan salah satu faktor bakat pelajar tidak dapat berkembang. Bagi menyampaikan sesuatu ilmu dengan berkesan serta mengasah potensi atau bakat pelajar, kaedah pengajaran yang pelbagai juga perlu dilakaukan. Sekiranya guru tidak kreatif bagi menyampaikan pembelajaran, sebagai contohnya, hanya bercakap di dalam kelas, tanpa menggaplikasikan peralatan yang sedia ada pada masa kini, seperti penggunaan power point, video dan lain-lain dalam pengajaran, maka tahap kecerdasan pelajar tidak dapat berkembang. 

 7.      Kesimpulan
Bidang pendidikan adalah sangat penting untuk sesebuah negara. Ia akan menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu pada masa hadapan. Oleh itu, wajarlah kita memberi penekanan yang sesuai untuk setiap individu bagi memastikan setiap individu itu dapat menguasai kecerdasan yang ada pada diri mereka dengan baik bagi membolehkan mereka meneraju masa depan negara dengan baik.
Pendidikan yang adil dilihat dapat memberi jaminan untuk keutuhan sesebuah tamadun manusia dan dapat menjamin kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner adalah merupakan satu bentuk teori yang memperjuangkan keadilan dalam pendidikan. Ini kerana kita dapat melihat dengan jelas betapa teori ini memperjuangkan agar setiap individu diberi ruang dan peluang untuk berjaya dalam bidang-bidang tertentu.
Mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai adalah lebih berkesan berbanding pendidikan yang menekankan kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logkal-matematik.
Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.


Biblografi
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember 2, 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperoleh pada Disember 2, 2011 daripada http://www.docstoc.com/docs/19708001/APLIKASI-TEORI-KECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN
Berman, S.(1995). Multiple Intelligences Road To A Quality Classroom. Illinois: IRI/Skylight Training and Publishing.
En. Ali Ab. Ghani . Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Diakses pada 4 Disember 2011 daripada http://www.staripoh.com/muat_turun/ Bahan%20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf.
Gardner, H. 2006. Multiple Intelligences: New Horizons. London: Basic Books.
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory & Zuraidah Zainol. 2011.Pemikiran Kritis dan Kreatif. Petaling Jaya, Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Kagan, S. & Kagan, M. (1998). Multiple Intelligences. San Clemente: Kagan Coperating Learning.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. 2011. Pedagogi: Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise.
Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011 daripadahttp://www.slideshare.net/normalaprasekolah/kecerdasan-pelbagai-8791485
R. Bruce William. (2002). Multiple Intelligences for Differentiated Learning. United States of America: Corwin A Sage Company.
Siti Rahayah Ariffin, T.Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman & Ibrahim Mohamed Zain. 2004.Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan Pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Jurnal Teknologi, 41(E) Dis. 2004: 33-42.
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Teori Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011 daripadahttp://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/wanimira/teori_kecerdasan_pelbagai.pdf
Teori Kecerdasan Pelbagai. Diperoleh pada Disember 2, 2011 daripadahttp://www.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/modul_psv/04kecerdasan_pelbagai.pdf

:)ANDA INGIN SUCCESS????? Berani berubah utk kejayaan ......sayangi diri anda...salam sayang..sayang selalu....Shikin berkongsi bukan untuk dinilai atau dikeji...ikhlas luahan hati Sayang Shikin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.

Ya Allah ...makhbulkanlah impianku.
Ya Allah Kurniakanlah kerinduan untuk bertemu dengan Mu dan kenikmatan memandang wajahMU. Pandanglah aku hambaMu yang hina ini. Ya ArhamarrRohim.Amin Ya Robbal Alamin..in